Thursday, January 12, 2017

Kedai bahan bakeri di BBST

BBST stand for Bandar Baru Salak Tinggi k.

Moon baru jumpa kedai jual bahan bakeri ni and tersuka plak. Masa mula mula pergi tu teman Pak Sutan cuci kereta je. Sebab baru balik dr pejabat pos kat kosmopleks tu. Sementara nak tunggu kereta siap Moon berayap la kejap sebab sebelum ni banyak kali lalu tapi tak pernah singgah. Lagi pun selang beberapa kedai je dr kedai cuci kereta tu .

Masuk masuk kedai mmg semerbak bau bahan bakeri. Wangi je hahahhahah. Aircond plak sejuk, sesuai sangat sebab kat luar mmg panas la sangat .


Mula mula masuk terus gie usha bahagian pre mix sebab Moon biasa beli premix pun utk buat utk anak anak. Buat muffin atau kek dlm kuantiti kecik la kan. Premix dia pun murah . Sebelum ni ada satu kedai kat Dengkil kot, premix dia dlm batch besar yg belas belas harga dia . Kita plak nak macam macam jenis kan. So kat kedai ni ok la ...choc muffin pun dlm RM4 gitu . So boleh la pilih macam macam .

 Moon suka beli white bun mix atau sweet bun mix ke . Sebab tetiba jadi mcm pandai je buat roti. Padahal ikut arahan kat paket aje pun. Tapi hasil pergggggggg marvelous . Setakan nak buat makan n baking ngan anak anak di hari minggu, pre mix yg siap mcm ni mmg memudahkan kerja la kan. Walaupun rupa tak macam roti kat kedai, tapi rasa tuh sedap. Tang rupa tu boleh diperbaiki . Practise make perfect kan. Plus when u bake utk anak anak makan, dia org tak komen banyak. Semua laju je masukkan dlm mulut .

 Kemas je kan . Tu yg Moon tersuka tu . Sebelum ni duk pergi tempat lain area BBST ni semua cam simple aje. Kadang tak ada apa benda kita nak cari. Last last ke Bake With Yen ke apa . Tapi ni tak yah dah susah susah nak gie Bangi atau Puchong tu sebab kat BBST sendiri pun ada kedai best dah. Sesuai la utk akak baker mak mak yg bake utk sendiri makan n anak anak makan. Lagi pun owner dia Melayu n baik plak tu .


Masa mula mula 1st time masuk hari tu mmg usha semua barang. Yer la nak tgk apa yg ada kan. So jd suka plak . Tu yg pergi lagi 2 3 kali hahahhaha . 

Maaf la sebab mutu gambar kurang bagus sebab snap sambil jalan dlm kedai. Tapi tanya owner dulu , boleh saya amik gambar tak . Owner dia bagi . 

Masa nak bayar terus tersembang , rupanya owner dia duk satu taman je ngan kita org hahahha. Baik and friendly sangat owner dia Kak Lina . Moon tanya macam macam kat dia . Apa beza whip cream jenama ni ngan jenama tu. Dia explain betul2 sampai Moon yg zero knowledge pasal whip cream ni pun tetiba jadi tahu plak hahahha.  

cuma sign board dia tak jelas sangat . Tapi kalau lalu depan deretan shoplot tu mmg boleh nampak. Kedai ni sebelah dobi layan diri. 


Cari pejabat pos BBST . Dpn pej pos ada kedai makan mamak. Kedai bakeri ni deret kedai mamak tu la . 

Ni bukan iklan ke apa yer . Ni Moon share sebab kedai ni bagus kalau nak compare ngan lain . So kalau ada yg area area ni nak cr barang bakeri ley la usha kedai ni . Rupanya ramai dah tahu n slalu pergi sini . Moon je ketinggalan n baru tahu . 

Kalau korang ada kedai bahan bakeri yg best cam ni ...area sepang atau nilai share ngan Moon tau .

4 comments:

grEEnThuFFah said...

Tq share, sblum ni selalu pg kt dengkil, blkng kfc tuh
Kalau ada kt bbst, sng la, bleh kirim ms dia balik kerja.

Salam perkenalan;)

aishah mustafa said...

kat deret klinik 1 malaysia kosmopleks ada 1 kedai bakeri.. kat situ murah skit.. kat seroja pon ada kedai bakeri gak.. banyak dh kedai bakeri kat BbST ni

dorsett pink said...

Kita suka masuk kedaijual bahan baking tapi tak kan beli .. suka tengok jer, tak suka buatbaking. Hehhee

Miss Moon said...

haha ada few kedai area BBST dah pernah pegi semua dah tapi ni jd fav Moon hehehehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...