Monday, March 19, 2018

Baby Nain dah 3 bulan

Kejap je kan sedar sedar baby dah 3 bulan dah. Hari tu kecik je ...la ni dah besar dah.

Kalau Moon amik cuti bersalin 3 bulan harus minggu depan baru masuk kerja kan hahahhaha . Tapi pernah amik dah cuti bersalin 90 hari masa Sarah hari tu, maka pasrah aje 60 hari pun ok .

Nain pun ok duk kat nerseri. Hari hari ada je update apa aktiviti baby kat group whats app . Mak dia duk kat opis , sambil tgk gamba anak sambil senyum . Rasa lega sket hati ni kan...kalau tak duk tertanya tanya . Ok ke anak aku kat nerseri . Cam na dia nak tido apa semua .

 Now Nain dah tembam dah . Berat pun dah 6.4 kg dari berat lahir 3.75 


 menyusu pun kuat budak ni . Tapi dia jenis minum sket sket . Kalau budak baya umor dia ni susu dah 5oz tapi dia kadang 3 oz pun tak habih. Tapi dia akan kejap kejap nak susu .

Tapi kalau EBM masuk dlm botol kemain dia tak suka . Ditolak tolak ngan lidah .

Sekarang pun dah bunyi sora dah . Dah suka senyum ...kalau agah agah tu dia ketawa terkekek kekek sampai sepet mata .

So macam mana life selepas ada baby kecik . Phewwwww akak lap peluh kat dahi ngan hujung tudung . Mmg kelam kabut juga mulanya . ,Workload pun bertambah . Akak pun makin kuat marah sekarang. Bukan sebab apa pun tapi sebab sendiri yg nak semuanya perfect . Sebelum ni boleh buat semua kan sekali sekarang dah banyak kena tutupp  mata akak stress hokey . Tak tahu la sindrom apa ni tapi mmg even benda kecik bikin akak panas . Harap akak cepat2 la ley sesuaikan diri ngan keadaan ni . Nasib baik la budak kecik ni tak banyak ragam kalau tak mmg mak kau ijau la . 


1 comment:

Noni said...

Kak moon. I feel youuuuuu. Saya pun anak 4 macam akak jugak. Ber-anak kecik jugak, cumanya anak saya besor le sikit dari anak akak. Pun asyiklah nak menyinga aje kerjanya. Kes sama macam akak lah, semua benda nak buat sendiri and semua nak perfect, tapi masalahnya masa tak cukup. Kiranya, saya ni dalam kategori normal lah kan? Haahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...