Friday, July 10, 2015

Sahur Dengan Horlicks

Bila minum Horlicks ni mmg mengimbau kenangan masa zaman kecik2 dulu. Dulu dulu kalau dapat minum Horlicks mmg happy la sebab ianya sedap n berbeza ngan minuman lain. Yerla kita masa kecik2 mana nak minum air panas sgt kan....tapi kalau Horlicks panas mmg on je

 Org besar pun suka ni ...bukan budak2 aje. 

 Horlick yg original flavour is my fav
 n Horlicks Chocolate kegemaran anak anak

Sekarang ni bulan Ramadhan, Alhamdulillah Isk n Yaya dapat berpuasa. Buat Yaya kali ni dia nak puasa lebih dari tahun lepas sebab skrg dia pun dah darjah 1. Hari tuh cikgu nursery  bagitau dia mandi lama sangat sebab 2 minngu puasa hari tuh kan panas sangat. Lepas tuh keluar bilik air gelak gelak ngan kawan dia yg darjah 3 tuh. So dalam kereta tanya la dia

Yaya puasa tak ni....Yaya kena tahan tau. Mmg panas tapi yaya jgn la main lari2 n kejar. Nanti haus mcm mana. Lepas tuh jangan plak minum air paip sebab air paip tuh kotor sebab kita tak masak lagi air tuh. Nanti kalau sakit perut macam mana.  Tapi mummy tau anak mummy misti dia tak buat mcm tuh kan .....

( saja je saiko dia sebab tektik minum air paip tuh mummy masa kecik2 dah pernah buat hahahah )

sorry mummy ...sebenarnya Yaya minum air tadik ngan kawan. Lain kali Yaya tak buat dah

So sekarang nih kalau amik dia petang2 mmg tanya. Ada org minum air takkkkkkkkkkkk hahhaha. Tapi sampai kat umah mmg terus lepak n baring depan TV. Si abg plak dah steady dah.

Skrg anak anak kita mmg penat kan ..pagi petang sekolah. Kadang makan pun macam macam. So kita nak kena pastikan dia org mendapat khasiat yg mencukupi.

Nih dah tinggal 10 hari terakhir nak makan pun cam tak selera sangat. Kadang tukang masak nih pun tak tahu nak masak apa. Kadang siap tanya kawan kawan korang masak apa ek. Time sahur lagi la kan ...kadang bangun minum air panas panas je..dapat plak Horlick panas2 ..pergggg

Anak anak plak kalau kejut sahur kadang mata pun ngantuk lagi . Bagi Yaya plak since ni 1st time Moon kejut dia bangun sahur dia la yg paling liat nak bangun. Kadang bangun pun nongkat dagu. Makan pun sambil tutup mata hahah.

Pernah ada 1 hari tuh, Moon terpaksa suap si Abg makan sebab dia tak larat nak bangun tido. Dah turun kat bawah dia sambung tido atas kerusi. Tgk jam dah 5.20 am kesian la pulak kan. Kalau tak makan takut lapar plak. Bila tanya boleh plak dia nak suruh mummy dia suapkan. So si mak nih pun suap la si sulong nih makan...tapi mkn sambil tutup mata. Alahai manja la sangat si abg nih.

 Abg duk tanya napa adik je ada gelas tuh ...Isk nak jugak. Ni la kan, bila ada anak 2 semua pun nak kalau beli mmg nak kena ada benda yg sama. Padahal dia pun Moon buatkan Horlicks jugak. Korang share la ek. Nasib la si Sarah tuh kecik lagi kalau tak kena beli 3 terus la.

Sahur semalam Moon buat nasik goreng je sebab tak tahu dah nak buat apa.

 Tapi bebudak nih tak nak makan nasik sangat. So takpa...janji korang habiskan minum Horlicks tu.

 Yaya mmg minum habis. Dia suka la sangat kat Horlicks coklat tu

Horlicks helps kids be Tall, Strong and Sharp

Tgk anak anak minum terliur plak mummy. So Moon pun pergi bancuh jugak  satu untuk diri sendiri...argggh sedap sungguh


Horlicks kaya dengan fibre dan ia mengandungi Kalsium, Vitamin D, folic acids, multi-vitamins dan mineral yg diperlukan oleh anak anak. Ia membantu anak anak utk stay alert kat sekolah sepanjang bulan puasa nih dan membantu mereka utk kurang rasa lapar.



Vitamin D adalah nutrien penting yang menggalakkan menyerapan kalsium, terutamanya semasa kanak-kanak sedang membesar.

Adakah anda tahu bahawa 2 hidangan Horlicks Original Chocolate Malt mempunyai 224% NRV Vitamin D dan 94% NRV Kalsium?

Tambahkanlah pengambilan Vitamin D anak anda dengan makanan Sahur yang kaya dengannya, serta secawan Horlicks!


Sekarang tgh ada contest dekat Page Horlicks Malaysia tau. Korang hanya perlu share kan saja pengalaman sahur anak anak atau pengalaman korang sendiri masa kecik kecik dan boleh menang hadiah yang sangat menarik.


Facebook : Horlicks Malaysia
Syarat Peraduan : HorlicksRamadan Experience  



Isk n Yaya nampak je Horlicks nih terus mention pasal iklan kat TV

1 comment:

Lydia Miza said...

LM anak beranak pun suka horlick. Nak2 puasa ni klu dkt abis je lelaju budak ni ingatkan. Risau sgt sahur xde horlick. Padahal mlm2 dorang gak yg duk buat horlick sblm tido

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...