Tuesday, May 10, 2016

Transbella by Zenia Soft Launch

Moon berpeluang pergi ke Soft Launch Transbella di Teh Tarik Place , The Mines. Anny n Su jemput sekali. Produk baru u ols….Transbella by Zenia

Su dah bagitau awal awal suh pakai baju purple. Harus la mengikut tema kan. Terus selongkar almari cari baju purple. Gigih gie beli tudung baru. Yg ada kat kedai tuh plak leopard print ni je ....hahahha belasah aje la kan janji purple.

 Rupanya kat Teh Tarik Place ni best la. Siap ada ruang khas kalau ada nak buat private event atau nak buat apa apa. Dalam tu penuh ngan belon n deco warna purple...i likeeee




Ni la Puan Suraya Sulatin  yang terkenal ngan tagline nak uweettt. Su mmg consume Transgluta n mmg boleh nampak beza dia. Bukan la tetiba dia putih melepak cam artis korea ke apa. Tapi mmg nampak kulit dia jadi cerah n bersih.

Moon ngan Anil sampai awal sangat. Gigih suruh Pak Sutan dropkan kat Mines. Ingatkan kita org paling awal....rupanya Mimy and the geng pun sama awal ngan kita org. Jadi sempat la kami posing2 dulu kan. Nanti dah ramai org segan la plaks.

* pic taken from Mimy's blog

Masa jalan nak ke Teh Tarik Place tuh dah nampak Diva Azwan Ali. Wahhh bagus sangat dia sebab awal lagi dah ada.

Siapa tak kenal Anny Ariffin yg pemalu tuh. Pemalu la sangat kan . Sebelum ni kalau amik gambar dia asyik tutup muka je. Hari nih dia takley nak kaver kaver dah hahahha sebab semua pun nak amik gambar dia.

Sebelum ni Anny keluarkan Transgluta yg utk putihkan kulit. Kali ni team Anny keluarkan produk baru plak bernama Transbella. Sedap nama tuh, dah macam nama baby girl aje. 

Hos pada hari tuh harus la Diva AA u ols....mmg tepat sharp masanya dia masuk dalam tempat ni. Tiba tiba terus gamat suasana kat dalam tuh. Memang meriah n penuh ngan gelak ketawa je layan celoteh Diva AA. Mmg nampak profesional n enjoy sangat. Biasa kita kenal Diva AA ni ngan kontroversi dia kan. Tapi bila jumpa dgn dia terus berubah terus tanggapan kat dia sebab dia ni baik la sangat n mmg layan semua tetamu. Hampir semua tetamu dapat selfie ngan dia berborak n etc. Mmg dia layan betul .....wah mmg tip top sangat.

Tambah plak ngan Su....wah Su, nko dah boleh jadi pengacara jugak ni. So far ini adalah acara yg paling best Moon pernah attend. Bukan sebab ni member member ke apa....tapi I really enjoy my self.

The food was great...suasana dalam Teh Tarik Place tu selesa. Lepas tuh Diva AA pandai handle crowd n semua mmg duk ketawa je ngan celoteh dia. Plus penerangan produk pun sangat detail

Duta dia org harus la si cantik manis Atita Haris. Alahai comey sungguh n tinggi lampainya....terus akak sorok lengan akak sendiri sebab lengan akak sama besar ngan peha dia kots. Tak berkelip mata ni duk tgk dia.




Founder – Anny Ariffin, Product Ambassador – Atita Haris yang datang bersama suaminya DJ Nas-T, Blog  Ambassador com partner – Suraya Sulatin, MC Diva AA dan juga dua orang pemenang produk dari IG Diva AA 


Diva AA sangat la happening n sporting habis sebab mmg layan semua ngan baik sekali. Siap ajak semua selfie...bukan sekali dan bukan 2 kali tapi berkali kali hokey.


Bergambar kenang kenangan dengan semua tetamu yang sangat gorjes and happening meletop kebabom ...


 Ni Intan Dayana kawan Su yg memang selalu nampak di blog Su kan. Hari tuh boleh tgk Intan face to face...alahai comey sangat Intan ni. Bila dia tunjuk gambar dia yg before mmg jauh beza....Si Anny yg putih melepak ni mmg dah lama consume Transgluta ni tau.


 sebab susah sangat nak amik gamba dia maka kita candid aje gambar dia n tepek kat sini hahhahah ampun Anny....la la la la la

Moon pernah tulis pasal Transgluta di Sini
 Moon pun sempat tanya, apa beza Transgluta dan Transbella. Sebab dua dua pun macam utk putihkan seluruh badan ...rupanya ada bezanya u ols


Su bg penerangan. Sebab kadang2 ada org allergic pada collagen...so dia org boleh amik Transgluta 

Transbella pula ada collagen dan boleh kunyah kunyah saja utk putih gebu 1 badan...auw

yang pastinya putih satu badan....bukan muka sahaja putih tapi tangan hitam hu hu hu


Testimoni






Cara pengambilan

Transgluta
  • 7 hari pertama makan 2 biji (1 biji pagi dan 1 biji  malam)
  • Selepas 7 hari makan 1 biji saja (pagi sebelum sarapan)
Transbella
  • Makan/Hisap satu 1-2 bijisehari.






PROMOSI TRANSGLUTA/TRANSBELLA COMBO FOR MOTHERS DAY



Beli combo (Transgluta & Transbella) FREE Zenia Foundation for ONLY RM120.00 (Free postage)

or

RM60.00 each bottle for Zenia Collagen, Transgluta and Transbella. Promo dari 8-13/5/2016



WhatsApp Kaksu 0129184042 for order



Harga Asal Transgluta RM110.00 (Promo biasa RM69.90)
Harga Asal Transbella RM90.00 (Promo biasa RM80.00)

Harga Asal Zenia Collagen RM150.00 (Promo biasa RM130.00)
Email : zenia.sales@gmail.com
Hotline : 013-6915915 / 019-3173715



Faktor usia dalam berblog

Haha tetiba rasa cam kekeringan idea. Walhal macam macam yang berlaku dalam sehari. Kalau nak cerita memang banyak yg boleh dishare dan diceritakan dalam blog ni.

Contoh ada makan kat sini....mmg tingin nak up kat blog tapi kadang terlupa. Kadang baru nak tulis jadi risau plak eh kang org kata riak plak ...kata eksyen plak. Tapi kita nak share benda best nih .

bila dah stop kat situ mmg tak ada la entry

Ada plak isu best tgh viral. Biasanya sesetengah blogger tegar mmg amik kesempatan utk catch tajuk yg tengah trending. So that akan dapat hit tinggi. Tapi kadang masa baca hal yg tgh trending membuak buak rasa nak bagi pendapat ....tapi baru nak type terus rasa cam ....eh takyah la ...terus tak jadi nak up

Dulu semua benda seronok utk dishare kan. Kadang sapu sampah ...anak berus gigi ...anak jatuh tangga ...slipar putus masa jalan pergi lunch...pun kita seronok nak share kan

Walaupun kadang org kata membaca blog ni buang masa je. Penyibuk je nak tahu kehidupan org ....but for me cam ok je. Moon suka je baca blog org . Apa dia buat hari ni and etc....mana tempat dia gie jalan jalan. Untung untung kita pun boleh jalan ke situ jugak. Pakai je tips tips yang dia share. Kadang kalau review tempat pun Moon suka baca share dr blog sebab ada banyak gambar dan setiap ayat ada personal touch gitu.

Rasanya sekarang org jadi malas nak share entry bukan sebab apa tapi kadang takut ngan -ve feedback. Kadang ada org nko happy pun salah...nko sonok jalan jalan pun salah...nko tak peduli hal orang pun salah. Pendek kata semer benda nko buat salah la....n ada je org nak kondem. So benda2 mcm ni la buat org kadang nak tekan keyboard tapi terbantut.

Dulu kita boleh tulis je apa kita nak ....entry mengarut carca marba. Ayat pun lintang pukang as if kita bersembang ngan kawan kita. Tapi skrg bila ada org tegur ...

eiii apa campor BI n BM ni tak sayang bahasa

Apa ayat nih semua susunan salah

Eiii berlagak latew

So benda2 mcm ni buat kita kadang terbantut sket. Bahasa blog adalah bahasa yg amat santai. Tak boleh disamakan dengan ayat di surat khabar atau di majalah atau mana mana artikel. Sebab tu setiap penulisan blogger adalah berbeza.  Kalau anda dah biasa ngan blogger tertentu anda boleh nampak mcm mana mood penulis pada masa tuh . Dia tengah happy ke sambil type laju laju mulot pun moncung moncung tgk skrin ....atau dia tengah down muka pun selebet je.

Cuma bila kita dah meningkat usia ni penuliasan kita lebih matang. Kita pun tak suka nak sindir atau hentam2 org kat blog. Kita pun dah elakkan isu isu murahan atau yg tak bermanafaat sangat . Kalau boleh kita nak blog kita ni memberi sumbangan juga pada org yang membaca.


But I do believe apa apa pun kita buat semua bergantung pada niat kita. Kalau niat kita baik Insyaallah Allah akan pemudahkan dalam pelbagai cara .

Terima kasih buat semua yg masih follow Blog Moon ni walaupun kadang Moon sendiri pun rasa cam ntah hapa hapa. But bila jumpa org yg bg feedback tentang blog kita. How this blog helps them....terus rasa cam . Oooh rupanya selama ni aku tak syok sendiri ...ada manafaat juga blog ni.

Macam mana anda baca apa yg Moon tulis macam tu juga karakter Moon kalau anda kenal n biasa sembang ngan Moon. Im sorry kalau ada campor campor bahasa ...ia mmg cara saya cam tuh. Org je beso cam giant tapi hati tau fu fa n sora cam chimpunk manja kededek. Thats me .

Moon nak share 1 cerita pasal sale langsir yg Moon cam touching sangat

Ada sorang reader ni dia dtg jauh nak beli langsir. Tapi bila masuk KL je jalan jem giler. Husband dia dah bad mood dah sebab ntah hapa hapa la bini dia ni ...blog sapa sapa ntah dia baca sampai tergedik gedik nak gie beli langsir

Nanti tgk la awak sampai sana saya nak tgk murah mcm mana sangat la blog tu bagi awak. Ntah ntah awak kena beli apa apa dulu baru dapat harga tuh

si wife ni diam je sampai la sampai kat atas...bukak je pintu lift terus nampak Moon n Moon sambut dia n husband dia semua. Muka hubby dia mmg masam je tapi biasalah kan hari Sabtu di Jln Tar mmg sesak sket kalau dtg petang petang. Kalau before 2pm ok lagi. So kalau sale VIP Moon mmg kita sediakan makan n minuman sket. So jemput dia n hubby dia makan n minum dulu. Si wife diam je pilih langsir tapi nampak dia cam sonok je bila moon bgtau harga.

Anda tak perlu beli banyak pun utk dpt harga VIP. Beli 1 mtr je pun boleh. Moon kalau boleh nak semua org daat benefit ni selagi mana Blog Moon ni layak utk beri diskaun pada anda.

So at the end of the day ...the husband lagi seronok pilih kain dari si isteri. Acctually husband dia baik la sangat. But kadang bila kita tak tahu we tend to assume so many things. So bila si wife ni salam n say tq semua Moon rasa puas hati sebab walaupun sedikit tapi Moon mampu nak gembirakan org . Ha cam tuh tahap happy n kepuasan pada diri sendiri tu. Moon mmg akan ada kat sana bukan sebab Moon disuruh ada kat sana but Im willing to be there for all of u. Utk jumpa personally anda semua yg setia baca.

Kadang org berblog ni bukan sebab nak dapat job ...nak dibayar duit utk review ke apa. There are alot of blogger yg menulis sebab dia org minat ...dia org suka nak share....dia org nak share ilmu ngan anda semua..dia org ikhlas nak share n bantu. Dia org akan tersengeh bila ada org acknowledge dia org....percayalah.

Ok ....entry sangat panjang lebar....sila la genyeh mata sebab tak ada gambar hahahhahah

Nampak tak faktor usia dlm entry ni so membebel kan ....but harap anda faham apa yg Moon cuba sampai kan walaupun dah cam rojak mamak kuah lebeh dah hahahah






Monday, May 09, 2016

kain baru sampai

Tq Mida...Moon amik gamba ni from Mida. Dia org mmg duk tunggu lori kontena ni sampai. Banyak kain baru masuk woooo

Tapi Moon lom ley share lagi....kena sabar tau. Bagi can dia org sort kain dulu n buat apa yg patut. Lepas tuh baru Moon share ngan korang semua k

  

Yang pastinya  ada banyak kain baru. Sebab bahagian langsir akan bukak satu lagi floor baru utk design exclusive. Nanti Moon akan share k 

Yg pasti kain katun pun sudah masuk hu hu







Thursday, May 05, 2016

Lagu Assalamualaikum dan kanak kanan Syria

Baru tgk video ni. Hari tuh on the way balik kerja dengar Era n dia org share pasa video ni. So malam tadik tgk la


lepas tuh bila dah hujung hujung mata akak plak yg kabur n panas u olsssss

Tahniah buat artis artis yg terlibat  #1MOMENT4THEM

Wednesday, May 04, 2016

Beg itik 3D

Baru teringat nak share pasal beg itik yg comel n cute ni. Tadik duk browse barang dlm Lazada skali nampak beg ni masih dalam shopping cart hahhahaha. Hari tuh nak beli lepas tuh terlupa terus hahhaha

Kesnya hari tuh Moon hantar kakak ke KLIA2 n masa jalan tuh nampak satu couple nih pakai beg yg sangat comey. Dari jauh dah nampak dah sebab warna kuning mmg menyerlah kan.

Habis makan n minum ngan kakak, nampak lagi sekali beg ni....apa lagi terus snap laju laju. Sebab diaorg jalan betul betul depan Moon.

Moon up kat IG . Lama lepas tuh tuan punya beg komen hahahhah siapa sangka tuan punya beg boleh jumpa gambar dia kat sini ahaksssssssss

Izzati ni sangat baik sebab dia share sekali mana dia beli beg ni

  • miss_izzati90@moonpunyerblog hehe. Smpai ke indon org tny saya kak. Dlm flight pun tanya beli mana. Hehe. Bleh buka kedai beg . Btw. Saya beli kt lazada . Murah je kak. X smpai rm 50 pun 1 bag. Nama beg ni 3d duck bagpack . Akak try search
so lepas dia share tu terus Kak Moon gie cari dalam Lazada. Memang ada banyak jenis n harga dalam Lazada ni n harga dias entiasa berubah ubah


Harvey Norman’s 12th Malaysian International Branded Bedding Fair

Moon mmg suka bila ada fair. Tak kisah apa apa fair pun sebab waktu fair ni memang akan ada special deal. Moon berpeluang pergi ke Harvey Norman's 12th International Branded Bedding Fair. Dari jauh dah nampak banyak katil katil yang sangat cantik dan berkualiti. Tapi yang buat tambah menarik adalah sebab ada 1/2 harga.

 Acara ini berlangsung di concourse area IPC ( Ikano Power Center ) ada banyak katil katil dipamerkan di sini. Nampak tak banner yg besar tu....semuanya pada setengah harga....pitammmmmmm


26 April 2016 - 8 May 2016

50% untuk semua tilam dan katil
kalau beli 2 dan ke atas akan dapat tambahan 10% lagi diskaun
Sealy, Napure, Hilker, Therapedic and Englander adalah product baru yg turut dilancarkan masa pelancaran ni.

Ada free petrol voucher juga

kalau kita nak tukar set katil kita yang lama pada yang baru pun boleh. Sebab pihak Harvey Norman boleh tolong angkat yg lama untuk percuma. So tak payah kita pening kepala mana nak letak yang lama....betul tak.



Acara ini dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan,  Menteri Kedua Kementerian Perdagangan Antarabangsa


Kempen ini adalah sempena menyahut seruan pengurangan harga runcit yang disyorkan. Dengan ini pelanggan mempunyai kuasa membeli dengan lebih tinggi dan pada harga yang amat berpatutan. 

Pada majlis pelancaran ni juga, Harvey Norman mendermakan 200 tilam kepada badan kebajikan yang terpilih.

Penerima sumbangan . Badan kebajikan tersebut adalah Beautiful Gates Foundation,Yayasan Sunbeams Home,Rumah Victory Children & Youth Home, Pusat Jagaan Insan Istimewa and Kiwanis Down Syndrome Foundation in PJ

 Moon sempat la pusing dalam Harvey Norman Home Furnishing ni. Alahai lawa lawa semuanya. 

So kalau ada sesiapa yang memang tengah mencari cari tilam yang sesuai, boleh ke concourse area, ikano Power Center. Boleh tengok sendiri dan try baring-baring dulu dan mana tahu anda dapat bawak balik tilam baru pada setengah harga.






Tuesday, May 03, 2016

Ke Office Microsoft

Last week ada ke Microsoft utk dengar pasal produk baru Microsoft iaitu Azure. Biasa dengar Kak Moon cerita pasal langsir je kan. Sampai semua org pun ingat Kak Moon ni kije kat Globe heheheh

Moon sebenarnya kerja bahagian IT. So yg tengah trend sekarang adalah cloud maka boleh la share sket sket kan



Bahagian IT ni mmg cepat berkembang....teknologi setiap hari ada benda baru keluar. Kalau dulu kita pakai server seketol seketul...lepas tuh wujud virtual machine plak. Di mana dalam 1 server boleh ada berpuluh malahan beratus server lain.

Lepas tu wujud plak cloud. Cloud ni ibarat segumpal awan dimana dalam cloud tuh ada macam macam jenis server dan juga storage. So kalau kita nak apa apa kita akan masuk dlm awan untuk amik. Bila translate dalam bahasa melayu mmg pelik bunyinya.



Cam dropbox contohnya la kalau nak senang. Kita letak je pelbagai jenis file. So kita tak perlu store banyak banyak kat pc kita. Kalau nak access pun senang ley access dari laptop atau phone. Janji ada internet connection. So cloud ni pun sama cuma lagi besar n contoh dropbox ni adalah sikit je dari cloud.


kalau sesiapa nak tahu pasal Microsoft Azure boleh la play video kat atas ni atau ke MIcrosoft Azure 
Moon mmg parking je semua dlm ni nanti senang nak tgk atau refer 

ok ni nak share plak ....opis dia org lawa sangat. Dah lama dah tak naik bangunan tinggi tinggi ni tengah tengah KL . Dulu kerja Maxis je naik bagunan tinggi tinggi lepas tu dah kerja kat Cyber bangunan 3 tingkat aje hahahhaha. 



intai kot tingkap nampak cantik je KLCC tapi terlalu rapat, boleh snap gambo KLCC mcm ni aje hahahha



 Lawa la sangat kat atas ni . Dtg utk dengar product briefing tapi dalam masa yg sama duk kagum ngan opis ni



cantik kan

lepas tu makan sambil tgk bangunan KLCC ...alahai best sangat rasanya 

Tapi on the way back tempuh jam terus rasa tak best hahahhahahahah. Kuar jalan Tun Razak tu jem la sementara nak masuk MEX tu .Tapi kalau sekali sekala ok la kan. Tapi kalau tetiba duduk Sepang kije kat KL mau pitam nak travel 

Pak Sutan nampak bangunan Maxis tuh terus dia tanya 

Awak ingat tak masa awak kije Maxis ....saya akan tunggu ngan skuter kat bawah tu jemput awak balik 

Harus la ingat ... ( terus tersipu sipu malu hahahhahah tetibaaaaaaa vleyyyy )

Tuesday, April 26, 2016

Sale langsir di Sarah Hughes Globe


Sale untuk 4 hari ya. Memandangkan cuti labour day , mungkin anda boleh plan utk trip datang ke KL ahaksssss sambil jalan sambil beli langsir la la la la

 4 hari sahaja jadi harga murah ya u ols. Korang boleh jual je nama akak kat lvl 7 tu

Saya baca blog Kak Moon

Saya tahu pasal sale ni dari blog Kak Moon

Kak Moon kata kalau naik sini 4 hari ni dapat harga murah

I Follow blog Kak Moon

Janji ada nama akak u ols. So nanti staff akan bgtau mana harga kasih sayang utk anda. Kak Moon akan ada kat sana 2 hari pada Sabtu dan Ahad ya. So kalau nak jumpa Kak Moon boleh dtg pada Sabtu dan Ahad . Tetiba bunyi cam bajet retis sangat kan....terus nyorok belakang langsir sambil jari pintal2 hujung shawl.



Kalau korang tengok langsir kat umah tu dah sendu sangat ...siap ada koyak sebab reput. Yg warna putih pun dah jadi warna light brown....kalau tanggalkan dari rail n masuk mesin utuk basuh dan bakal hancur .....maka tukar la yang baru u ols

Harga serendah RM5 semeter. Walaupun ramai yg target RM5 tapi terbeli yg RM15 semeter hahahahah. Nak tahu kenapa sampai terbabas mcm tu? Ha korang kena dtg sendiri utk tgk

Kain langsir ni korang kena dtg pegang n pilih sendiri. Susah main order je kecuali anda dah tahu dah kain tu macam mana. Kadang flow kain berbeza beza. Dia punya jatuh n lipatan dia pun lain. Ni kena tgk betul2.

Sebab tu akak advice utk korang dtg n pilih sendiri. Ada jugak yg dtg terus bgtau akak

Ooooh patutla Kak Moon tak up semua gambar kain kain langsir kat atas ni. Rupanya banyak....saya ingat kan sikit. Betul la kata akak kalau dtg pilih sendiri lagi puas hati....ok la akak saya nak tepon mak plak sebab nak belikan utk umah mak jugak

Happy la mak u ols dpt hadiah langsir baru dari anak...

So just datang pada 4 tarikh di atas tuh utk dapat harga VIP ye. Bila anda dtg n sebut nama Kak Moon automatik anda akan dapat harga ni

29 April 2016
30 April 2016 ( Kak Moon ada )

1 Mei 2016 ( Kak Moon ada )
2 Mei 2016 

Kak Moon tak akan buat sale VIP during Ramadhan ya

So ini mungkin last sale sebelum puasa .

So jom ni peluang anda utk beli harga langsir pada diskaun yang sangat hebat. Tak perlu bayar harga display sebab pastinya harga utk kesayangan Kak Moon semua adalah sgt special...harga kita bisik2 aje hahahhahaha.

Untuk rakan rakan yg dapat VITAMIN B tu boleh la dtg soping hahahahhaha


Apa yg best sangat Sale VIP ni 

well well well..........mcm contoh gambar di atas, anda tak perlu bayar pada harga RM49...RM 39 pun tak

Bayar RM15 only u ols. Tapi kalau ada rezeki korang....ada masa masa akak akan slash jadi RM10 ony. 

Ni adaah salah satu contoh aje ya. Takley la letak semua harga mana boleh....bahaya tau ......nak suprise kena dtg. Tak ada pembelian minimum atau syarat apa apa. The only syarat yg ada adalah ANDA PERLU DATANG itu sahaja syaratnya 


Kalau ada yg tertanya tanya apa kain upholstery tuh...ia adalah kain kusyen u ols. Nak balut sofa ke balut kerusi atau buat sarung bantal besar tu boleh. Nak buat langsir pun boleh tak salah pun . TQ to Akma n Deejay Mida atas gambar contoh kerusi yg dah siap. Mmg meletop kebabom terus akak rasa nak juga kerusi cam tu . 





Yang pastinya ada macam macam jenis kain utk citarasa n budget anda 

Kain serendah RM5 sahaja.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...