Tuesday, June 28, 2016

kekembungan

Ada ke ayat kekembungan ni ek hahahah

Semalam mmg sakit yg amat perut ni. Alhamdulillah hari ni ok sket tapi still duk rasa senak senak. Semalam dah macam ngandung 5 bulan. Pergi klinik pun misti org ingat nih dia dtg utk checkup ibu mengandung ni hahahah. Dengan jayanya la doc ketuk2 n tekan tekan perut...nasib la masa dia tekan tak sendawa atau teruk lagi....terkentut

Tq semua yg share mcm mcm petua. Akan akak simpan ketat ketat petua tu semua

Moon start kembung n tak sedap perut since Jumaat. Mungkin sebab minum jus tembikai waktu berbuka dengan jayanya. Air tembikai blend sejuk sejuk mmg sedap hokey.........lepas tuh mmg 'sedap' betul la perut ni kan

Yg menarik perhatiaon sgt adalah bila ramai tag suh tgk iklan kat bawah ni...tergelak besar akak tgk u ols


semalam akak kena gastrik u ols 
Tapi doc mmg siap tanya ...kentut tak. Berak macam mana. Najis pejal ke cair semua dia tanya u ols 
...akak bgtau la...saya macam cerry berry doc. 
Tapi mmg prune ni bagus hokey...kalau makan mmg besok terus ke jamban
Tq semua sebab caring sgt ,,,,mmuah. Love u ols

Friday, June 24, 2016

Sejadah Solat Ortopedik

Sejadah Ortopedik yang sangat lembut

Sejadah Mat ni adalah idea yang sangat bagus sebab Moon ingat my FIL slalu akan cari carpet yg tebal utk dia sembahyang sebab lutut dia sakit. My Auntie plak, dulu dulu siap cari comforter lama lama n potong then jahit bawah sejadah utk husband dia.

Tapi bukan org berusia je kadang rasa sakit lutut, Moon skrg pun dah mula cari permukaan lembut lembut dah. 

Last week nampak Pak Sutan hamparkan selimut fleece atas lantai lepas tuh dia hamparkan sejadah utk dia sembahyang. Ala shian plak dia....Moon teringat last time ada pergi pusat bekam. Nampak ada sejadah yg tebal ni. Bila pijak mmg sedap n selesa. Tapi segan nak tanya org tu beli kat mana. Tapi baru baru ni nampak kat Sejadah Ortopedik ...terus dlm hati kata misti nak kena beli 1 hadiahkan pada Pak Sutan

Sempena Fathers Day baru baru ni kan. Dari beli wallet ke tali pinggang ke baik hadiahkan sesuatu yg amat berguna dan bermanafaat. So sejadah ortopedik ni memang sesuai sangat kan. Kalau beli kek n etc pun harga lebih kurang je kan. 

Tetiba rasa cam bagi hadiah ni macam penuh keberkatan pula di bulan yg mulia ini. 



Sejadah ortopedic ni dari bahan nitrile, organic material dan juga bebas toksid. So memang selamat digunakan


Apa keistimewaan Sejadat Mat ni


1. Sejadah ini Sesuai Bagi Mengelakkan Sakit Sendi Ketika Bersolat

Bagi mereka yang sakit sendi ketika sujud dan duduk, sejadah ini dapat menyerap tekanan sakit pada tangan, bahu, lutut dan tumit. Ini memberi keselesaan dan khusyuk ketika bersolat.


2. Sejadah ini bersifat 'Hypo-allergenic'

Ia diperbuat daripada bahan selamat - material nitrileorgnic material dan non toxic. Oleh itu, ia tidak memberi reaksi alergi atau alah kepada hidung. 


Kebanyakan sejadah memerangkap habuk dan kuman (germs) dan akan masuk ke hidung ketika sujud. Orang akan terbersin dan ia boleh memberi kesan buruk kepada pesakit Asma. Sejadah ini sesuai kepada pengidap Asma kerana ia tidak memerangkap habuk.


3. Sejadah ini senang dicuci kerana ia diperbuat daripada bahan kalis air.

4. Sajda Solat Mat Untuk Aktiviti Out-Door

5. Keselesaan Sewaktu Musim Haji

6. Wakaf Sejadah



7. Hadiah Hari Jadi atau Hadiah Menunaikan Haji



Moon pilih warna Charcoal utk dihadiahkan pada Pak Sutan. Dia pun suka sangat....dia kata nih mmg idea yg sgt bagus ..terus kembang kempis hidung mak sebab dapat bagi hadiah kat dia something yg Moon rasa sangat berbaloi. Abang nanti doakan utk kita sekeluarga tau.. 


  
 Ada banyak warna lagi tau. Kalau nak hadiahkan kat husband atau wife atau mak dan ayah memang bagus sangat . 


Ada 4 warna yang anda boleh pilih. 


10% utk pembelian online






GOOD NEWS


Sajadah mat akan berikan additional 10% diskaun khas buat 

pembaca dan follower Moonpunyerblog

Buat pembelian online akan dpt 10% 

Diskaun blog moon dpt 10% lagi

So u ols akan dapat 20% diskaun 
( sempena Ramadhan shj )


Rm125 - 20% = Rm100


Masukkan coupon code : moonpunyerblog
10% + 10% akan terus ditolak bila anda masukkan coupon code ni



Memang sesuai buat hadiah bila balik kampung jumpa mak ayah sempena Raya nanti . Alang alang bawak balik balang kueh beri la hadiah satu kat dia org. Misti dia org suka.

Hadiah yg sangat bermakna...pasti mereka akan sentiasa doakan kebahagian utk anak anak setiap kali selepas solat. Tiada apa yg lebih bermakna selain doa dan restu ibu bapa.

Selamat Hari Raya semua

Boleh whatsapp nom di bawah utk order ya atau ke laman web Sajda Mat Malaysia 




Email : my.sajdamat@gmail.com

Tel : 012-674 9095


Facebook : mysajdamat



Kepala ikan

Last time masa Mama dtg rumah kita org, Talib ada belikan banyak kepala ikan. Sebab dia kan jaga bahagian supermarket so mmg kepala ikan ada banyak sangat.

Masa tuh mama masak seperiuk besar. Ada dekat 10 kepala ikan merah kot. Memang puas hati makan sebab mama buat ala ceroi ceroi ( tak pekat ) sangat n ikan tuh jadi lembut sangat siap boleh sedut jeli jeli dari kepala ikan hahahhaha.

Lepas tuh duk asik terkenang aje kari kepala ikan. Tapi takmo yang beli sebab kadang kat kedai mamak mahal sangat 1 kepala kadang taste pun tak kena kat tekak kita.

So mmg slalu tanya Talib ada tak kepala ikan utk dijual. So 2 hari lepas Talib kata ada....ada lagi, kita org balik kije laju laju ke tempat Talib. Dia paskan kepala ikan. Besar besar sangat ....on d way  balik ke umah dah terbayang dah kepala ikan dalam periuk hahahhaha

 Ada banyak jenis. Alahai very the mak mak sangat kan...kepala ikan dlm sink pun kita ley jadi excited. Dalam kepala duk pikir dah nak masak apa . Semua kepala dah siap belah

Ada 4 keping kepala ikan merah
6 keping kepala ikan jenahak
2 keping kepala ikan tenggiri
2 keping kepala ikan kerapu



Puas hati sangat ....cuci cuci n simpan dlm peti dengan muka penuh senyuman muahahhaha hover nangattttttt 

Sebab dah sampai umah pun dah lambat tak sempat mengkari bagai maka kita makan je yg simple2 utk berbuka. Masak bihun aje sebab dah blur tak tahu nak makan apa. Habis 1 paket bihun utk berbuka hahahahha

Malam baru start buat kari. Semua kepala ikan merah selamat berenang renang dalam periuk. Lepas tuh up gambar kat group bagi Umi jeles la la la la 


Maka, tengah malam ratah kepala ikan....pergggg isi cair u ols . So besok nya boleh panaskan lagi kuah kari n campak kepala lain plak . 

Kari kepala ikan pair ngan sambal belacan pedas berapi n makan ngan ulam...perggg makan sambil pejam mata....syukurnya ngan nikmat ni




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...