Friday, October 20, 2017

Hari kantin anak anak

Last week ada sambutan hari kantin anak anak . Yaya ngan Isk beria ia la ajak kita org pergi sekali . Ok la kan layan je la anak anak ...pagi pagi dah sampai kawasan sekolah . Mmg meriah la ada macam macam gerai n aktiviti .


Macam hari kantin biasa, semua urusniaga guna kopon . 1 buku kupon RM 10

Ada budak tu kan , sampai je terus cakap haus n nak air. Sambil beratur nak beli air pun sempat posing kaki terjungkit ... Air semua RM1



Lagi lama lagi ramai parents dan anak anak sampai . 


Main giant bubble ni kena RM3 . Nampak budak budak lain relax je main....Sarah gaks yg excited lebih hahahhaha. 

 Ada tempat untuk memanah ...naik kereta kuda ...tapi mmg kena bersabar la nak tunggu turn sebab orang memang ramai


Yang ni la barisan paling laju . Memula semua duduk atas alat tu ...lama lama semer main bantai terjun n buat macam swimming pool. Haru biru hahahhahah .

Sarah dah duk pujuk nak mandi swimming pool . Ni bukan swimming pool la Sarah oooiiii .



Ada gerai jualan barang barang juga .

Barang2 ni adalah hasil sumbangan parents dan pelajar . Setiap kelas dia ada bagi cadangan kena bawak apa . Tapi nilai barang semua kena dlm lingkungan RM10 .

Yaya darjah 3 , kelas dia kena bawak susu tin 4 untuk each pelajar

Abg Isk darjah 6, kelas dia kena bawak tepung gandum 4 paket utk each pelajar

Hasil jualan barang barang ni dan dari gerai lain akan disumbangkan bagi pembinaan dewan terbuka sekolah agama ni . I think this is a very good idea . Semua barang dijual lagi murah dr harga market ....bihun...gula semua tu lagi murah .

Pak Sutan kata kalau RM10 kupon tu macam macam boleh beli which is sangat betul ..dan apa yg kita belanjakan tu adalah utk tujuan yg baik kan .



Misti budak2 takut nak dtg gerai Ustazah garang ni hahhahaha . Nama pun kemain catchy ...Nasi lemak menangis tu sedap . Anak anak gie layan gerai2 n aktiviti, Moon ngan Pak Sutan serta Sarah cari port duduk n makan hahhahahah .

So far hari kantin ni la yg paling meriah n ada macam macam aktiviti . Syabas utk pihak sekolah .

1 comment:

Anum said...

teringat zaman kanak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...