Friday, January 06, 2017

MInggu pertama persekolahan

Alhamdulillah, ni dah hari Jumaat. Misti semua tgh cari rentak balik utk uruskan anak anak pagi pagi. Sama la mcm Moon juga. Dikala kita nak siap siap pergi kerja, kita pun nak kena siapkan anak anak juga.

Walaupun dah beso panjang, still jugak ketuk pintu bilik air bila time mummy dia nak mandi

" Mummy nampak suar Isk tak"

" Mummy nampak singlet Yaya "

" Mummy , cikgu suh isi borang "

As if Mummy kamu ni takkan keluar langsung dari bilik air. Tu belum lagi Daddy yg tanya macam macam. Walaupun semua dah siap gantung still juga dia org nak tanya. Mummy nak berak pun terbantut tau.

Hari ni tunggu je , siapa nak ketuk bilik air . Alih alih baru nak bukak shower dah ada org ketuk

" Mummy suar track Isk Mummy letak mana "

" Atas kerusi bilik Isk laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" terus la mak kamu 10 harakat

Yes...my time management masih tunggang langgang.  Sudahnya capai je baju yg tak perlu digosok ...tudung pun yg jenis takyah iron. Nak pakai bedak ke apa ...semua pakai dalam kereta. Pakai day cream AnneSuraya je dulu buat lapik muka...bukan lapik meja ya .  Tiba tiba si kecik Sarah tu plak nangis

" nak mummyyyyyyyyyyyyyy nak mummy "

Perbelanjaan keperluan sekolah pun boleh bikin sesak napas. Abg Isk plak semua baju melayu sekolah KAFA dah senteng n sendat. So kena la beli 3  pasang yg baru. Nanti akhir bulan nanti Mummy beli la satu lagi. Sementara tu rotate je yg 3 tu . Sebab Moon mmg biasa akan set siap siap baju budak budak ni kena siap utk seminggu

Isk
3 baju sekolah Kebangsaan
2 baju sukan utk PJ + koko
4 baju KAFA

Yaya
3 baju kurung sekolah Kebangsaan 
2 baju sukan utk PJ + koko
4 baju KAFA
10 tudung. 

 so Sabtu atau Ahad mmg acara mengosok je kije nya . Macam dah kerja butik pakaian kanak kanak dah rasanya .  Lom masuk lagi baju Daddy dia lagi .

Ni kena paksa budak budak ni gosok baju sendiri la lepas ni . Hari tu Isk dah gosok sendiri  tapi senak biji mata mummy tgk ada 2 line kat baju...ada part still kedut . 

Ada org tanya berapa yuran sekolah. Mungkin lain sekolah lain jumlahnya so ni utk share ngan korang la ya. Siapa nak buat rujukan boleh la. Nasib sekolah kebangsaan hanya beli buku shj.

 Ni amik dr group cikgu yg share utk rujukan ibubapa . So kita org kena tgk jumlah besar utk darjah 3 n darjah 5. 183 + 398 terkelip kelip jap mata ni bila tgk.

Kalau org ada anak darjah 1 darjah 3 darjah 6 ....pitammmmmmmmmm

My sister kata kat Trg murah aje KAFA ...tapi kalau nak compare ngan KL /Selangor ngan tempat lain mungkin la lain kan. So sila la menabung dr awal tahun 2017 utk guna duit bulan 1 2018 plak . Tabung mummy asek pecah je ....( so mummy sila jagan korek tabung ye . )

Nersery pun nak kena daftar ...nak kena bayar yuran tu yuran ni . Yuran transport , yuran mengaji , yuran monthly .  Ni bukan merungut ke apa tapi bila dengar adik adik merungut baru dpt baby dah banyak keluar duit ....tunggu la kejap lagi dia besar n dia sekolah. Mmg mcm tu la dik oooiii . Dah mmg tanggungjawab kita la kena sediakan semua tu. Besarkan anak ni ingat percuma ke . Macam ni la mak bapak kita dulu.

Masa Moon dulu kadang sampai cikgu mintak duit yuran. Duit yuran pun bayar kali kali sikit sikit . Punya la susah kan. Sebab tu  selalu bagitau kat anak anak .... kena bersyukur apa korang dpt sekarang. Kalau nak compare zaman Mummy ngan Daddy lagi susah tau .

Day 1 kta org mmg amik cuti nak tgk budak budak ni. Isk tak bg hantar masuk sampai dlm . Lagi dia segan lagi la syiok Mummy ngan Daddy dia menyakat

Ala boleh la Isk Mummy anta sampai dlm. Mummy nak tgk Isk duduk kat mana. Kalau Isk duk belakang mummy nak bgtau cikgu suh Isk duk depan. Lepas tu sebelum Isk masuk kelas, Mummy nak cium n big hug Isk "

" Tak pa Mummy ...Mummy anta kat pagar je. mummy takyah masuk . Isk OK Isk OK  "

Muka dia cuak dah ...lagi la kita nak menyakat kan .


 Masa tghari kita org g tgk Yaya masuk kelas dia plak . Tgk kejap je amik nom cikgu semua kita org pun kuar la . Skali nampak Isk duk tepi pagar . Terus daddy dia gie kat dia n peluk kat situ. Time tu budak balik skolah hokey. Selamba je daddy pie peluk dia .

Lagi la Isk ni mengelupur ketawa sebab segan .....terus kuar sora jantan gitew

Lagi dia mengelupur lagi la Pak Sutan peluk hahahha

Ala Isk apa nak segan tu kan daddy isk...bukan nye pakcik van ke ...org kantin ke atau tukang kebun

hahahhahahahhahahahha anak dah besar mmg mcm ni la kan. Tapi Daddy dia tu mana peduli . Masa thn lepas atau 2 thn lepas kot . Selamba je dia dukung Isk hahahhahaha. Menyakat nom 1 tu . Muka je cam Inspektor Sahab misai tebai ular sawa tapi kaki mengusik .


So harapnya next week semua akan jadi semakin smooth. Salute kat mak mak yg kerja tapi mampu siapkan breakfast pagi pagi ...korang mmg hebat tau . Ai salute dua dua belah tangan kat u ols .

Harap akak pun akan segigih n secemerlang korang juga . Phuhhhhh ( flip shawl n baiki awning tudung )

Anak anak sekalian rajin rajin belajar tau

Mak Pak tak kisah wat kuar duit utk u ols...tak mintak bayar n ganti apa pun. Janji u ols belajar rajin rajin tu aje tauuuuuuuu












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...