Wednesday, July 13, 2016

Hari ambil report card

2 hari sebelum cuti raya adalah hari amik report card sedunia. Maka anak ada 2 org yg sekolah pagi n petang, maka kena 4 kali la kena pergi jumpa cikgu

Mula mula hari Khamis adalah amik report card bagi sekolah Kafa. Si adik kena pergi waktu pagi dan si abang plak kena pergi waktu petang.

 Since kita org sampai awal awal pagi, maka masa ni tak ramai sgt org. Sebab kita org pun kena cepat2 juga masuk ke opis

Yaya keputusan dia ok..dalam duk banyak cakap n main main tu, ada banyak peningkatan dr peperiksaan awal tahun.

Janji ada peningkatan...tu pun dah cukup

 Petang pulak pergi amik report card si abg plak. Masa ni tinggal 2 org je murid sebab kita org dtg lepas habis kije. Nasib la sempat

Besoknya plak kena ke sekolah kebangsaan plak. Nasib baik la dia org satukan skali n semua jumpa waktu pagi je. Kalau tak jenuh nak pikir macam mana nak ulang alik pagi n petang

 Mula mula ke kantin utk amik result Yaya. Result dia ok cuma cikgu kata dia suka cakap banyak....yer cikgu yg tu mmg saya tahu sgt hahhahaha

Since dah tgk result online, maka kita dah prepare n dah terima result dia org. Bak Moon kata earlier , janji ada peningkatan n kita boleh fokus pada subject yg penting n yg dia org lemah

Si Isk ni pula jenis yg kalau belajar kita kena explain n cerita kat dia. Sebab tu bila anak anak nak exam, Moon pun kena study sama n kena cerita plak kat dia. Kalau cam tuh mmg dia ingat...kalau suh baca sorang sorang, mmg 2 3 jam la dia duk tenung n baca buku tu. Satu habuk pun tak paham.


Soalan yg selalu ditanya kat cikgu misti la....anak saya mcm mana kat kelas cikgu. Kelakuan dia mcm mana....dia ada cakap lebih kurang kat cikgu ke...

Cikgu kata dia org ok n tak pernah lawan cikgu. Bagus la mcm tuh, kalau lawan ckp cikgu mmg siap la mummy cubit n pulas perut tu hahahhaha

Balik kije petang tu terus kemas kemas beg sebab lepas berbuka puasa mmg terus zass bertolak ke Taiping. Masa ni mmg bahagia je jalan raya sebab tak jem.

Tapi masa balik ...nangeh hokeyyyyyyyyyy

Tuesday, July 12, 2016

mana entry raya

Assalamualaikum

Napa pagi pagi dah ngantuk tu .....hahahhahah

U ols harap bersabar ya. Akan Akak update cerita Raya...ni baru je terhegeh hegeh nak upload gambo ke laptop. Lepas tuh baru perasan napa tak banyak gambar hahahha

Im so busy tau u ols. Tak sempat nak pegang kamera bagai. Dah balik ke rumah dah busy nak kosongkan beg, basuh baju kotor n siapkan baju baju sekolah anak anak plak ...phewww lap peluh yg menitik nitik .

Moon beraya kat Taiping...tapi kita org malam Jumaat dah balik Taiping. So sempat la berbuka puasa 4 hari kat sana. Awal kan balik sana hahahhaha

Nanti akak citer ya u olsssssss sementara tu ley la jenguk blog blog lain dulu....lepas tuh petang2 atau malam malam sket ley jenguk blog akak k

hiksssssssss

Tuesday, June 28, 2016

Pasang katil

Hari tu ada ke IKEA. Asalnya nak beli rak utk letak kat dapur je. Tapi ternampak plak katil single ni offer so terus bgtau Pak Sutan. Alih2 dia kata beli je la ...kalau tak dlm bilik Yaya ada 1 katil aje. Sarah tidur atas tilam kat lantai

Masa mula mula kita org masuk umah kan...kat area Salak Tinggi ni ada 1 kedai barang 2nd hand tau. Masa tu murah sangat...katil single dalam RM50 je 1. So kita org beli la 2 konon 1 Isk 1 utk Yaya. Tilam pun beli tilam 2nd hand yg hostel tu. Weyyy sedap tau tilam hostel sebab dia ala latex...cam tilam hosp pun sedap juga kan. Kita org beli 5 kot tilam tu hahahah. Masa tuh satu RM20 je pitam tgk harga. Terus sawan nak membeli kat situ. TAPI kedai tu dah tak ada dah.......kita org beli pun 6 thn lepas hahahha

Yer la dah masuk umah banyak pakai duit. Bila dah masuk umah nampak gondol2 plak kan. So brg 2nd hand pun ok apa. Tilam tu kita org pilih yg nampak elok n bersih. Owner tu kata ni tilam asrama yg ditutup. Since nampak baru maka kita org beli la ....la la la la


Lama kayu katil ni duk tersadai kat bawah tak pasang2 lagi. Nak cakap banyak banyak kali kat Pak Sutan nanti kang dia tak suka plak. Hari tuh pun dia dah pasangkan side table n rak kat dapur. So ni Moon pasang sendiri slow slow. Barang IKEA ni kalau ikut step dlm buku dia mmg tak ada masalah. So pasang pelan2.


So katil ni akan ada 2. 1 utk Cik Yaya n 1 utk Cik Sarah


ni la rupanya bila dah siap pasang. Moon pasang 1...n 1 lagi Pak Sutan pasangkan. Dia kata Moon neh tak nyempat nyempat ....hikssssssssssss

Since Cik Sarah tu tido kemain la berpusing 360 darjah...maka kena letak tilam kat tengah2 tu. So kalau dia lasak sangat tido , jatuh pun atas tilam kan.

Jap ....nak cari mana gambo harga katil ni...hari tuh ada snap. Jap ekkkk, dalam RM149 satu kalau tak silap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...