Saturday, December 31, 2016

Sale Langsir di Sarah Hughes Globe

sticky post untill 31st Dec 2016



sila tunjukkan badge di atas pada staff di lvl 7 untuk mendapat potongan harga untuk follower and reader blog Moon ya

Kain bermula RM5

Ada promo beli semeter percuma semeter

ada additional 20% utk selected fabric

Siapa yg sah biasa dtg time Sale Vip Moonpunyerblog mmg tahu betapa insanenya harga kain kain ni akan jd. 

Kain kusyen/upholstery ada yg RM10 semeter

Kain blackout pun ada

macam macam ada ada adaaaaa













Friday, December 23, 2016

Mr DIY

Moon paling suka pergi Mr DIY sebab ada banyak barang yang menarik sangat n yang penting sangat murah.

Mustahil la kalau masuk n keluar tangan kosong. Misti ada terbabas beli something . Kadang pemabam kecik kecik betuk muffin pun boleh buat kita happy. Ntah hapa hapa ntah .... ( moon latew )

Tapi ada 1 kemusykilan.

MR DIY ni asyik menyusun barang je ke

Tiap kali pergi misti without fail dia org tengah susun barang. Last week dtg kepala paip kat sini ...this week dtg dah pindah ke shelf lain plak. Barang mmg selalu beralih . Ingat kan 1 Mr DIY je ...sebab, mungkin tgh susun stok ke apa . Tapi so far  2 3  Mr Diy yg Moon selalu pergi semer tgh susun barang .

Mr DIY D Pulze Cyberjaya

Mr DIY Aeon Sri Kembangan

Mr DIY Nilai

Korang perasan tak .....nanti next visit to Mr DIY cuba u ols tgk . Ada tak tgh susun barang. Ada lorong susah nak lalu sebab ada kotak kat situ . Ada tak brg yg beralih tempat .


Ada org boleh bgtau tak napa dia org asyik susun barang . Ke ada rules dimana every month barang kena gerak . Atau mungkin barang di shelf sangat cepat habis .

Sebab ....saya sgt curious sebab everytime pergi misti cam tu

But I still love going to Mr DIY la kan .

Cuma saya sgt curious  n ingin tahu

Friday, December 16, 2016

Kejadian di highway

Weekend hari tu kita org balik ke Taiping sebab nak ambil Isk n Yaya kat sana. So kami gerak pagi Ahad sebab sebelum tu Moon nak kena setel banyak benda dulu. So kami tak da la nak rush ke apa kan. Pagi pagi Isk ngan Yaya dah call tanya nak dtg pukul berapa. Punya la dia org tak sabar nak jumpa kita org

Kita org stop kat Behrang jap . Gie tandas n beli makan sket nak kunyah kunyah dlm perjalanan. Sebelum tu Pak Sutan dah bgtau nanti nak cari stesen minyak sebab nak cek tayar sebab dia rasa cam tak sedap. So kami kuar dari tempat rehat Behrang tu ....tetiba bunyi kuat kat tayar belakang n bunyi pelik ....nasib Pak Sutan mmg duk lane paling pelahan. Bagi lampu kecemasan n park tepi.

Rupanyanya tayar belakang tu pecah n terkopek. Nasib tak laju ... baru Pak Sutan bukak bonet kereta, nampak ada Polis Bantuan Plus dtg. Nasib baik sangat sangat tau. Dia org siap bantu tukarkan tayar. Tapi nasib pun tak baik, tayar spare plak cam mengelembung. So dia org kata ni takley jln jauh ni...cuba En masuk ke Slim River n tgk kot ada kedai tayar bukak.

Dalam kereta tu mmg kita org cam blur kejap tapi sangat bersyukur sebab tak ada apa apa yg terjadi.

Tapi syukur sangat Pak Sutan tak drive laju

Baru kuar dr tempat rehat

Ada polis bantuan PLUS terus dtg bantu


So kami slow slow susur masuk ke Slim River . Nasib la kuar tol je terus ada pekan n mmg berlambak kedai tayar , tapi semua TUTUP . Takpa la kan, redha je la . So intai intai la hotel utk bermalam sebab Pak Sutan tak berani nak bawak kereta jalan jauh sebab tayar tu gelembung n mmg terasa bumpy nya masa kereta jalan .

2 3 hotel penuh...so nampak 1 hotel ni Weng Kong pun Weng Kong la. RM70 semalam. Pun jadi la kan...sebab nak tido je pun n besok kedai tayar bukak je...kami serbu.


 Kebetulan plak budak kecik tu pun memberak kan diri...so boleh la naik basuh dulu . Lepas tu kuar balik g cari mkn. Kononnya nak gi makan la kat kedai mkn yg kita rg nampak dekat kedai tayar tu. Tapi Pak Sutan kata kalau kita gie jauh ke sana nanti kalau jd apa apa susah plak. Apa kata gie makan kedai dekat2 je jalan kaki.

So hujung shoplot tu ada kedai makan, masakan panas. Tidak la besar mana tapi sedap je makanan dia.Lepas makan , Moon naik dulu ngan Sarah. Lepas tu Pak Sutan whats app bgtau ...tayar spare dah pancit dah ....huhu



Nasib baik tak gie makan jauh kan.......

Takpa la nak buat cam na . Tgu je la besok kan... Pak Sutan kata nanti dia gie jalan kat kedai tayar besok n mintak dia org dtg tukarkan.

Pagi pagi lepas mkn terus Pak Sutan jalan g kedai. Sian dia sebab jauh juga kena jalan tu ..



 dalam 20 minit cam tu nampak Pak Sutan dtg ngan uncle kedai tayar. Uncle tu cabut tayar pancit, bawak g kedai n dtg balik ngan tayar yg elok.

Kita org cek out hotel n terus ke kedai tayar uncle tu. Pak  Sutan kata dia belum pun lagi bayar , tapi uncle tu mmg percaya betul . Dia suruh Pak Sutan amik anak bini dulu , lepas tu dtg kedai . Kalau ada org jahat ke apa ...mmg dia org cabut dah ni kan. So kami pergi la ke kedai tayar tu balik sebab kena tukar 2 tayar.


ni la keadaan tayar tg terkopek n pecah tu. Allah lindungi kami ...kalau la di lane laju ke apa. Boleh accident kot ni.  Bila tgk rupa tayar mmg terdiam kejap. Sebab ni makan belah dalam.  Walaupun nampak bunga tebal lagi kan ...but belah dlm tuh dah termakan banyak .

Redha je la ...sebab nasib tak ada apa apa yg buruk terjadi . Sekali Pak Sutan bgtau kat kedai tayar cam ni tak ada tayar second hand. Kalau kat KL mmg berlambak la kan ...so kena tukar tayar baru 2 biji .  Mmg telan air liur la kan ..

Sekali bila dia cabut tayar depan ....tayar depan pun ada crack ....sudahnya kena tukar 4 tayar baru . Mmmg senak dada kejap sebab duk kira kira duit. Nak tak nak mmg kena tukar juga . Walaupun 2 biji tayar depan tu baru je tukar bulan 4 hari tu .


Pak Sutan tunjuk harga tayar kat Moon . Sebab Moon sebelum ni tak pernah tahu pun harga harga tayar ni. Ni harga utk size 15 ....mak aiii mahalnya. Tapi kita org pakai 16 so harga dia mahal sket. Ok ....terus seram sejuk je rasa nya. 

Tapi , nak buat mcm mana kan. Benda dah nak jadi n nak kena tukar juga . Anak anak dah duk call tanya bila Mummy ngan Daddy n Sarah nak sampai. Sabar ya anak anak . Bagi mummy n daddy setel hal ni dulu . 

Nasib la uncle kedai tu sangat baik n cepat je tukar taya . Nasib la ada jugak duit hasil menjual inteemor n perfume ada. Boleh la tong tong duit ngan Pak Sutan . Yer la senang pun kita kongsi , susah pun kena la kongsi juga. Tambah plak ni hujung tahun, banyak nak kena save duit sebab untuk anak anak masuk sekolah. Takpa la ....nak buat cam mana. Pasti ada rezeki kot lain . Tu la mama duk ckp bgtau . Tak pa , ni ujian utk hangpa ...pasti nanti Allah bantu hangpa kot lain.

Perjalanan di teruskan ke Taiping. Tapi dlm kereta mmg duk bersyukur sgt sebab tak ada apa apa yg buruk terjadi . So bila anda redha je , mmg anda takkan tanya kat Allah kenapa mengapa kena kat aku cam ni . Syukur la anda masih dilindungi n dipermudahkan segalanya oleh Nya .

Kami sampai kat Taiping ngan selamat ...seronok sebab sampai sampai je Isk n Yaya dtg terus terkam kita org n peluk cium . Ya Allah, syukur kami dapat jumpa dia org . 

Sunday, December 11, 2016

Memastikan anak kuat dari dalam

4 hari lagi Sarah akan masuk 3 tahun . Alhamdulillah Sarah membesar dengan sihat. Dia pun makin banyak kerenah. Macam macam dia nak cuba. Apa sahaja yang abang dan kakak dia buat, misti dia nak ikut jugak.  Kadang kadang tertanya jugak, budak kecik ni tak nampak cam umur 2 tahun lebih. Gaya dia tu kemain la macam orang besar


Tgk la muka Sarah tu. Dia mmg aktif dan sangat menghiburkan. Sekarang ni dia plak yang jadi bos. Semua org dia kacau . Abg Isk n Kakak Yaya menurut je .

Belajar dan bermain 

Ajak Sarah join sama untuk main. Nanti dia akan tiru apa yang abang dan kakak dia buat.



Moon mmg bagi je dia org nak main apa yang dia org nak main. Selagi benda tu tak merbahaya la kan. Benda yang paling budak budak ni suka harus la suka main air. Kadang tu sengaja bagi basah baju dan seluar, semata mata nak main air paip kat luar rumah .

Kita masa kecil-kecil dulu lagi la kan. Bila hari hujan je terus nak gi mandi hujan. My mom dia sporting, so dia bagi je kita org mandi hujan. Kenangan itu la yang kita org ingat sampai sekarang.

Moon happy sangat sebab dapat capture moment dia happy main air macam ni.

Dapat pula pegang buih sabun macam ni. Mula mula pegang span, sudahnya span entah ke mana. Basuh kereta dengan tangan sahaja kan Sarah .

Si kecik ni pun sangat rajin nak tolong kakak dia basuh kasut. Pendek kata apa sahaja yang dibuat oleh Abg Isk dan Kakak Yaya dia akan ikut.



Masa ni Abg Isk ajak Sarah tgk siput kat belakang rumah. Mula mula Moon macam geli je tgk, tapi  ia kan untuk pengetahuan dia org juga kan ( padahal mummy dia masa kecik lagi teruk n main macam macam kan....setakat siput ni apa lah sangat hehehhe )

 
Masa ni kita org ke mini zoo Menara KL . Memang lama kita org stop kat longkang fishing ni. Sebab Sarah pun duk tengah seronok nak menangkap ikan. Sampai tertonggeng tonggeng dia kat situ. Bila anak anak happy, Mummy ngan Daddy pun happy juga tau.


Bila time buat kek, part menjilat mangkuk dan senduk adunan la yang paling dinanti nantikan oleh budak budak ni. 

Tak cukup puas buat kek ngan mummy, dia orang pergi sambung buat kek dengan pasir pulak LOL



Pemakanan

Pemakanan amat penting dalam pembesaran anak anak. Kita sebagai ibu, mesti la nak memastikan apa yang kita beri pada mereka itu berkhasiat.

Sarah ni dia tak memilih sangat bab makanan. Masa dia kecil pun dia akan makan semua yang orang dewasa makan.


Pergi picnic pun , mummy bawa makanan dari rumah


Dari Sarah kecil lagi, Moon akan pastikan dia mendapat khasiat yang secukupnya. Moon akan bagi dia cuba pelbagai jenis makanan. Sarah tak ada masalah makan sayur. Dia paling suka ubi dan brokoli serta lobak.

Kebanyakkan makanan akan Moon sediakan sendiri. Sebab kalau kita masak sendiri, kita boleh pastikan makanan tu fresh dan bersih serta berkhasiat.


 Tapi sekarang dia tengah suka sirap bandung. Sebab nak minum air pink katanya.  Rasanya kalau wujud roti canai pink, misti Sarah akan menjadi pelanggan tegar .

Kalau pergi ke kedai makan, memang jarang order untuk Sarah. Sebab dia akan makan apa yang kita org makan. Kalau ada nasi lemak dia akan makan separuh. Kalau dia nampak abang dia makan roti canai, dia pun akan minta separuh. Mmg berselera budak kecik ni makan.


Biasa la kan, lepas ada 'input' memang akan ada 'output' . Good Sarah, ini bermakna sistem penghadaman Sarah bagus. Walaupun Mummy frust sikit Sarah 'output' ketika mummy baru start nak shopping.

Sejak jadi mak ni, tetiba jadi pakar pula tgk 'output' anak. Sebab dari situ kita boleh tahu perut dia sihat ke tak. Budak budak kadang kalau makan tak betul, dia orang akan cirit birit atau sembelit. So kita sebagai ibu kena ambil tahu dan ambil berat pasal ni

Jom teruskan membaca dan tahu lebih lanjut mengenai pentingnya penghadaman yang sihat untuk kesihatan anak anak anak anda



Kanak-kanak dan protein 

Kanak-kanak memerlukan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. 
Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi tubuh. Ia membantu mata si anak untuk melihat, mengecutkan otot dan membantu proses pembekuan darah. Ia membolehkan anak-anak menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindungi mereka terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak-anak tidak akan mempunyai struktur. Maka tidak hairanlah bahawa nama 'protein' yang berasal dari perkataan Greek 'Protos' bermaksud 'kepentingan yang utama'.

Peranan Protein

  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak
  • Mengawal proses badan
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem badan



Moon suka sangat ngan tin susu Friso Gold ni sebab sangat senang dan sudunya tidak menyentuh susu





FRISO Gold dengan LocNutri

Apabila si manja semakin membesar, dunia penerokaannya juga menjadi lebih luas. Friso Gold 4 baharu yang ditambah baik dengan teknologi LocNutri™ dirumuskan untuk memenuhui keperluan nutrisi si manja anda. Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 4 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 4 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. - See more at: https://www.frisogold.com.my/ms/products/friso-gold-4#sthash.NOJ33HlG.dpuf
Apabila si manja semakin membesar, dunia penerokaannya juga menjadi lebih luas. Friso Gold 4 baharu yang ditambah baik dengan teknologi LocNutri™ dirumuskan untuk memenuhui keperluan nutrisi si manja anda. Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 4 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 4 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. - See more at: https://www.frisogold.com.my/ms/products/friso-gold-4#sthash.NOJ33HlG.dpuf
Apabila si manja semakin membesar, dunia penerokaannya juga menjadi lebih luas. Friso Gold 4 baharu yang ditambah baik dengan teknologi LocNutri™ dirumuskan untuk memenuhui keperluan nutrisi si manja anda. Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 4 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 4 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa.

Teknologi LocNutri™ Friso Gold memelihara nutrien dalam bentuk asalnya. Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk diserap. Oleh itu, teknologi LocNutri™ menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya.

Apabila si manja mempunyanyi sistem penghadaman yang sihat, si manja boleh keluar meneroka bersama anda kerana dia lebih kuat dari dalam.


Bila si manja kuat dari dalam, agar dia boleh meneroka di luar

Di dunia ini, terdapat banyak pengalaman yang sedia untuk diterokai oleh si manja. Sistem penghadaman yang sihat memastikan si manja berasa kurang tertekan dan mempunyai lebih tenaga dan semangat untuk menikmati pelbagai aktiviti bersama .

 Friso Gold membantu si manja anda agar mempunyai sistem penghadaman yang sihat dan memastikan dia sihat dari dalam.


Sekarang, Sarah memang nak buat susu sendiri. Tapi Moon akan assist dia .


Moon percaya , anak anak yang sihat dari dalam akan memberi kecerian pada diri mereka. Amat penting juga untuk memastikan apa dimakan dan diminum oleh anak anak adalah berkhasiat bagi membekalkan  apa yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran.

Apabila sistem penghadaman anak sihat, daya ketahanan badan mereka juga akan bertambah baik. Apabila anak kita kuat dari dalam, mereka akan lebih gembira dan boleh menikmati masa diluar bersama ibu bapa.

Bila simanja ceria, mummy pun happy juga :)



Teknologi LocNutri™ Kami

Teknologi LocNutri™ Friso Gold memelihara nutrien dalam bentuk asalnya. Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk diserap. Oleh itu, teknologi LocNutri™ menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya.

Apabila si manja mempunyanyi sistem penghadaman yang sihat, si manja boleh keluar meneroka bersama anda kerana dia lebih kuat dari dalam.

Bila si manja kuat dari dalam, agar dia boleh meneroka di luar

Di dunia ini, terdapat banyak pengalaman yang sedia untuk diterokai oleh si manja. Dan kami ingin si manja meluaskan pandangan dan menyerap segala pengetahuan dalam tahun-tahun penerokaannya ini. Sistem penghadaman yang sihat memastikan si manja berasa kurang tertekan dan mempunyai lebih tenaga dan semangat untuk menikmati pelbagai aktiviti bersama anda. Kami tahu, saat-saat bersama si manja ini bakal menjadi detik-detik manis yang akan dibadikan sepanjang hidup anda.
- See more at: https://www.frisogold.com.my/ms/products/locnutri-technology#sthash.D15H1eC8.dpuf
Apabila si manja semakin membesar, dunia penerokaannya juga menjadi lebih luas. Friso Gold 4 baharu yang ditambah baik dengan teknologi LocNutri™ dirumuskan untuk memenuhui keperluan nutrisi si manja anda. Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 4 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 4 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. - See more at: https://www.frisogold.com.my/ms/products/friso-gold-4#sthash.NOJ33HlG.dpuf

Friday, December 09, 2016

I need a holiday Lahh , My traveloka escapade

For the past few months, mata ni memang duk nampak Bali je. Dengan tgk gambar kawan kawan pergi jalan jalan kat Bali. Lepas tu kalau bukak Facebook dan IG mmg ramai sangat pergi ke Bali. Sebenarnya kita org memang nak nak sangat ke Bali sebab dari dulu mmg berhajat konon nak honeymoon ke sana tapi tu la ni dah anak 3, belum juga sampai ke Bali

Bali memang terkenal dengan tempat yang cantik. Ada yang pergi untuk berhibur dan ada yang pergi untuk rehat. So tujuan kami nak pergi berdua je adalah untuk berehat semata mata.

For the first time in 12 years nak juga merasa duduk berdua n relax di private villa Bali. Alahaiiii duk berangan ni

Nampak soalan ni di Traveloka

 Bila di tanya , mana antara 10 destinasi ni buat anda excited ....

sebenarnya semua hahahhah

Tapi Bali ada dalam list terus rasa cam romantik terus. Terus bgtau cik Abg jom la kita gie Bali. Tapi sebelum nak pujuk tu kena la ada info juga sikit.

Ni duk dengar je orang sebut Kuta , Seminyak, Jimbaran semua tu. Tapi mana tempat langsung tak tahu.  Jadi terus jadi rajin nak research and tahu juga.



Kuta

Kalau kita jenis suka bising, atau city life sikit n ramai orang. Maka boleh pilih Kuta. Sebab di sini la ada macam macam . Ramai pelancong memang datang kat sini untuk berhibur. Kiranya kat sini memang bandar betul.

Seminyak

Beberapa minit dari Kuta,  Seminyak ni sedikit sunyi dan tak serancak Kuta. Shopping mall kat sini pun ala ala butik dan bohemian. Kat sini ada banyak resort yang cantik

Jimbaran

Jimbaran terkenal dengan seafoodnya. pantai yang cantik dah resort serta villa yg cantik juga. Pantainya lagi tenang dan tak penuh sangat. So mmg sesuai utk gateway dan tenangkan fikiran.

So kalau nak duduk relax, hang out dan tenangkan fikiran atau menikmati suasana villa...Jimbaran mmg sesuai. Rasanya , sesuai sangat utl kita org punya Gateaway ni

 pic credit to Ayana Resort and Spa

Pitam tgk gambar ni. Tgk la suasana resort tepi pantai. Dengan pantai yang biru serta pantai tu. Rasa macam terus nak pack bag baju n ke sana .

Lepas tu berangan sorang sorang, berjalan jalan tepi pantai sambil berpimpinan tangan ngan Pak Sutan. Pergggggg best nya. 





Lepas tu pergi tempat tempat yang menarik 


Pergi tengok sawah padi di tepi lereng lereng bukit. Lepas tu amik gambar banyak banyak 


Tgk senibina senibina di sana. Mmg nampak unik sangat. 


Lepak tepi pantai atas bean bag. Sambil minum dan makan dan menikmati permandangan sunset.
*credit johan james


Makan malam yang romantik berdua secara open macam ni ....di bawah bulan purnama, kita bercerekarama ...adinda kanda ,,,,auwwwww

Alamak , napa masa menaip ni Moon boleh pulak tersengeh sengeh ni . Berangan je la dulu lagi pun berangan kan percuma 


Pak Sutan, nanti awak teman saya shopping tau ...jalan cam ni  hahahha




Tgk drawing yang cantik cantik. Ramai orang kata kalau nak cari lukisan, cari la kat Bali sebab kat sini memang banyak lukisan cantik cantik 

Tapi yang paling Moon nak sangat adalah duduk rehat di dalam private Villa n rehattttttttttttt




Tergoda kannnnnnnnnnnn

Moon mmg duk tergoda dari dulu lagi tau ....ni tgk pun rasa cam nak menitik air liur atas keyboard. 


Kenapa nak sangat ke Bali ni 


Sebenarnya me n husband tak pernah pun pergi mana mana tanpa anak anak. Biasanya memang kita org akan bawak anak anak sama . So utk honeymoon berdua sahaja memang tak ada , Kali terakhir honeymoon adalah masa baru kawen dulu sahaja. That is 11 years ago. Sian sangat kannn


2016 adalah tahun yg amat menatkan 

So many things happen in 2016. Ada manis ada pahit but nak kenang yang manis manis sahaja. 2016 adalah tahun di mana mmg kerja aja. Baru je settle satu kerja dtg lagi kerja yang lain . Dengan event sale langsir aje dah berapa kali setahun kan. Ngan adik nak nikah n many more yg mmg buat saya fully occupied.

Ada masa Moon rasa cam nak rehat serehat rehatnya sangat sangat. Rasa macam nak bangun tidur tak perlu nak fikir nak masak apa. Lepas tu nak fikir nak kemas rumah, nak basuh kain semua. Lepas tu nak kena tgk kerja lagi and order yang masuk kot phone.



my husband selalu kata ...u always think about other people first before your self. So this time sila fikirkan something that you really really want ( dlm hati kemain menjerit, I wanna go to Bali ....plzz)

Kita lepas kan segala stress semua. Sebab bahu kita pun macam nak patah dah sebab banyak sangat benda nak pikul . So pergi mana mana untuk rehat, dan pulang ngan minda yg stress free .

Insyaallah lepas tu kita akan lagi happy . Happy dengan life and marriage and happily ever after with our kids

So please Traveloka , please send me to Bali please.,...... ( kelip mata laju laju n libas libas shawl )

#MyTravelokaEscapade



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...