Korea Arrival and Day 1
Tak tahu la cam na tetiba boleh ke terjalan jalan Korea ni . Sebenarnya tak pernah plan pun nak ke Korea . Tapi kebetulan my sister n family husband dia nak jalan jalan kat sana so dia tanya la kat Kak Moon . Nak tak ikut jalan jalan Korea ...meh la .
Pastu duk terpikir alamak anak anak plak canner . Tapi Pak Sutan kata gie je la .Anak anak biar dia jaga . Lagi pun tak lama pun dalam 3 hari sahaja. So i got my Me Time u ols . Pak Sutan kata pergi la have fun . Saya bagi annual leave kat awak . Dlm hati sgt happy tapi dlm masa yang sama terpikir mampu ke Pak Sutan jaga anak anak ni . Yang Moon paling risau harus la sikecik Nain Nain Boi tu . But kebetulan Mama n Papa pun ada so ok la .
Apa lagi . Orang kata rezeki jangan ditolak kan . Maka terus inform ke Kakak yg nak ikut juga sorang hahahhahahah . Hari tu dia ada bagi hint hint cam nak ke Korea. Tapi akak ingat cam dia main main . Sekalik jadi .
Tukar duit dalam RM500 . Yg tepi tu duit yg Abg Ipar siap kan . Kami kan tong2 duit utk flight , penginapan n transportation . Duit pun bunyi ratus ratus ribu . Boleh beli umah dah ni 2 3 biji .
Masa ni rate duit
1000 Won RM 3.60
10 000 Won RM 36.00
Perjalanan dari KLIA2 ke Incheon mengambil masa dalam 6 jam 30 minit .
flight pukul 2.40 petang . Sampai ke Korea jam 10.10 pm . Since tiba pun dah lewat malam maka, kita org naik van shj ke tempat penginapan . Ada 12 org dalam jalan jalan Korea kali ni .
Dari Incheon ke Seoul
Ada 3 cara kita boleh guna untuk ke Seoul . Jarak Incheon ke Seoul adalah sejam setengah . So bergantung pada budget dan juga mana kita prefer . Kita org asalnya nak naik train tapi memandangkan train terakhir adalah pukul 11 maka tak sempat la . Landing pun 10.10 pm . Nak amik luggage lagi nak jalan lagi nak shii shii n ukk ukk lagi . Tak sempat weiii .
Ok nak share ngan korang pilihan pilihan yang ada :
1) AIRPORT RAILROAD
Train pun ada 2 jenis tau . Nama dia Arex .Stesen dia berdepan sahaja antara express dan all stop train . Ada yang Airport Express dan ada yang All Stop Train dlm 10 station . Macam ERL kita la . Ada express n ada yg biasa yg semua stesen dia stop hahahahha . Yang pasti nya yang non stop tu mahal sket dari yg stop stop .
Train paling awal adalah : 5.20 am
Train paling last adalah : 9.45 pm
Tambang Airport Express Arex adalah : 7500 Won ( deposit card 500 Won ) dalam RM27
Tempoh perjalanan : 43 minit
Train paling awal adalah : 5.00 am
Train paling last adalah : 11.00 pm
Tambang Airport Express Arex adalah : 4500 Won ( deposit card 500 Won ) dalam RM16
Tempoh perjalanan : 53 minit
3) Airport Private Transport ( van or bus )
Kita org sewa 2 jumbo Taxi sebab dah lewat sangat kan . Kena dalam 80 000 Won satu taxi . Tapi sebab ramai so kita org bahagi la tambang tu ngan semua so tak la terasa sangat mahalnya tu kan . hahahhaha terus sampai ke pintu masuk tempat penginapan kita org . Transport ni Bong Backpackers hotel yang uruskan .
Nanti Kak Moon buat entry khas utk option lain k . Kalau tak panjang plak citer pasal transport sahaja muahahahah
masa sebelum landing tu , capt kapal dah bagitau ..the current tempreture is 4 degree . Mmg sejuk u ols . Masa dlm ni ok lagi tapi dah pakai jaket dah . Bila keluar je perggggg mmg sengal tulang
Tengah tengah malam pun penuh nak beratur kat pelepasan Kastam tu . Nasib banyak kaunter yang bukak kalau tak mmg jenuh nak tunggu .
Lepas amik luggage terus keluar kat pintu ketibaan . Dah nampak driver tunggu siap siap . So terus laju laju ke van la . Semua pun dah letih .
Kita org semua stay kat sini . Kita org semua ada dlm 12 org . So amik bilik utk 4 org , 3 org , 3 org dan 2 org . Total 4 bilik.
Sampai bilik semua terus tido je . Tapi sempat gak Kak Moon g riki kawasan penginapan . Yer la g intai kedai 24 jam . Mana nak beli nasik mana nak beli air semua tu . Walaupun sebelum pergi dah google maps bagai n habis semua lorong g scroll tapi tak sama ngan kita jalan sendiri . Tapi kejap je kuar sebab malam tu sojuk 2 atau 3 darjah celcius suhu dia .
Bong Backpackers
Bong Backpackers ni mmg tgh tgh bandar n sangat dekat ngan hub bus . Depan dia ada Mc Donald dan jugak Pizza Hut . Lepas tu kedai bersepah . Depan tu jugak ada kedai roti yang semerbak bau dia pagi2 hahahah .
Sebelah tu jugak ada Daiso u ols . Daiso dia org sangat best n ada macammmmmmm macam . Mmg tiap hari rasa nak masuk je la . Masuk aje bukan mengshopping pun muahahhahah . Barang barang kat Seoul ni mahal hokey .
Kalau nak tgk harga dia boleh terus ke Bong Backpackers Booking.com atau booking sites yg lain k . Ni je yg available n suit ngan kita org punya budget . Kata pun trip jalan jalan budget kan . Usha usha tempat dulu . Mana tahu lain kali boleh datang kat sini lagi muahahahhaha . Verangannnnnnnn
Bilik dia pun ok . Cukup apa yang kita nak . Ada peti ais, washing machine , dapur nak masak semua tu . Cuma periuk periuk utk masak tu kena g amik kat basement bawah tempat common area . Situ ada segala periuk .
Day 1
T Card ( Transportation Card )
Pagi pagi dah keluar g kedai sebab nak cari nasik . At the same time nak cari T Card ( ala kat Touch n Go ) , Kalau kat London guna Oyster Card . T Card ni banyak boleh dapat kat semua kedai serbaneka cam 7-11 , S25 , Nice 2CU
Tugas akak dipagi hari adalah mencari T Card utk semua org . Kena g beli 12 T Card . Abg Ipar awal awal dah paskan sampul duit utk transportation . So pergi la akak ke kedai GS25 tu nak beli .
1 T Card hitam tu harga dia 3000 Won . Manakala T Card yang hijau kuning tu harga dia 4000 Won ( dia ni mahal sket sebab ada peta je kat belakang hahahha ) . Ni harga utk card sahaja yer .
Utk top up plak minima adalah 5000 Won . Makanya kita top up each card 10 000 Won .
Walaupun nak bersembang ngan auntie kedai tu cam ayam n itik , tapi dia org sangat helpfull . Dia org faham la apa akak cakap cuma makcik tu nak balas balik susah sket . Tapi mmg dia sabar la melayan akak nak beli T Card tu . Tapi card kat kedai dia ada 9 aje . Tu pun habis akak borong hahahha . Tak apa la , we ols share share aje la card nye .
Sebelum jalan jalan , harus la isi minyak dahulu . Makan kenyang kenyang . Makan dulu bekalan yang di bawa. Makan nasi dengan Daging Dendeng Mak Enon dan juga Serunding Pak Din . Mmg sedap hokey makan ngan nasik tu . Sebelum dtg cam konpius jugak pasal nasi segera ni tapi bila dah rasa baru la cam .......ermmm no wonder semua orang kata nasik ni sedap . Dia cam makan nasik pulut sikit . Dia melekat melekat . Bila dipanaskan , nasi tu kembang n lembut . Kak Moon siap bawak balik 4 bekas nasik ni nak bagi Pak Sutan n kids rasa .
kita org jalan je ke istana sebab mmg walking distance . Nasib baik cuaca sejuk kalau tak lencun gaks baju berpeluh hahahhaha . Tapi best gaks jalan sebab boleh tgk suasana kat sini .
Team lawatan Mak Jemah ke Korea gitew hahahhaha . Akak harus la menjadi tukang amik gambar . Pastu bila balik Mesia terus cam ...eh tak ada gambar aku rupanya . Ada pun selfie aje tapi segan la akak nak letak sini kang korang kutuk akak plak kang . Kata akak syok sendiri plak egegegegge .
masa ni pokok bunga sakura ni masih belum kembang . Putik bunga aje penuh . Bunga ni dijangka berkembang hujung Mac atau awal April . Semalam tgk FB kawan kawan yang ke sana semuanya duk amik gambar berlatar belakangkan bunga bunga sakura yang kembang mekar . Tak ada rezeki kita org nak tgk bunga sakura .
Pokok semua dah gondol gondol semua . Tapi putik bunga dah nampak banyak dah . Ni kalau dah kembang misi cantek gilers ni .
with my sister . Amboiiii kemain kan sambut birthday kat Korea ke . Happy birthday Kak E 23 .3
Masa nak masuk kat kawasan istana tu nampak ramai org pakai hanbook . Dr kat Malaysia lagi dah duk usha Hanbook rental kat Klook tapi segan la plak . Knowing that anak sedara 2 org ni cam pemalu je kan ....so just tgk tgk cam tu je la . Sekali dah sampai sana dia org nak pakai hanbook sebagai kenangan . sejam 8000 won . Kalau 2 jam 14 000 won kalau tak silap . So masuk la kita org ke dalam kedai ni . Kiranya main terjah je .
Mmg ramai org hokey kat dalam ni . Tapi staf dia mmg cekap n kejap je bantu pakaikan . Akak mmg tak ada pun rasa nak pakai tapi bila ada geng ajak pakai jugak terus mengedik plak nak pakai . Tapi dalam masa yang sama risau jugak kang tak ada size utk wanita agam cam akak ni .
So main taram je amik . Skirt maroon tu 1 size je semua nanti dia adjust tali kat bahu tu . Baju plak oren sebab tu je ada size . Lantak la kannnnn hahahhahahah . Tudung biru wowww color block sangat di zaman Joseon .
Kat dalam semua ada baju . Sebab sejuk yang amats ok . Moon tak bukak pun tshirt 2 lapis kat dalam n siap bersuar jeans hahhahaha . Sekali angin tiup habis tersingkap kain semua . Pastu cepat2 tutup ....padahal ada suar kot kat belah dalam .
yang halus halus pakai mmg nampak cantik n sweet je . Akak pakai nampak seksaaaaa hahahhaha . Ok la ...akak teman anak buah aje . Gamba pun tak banyak sebab akak merangkap tukang amik gamba utk semua org .
En Sedang ngan anok anoknye
aigoooooooo ...
masa ni angin punya la kuat . Cam nak ribut . Lepas tu hujan ...tapi yg jatuh nya adalah ice ketul2 kecik kecik
cepat2 amik gambar n cepat2 pergi pulangkan balik baju baju ni . Tak tahan woooo kesejukkan
astrounout mana plak sesat tengah tengah jalan ni hahahhaha . Elok je pulangkan baju terus hujan turun dengan lepas nye . Cam ribut ngan hujan ice lagi . Apa lagi cepat2 lari cari tempat boleh masuk . Last last lepak dalam cofee house . Nak tunggu hujan reda .
Bila hujan berenti terus kita org g jalan jalan kat Insadong . Sebelah aje la haiii
Insadong
Insadong ni banyak jual barang barang souvenier . Banyak kedai kedai jual baju n bag .
Hi Park Bo Gum ...Noona Saranghae ....eh tetiba kannnnnnnnnnnn
shawl pun banyak dijual kat sini but do take note that barang kat sini bukan murah hokey .
Tak sempat masuk bangunan 3 tingkat ni . Ni mmg ramai yg reccomend suruh masuk sebab ada banyak kedai2 kecik yg jual souvenier ...alat tulis yg comel comel . Masa kita org duk jalan ni pun kejap hujan kejap reda then hujan balik . Dah la baju basah , sekali angin dtg perggggggg .
Selesai jalan jalan , naik bas n balik bilik jap utk makan n solat dulu . Kat sini mmg rajin naik bas sebab hub bus stop betul2 depan hotel kita org tinggal tu . Kalau google maps pun banyak dia org suruh naik bas . Sebab dah set option less walking distance . Petang kita org ke Myeongdong plak
Myeongdong
Nak ke Myeongdong just naik bas nom 100 . Ada la dalam 4 stop utk sampai ke Myeongdong . Betul2 turun depan lorong n depan Lotte Young tu . Then just jalan utk ke lorong yg femes tu . Ala ala jalan pasar malam Jalan Tar hahahhaha .
Roti ni sangat sedap di makan di kala sejuk2 . Lembut n gebu sangat roti ni . Lepas tu telor tu rasa masin2 sket . Roti kek kat bawah dia tu rasa manis manis .
Cheese dan rice cake ni tak sempat cuba .
ni pun tak cuba ...maaf yer adik manis , Akak lalu sekadar utk amik gamba hahahha
Kebab halal pun ada dijual
Strawbery Mochi
Fresh Orange Juice , freshly pressed
Kat kiri kanan lorong ni banyak sangat kedai kedai jual barang kecantikkan .
Stokin pun banyak yang kiut kiut . 1000 Won satu bersamaan RM3.60 la sepasang
terkenang kenang kat strawbery domok ni . Mmg best sebab manis dia tu mmg lain macam la .
Mmg duk repeat beli kat kedai ni aje hahahha . Org mmg ramai masa ni . Tu pun banyak lagi lorong yang kita org tak masuk
Dah lewat petang tu ingat nak ke Dangdaemun tempat pemborong baju2 tu tapi tak jadi sebab situ tutup awal hahah . Maka kami semua balik je . Ingat kan dtg naik bas 100 balik pun boleh la naik bas 100 rupanya bas nom 100 tu dia ada dekat 36 stop hokey . So kami pusing la 1 seoul tu hahahhaha . Last last turun balik kat Lotte tu n google maps bas lain . Elok elok ada je sampai balik kat hotel dlm 5 stop aje hahahhahah.
Malam tu pusing area are tempat penginapan sahaja . Jalan banyak hari ni . Kaki pun donyut donyut .
2 comments:
wah bestnya bila lah nak jejak kaki kat korea ..sis done follow you ..boleh follow balik
syoknyaaaaaaaaaaaaaa
Post a Comment