Monday, October 20, 2014

I Want to touch a dog

I dont want to touch a dog ...tq

Yer saya tahu anjing adalah haiwan yg di ciptakan oleh Allah SWT . Saya tak pandang jijik atau membenci anjing sebab ia adalah makhluk Allah juga tapi saya tak nak sentuh kalau boleh ...kecuali keadaan memaksa

Apa komen mengenai acara nih ...yer saya tahu niat dia org tuh bagus utk mengelakkan org takut kat anjing. Sebab Moon pun kadang nampak anjing lepak bawah kereta pun takut ...nampak anjing dari jauh pun kalau boleh dah ckp dlm hati ...jgn la anjing neh dtg kat aku hahahha . Tapi sebab sifat takut tuh la kita jadi berjaga jaga kan .

So moon takkan letak gamba2 saudara kita yg sonok membelai anjing sebab Moon rasa moon tak layak pun nak menilai mereka kan . But kalau I sendiri mebi tak kot ... tapi kalau cam doktor haiwan ke atau yg jaga haiwan neh n membantu n merawat haiwan neh tak pa la kan .

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat)




Ada yg tulis ...ala takat pegang anjing je bukan berdosa pun . Korang buat dosa lagi besar ...aik ada plak cam tuh .. #urutdadalajulaju

PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.


b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.


3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (Kitab al-Halal wa al- Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.




So apa pun sebab korang .....akak no komen la sebab jika org tanya . Do u want to touch a dog ....i will say , its ok tq . 

Bagi parents yg kata ia utk pembelajaran ok la kan ...nak ajar anak mcm mana nak buat lepas pegang cam na nak samak .. but still i tak beberapa boley nak terima n im so sorry to say . 

so nampak kawan2 kat FB share pastuh kuar macam mcam hujah I still jugaks tak ley terima . 



Moon tertarik ngan status Syeerah 




 Yup kita kena buat baik pada semua haiwan cuma kita tak boley sentuh Babi dan Anjing . Tapi kalau tersentuh kita boleh samak .

1 comment:

yantz-yeem said...

ini lah namanya dunia akhir zaman moon....tipu daya berleluasa...ada 1 of our frends kat opis nie pun fanatik sgt ngan cats & dogs...cats tu ok la lagi...tapi kalo dogs tu boleh plaks dia nak tegakkan benang yg basah....kekadang bila dah fanatik care sgt ngan dogs & cats sampaikan ulama bagi pendapat pun diorg boleh hentam...mmm so sama la kita moon nampak anjing je dah rse nak tercabut dada nie...hahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...