Monday, April 30, 2018

Perginya Abg tersayang

ni adalah entry yang paling payah n paling berat nak buat tapi for the sake of memory yg mmg Moon selalu catit dalam ni ....nak tak nak kena letak jugaks .

on the way balik dr Taiping tu terima call dari kawan Bg Lan bagitau Abg Lan admited ke hosp sebab keadaan dia agak teruk. Masa  tu Moon baru kat Simpang Pulai . Gerak dari Taiping pun dah lambat kan . Since ngan budak2 ni , kita org balik dulu rumah letak barang2 masa tu dah pukul 4 pagi . Tido kejap n lepas hantar anak anak ke sekolah terus Moon ngan Sutan ke hospital .

Abg Lan di hantar ke Bahagian Kaji Saraf sebab dokter suspek dia kena radang otak .


sampai sampai je terus gi tgk dia . Masa ni dia boleh cakap n dengar . Dia kata lapar. Tapi dokter nak jumpa ngan Moon dulu  . Dokter tanya pasal pernah tak abang mengadu sakit sebelum ni . Dokter bgtau dia org suspek ada masalah saraf di kepala kerana masa ni he is completely blind mata sebelah kanan. Mata sebelah kiri mungkin kabur . 

Masa dokter bagitau ni air mata ni turun cam air terjun . Tak berenti berenti . Plz doc , are u serius . Dokter kata petang nanti dia org akan buat MRI untuk tgk saraf . Masa ni bg lan pun susah nak berdiri n dia kata kaki dia sangat weak . 

Dia kata dia pening je since last week . Dia pernah jatuh kat KLCC n ada sekali lagi pernah jatuh masa keluar ngan kawan kawan dia . 

Moon jalan longlai je gie belikan dia bubur n air .Sempat call kwn dia yg bawak dia naik ambulan . Dia org kata , dr last week dia duk kata pening . Gie kinik biasa je n dokter kata migrain . So dia mmg duk kat rumah n makan ubat ( banyak ubat migrain ada kat umah dia . Tu pun dia dah makan separuh ) . Kawan kawan dia mmg dtg hantar kan breakfast n lunch utk dia . Tapi hari Ahad tu, dia tak bukak pintu . Ramai gie ketuk umah dia tapi takder org bukak . Pintu plak kunci dr dlm . Nasib baik bila Ija naik n ketuk ketuk dengar dia menyahut. Tu pun dah maghrib cam tu . Ija kata boleh dengar bunyi dia jalan seret kaki . Bila bukak pintu dia tanya napa gelap . Black out ke . ( rupanya masa ni mata dia dah tak nampak :(   ) Terus Ija n husband dia panggil ambulan .


Sampai je wad doc kata dia boleh makan dulu ..sebab nak scan tu petang . Suapkan dia bubur 3 sudu je lepas tu dia makan buah . Tapi bila minum dia batuk kuat sangat cam tersedak tu . Tapi dia nak jugak minum ...Moon terpaksa kepit straw tu sebab dia sedut banyak . 

Tapi dia komplen dia susah napas . Moon inform doc n doc cek dia punya oksigen level cam tak beberapa bagus . So doc bagi dia pakai oksigen . 


Petang Moon naik tgk katil dia dah tak ada . Nurse kata bawak g MRI . So puan boleh la balik dulu sebab mungkin lama tu . So kita org pun balik la . Atas MEX , dpt call dari hosp mintak dtg segera sebab abang Puan dalam keadaan kritikal . Ya Allah gugur jantung . Sebab tadi elok je tinggalkan dia. Terus Moon call semua kakak n Abag kat Terengganu n kakak kat Penang n Abang kat Kedah .


Doc kata dia org tak dpt buat MRI lagi sebab oksigen dia duk drop . Even bantuan oksigen pakai mask tu pun tak mampu nak kaver . So doc terpaksa pakai bantuan oksigen sepenuhnya n tido kan dia . Masa ni sedih sangat sangat tgk keadaan dia . Padahal baru je tadi dpt sembang ngan dia .

Malam tu jugak semua kakak n abang serta adik adik dtg rumah Moon . Abah akan sampai keesokkan harinya . 

 Sebak sangat masa ni . Dengar apa Aboh bisikkan kat telinga dia . Baru je last week duk mermsg ngan Arwah Bang Lan . Bagitau nanti Aboh nak gie umrah hujung bulan 4 ni . Jom la anta sama sama . Tapi dia reply dia kata dia cam tak beberapa sihat ni duk pening pening sket . Insyaallah katanya .

 Oksigen level dia duk drop . Even ngan bantuan mesin pernafasan dia pun tak dapat 100% . MRI result pun dah dapat tapi cam tak beberapa cantik . Dokter kata nanti akan ada doc pakar neuro akan explain kan . Masa dengar ni susah hati sangat .

awal pagi Jumaat , hospital call bagitau mohon datang segera sebab ada emergency . Kita org semer cepat cepat siap n zas ke hosp . Abg n adik sampai dulu sebab mintak dia org g tido kat rumah arwah di Ampang  so apa apa dia org cepat sket sampai dr kita org yg kat Sepang ni .

Dokter kata pagi tadi ada pendarahan telah berlaku dalam kepala dia . So biasanya kalau keadaan cam ni he have less than 24 hour to survive . Terduduk bila dengar ni . Tak sangka cepat nya semua ni berlaku . Kami bergilir gilir berada di sisi dia . Ucapkan kalimah kalimah suci serta bacaan Yasin buat dia .

Abg Lan , jika ini yang terbaik Abg Lan pergi la . Halalkan makan minum Muni , Ampun kan semua dosa dosa n salah silap Muni pada Bang Lan kalau ada . Muni pun terima kasih banyak2 kat Abg Lan sebab jaga kita org dr kecik sampai sekarang . Abg Lan selalu buat yang terbaik. Selalu utama kan kita org dulu dari siri sendiri . Pergi la Abg Lan . Kami redha jika itu yang terbaik . Pergi dengan tenang ya Bang Lan . Muni sayang Bang Lan . Muni selalu doakan kesejahteraan Abg Lan . 

Hari ni hari Jumaat yang mulia Bang Lan , bulan baik . Sekarang tengah hujan kat luar , sejuk je . Semua pun ada dtg tgk Abg Lan tau . Kawan kawan Abg Lan tak putus putus dtg . Semua pun share benda yang baik baik pasal Abg Lan . How u helped so many people n make them happy . 

*he called me Muni

Masa cakap kat telinga dia ni Ya Allah hanya tuhan yg tahu betapa berat n sendat nya dada nak kuarkan kata kata ni . Dia cam konflik jap ...kejap nak let go kejap tarik balik ha cam tu . Muka senyum tapi air mata menitik2 .

Moon bacakan Yassin tapi dlm masa yg sama sebak tak dpt dikawal . Lagi lama lagi kabur mata ni .

Tepat 8.50 malam dia pergi meninggalkan kita semua .

 Jenazah dikebumikan keesokkan pagi nya di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Gombak .Masa Moon sign semua kertas kertas rasa mcm mimpi rasa cam tak percaya .Bawak kereta balik rumah pun rasa cam melayang layang . Pak Sutan drive satu lagi kereta sebab kami pun ramai.

 Jenazah siap di mandikan dan disolatkan . Pak Sutan ngan Isk pun turut serta dlm mandikan jenazah . Aboh , Abg Boy , Adik lelaki Moon 2 org pun turut serta juga. Pasti Arwah suka kalau tahu semua ada . Rakan rakan dia pun ramai dtg utk solat jenazah .

Masa dipanggil utk lihat wajah arwah  buat kali terakhir sebelum dikapan kan . Masa ni sebak sangat sangat .

Ya Allah wajahnya bersih dan berbeza ngan malam tadi . Mukanya manis n senyum . Subhanallah mmg gembira tgk wajah dia, cantik sangat  . Semua adik beradik dpt cium n tatap wajah dia sebelum di tutup . Wangi dia lekat kat muka ni .

 Van Jenazah menuju ke tanah perkuburan . Tanah perkuburan tu juga menempatkan anak anak Tahfiz yg meninggal dlm kebakaran hari tu .

Kawan dia ada bagitau ...hari tu dia kata dia nak pindah dah . Tak mo dah duduk kat rumah dia tu

Dia nak pindah rumah baru katanya

Siapa sangka , ini la rumah yang dia maksudkan . Moon sembang ngan makcik Moon . Dia kata masa arwah Mak nak pergi dulu pun dia cakap benda yang sama jugak .

Aku nak pergi jauh tau . Tempat yang aku nak pergi tu jauh sangat ...

Siapa sangka kan . Mungkin dia org dapat rasa kot kan . Memang cantik kawasan rumah Abg Lan . Arwah pulak mmg suka yang kemas yang bersih. Memang rezeki dia dapat dikebumikan di sini . Allah pun bantu banyak permudahkan semuanya . Dari malam tadi ramai yg hulurkan bantuan . Moon yg tak tahu apa ni dibantu dari setiap sudut . Allah hadirkan insan insan yg baik baik utk membantu keluarga kami .

 Damai la di sana Abang ku, Roslan Abd Rahman
15/6/1972 - 20/4/2018
 

 

Yang sentiasa akan dirindui .

Arwah selalu pesan kat Moon . Kalau free free cari la kakak yg kat Penang . Apa apa pun kita adik badik kena selalu rapat . Dari dulu mmg dia pesan cam tu . Dlm kamus dia tak ada istilah adik beradik tiri .

Family kita org complex sket . Moon pun pernah citer dulu but Moon tak malu pun sebab biasa la kan . Yang penting kita adik beradik n keluarga .

Abah Moon adalah duda anak 4 , 2 lelaki n 2 perempuan 

Arwah Mak plak ada lah janda anak 1 ...that is my sister 

 Tq Kak E 

Abah bila dia dtg kerja kat Terengganu dia bawak 2 anak lelaki dia . 2 anak perempuan tinggal ngan ibu . Masa tu la dia jumpa ngan awrah mak. Kawen n dapat Moon n 2 adik lelaki . Then bila mak dah meninggal, Aboh kawen lain n dapat 2 lagi adik perempuan .

So Moon ngan Arwah adalah sama ayah tapi lain mak . Tapi sebab kami membesar bersama dr kecik mmg rapat . Arwah ngan my sister pun sangat rapat . 

 Guard pun dah tak larat nak halau . Mmg semer main bersila je cam ni . 

Hikmah dr semua ni ...di hujung nyawa dia pun dia still dapat satukan semua . Moon finally dapat jumpa my sister yg kat Penang tu yg tak pernah jumpa like berbelas tahun lama nya. 1st time jumpa masa arwah sakit ni . Seminggu dia org stay kat umah Moon . Kak Lini kata dia pun masa nak dtg risau ....mcm mana la nak jumpa ngan adik yg tak pernah jumpa . Abg Moon sorang lagi tu mmg pernah jumpa , cuma jarang2 sebab dia kat Kedah . Arwah misti sonok bila tgk semua ada bersama dia . 
 


16 comments:

Anum said...

SALAM TAKZIAH

suria said...

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Takziah akak sekeluarga.. Sebak sgt baca tulisan akak kali ni. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan yg beriman dan terpuji.

Kuazue Mohamad said...

salam takziah moon.
semoga segala2nya baik-baik sahaja

Lynda Che Lah said...

Salam Takziah Kak Moon. Setiap yg jd ada hikmah. Tenanglah Abg Lan di daerah abadi

Warisan Petani said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-fatihah

Juls Julie80 said...

Innalillahhiwainnailaihirojiuun.

salam takziah sis,,i feel u, 2thn lepas kehilangan kakak...tp x pernah buat entry lagi pasal dia..

rasa x kuat nak cite balik saat2 dpt call kata dia dah xde tu..

sampai skrg masih tak percaya..

semoga roh mereka yang dah pergi aman di sana :'(

AlFatihah

AdanyaKauUntukku said...

innalillahiwainnaillaihirojiun
moga roh arwah tergolong di kalangan orang yang beriman

Rawiwa said...

Salam takziah moon😢

Rawiwa said...

Salam takziah moon😢

Puan Hazel said...

Takziah moon & keluarga. Moga arwah ditempatkan dikalangan pada solihin. Aamiin.

Be strong k!

shuhadah Zainol said...

Semoga arwah dicucuri rahmat... Dr apa yg kak moon cerita, shu pasti arwah seorang yg sgt baik.. Arwah pasti tenang disana... InshaAllah... Salam takziah...

SYANI said...

Salam Takziah... saya pulak naik sebak baca entry Moon ni. Semoga arwah ditempatkan di tempat yang mulia di sisiNya.

Hans Hanis said...

Salam takziah
sedih pula baca
Al-Fatihah

famzmhj said...

Takziah moon & keluarga... semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin...

Nurul Atiqqah said...

salam takziah kak moon.

Juls Julie80 said...

Innalillahhiwainnailaihirojiuun..

sabar yer kak..dah sampai janjinya,,.i feel u.. :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...