Sunday, December 11, 2016

Memastikan anak kuat dari dalam

4 hari lagi Sarah akan masuk 3 tahun . Alhamdulillah Sarah membesar dengan sihat. Dia pun makin banyak kerenah. Macam macam dia nak cuba. Apa sahaja yang abang dan kakak dia buat, misti dia nak ikut jugak.  Kadang kadang tertanya jugak, budak kecik ni tak nampak cam umur 2 tahun lebih. Gaya dia tu kemain la macam orang besar


Tgk la muka Sarah tu. Dia mmg aktif dan sangat menghiburkan. Sekarang ni dia plak yang jadi bos. Semua org dia kacau . Abg Isk n Kakak Yaya menurut je .

Belajar dan bermain 

Ajak Sarah join sama untuk main. Nanti dia akan tiru apa yang abang dan kakak dia buat.



Moon mmg bagi je dia org nak main apa yang dia org nak main. Selagi benda tu tak merbahaya la kan. Benda yang paling budak budak ni suka harus la suka main air. Kadang tu sengaja bagi basah baju dan seluar, semata mata nak main air paip kat luar rumah .

Kita masa kecil-kecil dulu lagi la kan. Bila hari hujan je terus nak gi mandi hujan. My mom dia sporting, so dia bagi je kita org mandi hujan. Kenangan itu la yang kita org ingat sampai sekarang.

Moon happy sangat sebab dapat capture moment dia happy main air macam ni.

Dapat pula pegang buih sabun macam ni. Mula mula pegang span, sudahnya span entah ke mana. Basuh kereta dengan tangan sahaja kan Sarah .

Si kecik ni pun sangat rajin nak tolong kakak dia basuh kasut. Pendek kata apa sahaja yang dibuat oleh Abg Isk dan Kakak Yaya dia akan ikut.



Masa ni Abg Isk ajak Sarah tgk siput kat belakang rumah. Mula mula Moon macam geli je tgk, tapi  ia kan untuk pengetahuan dia org juga kan ( padahal mummy dia masa kecik lagi teruk n main macam macam kan....setakat siput ni apa lah sangat hehehhe )

 
Masa ni kita org ke mini zoo Menara KL . Memang lama kita org stop kat longkang fishing ni. Sebab Sarah pun duk tengah seronok nak menangkap ikan. Sampai tertonggeng tonggeng dia kat situ. Bila anak anak happy, Mummy ngan Daddy pun happy juga tau.


Bila time buat kek, part menjilat mangkuk dan senduk adunan la yang paling dinanti nantikan oleh budak budak ni. 

Tak cukup puas buat kek ngan mummy, dia orang pergi sambung buat kek dengan pasir pulak LOL



Pemakanan

Pemakanan amat penting dalam pembesaran anak anak. Kita sebagai ibu, mesti la nak memastikan apa yang kita beri pada mereka itu berkhasiat.

Sarah ni dia tak memilih sangat bab makanan. Masa dia kecil pun dia akan makan semua yang orang dewasa makan.


Pergi picnic pun , mummy bawa makanan dari rumah


Dari Sarah kecil lagi, Moon akan pastikan dia mendapat khasiat yang secukupnya. Moon akan bagi dia cuba pelbagai jenis makanan. Sarah tak ada masalah makan sayur. Dia paling suka ubi dan brokoli serta lobak.

Kebanyakkan makanan akan Moon sediakan sendiri. Sebab kalau kita masak sendiri, kita boleh pastikan makanan tu fresh dan bersih serta berkhasiat.


 Tapi sekarang dia tengah suka sirap bandung. Sebab nak minum air pink katanya.  Rasanya kalau wujud roti canai pink, misti Sarah akan menjadi pelanggan tegar .

Kalau pergi ke kedai makan, memang jarang order untuk Sarah. Sebab dia akan makan apa yang kita org makan. Kalau ada nasi lemak dia akan makan separuh. Kalau dia nampak abang dia makan roti canai, dia pun akan minta separuh. Mmg berselera budak kecik ni makan.


Biasa la kan, lepas ada 'input' memang akan ada 'output' . Good Sarah, ini bermakna sistem penghadaman Sarah bagus. Walaupun Mummy frust sikit Sarah 'output' ketika mummy baru start nak shopping.

Sejak jadi mak ni, tetiba jadi pakar pula tgk 'output' anak. Sebab dari situ kita boleh tahu perut dia sihat ke tak. Budak budak kadang kalau makan tak betul, dia orang akan cirit birit atau sembelit. So kita sebagai ibu kena ambil tahu dan ambil berat pasal ni

Jom teruskan membaca dan tahu lebih lanjut mengenai pentingnya penghadaman yang sihat untuk kesihatan anak anak anak anda



Kanak-kanak dan protein 

Kanak-kanak memerlukan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. 
Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi tubuh. Ia membantu mata si anak untuk melihat, mengecutkan otot dan membantu proses pembekuan darah. Ia membolehkan anak-anak menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindungi mereka terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak-anak tidak akan mempunyai struktur. Maka tidak hairanlah bahawa nama 'protein' yang berasal dari perkataan Greek 'Protos' bermaksud 'kepentingan yang utama'.

Peranan Protein

  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak
  • Mengawal proses badan
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem badan



Moon suka sangat ngan tin susu Friso Gold ni sebab sangat senang dan sudunya tidak menyentuh susu





FRISO Gold dengan LocNutri

Apabila si manja semakin membesar, dunia penerokaannya juga menjadi lebih luas. Friso Gold 4 baharu yang ditambah baik dengan teknologi LocNutri™ dirumuskan untuk memenuhui keperluan nutrisi si manja anda. Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 4 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 4 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. - See more at: https://www.frisogold.com.my/ms/products/friso-gold-4#sthash.NOJ33HlG.dpuf
Apabila si manja semakin membesar, dunia penerokaannya juga menjadi lebih luas. Friso Gold 4 baharu yang ditambah baik dengan teknologi LocNutri™ dirumuskan untuk memenuhui keperluan nutrisi si manja anda. Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 4 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 4 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. - See more at: https://www.frisogold.com.my/ms/products/friso-gold-4#sthash.NOJ33HlG.dpuf
Apabila si manja semakin membesar, dunia penerokaannya juga menjadi lebih luas. Friso Gold 4 baharu yang ditambah baik dengan teknologi LocNutri™ dirumuskan untuk memenuhui keperluan nutrisi si manja anda. Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 4 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 4 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa.

Teknologi LocNutri™ Friso Gold memelihara nutrien dalam bentuk asalnya. Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk diserap. Oleh itu, teknologi LocNutri™ menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya.

Apabila si manja mempunyanyi sistem penghadaman yang sihat, si manja boleh keluar meneroka bersama anda kerana dia lebih kuat dari dalam.


Bila si manja kuat dari dalam, agar dia boleh meneroka di luar

Di dunia ini, terdapat banyak pengalaman yang sedia untuk diterokai oleh si manja. Sistem penghadaman yang sihat memastikan si manja berasa kurang tertekan dan mempunyai lebih tenaga dan semangat untuk menikmati pelbagai aktiviti bersama .

 Friso Gold membantu si manja anda agar mempunyai sistem penghadaman yang sihat dan memastikan dia sihat dari dalam.


Sekarang, Sarah memang nak buat susu sendiri. Tapi Moon akan assist dia .


Moon percaya , anak anak yang sihat dari dalam akan memberi kecerian pada diri mereka. Amat penting juga untuk memastikan apa dimakan dan diminum oleh anak anak adalah berkhasiat bagi membekalkan  apa yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran.

Apabila sistem penghadaman anak sihat, daya ketahanan badan mereka juga akan bertambah baik. Apabila anak kita kuat dari dalam, mereka akan lebih gembira dan boleh menikmati masa diluar bersama ibu bapa.

Bila simanja ceria, mummy pun happy juga :)



Teknologi LocNutri™ Kami

Teknologi LocNutri™ Friso Gold memelihara nutrien dalam bentuk asalnya. Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk diserap. Oleh itu, teknologi LocNutri™ menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya.

Apabila si manja mempunyanyi sistem penghadaman yang sihat, si manja boleh keluar meneroka bersama anda kerana dia lebih kuat dari dalam.

Bila si manja kuat dari dalam, agar dia boleh meneroka di luar

Di dunia ini, terdapat banyak pengalaman yang sedia untuk diterokai oleh si manja. Dan kami ingin si manja meluaskan pandangan dan menyerap segala pengetahuan dalam tahun-tahun penerokaannya ini. Sistem penghadaman yang sihat memastikan si manja berasa kurang tertekan dan mempunyai lebih tenaga dan semangat untuk menikmati pelbagai aktiviti bersama anda. Kami tahu, saat-saat bersama si manja ini bakal menjadi detik-detik manis yang akan dibadikan sepanjang hidup anda.
- See more at: https://www.frisogold.com.my/ms/products/locnutri-technology#sthash.D15H1eC8.dpuf
Apabila si manja semakin membesar, dunia penerokaannya juga menjadi lebih luas. Friso Gold 4 baharu yang ditambah baik dengan teknologi LocNutri™ dirumuskan untuk memenuhui keperluan nutrisi si manja anda. Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 4 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 4 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. - See more at: https://www.frisogold.com.my/ms/products/friso-gold-4#sthash.NOJ33HlG.dpuf

Friday, December 09, 2016

I need a holiday Lahh , My traveloka escapade

For the past few months, mata ni memang duk nampak Bali je. Dengan tgk gambar kawan kawan pergi jalan jalan kat Bali. Lepas tu kalau bukak Facebook dan IG mmg ramai sangat pergi ke Bali. Sebenarnya kita org memang nak nak sangat ke Bali sebab dari dulu mmg berhajat konon nak honeymoon ke sana tapi tu la ni dah anak 3, belum juga sampai ke Bali

Bali memang terkenal dengan tempat yang cantik. Ada yang pergi untuk berhibur dan ada yang pergi untuk rehat. So tujuan kami nak pergi berdua je adalah untuk berehat semata mata.

For the first time in 12 years nak juga merasa duduk berdua n relax di private villa Bali. Alahaiiii duk berangan ni

Nampak soalan ni di Traveloka

 Bila di tanya , mana antara 10 destinasi ni buat anda excited ....

sebenarnya semua hahahhah

Tapi Bali ada dalam list terus rasa cam romantik terus. Terus bgtau cik Abg jom la kita gie Bali. Tapi sebelum nak pujuk tu kena la ada info juga sikit.

Ni duk dengar je orang sebut Kuta , Seminyak, Jimbaran semua tu. Tapi mana tempat langsung tak tahu.  Jadi terus jadi rajin nak research and tahu juga.



Kuta

Kalau kita jenis suka bising, atau city life sikit n ramai orang. Maka boleh pilih Kuta. Sebab di sini la ada macam macam . Ramai pelancong memang datang kat sini untuk berhibur. Kiranya kat sini memang bandar betul.

Seminyak

Beberapa minit dari Kuta,  Seminyak ni sedikit sunyi dan tak serancak Kuta. Shopping mall kat sini pun ala ala butik dan bohemian. Kat sini ada banyak resort yang cantik

Jimbaran

Jimbaran terkenal dengan seafoodnya. pantai yang cantik dah resort serta villa yg cantik juga. Pantainya lagi tenang dan tak penuh sangat. So mmg sesuai utk gateway dan tenangkan fikiran.

So kalau nak duduk relax, hang out dan tenangkan fikiran atau menikmati suasana villa...Jimbaran mmg sesuai. Rasanya , sesuai sangat utl kita org punya Gateaway ni

 pic credit to Ayana Resort and Spa

Pitam tgk gambar ni. Tgk la suasana resort tepi pantai. Dengan pantai yang biru serta pantai tu. Rasa macam terus nak pack bag baju n ke sana .

Lepas tu berangan sorang sorang, berjalan jalan tepi pantai sambil berpimpinan tangan ngan Pak Sutan. Pergggggg best nya. 





Lepas tu pergi tempat tempat yang menarik 


Pergi tengok sawah padi di tepi lereng lereng bukit. Lepas tu amik gambar banyak banyak 


Tgk senibina senibina di sana. Mmg nampak unik sangat. 


Lepak tepi pantai atas bean bag. Sambil minum dan makan dan menikmati permandangan sunset.
*credit johan james


Makan malam yang romantik berdua secara open macam ni ....di bawah bulan purnama, kita bercerekarama ...adinda kanda ,,,,auwwwww

Alamak , napa masa menaip ni Moon boleh pulak tersengeh sengeh ni . Berangan je la dulu lagi pun berangan kan percuma 


Pak Sutan, nanti awak teman saya shopping tau ...jalan cam ni  hahahha




Tgk drawing yang cantik cantik. Ramai orang kata kalau nak cari lukisan, cari la kat Bali sebab kat sini memang banyak lukisan cantik cantik 

Tapi yang paling Moon nak sangat adalah duduk rehat di dalam private Villa n rehattttttttttttt




Tergoda kannnnnnnnnnnn

Moon mmg duk tergoda dari dulu lagi tau ....ni tgk pun rasa cam nak menitik air liur atas keyboard. 


Kenapa nak sangat ke Bali ni 


Sebenarnya me n husband tak pernah pun pergi mana mana tanpa anak anak. Biasanya memang kita org akan bawak anak anak sama . So utk honeymoon berdua sahaja memang tak ada , Kali terakhir honeymoon adalah masa baru kawen dulu sahaja. That is 11 years ago. Sian sangat kannn


2016 adalah tahun yg amat menatkan 

So many things happen in 2016. Ada manis ada pahit but nak kenang yang manis manis sahaja. 2016 adalah tahun di mana mmg kerja aja. Baru je settle satu kerja dtg lagi kerja yang lain . Dengan event sale langsir aje dah berapa kali setahun kan. Ngan adik nak nikah n many more yg mmg buat saya fully occupied.

Ada masa Moon rasa cam nak rehat serehat rehatnya sangat sangat. Rasa macam nak bangun tidur tak perlu nak fikir nak masak apa. Lepas tu nak fikir nak kemas rumah, nak basuh kain semua. Lepas tu nak kena tgk kerja lagi and order yang masuk kot phone.



my husband selalu kata ...u always think about other people first before your self. So this time sila fikirkan something that you really really want ( dlm hati kemain menjerit, I wanna go to Bali ....plzz)

Kita lepas kan segala stress semua. Sebab bahu kita pun macam nak patah dah sebab banyak sangat benda nak pikul . So pergi mana mana untuk rehat, dan pulang ngan minda yg stress free .

Insyaallah lepas tu kita akan lagi happy . Happy dengan life and marriage and happily ever after with our kids

So please Traveloka , please send me to Bali please.,...... ( kelip mata laju laju n libas libas shawl )

#MyTravelokaEscapade



Wednesday, December 07, 2016

Jualan kasi licin Ephyra

Akak selaku Agent sah Ephyra ni pun turut sama excited hokey, bila tgk offer cenggini. Start hari Moon share kat FB n IG dah berpuluh order masuk sampai tak menang tangan. Terus weng kejap sebab kejap org msg nak beli Inteemor, pastu bunyi plak org nak beli perfume . Pergggg mmg cepat je habis bateri phone

So bila ada sale kaw kaw ni mmg la akak nak share ngan semua. Sebab harga mmg tak masuk akalllllll



Ok ni nak share ngan u ols sebab akak mmg ramai org beli Inteemor. Inteemor ni adalah jamu modern yg bagus utk org lom kawen dan juga org dah kawen n ada anak.

Inteemor mengabungkan semua herba hebat Melayu dan Cina yg mmg bermanafaat utk kesihatan dalaman wanita

Moon minum Inteemor ni la terus dtg period. Bayangkan setahun 8 bulan tak period lepas bersalin. Minum sebotol terus period dengan jayanya n konsisten every month. My MIL selalu cakap, kalau peranakkan kita sihat, kita pun akan sihat.



So sekarang INTEEMOR CRAZY SALE , BELI 1 PERCUMA 1 pada harga RM50 dan FREE POSTAGE plak tu







BELI 1 BOTOL INTEEMOR & PERCUMA 1 LAGI INTEEMOR 
@ RM 50 SM / RM 60 SS. (NP : RM 98 SM / RM 108 SS) .


Tu dia ....dengan Moon sekali pun nak beli n stok kan utk diri sendiri. Moon menjual something yg Moon mmg makan jugak . Sebab bila Moon suka n dpt manafaat dr produk tu , itu la yg membuatkan Moon lagi nak share ngan u ols.  So ni dah setahun Moon consume Inteemor secara konsisten.


Tadi ada regular customer Moon borong 3 set terus . Sebab dia kata dia mmg every month beli pun. So bila ada offer mcm ni mmg dia jimat banyak. Jimat RM48 u olsss



BELI 2 KOTAK EPHYRA PREMIUM : 
RM 350 SM / RM 370 SS (NP: RM 394 / RM414) 
🔹FREE : 1xEPHYRA SHOPPING BAG & 1xEPHYRA DESK CALENDAR 2017


BELI 1 BOTOL M2Flex @ RM 50 SM / RM 60 SS (NP : RM 180 SM / RM 190 SS)
 ðŸ”¹FREE : 1Shaker 

Yang ni Pak Sutan mmg excited tgk. Sebab hari tu ada dapat free sample sebekas n dia mmg amik everyday. Dia minum sebelum g main badminton. Balik umah terus dia kata dia berpeluh bagai nak rak sampai 2 kali salin baju. Mmg terasa cam fat burning sangat.  Dia mmg bagi feedback yg sangat bagus . Lepas tu bila dah habis....dia suka tanya , bila mummy nak belanja daddy M2flex satu. Masa tu RM180 kot satu terus mummy pun cam telan air liur gaks nak belanja hahahahhaha ( kudukut ) 

Tapi ni bila dia nampak RM50 satu , terus dia suruh Moon order. Kalau cam ni Mummy belanja 3 bekas pun boleh. Happy je dia sebab order 3 bekas terus. 

Tapi M2flex pun bagus utk lelaki tau ....sebab ada CATUABA. Moon mana la tahu herba org lelaki ni. Yg Moon tahu tongkat Ali je. Sekali bila dia baca ingredient kemain sengeh je dia. Bila tanya dia Catuaba tu apa....bleh plak dia suh kita google n baca . Elehhhhhhhhh, eksyen ekkkkkkk. 

Lepas tu ada Lcarnitine ( tingkatkan metabolisma n bantu fat burning ) , ni Moon tau sebab Talib mmg makan utk kuruskan badan, Dengki sangat ngan Talib sebab dia mmg senang kurus n senang gumuk juga. Kita org juga forever bam bam. Tapi ni nak tgk Pak Sutan , sebab dia ada 3 M2flex ni kan. Mana tahu tetiba sado cam Norman Hakim. Eh takmo tu terlalu ketak ketak...losse weight sikit pun jadi la. 

  • Whey protein
  • Isolated soy protein
  • Creatin
  • Lcarnitine
  • Guarana
  • Tribulusterrestris
  • Acaiberry
  • Catuaba
  • Butea superba
  • Saw palmetto
  • Gingkobiloba

So LELAKI yang nak loose weight boleh amik M2Flex ni

Yang pergi workout

n lelaki yg nak jaga kesihatan dalaman / batin  pun boleh juga.


Ok cepat cepat siapa nak order sebab sekarang mmg tak hengat la order yg masuk .

WHATS APP MOON 
011-3999 0764 

Moon adalah agent sah tau

Me n lady bos , Puan Amiza, owner Ephyra yg sangat la baik . Dari mula mula Ephyra keluar hingga la sekarang, kita boleh sembang n msg her anytime and dia layan mmg baik sgt. Seronok dpt kenal wanita wanita yg berjaya n hebat . Such a humble person

Sunyi sangat rumah

Mmg rasa sunyi sangat bila Isk n Yaya tak ada kat rumah. Cuti sekolah, dia org balik Taiping, Dah seminggu dah kat sana.

Mula mula tu me n sutan cam hoyyeeehh...lepas tu dua dua cam bengong jap tak tahu nak buat apa. Sarah tak pergi sekali. Sebab Sarah tengah2 malam dia mencari mummy...Lagi pun Isk Yaya dia org dah besar n boleh tolong Mama n Papa.

2 3 hari sebelum cuti sekolah , Mama dah sibuk dah tanya. Bila hangpa nak anta cucu cucu aku balik. Kebetulan Talib pun nak balik anta Rafiq, maka Isk n Yaya pun tumpang sekali.

Skrg Sarah pun tetiba jadi behave plak. Dengar cakap n kurang menangis. Kalau tak menjerit je kijenya sebab kena sakat ngan Isk


KUDUKUT

Tapi kadang dtg bosan dia terus dia mintak phone

Mummy, Sarah nak phone mummy boleh ?

Tak Boleh

Terus lari ke kerusi n cakap ...hish mummy ni KUDUKUT tau, KUDUKUT sangatttt

Ayat dia tu kemain kan...kudukut pun kudukut la Sarah. Budak ni next week genap 3 tahun umur dia. Tapi dia punya pok pek pok pek tu ....phewwwww kusss smangat nak layan. 


BAJU
 
Malam tadik Pak Sutan terbuka channel hindustan, dia pun tgk juga la kan 

Sarah, daddy nak suruh mummy pakai macam ni la. Boleh tak 

Tak boleh ........mummy mana muat baju tu 

OMG ....selamba je kutuk mummy terang terangan ya kamu Sarah . Terus Moon buat buat nangis . Sarah kata mummy gemok la tu

Dah dah jangan nangis kay. Nanti Sarah suruh daddy belikan utk mummy kay..mummy kurusssss

Misti dia rasa bersalah tu . Tapi boleh plak dia tahu org sentap perihal gemuk kurus ni kan 


MAKAN

Sekarang bila Isk Yaya tak ada, terus Moon jadi malas sangat nak masak. Sebab kadang malam cam tak ada la nak makan heavy2 sangat kan. So kadang tapau je apa apa utk Sarah. 

Semalam masa amik dia kat nursery ...cam blur tak tahu nak makan apa. 

Sarah nak makan apa Sarah 

Sarah nak breakfast kat Ummiza. Jom gi breakfast

Sarah ni dah nak malam. Kita dinner bukan breakfast. Ummiza mana bukak malam , dia bukak pagi n tghari aje . Nanti besok mummy bawak Sarah k

tetiba nangis....Sarah nak gi breakfast laaaaaa 

Kita org kemain blur tak tahu nak makan apa ...nak tapau tomyam hari tu dah tapau ...nasik kukus pun dah makan. Mc D baru je makan...Kfc pun baru je makan. Nak mkn pizza malas plak kang susah nak cari parking. Sudahnya makan Subway n budak tu makan 4 keping biskut subway n dia plak kudukut tak bagi kat Mummy n Daddy 

Sarah suka la breakfast kat sini ....ada biskut 

Sarah........kita dinnerrrrrrrrr , bukan breakfast

Lepas makan, bawak dia masuk FOS sebab FOS kan skrg tgh sale buy 1 free 1. Baru duk pilih baju dia , boleh plak dia elok cangkung bawah rak baju . Nampak mata dia merah n berair je. 

Yupppppppppppp dia berakkkkkkkkkkkkk

Mummy, Sarah nak berak la. Sarah sakit perut ni. Sarah berak sini boleh . Mummy boleh tak Sarah berak?

OMG anak sapa ni cakap kuat kuat niiiiiiiiiiiiiiiiiii. Berak la Sarah , terus mummy laju laju bawak baju gie kaunter n bayar. Jom balikkkkkkkkkkk .


Since dia je kat rumah terus melayan dia je. Malam malam pun nak tido tepek ...jap jap dtg peluk ...jap jap dtg cium 

Sarah sayang sangat mummy 

Yer Sarah .......... 

Monday, December 05, 2016

Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina



join*

Hadiah :
1 x cash voucher dari Premier Clinic
1 x beauty box dari The Face Shop
1 x beauty box dari Missha
1 x beauty box dari Premier Clinic
2 x beauty box dari Skinfood

Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016






Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016
 
 
Kalau u ols nak join juga n cuba nasib jom tgk cara cara nak join Giveaway ni
Ada code yg anda perlu copy n letak di blog u ols tau



1. Tulis entry yang bertajuk "Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina"

2. Follow blog Anil Wanina

3. Follow IG @anilwanina

4. Follow Twitter @anilwanina

5. Like Page @anilwaninadotcom



Hope ada rezeki akak menang apa apa pun ekekekke. Akak bab bab gini mmg jarang bertuah. Tapi I still nak join , sebab mana tau tetiba murah plak rezeki kali ni kan . 

Friday, December 02, 2016

Perfume sama botol , sama tapi tak serupa

semalam terperasan satu tau. Ada keluaran perfume baru sama macam perfume INSPIRE by Dr Sheikh n DESIRE by Dr Halina . Akak takmo sebut la perfume artis tu  kang tak pasal pasal ter FREE PROMOTE laks.

MACAM SAMA tapi TAK SERUPA
JANGAN SALAH PILIH


Bentuk semua sama ....laju je Moon up kat group mcm makcik kepo bgtau semua  eh u ols dah tgk ke dah tgk ke ( sila bayangkan muka akak k ngan mulut muncung2 menaip hahahha )

Hari tu masa teaser dah nampak dah eh mcm nak kenal je botol ni cuma warna je lain . Tapi takpa la kan kita bersangka baik hahhahahahah

Yg penting kita yg 1st kan ...bila ada yg sama maknanya botol ni ramai org minat kannnnnnn

So u ols pun tahu ni mmg signature look perfume Dr Sheikh n Dr Halina kan ...


Botol INSPIRE n DESIRE pun diminati ramai. Ramai yg tak sangka botol perfume Dr Sheikh n Dr Halina ni sangat comel n berat dan yg penting sekali size cute muat dlm handbag n senang nak bawak travel.

Size 30 ml ni ley bawak naik cabin kapal terbang. Boleh duk dlm handbag u ols . Touch down boleh sembur sembur bg wangi

Perfume juga di seal rapat. Bukan jenis screw lock...so mmg tak ada risiko leaking atau terbukak. So far yg Moon jual tak ada pun yg komplen pasal semburan atau apa. Yang repeat beli ada lah hahah

Lama mana 30 ml boleh tahan?

Kalau sembur sehari 2 3 kali ia akan tahan dalam 3 bln. Tapi Moon yg sangat rajin pakai siang malam ni dah 3 bulan lebih pun tak habis habis lagi . Sebab bau dia kuat ...jgn kita rajin benor nak sembur sampai 4 5 semburan . Kang jadi bau botol perfume bergerak karang hahahahha .

Cukup la satu semburan atau 2 utk bagi u ols wangi n selesa serta bertambah confident.


 Perfume ni tak mahal pun u ols ...tak sampai ratus ratus pun

1 RM 49 shj
2 RM 90 shj ( JIMAT RM8 )

+ RM 6 postage ( rate ni sampai hujung thn sahaja tau akak blanja u ols )

Kalau nak COD pun boleh ...lepas tuh kita amik gambo sedas dua hahhahaha
Cyberjaya | Putrajaya | BBST | Nilai


 PROMO DECEMBER 


Beli 1 INSPIRE by Dr Sheikh, FREE GIFT BOX 

Boleh hadiahkan pada jejaka n lelaki yg istimewa dlm hidup anda. Nak hadiahkan pada adik, pada abang atau pada Ayah atau pada cinta hati anda....pun boleh tau . Akak bg Free box utk u tau . 




Beli COUPLE dapat 2  FREE GIFT ( masker , body scrub , nose mask )
Beli DESIRE dapat 1 FREE GIFT


WHATS APP Kak Moon 
011-3999 0764 


Walaupun nanti nom ni ramai yg akan tanya macam macam . Tanya pasal langsir ...tanya pasal tempat makan ....tanya n mintak nasihat ...

Insyaallah kalau akak sempat jwab akan jwab k sebab priority akan diberikan pada mereka yg nak order perfume . Kalau nak sembang lama lama sila la beli perfume ( omg bajet retis sangatttttttt )


Gigih kan korang boleh whats app utk tanya perfume sapa tu kak ....perfume siapa kak ooiiii . 

ha ni akak bg gamba  .....siapa punya u ols find out la ya ............hahahhahahahahha


Thursday, December 01, 2016

Service Suite di Berjaya Time Square

Ramai yg PM n DM di IG tanya pasal BTS Serviced Suites ni . Sebab sekarang pun dah masuk cuti sekolah kan. So ramai parents duk nak buat plan bawak anak anak jalan jalan.

Miskipun anak anak cuti sebulan, kita takla dapat cuti sebulan juga kan. Kita org bawak kids jalan jalan dlm KL dulu . Sebab budak budak ni janji ada kolam , dia org mmg happy punya.

Ni adalah kali ke 3 kita org dtg sini. Sejak kali pertama dtg dulu, terus jatuh hati n rasa ngan keluasan bilik n harganya mmg ni la so far paling berbaloi. If u guys ada tempat best n berbaloi macam ni jugak please do share with me tau.

So kalau nak cari weekend gateway yg tak perlu drive jauh ...n those yg suka bercuti di dalam bandar. Boleh usha tempat ni

Gamba pun snap masa dah nak check out.  So kalau nak bawak anak anak dan tentera tentera mmg sesuai la sangat sebab bilik sangat luas

Apa yg buat Moon suka sangat :

Ada katil King size dan ada katil single kat luar.

Bilik air sangat besar, ada ruang utk mandi dlm bath tub dan shower. Lepas tu, jamban dalam bilik yg lain. So takyah berebut kalau ada sorang sibuk nak berendam dalam bath tub n sorang nak berak plak time tu

Ada pantry ..lengkap ngan pinggan mangkuk n cawan semua. Ada peti sejuk n microwave. So bayangkan betapa senangnya u ols....sikit lagi akak nak bawak periuk nasik hahahhahaha.

Nak makan pun senang sebab boleh masuk dlm mall je beli makanan. Ada foodcourt merata rata . Supermarket pun ada ...Moon siap beli sardin bagai ngan sayur2 buat sandwich hahahhaha. Yer la budak budak ni kejap kejap lapa.

Kalau ada ramai , malam malam tolak je sofa ke tepi n bentang je toto.

Parking kat bawah aje. RM 12 untuk 1 hari

Kolam renang sangat best n besar u ols ....ada 2 kolam budak kecik. Ada satu kolam yg sangat besar ...Isk ngan Yaya kemain la sonok berendam n berenang.  Ajak jalan jalan dlm shopping mall pun dia org tak layan . Sarah plak mandi sampai merah mata.


Besar kan ...kalau mcm ni bukan anak anak je excited....mak ngan ayah pun excited jugak.  Kolam ni berada di tingkat 15

Bagi para mak mak mmg suka sebab boleh tgk banyak benda dlm shopping mall

Bapak bapak plak pun suka sebab boleh jalan ke Low Yatt je tgk gadget n tgk barang komputer

Mmg tak puas duduk kat sini sebab ia adalah sangat besar . 1st time dulu kita org dpt rate RM180 then RM200 . Korang kena rajin compare harga n pilih date kat booking.com tu sebab kadang harga bilik ley cecah RM600 semalam. So kalau dapat below RM250 tu kira ok dah tu.

Kadang Moon sebab dah ada contact org sana , nanti moon tanya la harga ngan 2 3 org n compare ngan web, then Moon pilih la yg the lowest ekekkekeke

So u ols kalau nak jalan jalan ....boleh consider tempat ni sebab syiok .

Ni bukan paid review ke apa ..tapi share ngan korang supaya korang ley berjimats n enjoy ngan Rm200 u ols 


Tuesday, November 29, 2016

Ngah kembali ke Rahmatullah

Ngah adalah kakak pada my Abah. Ngah ni dari dulu sampai la skrg mcm tu je muka dia. Dari kecik sampai la sekarang mmg asyik senyum je muka dia.

Last dia dtg rumah adalah sebelum raya hari tu. Siap dia jahitkan 2 pasang baju utk Yaya n Sarah. Tu la jugak kali pertama dia dtg umah.

Moon actually tak rapat sangat ngan sedara mara belah Kedah that is belah Abah sebab lepas mak meninggal kami semer cam lost semer nya jadi berterabur semuanya. But tu semua kisah lama kan...so bila dah besar cam ni baru sedar balik betapa pentingnya sedara mara ni kan.

Last month Ngah dah duk tenat n ada kat hosp Klang . Moon sempat dtg lawat dia n sempat sembang ngan dia. Moon sempat dtg lewat petang sebab ada hal pagi tu. Kebetulan waktu pagi semua sedara mara dr Kedah dtg berkumpul nak jumpa Ngah. Tapi masa tu dia tak larat n tidur je. Rezeki Moon dpt jumpa dia masa dia bukak mata n dpt sembang. Dia cam siapa yg dtg ...siap tanya anak anak semua sihat ka

" Ntah bila la Ngah ley jumpa Muni lagi .. ni last kot jumpa Muni "

Sedih je ...Moon cukup takley tgk kalau org sakit ke apa ...hati ni sayu je ...pandangan pun kabur je sebab air mata duk bertakung banyak. Kalau kelip mata mmg meleleh laju je air mata ni. Dah la dia sorang tak da anak.

Tapi sebab nampak dia senyummm je mmg duk tahannnn takmo bagi air mata ni

Dia duk kuar masuk hosp banyak kali jugak. Tapi last week dpt  msg dr group Kedah bgtau Ngah dah meninggal. Moon pagi tu dr sekolah anak terus msg bos bgtau bos saya terpaksa EL, makcik meninggal. Mmg rush terus ke Klang

Keluarga belah Kedah semua tak sempat nak dtg sebab pihak hosp dah uruskan mandi jenazah dan terus bawa ke masjid utk disembahyangkan dan terus dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.


Abah pun tak sempat nak dtg sebab dia dr Terengganu. So siapa yg ada nearby aje dtg rush ke Klang. Ada keluarga Wa dtg dr Teluk Intan.

Allahyarhamah sangat baik orgnya  ...tak pernah marah n slalu je senyum . Ingat masa dia dtg umah n tu juga 1st time Abah dtg umah juga. Dia duk tolong Moon masak kat dapur. Dia tanya

" Abah slalu mai ka umah muni "

Tak Ngah , ni pertama kali la abah mai .

La ya ka .... ( laju je ayaq mata dia mengalir turun sambil muka senyum ja ...sambil dia gosok belakang Moon )

Takpa Ngah ...Muni takdak apa la . Awat Ngah plak nangis .

Takdak la ...baguih la Ngah tgk Muni lagu ni skrg...ada keluarga baik baik semua ..Ngah suka. Suami elok ...anak anak elok ..baguih la

Yer Ngah ( terus kacau nasik goreng dlm kuali laju laju )

Moon sampai skrg duk ingat conversation kat dapur hari tu. Tapi rugi sangat sebab Moon mmg tak banyak spend time ngan dia ...such a great person n sorang yang sangat penyabar. Moga Ngah tenang disana di sisi NYA ya Ngah.

Thursday, November 24, 2016

10 hari bersama AnneSuraya Skincare

Hampir 2 minggu Moon pakai AnneSuraya Skincare . Moon pun nak test juga produk member n tgk cam na .Moon pun jeles juga bila tgk testimoni best best tu kan.

AnneSuraya ni best sebab set ni 5 dalam 1. Biasanya set kat market 4 dlm 1 kan. So ni ada extra night treatment cream.

Moon plak spesis yg kalau tukar skincare ada kala akan timbul jerawat baru . So dalam 3 4 hari Moon monitor jugak kan. Tapi tak ada yg naik hokey ....so maknanya AnneSuraya Skincare ni ok ngan Moon . Masa Moon cuba AnneSuraya Skincare ni Moon tgh tak ada apa apa masalah serius cuma muka cam kusam n parut jerawat yg amats degil nak ilang ni. 

Minggu pertama apa yg ketara?

Bagi Moon yg pertama skali Moon rasa adalah kulit jadi cerah sekata. Kulit rasa lembut n lembab je n kurang berminyak sangat.

muka budak comots baru lepas balik kenduri kawen...apa motip pegang bunga pun tak tahu la ...konon konon sweet latew.

Pak Sutan pun ada tego napa muka awak nampak cerah sket. Tapi mmg betul , dalam tak sampai seminggu muka dah nampak cerah n bersih . Ada few parut lama start pudar.

Moon paling suka facewash n day cream AnneSuraya ni sebab facewash tu bau ala tutti fruity and mmg bersih sangat mula lepas cucian. Day cream plak light je. So perlu pakai sket aje secoet aje kat pipi kiri kanan, dahi , hidung and dagu. Lepas tu ratakan n mmg terus nampak flawless terus n yg penting ada SPF 45 . Takyah tepek bedak pun tak apa tau. Kalau tambah bedak harus la lagi cun melecun.


 Day Cream ni mmg duk pakai everyday almost 2 weeks tapi cam tu juger ..so mmg jimat . Nanti nak tanya Su n Anny kalau 1 bekas ni tahan berapa lama. Nampak gaya mcm ni tahan 2 3 bulan ni kan . So bayangkan la berapa jimatnya u ols .

Bau dia lembut dan wangi. So bila dipakai tak ada rasa macam topeng atau melekit. 

 yg putih ni adalah intensive repair cream, yg hijau plak adalah night cream. So selepas basuh muka bersih2 ...pakai toner n sapu nipis je night cream , lepas tu sapu intensive treatment cream n tido ngan comelnya hahahhaha.

Besok bangun muka rasa fresh je n lembut.




AnneSuraya Skincare ni 

- Bebas mercury dan selamat digunakan
- Diformulasi dari bahan semulajadi
- Sesuai utk semua jenis kulit
- Sesuai tak kira utk lelaki atau perempuan



Facial Cleanser 60ml
- Mengatasi kulit berminyak
- Memutihkan kulit tanpa pengelupasan
- Meratakan warna tona kulit
- Melicinkan kulit muka

Treatment Toner 30 ml
- Menghilangkan kotoran yang tertinggal
- Menyegarkan wajah
- Melawan bakteria penyebab jerawat
- Menganjalkan & mencerahkan kulit
- Mengecilkan pori pori wajah

Day Cream 5g
- Menghalang sinaran UV SPF 45
- Mencerahkan kulit wajah
- Melembabkan kulit
- Menghilangkan parut, jeragat & jerawat

Night Cream
- Mencerahkan wajah
- Sebagai agen pelembab wajah

Intensive Night Treatment Cream 
- Menyingkirkan sel kulit mati
- menegangkan wajah
- Agen anti penuaan

Gamba before masa sebelum dpt AnneSuraya Skincare. Muka mmg tak pakai apa ..dah petang2 malas dah nak pakai bedak ke apa . Gamba after tu pakai daycream shj .

Si Sue siap pesan , Moon nko jgn lupa snap gambo before , karang nko tak nampak apa yg beza . Baik la cikgu...la la tu jugak aku snap walaupun nak nangis tgk muka sendiri omg so buruks. Tapi aku tabahkan hati hokey .






Tahu tak sekarang AnneSuraya Skincare tgh buat promo . Dia org bagi discount RM30 so set ni jadi RM 90 sahaja ( NP: RM120 )

So kalau sesiapa tgh tercari cari skincare utk masalah kulit boleh try AnneSuraya sebab tgh offer ....murah wooo dan skincare ini memang direka khas utk kulit wanita Asia


Loose item pun ada tau n harga seperti kat bawah k:


🌸Facial cleanser RM30
🌸Toner RM18
🌸Day cream RM20
🌸Night cream RM25
🌸Intensive treatment cream RM27
🌸Glutathione bar wash RM30





ANNESURAYA SKINCARE 
SET 5 in 1 
Harga Asal : RM 120/ set
Harga Promosi : RM 90/ set 


Guna code "MOON"   
whats app  010-4314406
 utk dpt additional discount RM 10 

RM 80 satu set


Instagram : 

Facebook : 
Whatsapp Untuk Info dan Pembelian : 
010-4314406
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...