Thursday, March 02, 2017

Stokin

Semalam ajak Isk temankan mummy dia jemur baju. Masa bila la dia org ni pakai baju banyak banyak sampai menimbun bakul baju kotor. Malam malam mmg berkumandang bunyi mesin basuh jiran jiran hahahha. Termasuk la mesib basuh akak sekali to join the choir hahah.

Basuh sekali stokin budak budak ni yg bau dah macam belacan dah. Terus la mummy dia komplen

Macam mana la stokin boleh busuk sampai cam ni Isk. 

Ok la lagi mummy kita org tukar hari hari. Kawan Isk tu pakai 1 stokin untuk seminggu

Apa ....seminggu 1 stokin je. Duk repeat pakai?

Haha dia kata dia mmg pakai cam tu

Dia ada 1 stokin aje ke...dia nak tak stokin?

Dia ada banyak ...tapi dia kata dia mmg suka pakai seminggu stokin tu

Habis tu tak busuk ke...Isk bgtau tak dia suh basuh stokin?

Busuk...kalau Isk duk sebelah dia boleh bau stokin . Tapi baru baru ni dia bgtau Isk dia akan basuh stokin setiap hari Rabu .

OMG....cakap pasal stokin plak kan. Terus konpius, macam mana dia boleh pakai 1 stokin tu straight seminggu. Kaki plak bukannya tak berpeluh kan. Semer budak gie sekolah siap main bola n etc. 1 hari kaki duk dlm stokin.

Kat umah kta org mmg banyak stokin .........stokin takdak pair 

macam kena sorok je stokin ni ...kadang dah jemur2 boleh plak tak ada pair. Ni mmg akak fail. Baik stokin budak ke ....atau stokin Pak Sutan mmg slalu je hilang

unsolved mystery

sudahnya stokin takdak pair tu n buruk buruk masuk tong sampah atau box stokin takdak pair.


6 comments:

antalya said...

ank sy stokin sehari 2pasang. sekolah pagi pkai sepasang. kang tghari dia xnak pakai dah yg tu, mintak stokin baru. geli katanya.so mmg kena standby byk lah stok stokin utk dia

Anis Azalea said...

Cek dalam mesin basuh balik. Selalu stokin tu nyorok belakang tub mesin. Kekeke....sumber 9gag.

Nad Love Fad said...

akak, sy ikat getah masa jemur.

masa jemur, cari pair dia, ikat getah sekali, sidai. nanti nak lipat sure x ilang sbb terikat skali.

aLin arLene said...

stokin takde pair selalu saya buat lap2 kipas jer, ceruk2 lemari pastu terus buang..takyah bilas2..

Diana Kuddus said...

Heeee.. itula... makin besar.. memang kalau pakai stoking tu memang isk isk isk.. tahan je la mummy..

zeera lily said...

sangat banyak stoking sebelah kat rumah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...