Thursday, May 23, 2013

23 May Genap setahun Allahyarhamah pergi


Hari nih genap la setahun Allahyarhamah pergi meninggalkan kita semua . 

Gamba nih Talib amik masa dia pergi johor lawat pusara .

Moga kamu tenang di sana .

Al-Fatihah 


Last week moon ada training kat Mimos utk 2 minggu . Then masa lunch kat cafeteria sutan suh tgk ada sorang budak ni ..mmg cam Allahyarhamah muka dia . Sekalik Sutan plak sebut ' sayu je saya tgk budak tew ..sama cam kita tgk Norma "

terus je ai pun sebak di dada . Misti budak tew heran je asal la akak ngan abg tew duk tgk je dia . Walaupun tak la 100% sama but dalam 80% sama cam tew . Size dia kecik pakai baju kurung bertudung bawal mmg saling tak tumpah cam muka Allahyarhamah . Banyak kali terserempak ngan dia ..termasuk la waktu solat kat surau mimos ..tapi cam segan sangat nak snap gamba dia . Adik Farhana ( nampak nama kat id card dia ) ..sorry kalau akak duk tgk n tenung awak lama lama tapi muka awak sangat sangat la mengingatkan akak pada seseorang . Atleast cam terubat rindu bila nampak ...sian Talib kemain nak tgk jugaks sebab dia kata tetiba rasa rindu tew datang plak ...yer la sapa tak rindu kan . Kita pun rindu nih kan plak suami dia sendiri .


* Sapa yg masih baru kat blog Moon anda ley klik tab Norma Talib kat atas tew utk baca kisah mereka . Banyak yg kita ley pelajari n yg penting sayang la pasangan masing masing selagi mereka masih bernyawa . 

12 comments:

Masya said...

al-fatihah moga rohnya tenang disana...

mrs kayrul said...

al-fatihah...dulu pernah jumpa jugak org yg serupa macam arwah normah masa balik raya kat johor...

Unknown said...

Al-Fatihah utk arwah...kak moon, awat x habaq dtg ke Mimos. ofis sye depan Mimos tue jer..huhu

Anonymous said...

Al-Fatihah..semoga roh arwah tenang dan damai di sana..aminnn...

adianiez AIDA said...

al-fatihah buat allahyarhamah norma...

Rina Bahari said...

Al-fatihah utk arwah ...sekejap jer masa berlalu kan ...dah setahun pun....

nina said...

kat mimos je?? dalam TPM kan kak.

Hafiz Hafizol said...

AL - FATIHAH BUAT ARWAH .... :*

HatiHati said...

dah setahun rupa-rupanya..sekejap ja masa berlalu..dulu dok ikut perkembangan arwah..hari2 nak bukak blog kak moon..bila kak moon x update..xsenang duduk rasanya..hu hu..al-fatihah

Abil Fikri Ahmad said...

Al Fatihah..

Anonymous said...

as salam moon,
sja nak share citer, sblm ni saya ada bagi kawan saya baca blog moon untuk entry pasal kisah norma. saja saya bagi dia baca utk bagi motivasi pada dia supaya tabah dgn dugaan Allah bagi. dia down sebab dikesan ada tumor kat breast. saya bgtau yg nasib dia tak sebaik arwah norma...arwah norma tak sempat nak jaga anak dia sebab sakitnya tu...tapi serius saya tak sangka yang rupanya kawan saya ikut juga jejak norma. dah 2 minggu dia pegi..rupa2nya lepas bersalin anak kedua, tumor tu melarat sampai ke kepala (kanser otak) dan paru2 kiri. tak sampai 3 bulan diagnos, dia dah pegi meninggalkan suami dan 2 org anak (3 tahun & 7 bulan)....alfatihah untuk arwah norma & arwah norisah...amin

CheHitam loves said...

AlFatihah buat arwah Norma.

Salam kak moon,

Sekadar ingin share kisah sy sndiri..I'm one of ur thousand silence readers. Mula membaca blog akak bila kisah arwah Norma n Talib tersebar. Tak tahu kenapa kisah mereka berdua menjadi perhatian sy. Mungkin kerana mengenangkan usia Rafiq yg hampir sebaya dgn anak sy, keluarga Talib yg berasal dari Taiping kerana sy juga berasal dr sana dan Talib n Norma duduk di kwsn perumahan dgn sy area Bdr Tun Hussein Onn n Balakong. Dulu sy sering mengupdet suami sy kisah mereka. Meluahkan pada dia betapa simpatinya saya terhadap musibah yg menimpa mereka bersama anak yg masih kecil. Selepas pemergian Norma sy sering mengeluh pada suami bila mengenangkan nasib si kecil itu yg hidup tanpa ksh syg seorg ibu. Dan suatu hari ketika Ramadhan,sy berkata pada suami bagaimana la rasanya hidup tanpa org tersyg..dan dia hanya menjawab ringkas 'tiap org akan menempuhi musibah yg berbeza dan sesungguhNya Allah takkan uji kita dgn sesuatu di luar kemampuan kita..maka redhalah dgn sepenuh n seikhlas hati..tiap dialog itu masih segar dlm ingatan sy..dan kini..suami sy juga mengikuti jejak arwah Norma..Allah lebih menyayangi arwah suami sy bila arwah telah kembali padaNya pada 9syawal lepas akibat kemalangan di highway Melaka ketika otw blk ke johor.kami adalah psgan suami isteri jarak jauh..saya die KL manakala arwah adalah guru di sekolah sukan di Johor. Yes, he was a weekend husband since we were married in year 2010. Skrg, sy sudah merasai bagaimana rasanya menjadi ibu tunggal kpd putera tunggal kami, Mohamad Adeeb Zuhayr Bin Mohamad Fakhrulrazi. Dan tika menerima berita kematian arwah suami, sy teringat bagaimana perasaan Talib. We were in the same shoes though. Perancangan Allah adalah sebaiknya. Dan kejadian ini banyak menginsafkan sy n to me personally its just like kinda wake up call to me atas segala kelalaian sy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...