Berapa harga tiket masuk Snow Walk I-City Shah Alam
Sejuk ke Snow Walk tu
Ada apa dalam Snow walk
Kena sewa baju sejuk ke masuk Snow Walk
Kasut kena sewa ke
Well terus kan baca ya u ols . Akak akan share sebab baru baru ni ada bawak anak anak ke sini . Menunaikan la hajat gie tempat sejuk . Maknya kemain ke London bagai n citer sejuknya kat London . Anak anak melopong je tak tahu takat mana sejuknya . Walaupun level 1 - 10 sejuk nya kat London n tak der snow ....kita dah tahap nak meleley air hidung n sengal tulang bagai . Maklum la makhluk dah biasa panas kan .
Since we ols semua mmg stay di Maya Homestay dlm area I City tu maka Snow Walk tak la jauh sangat tapi sebab malam nak jalan . Maka paksa Pak Sutan drive je muahahha . So kami pukul 10.15 dah terpacak kat depan Snow Walk ...sekali lom bukak
Waktu Operasi Snow Walk
Isnin - Khamis : 11 pagi - 12 tengah malam
Jumaat - Sabtu : 11 pagi - 1 pagi
Ahad : 11 pagi - 12 malam
boleh refer gamba waktu operasi ni ye . Akak dah letakkan siap siap utk u ols
Since katanya dalam ni -5 sejuknya maka mmg siapkan pakai baju banyak lapis utk anak anak . Nanti kat dalam tu akan diberi JAKET DAN KASUT PERCUMA . Jadi boleh la bawak mfla ke , sarung tangan ke n topi dari umah siap siap . Kalau nak beli kat sana pun ada tapi mahal sket la kan ( RM 10 utk glove ) . Baik beli kat DAISO ke atau DIY mulah2 aje sebab nak pakai kejap aje kan hi hi
Harga tiket masuk Snow Walk I-City Shah Alam
1) beli secara online di laman web I-City
- make sure install I-City Apps dalam phone . Sebab tiket yang kita beli online tadi akan appear di dalam apps kita , Thru Apps pun kita boleh beli juga . Nanti nak masuk dalam Snow Walk dia akan mintak tengok tiket dlm apps n mintak kita scan access . Gitew
Harga Tiket Dewasa : RM 63 ( 11 y - 60 thn )
Harga Tiket Kanak2 : RM 53 ( below 11 years old )
2) Secara walk in ( harganya sedikit tinggi kalau walk in )
Jacket and boots are provided for FREE.
Infant below 1 year old, pregnant mom and wheelchair user are not permitted to SnoWalk due to nature of the attraction and safety reason.
Guests are required to be in a proper attire as the temperature in Snowalk in below -5 degree celcius.
Parking kereta
Ada parking area kat depan snow walk tu n bawah bangunan snow walk tu . Bayaran lupa plak berapa hari tu
Locker ni kena bayar tau . Simpan segala selipar n kasut atau beg dalam ni then ke bahagian jacket utk pilih jacket
Masa mula mula masuk tu ...umak aiiii mmg sejuk hokey . Terus angin sejuk kena muka korang cam kena penampo je . Kebas terus pipi . Nain tu Moon pakai sling kat dalam . Dia pakai baju 3 lapis suar 2 lapis . Siap beli ear warmer kat daiso kepit telinga n pipi dia sekali hahahah. penyek pipi anak hahahahah . Kaki dia mmg ada dalam jacket mak dia sebab kasut dia ala kasut getah phua chu kang tu .
Tapi masuk tak sampai 3 minit terus dia lena . Sebab sebelum tu dia mmg ngantuk dah . Tapi mmg sejuk hokey ...masuk je terus cari mana exit ....exit mana exit mana
Korang boleh masuk dan keluar sesuka hati hokey . Bila sejuk lari keluar pastu boleh masuk balik tapi dalam bangunan tu je la jangan plak keluar siap g makan mamak ke apa . tunggu waiting area kat luar tu aje .
Kat bawah tu bukan salji tapi more pada ice shaving . So bila jalan bunyi prukkk prakkk prukkk prakkk . Budak budak ni pun surrender n kata sejuk .. kecuali semek Sarah .
Tambah sejuk kalau muka betul2 depan blower aircond tu . Bilik server suhu 16 pun dah sejuk ketar ni kan plak -5 . Dia punya sejuk tu , ukiran ice tu semua kering hokey . Akak ingat kan plastik rupanya ice .
Kemain lena la si Nain ni . Puas la gomol muka dia time ni . Sapa suruh tido buat muka kiut cam tu depan mummy . Rasa nak kunyah2 je pipi kamu tu . Masa ni ada kat ruang yg tak sejuk antara bilik ice n bilik salji . Ramai org lari duk kat sini
mmg sejuk hokey akak tak tipu
Dalam bilik ni dapat la rasa ala salji sebab ice shaving yg nipis nipis akan jatuh dari atas . Budak budak ni kemain baling baling ice pastu bising basah .
mmg kejap je masuk snow room ni . Masuk amik gamba 2 3 keping keluar balik . Lepas tu Pak Sutan pegang Nain kat luar sebab takut sejuk sangat kan . Moon bawak Isk Yaya n Sarah masuk balik sebab dia org nak main slide la ..pastu bising sejukkkkkkkkkkk . Abg Isk la yg awal sekali mintak keluar hahahah
Phone akak sampai jem takley snap gambo la ...hahahhaha
korang tak reti sejuk ke apa ni ....mummy dah ketar dah ni
Slide tu ada la 3 4 kali dia turun . Habis basah seluar n jaket dia .
kat luar ni ada mesin air panas . So air panas terasa amat sedap diminum bila nko dah separa beku hahahahhaha
kita org duk dalam ni dlm sejam aje . 5 kali keluar masuk lepas tu semua dah takmo masuk dah hahahhahaha
Kita org pun nak rush check out homestay tu . Tu pun special request mintak late check out sket . Overall anak anak happy la . Puas hati bawak n dia org pun dapat rasa sendiri
Lain kali nak bawak dia org g waterworld plak . Waterworld sebelah snow walk ni aje .
baca more on I-City attraction di SINI
7 comments:
menariknya
wahhhh.. menarik ni :)
Wah!! Bestnya dapat main snow. Teringin nk bawak anak2 mai sini.
Syoknya 😍
Contest Anniversary 7 Years Miss Nadya
Macam menarik
Bagusnyaaa
Thanks perkongsian yang terbaru, saya tertanya tanya awat harga dia melonjak naik dari rm 35 ke rm 65 yea? Banyak perubahan baru ka di sana?
Thanks
Post a Comment