Tuesday, February 16, 2016

Homestay Studio Dungun

Ni adalah kali ke 2 kami ke sini. Ramai org PM Moon mintak contact Homestay Studio Dungun ni...dan ramai juga yg dah pergi. Moon jumpa homestay studio ni pun masa moon duk google kat internet. Bila dah pergi n rasa sendiri duk kat sini, terus Moon simpan nom ni  elok elok dalam phone n park kat blog terus. Senang lain kali nak pergi. Serta senang utk u ols jugak nak refer .

Entry : First time ke Homestay Studio Dungun
Entry : Unit baru Homestay Studio Dungun ( Studio two )
Entry : Unit baru Homestay Studio 3 ( Rumah 4 bilik, 3 bilik air ) entry Feb 2017

Ni pun booking mengejut. Bila dapat berita bapa saudara meninggal, terus msg Yad tanya homestay studio dia kosong tak malam nanti. Sebab kami nak tido je satu malam.

Nasib la Yad bagitau kosong...tapi ada student sekarang ni yg akan cek out lewat dlm pukul 7 mlm .

Moon kata tak apa la kan sebab kami pun akan sampai malam. Sebab akan ke umah makcik dulu . So Moon share ngan korang incase ada apa apa urusan di Dungun. Stay la kat Homestay Studio Dungun ni. Mmg selesa n luas...

Bila kata Homestay Studio, ia bermaksud bilik tido n ruang tamu semua dalam 1 ruang. So kalau untuk kami anak beranak ni mmg sesuai sangat dah la .

 Jalan masuk ke Jalan Melati 3.  Dah boleh nampak pagar homestay studio si Yad ni

 Homestay Studio ni terletak tepi umah dia je. So mmg dalam pagar . Dia akan bagi kunci dan sekali remote utk autogate.

 Ni alamatnya k. Sangat senang nak cari, tak susah pun...boleh terus waze ke sini

Gambar ni pun Moon amik waktu siang. Sebab malam yg kami sampai, kami drop bag je kat homestay nih n terus ke umah makcik n stay sana sampai malam. Balik bilik dah ngantuk n terus tido semua.

So lepas breakfast nasik minyak n nasik dagang , balik bilik n pack2 barang sebab dah nak balik KL balik dah. Lepas check out singgah rumah makcik balik kejap.

Gambar tak la beberapa cantik sebab tak bawak balik kamera pun. Nama pun balik mengejut kan...baju pun main campak2 je dalam beg.

So semua gambar dari phone sahaja


 
 
 
Bilik sama seperti dulu ....Yad ada tambah langsir dah utk tingkap depan dan ada aircond dekat area katil .
Mmg sejuk dan nyaman je tido

Lengkap dengan
Peti sejuk
Iron n Iron board
Almari, hangger n ampaian
Pinggan, mangkuk, cawan gelas n teko serta kettle
Sabun cuci pinggan pun ada
sabun mandi n syampoo serta towel pun ada
Sejadah, Al-Quran
Astro dan Wifi
2 tilam extra
2 selimut extra

 

Ni la gambar kat dalam Homestay Studio Dungun ni. Masa ni dah nak cek out ....tapi napa bilik kemas je kan.

Kami ni dah biasa kije housekeeping hotel ( masa zaman belajar dulu part time housekeeping kat JW Marriot ) so mmg mata tak tahan la tgk keadaan nak cek out sepah2 .

Pak Sutan pun dia mmg akan tegangkan balik cadar2 tu semua n make sure bilik kemas n tak sepah2 . Nasib kita org tak cabut cadar n sarung bantal siap siap n campak tepi kan hahahhaha.

So ni dah jadi mcm habit dah.

 Dah ada gazebo kat depan bilik Homestay Studio. So kalau nak lepak2 makan pun sedap ni ...bebudak pun suka duduk kat sini.
 Ni dia punya complete....siap dengan ampaian . Kalau nak jemur baju ke, towel ke...memang tak ada masalah. Pak Sutan siap usik, nasib Yad tak letak mesin basuh kat belakang, kalau tak misti awak dah pergi baguh baju baju kotor ni. Amboooiiii mengata terang terangan kan.

Tq so much Homestay Studio Dungun serta ownernya Yad sebab sudi accommodate kami walaupun hanya utk 1 malam. Nanti akak sefamily datang lagi tau...sebab nak rasa duduk di Studio Two pulak .

Memang berbaloi baloi n puas hati duduk macam ni. Sebab kereta boleh masuk sampai ke porch depan...so kalau barang banyak mmg senang nak angkat.

Duduk homestay tapi yg ada style sket hahahhaha

Oooh ya lupa nak bagi contact

Whats app Yad 019-970787 / 0199707879 Facebook: Studio Homestay Dungun

Just whatsapp je Yad n bgtau dapat from blog kak Moon k   . Charge semalam adalah RM100 ke RM120, sila konpomkan balik ngan Yad k 


Latest update: ( curik dari fB Yad hahahha )

Ni Yad dah bukak Studio 3 plak...lawanya


6 comments:

Hanim said...

serius cantik giler luar dan dalam dia ye kak moon. Memang puas hati kalau dapat duduk homestay macam ni. Boleh stay terus pun anim sanggup ni hehe ...

Mama Kembar Tiga said...

cantinya homestay ni, suka cara dia deco, style!

Sha Mohamed said...

wow.. menarik..

A.I said...

cantiknya homestay. murah lak tu. memang berbaloi sungguh la. moon, ko pun mcm akak gak. sebelum check out mmg kami akan kemas sama macam memula masuk. mata tak leh nak tahan tengok sesepah ^_^

Rizziela said...

cantik... dha mcm dok hotel plak

Sue Izza said...

huishhhh bleh ni kalau ke sana utk bermalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...