Friday, June 03, 2016

Royal Floria Putrajaya 2016


Floria adalah acara yg mmg Moon tunggu tunggu sebab mmg suka gie tengok pokok pokok ni. Bukan suka tgk pokok bunga sangat tapi suka tgk pokok buah. Minat suka tgk pokok tuh dah macam ada kebun sendiri kekdahnya hahahha. 

Moon pergi singgah hari pertama kejap. Masuk kena bayar RM 7.50 dewasa. Rupanya ada org bagitau kalau beli online lagi murah, RM1.50 je . So sesiapa yg dtg ramai ramai jimat beli online n senang takyah beratur panjang panjang 

Beli online di SINI 


 Dia suh isi pendaftaran dulu

Laman Web Royal Floria di SINI 


 nampak tak betaa awal nya pergi...walaupun dah tengahari tapi org tak sesak sangat. Nasib tak panas hahahha...kalau tak harus kena sindir ngan Pak Sutan hikssss



gigih sangat hari pertama dah masuk kejap sebelum Pak Sutan gie sembahyang Jumaat





 masa ni peniaga pokok pun baru je susun susun pokok. Habis semua pokok Moon berkenan. Nak pokok mata kucing la, rambutan la, durian belanda la...silap silap pokok durian pun ada hati nak beli hahahah

 pitam .....harga kemain murah. Lepas tu ni jenis Orkid baka elok plak tuh. Cantik beno kalau letak atas meja ke apa ...







1 anak RM 8 je. Ni kalau MIL Moon tgk ni mmg dia suka la. Sebab dulu Moon ada pokok orkid tapi tak bunga pun. Bagi kat mama elok je dia kuar bunga kemain cantik

 Alahai buah kedondong ...mengancam sungguh kamu

buah limau tuh dalam pasu je hokey...tapi tgk la buah dia punya banyak 

aduhhhhhh macam macam ada ....pokok petai pun ada ...laici cempedak semua pokok ada 




memang geram semua hokey. Even tgk pokok kesum yg segar bugar pun boleh tergoda. Nasib la masa dtg tuh mesin ATM takder power kalau tak mmg selamat laaaaaaaaa hahahha 

So sesiapa nak pergi sempat lagi ....nanti share la apa jenis pokok korang beli. 

Akak mmg aim terus ke bahagian jualan pokok hahahhahah sebab nak cepat punya pasal 

Thursday, May 26, 2016

Perfume Fasha Sandha

Moon ada order 1 perfume Fasha Sandha last week sebab gara gara tgk kat IG la. Moon dah pernah cuba Precious ( RM29.90 ) by Che Ta n ada sikit lagi perfume tu. Yang 1 lagi belum cuba Gorgeous
 ( RM45 ).  Plan asal nak beli yg tu tapi ternampak plak perfume Fasha Sandha  ni

So Moon pun gigih whats app seller. Ada banyak org jual kat IG u ols cari by # aje. So Moon dah dapat Jumaat lepas. Terus gigih bukak. Tapi takder siapa pun explain bau perfume ni macam mana, So cam frust sket....so sebab curious punya pasal terus terorder . Ehhhh vley plak cam tuh

Botolnya comel n nipis je.


Opps baru perasan penutup tak ada dlm gambar hahahha sebab baru lepas sembur n amik gambar terus.


EDP kay...so EDP adalah tahan lebih lama dari EDT
30 ML
RM37



simple n ramping je botolnya. Spray pun elok n kembang walaupun masa Moon dapat ni senget sket tapi mungkin masa pos kot sebab kotak pun cam kemek sket. Tapi ok la kan...janji ley spray n wangi



nipis mcm ni sesuai nak masuk dlm beg yg kecik macam Moon pakai. Sebab ia leper elok je duk dalam beg.

Wangian pun tahan sampai ke petang. Bau lembut sangat 

Bau perfume Fasha Sandha ni macam bau Miracle by Lancome ( sebab Moon pernah pakai Miracle sebelum ni ). Bau lembut floral . Fresh spicy and floral. Memang bau pompuan pompuan sangat. Tapi bau dia tak la wangi melampau sampai pening kepala hahahhah

Sembur atas kulit pun lekat bau ....spray kat tudung atau baju pun lekat juga bau

kesimpulannya Moon suka perfume ni. Biasanya Moon jarang suka yg bunga bunga nih. Tapi sebab perfume ni takder bau jasmine so Moon boleh terima n bau rose lite lite je ni buat ai rasa feminine je auwwww.

Dengan harga RM37, EDP n tahan , Moon rasa sangat berbaloi

Ok sila rekemenkan Moon perfume yg ada bau manis manis pak arab plak . 


Tuesday, May 24, 2016

teman org buat cermin mata

Semalam kuar lunch ngan Pak Sutan di The Pulze Cyberjaya tu . So kebetulan lalu kat depan kedai spek mata. Nampak plak ada offer.

Pak Sutan slalu komplen sekarang dia cam silau kalau bawak kereta malam malam. Alang alang terus cek mata. Rupanya tang silau dia tuh lebih so kena pakai spek yg tak silau. So pakai masa nak bawak kereta waktu malam je.

Ok la....yg org kedai tuh pun sangat helpfull


Org tak pernah masuk kedai spek cam ni la kan ...kita org laki bini cam jakun sket n habis semua spek kita org cuba pakai. 

Korang, kat The Pulze ada kedai kasut baru bukak....besar sangat n ada macam macam kasut. Pak Sutan masuk kedai tuh macam budak budak masuk kedai toys n macam pompuan masuk kedai Kaison.

Nanti Moon try snap gambar n bagi detail lebih sket ye sebabn ada diskaun pembukaan banyak. Most kasut 50% diskaun u

Kedai ni belah bawah tau. Lupa apa nama kedai....turun escalator dekat secret recipe n kedai tu ada belah kiri. Besar hokey kedai tu . Jangan bawak laki u ols masuk dlm ni....sebab rasanya mmg akan tersangkut lama hahahhaha. Baru paham peraasaan sang suami time tunggu kita masuk Watson atau Sephora hahahah. Sebabnya semua benda kita belek betul tak. Tambah frust bila kita keluar kedai loiii je tak da bawak apa 

La punya lama dlm tuh awak beli apa 

tak beli apa pun pusing2 tgk je . 




sesiapa peminat kasut ni mmg ada banyak hokey 

macam macam jenis kasut ada ...yg tambah best tgk sebab harga 50% hu hu 

memang kasut semata mata dalam ni ada pelbagai brand...kasut sukan ke kasut jogging ke...kasut bola ke ...kasut jalan jalan kasual semua ada. Tambah geram tgk kasut budak....napa lawa sangat neh. Tapi anak ai dah besa la 


tu tgk tuh 60% ...40% .saiapa nak beli kasut raya anak patut pergi k ...


Nampak kasut Nike ni teringat terus kat Sopee Hantu Guni yg memang pengumpul kasut Nike vintage tegar. 

Kasut NIKE 70% wowwwwwwwwww  sangat kan. 

Nanti Moon try snap gambar banyak sket n share kat korang k. 

Monday, May 23, 2016

Sale langsir

Assalamualaikum and Hi everyone

gitu....sambil bayangkan akak lambai lambai tangan kat semua ya. Ok nak share tarikh terakhir sale langsir utk Moonpunyerblog sebelum Raya

Sebab bulan puasa Moonpunyerblog memang tak ada buat sale sebab bulan puasa mak busy u ols.

So since ramai yg tanya pasal bila Kak Moon nak announce tarikh ni. Maka akak upkan tarikh utk anda ya


Yer sehari sebelum puasa u ols. Akak mmg bercadang nak buat awal tapi tak dapat sebab ada clash ngan few events lain.

Tahun ni Sarah Hughes Globe mendapat priviledge utk pasarkan baju melayu kanak kanak jenama Boboiboy....dan akan ada majlis pelancaran. So kalau buat 2 event mmg tak terkejar la kan.




So tarikh yg terakhir sebelum Raya adalah 3- 5 June ya


Tempahan 
Tempahan terakhir adalah 1 June. Ini adalah kerana sekarang pun tailor tak menang tangan nak siapkan order. So kalau nak tempah utk Raya mmg tak sempat dah. Sekarang semua org memang tempah awal awal. Pihak Globe pun dah aware kalau followers n reader blog Moon mmg dia org tempah banyak2 n satu rumah terus. Dah la ramai ..banyak banyak plak sekali gus kan. Lom masuk lagi order customer lain...tak tido malam la semua tailor.

Moon ada announce tempahan di tutup tapi ramai yg kata takpa lepas raya pun boleh....gigih sangat u ols kan

Jadi utk sale 3-5 June memang khas utk beli kain sahaja dan memang tak terima tempahan. Kecuali yg tak nak cepat atau nak siap lepas raya.



3 hari sahaja

Harga VIP 

Anda boleh datang pada 3 hari tersebut. Naik ke lvl 7 dan tunjuk je poster kat atas pada staff k. Nanti staff akan explain harga special utk u ols semua. Boleh tunjuk dari phone je k

Moon akan ada di sana pada hari Ahad sebab Sabtu ada event lain plak yg tetiba clash plak tarikhnya. But Moon akan cuba utk be there on Sabtu tu ya .


Harga Kain 

Maaf Moon tak dapat listkan semua harga kat sini sebab  banyak la u ols but Moon gerenti mmg rendah ya. Harga bermula dari RM5, RM10 , RM15 , RM20, RM25 dan ada juga kain yg mahal mahal drop sampai RM35 dan RM45 dan banyak lagi .

So kain kain ni sama macam kita pilih kain baju jugak. Kena pegang n rasa dulu sebab lain kain lain jatuhan dia dan hasilnya. Kadang kita tgk gambar dan aim kain ni....skalik dah sampai kedai terbekenan n terbelil kain lain

Siapa boleh datang

Sesiapa pun boleh but make sure u ols follow blog Moon. Janji u ols boleh nampak entry n update pasal Sale ni maka anda boleh datang.

Nak pass around whats app group pun boleh poster ni

Mana aci kita je dapat beli langsir pada harga murah tapi kwn kwn beli mahal ....hahahhah katanya pun sharing is caring kan. Benda yg baik harus la dikongsi bersama rakan rakan dan sedara mara .


Kain kain baru pun banyak masuk. Memang lawa lawa dan cantik2 . Mana yg habis stok hari tu pun banyak juga sampai balik 



satu kontena kain langsir sampai u ols. Tq Mida sebab rajin update n up gamba. Ni semua gambar dari Mida. Tq Mida. 



siapa yg minat bunga bunga memang boleh dtg. Hari tuh ramai yg tanya kain Langsir Peej ( bunga pink ) dan Langsir Filla serta langsir mcm Kak Ai. Ok kali ni dah restock 



kain kartun pun banyak sampai hoyyyehhhhh. Kain ni boleh buat langsir, sarung bantal, cadar n etc...bidang 110 hokey 




Beli Online

Ada yg duduk jauh tapi teringin nak beli online. Anda boleh beli online melalui 

whatsapp : 017-6561624

Boleh beli tak kira hari ya u ols . Tapi takboleh mintak harga VIP Kak Moon sebab harga VIP Kak Moon hanya valid pada hari sale VIP sahaja. 

Tapi boleh tanya Mida sebab kadang Sarah Hughes Globe pun ada buat special promo yg best best 


Personal Shopper

Kadang kadang masa VIP Sale mmg tak ada amik online sangat sebab tak menang tangan. Kalau yg order ok saya nak cam gamba ni sahaja 20 meter ....tak apa . Tapi kalau yg ada tak warna tu ada tak warni ni ....saya nak yg lain nak yg cam ni cam tu ...cancel n etc so mmg tak sempat kita nak cater pada hari sale. Ngan org dtgnya lagi mmg tak sempat so Moon nak mintak maaf awal awal sebab Moon mmg takley terima apa apa kiriman. 

But ada org offer diri utk jadi personal shopper. Misti korang happy kan. So si Zayrin ni dia mmg rajin sangat dtg kat Lvl 7 kalau ada sale. So kalau time VIP sale ni korang boleh kacau Zayrin hahhaha kita bagi dia berkampung terus kat lvl 7 tuh hahahhaha

Segala urusan penghantaran n charge dia,  u ols boleh deal ngan Zayrin k sebab ni Zayrin dia volunteer nak jadi personal shopper korang 

Sesiapa nak jadi personal shopper time VIP Sale Kak Moon boleh bgtau k  

whatsapp 012 2388287

Boleh whats app ke dia masa 3-5 June ya sebab sekarang harga pun tak keluar lagi tau.

Friday, May 20, 2016

Pendekkan URL

Orang lain mungkin dah tahu lama pasal pendekkan URL ni tapi Moon baru je tahu u ols. Ketinggalan ETS la mak ni

So napa sibuk sibuk nak pendekkan URL...biar je la panjang dah mmg ia panjang pun kannnnnnn

Fungsi dia adalah nak bagi senang n mudah n nampak kemas sket. Kadang bila dah panjang berjela url ni kita paste then tersilap tekan...1 huruf berubah mmg tak betul terus URL nya kan

Oooo lupa nak bagitau URL adalah alamat ....www.google.com ha ni la URL

Contoh:

Akak nak share album di FB page Miera301 @ Sarah Hughes Globe misalnya.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1491687231089294.1073741834.1424142184510466&type=3


panjang kannnnnn...siap ada nombor ekor kepala n kaki semua. So cam na nak jadikan ia lebih pendek

Sila ke bitly .


so lepas pendekkan .

Panjang : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1491687231089294.1073741834.1424142184510466&type=3

pendek : http://bit.ly/1U2Gxdu


cam tu aje ....senang kan



contoh dari Instagram


panjang : https://www.instagram.com/p/BFZNt0rsuPV/?taken-by=moonpunyerblog

pendek : http://bit.ly/1qxFTKr


Alang alang tu klik gambo atas ni sebab moon dah letak link pendek melekat kat dia ....so belanja akak 1 LIKE ya hahahhahah mana tahu ada rezeki akak ley menang u ols

sempat lagi menyelit kannnnnnnnn la la la la

Wednesday, May 18, 2016

Kakak Sarah

Gulp ....jangan tetiba ada yg tak baca sampai habis n terus laju tekan comment n wish congratulation bagai. Akak tak preggy u olssssssss jgn buat spekulasi kang takut tetiba masin mulut u ols jadi kakak betul kang si Sarah tu.

Sarah kan dia memang duduk kat nerseri. So kat nerseri tuh jugak ada banyak la baby, Kalau time kita org amik dia dari nerseri slalu la dia cerita

Sarah main ngan baby Aufa

Baby comel...Sarah cium baby 

Mummy nak baby boleh 

gulpppp tetiba senak peranakkan mummy dengar ayat tu dik. Terus tetiba mummy nyanyi lagu dondang sayang hahahhahaha ...tamha senak perut bila Abg Isk menyampuk

Mummy Isk nak adik lelaki plak. Isk dah ada 2 adik perempuan 

Oooohhh apa kah ini . Serangan bertalu talu. Pak Sutan plak  chill je sengih sengih amboooiiiii biasa dia tuh. Cubit karangggg

Geng kamcing nih. Kadang main punya la seronok n baik. Siap bergumpal gumpal pelok pelok bagai. Kejap lagi mula la sorang menangis. Yg selalu menangis harus la si kakak Yaya. Sebabnya adik suka buli kakak. Semalam meraung kakak sebab Sarah baling anak patutng Dora yg kepala keras tuh. Klekokkk bunyi, dikuti ngan tangisan kakak Yaya

Mungkin Sarah ni rasa bersalah, terus dia pun meraung skali. Stress mak kamu sebab ada 2 budak menangis...


yer ini adalah masa baik kamcing habis .

Kalau time mandi....ya ampun. Harus jiran jiran mak pun stress sebab punya la bising cam ada kenduri dalam bilik air tuh, Kejap ketawa ketawa jerit jerit,,lepas tuh nangis,,,,lepas tuh ketawa balik ....

Lepas tuh mummy plak jerit sebab bath gel separuh botol kamu main .

Pagi tadik Sarah bangun tido siap pakej nangis sekali sebab cari Mummy kat atas tapi tak ada. Duk nangis sambil panggil 

Mummy ,....mana mummy .....mamehhhhhhh

Mummy ada kat bawah la. Meh turun baby ...baik baik turun tangga 

hu hu hu bukan baby la ....kakak Sarah laaaaaaaaaaa hu hu hu hu 

Ok jom turun cepat adik 

warghhhhhhhhhhhhhhh Kakak Sarah laaaaaaaaa bukan adik 

Ok ok jom turun Kakak Sarah 

yer betullll

Amboiiiiiiiii kecik kecik dah pandai kannnnnnnnnnnnnnnnn . Tapi napa duk teringat teringat ayat ....nak baby ....kakak sarah ....omg napa nehhhhhhh

Tuesday, May 17, 2016

Khasiat Inteemor

Moon memamng duk consume Inteemor dari hari ia belum dilancarkan lagi. Sangat gigih kan sebab masa tuh sangat desperate nak peyed. Maklum la lepas bersalinkan sarah dekat 2 thn tapi masih belum peyed balik.

So apa yg Moon share mmg adalah dari pengalaman sendiri n bukan sebab nak menjual atau membodek ke apa. Ye la bila dah bagus tuh yg jadi terus menjual tuh ahaks. Lagi pun apa yang bagus bagus ni memang semer akak share ngan u ols kannnnnnnnn

Pengalaman pertama minum Inteemor

Alhamdulillah serasi ngan Inteemor ni. Tak sempat habis sebotol terus dtg bulan u ols. Hilang kerisauan ingat sakit ke hapa. Yer la org pompuan ni macam macam nak kena jaga. Kadang bila sistem peranakkan kita tak sihat pun boleh mengundang mcm mcm penyakit. Ingat lagi akak yg mengurut tuh bagitau pompuan ni kalau peranakkan tak sihat mula la sakit pinggang lengoh sana sini ...demam pun boleh...macam macam la.


Masa Moon consume ni tak fikir pun pasal nak cantik ke ...part ehem ehem ke tak ada walaupun salah satu khasiat dia adalah utk hubungan suami isteri hhehehhe. Mmg nak bagi teratur bulanan sahaja. Alhamdulillah serasi betul ngan Inteemor ni. 

So kalau kita jenis tak sempat nak rebus akar akar kayu...nak buat pati kunyit bagai. Telan je Inteemor ni sebab semua ada. Segala yg baik dari perubatan Melayu dan perubatan Cina serta perubatan Islam digabung sekali. So Inteemor ni ibarat jamu dalam bentuk cecair yg kaya ngan khasiat yg semer ada dalam tu. Just minum je sehari sekali sebelum makan. 

Kita ni org kerja...lepas tuh sibuk nak urus anak anak urus umah urus suami. Job scope tuh luas....kadang kadang rasa cam giler kuasa pulak sebab semua kita nak buat ( kena buat ) . Kadang tuh tak pikir pun pasal diri sendiri kan. Segala jenis vitamin kita beli utk anak anak kita utk dia org sihat tapi kadang kita lupa ...eh badan n kesihatan kita pun kita lupa nak jaga. Ni la peel mak mak apa apa mmg pikir org lain dulu sebelum diri sendiri betul tak 

Cuba angkat tangan siapa antara kita yg ada set jamu utk jaga kesihatan dalaman wanita

Moon ngan kenkawan mmg selalu bincang pasal ubat ubat best utk pompuan  So kalau member ada rekemen something, Moon mmg tak lepas peluang pergi beli n cuba. Sebab in order utk tahu benda tuh bagus ke tidak , kita kenalah cuba sendiri kan. But majoriti jamu buat Moon sakit dada n tetiba cam berdebar je sepanjang masa. So mungkin jamu tu panas n tak sesuai. So opsyen utk Moon mkn jamu sangat limited. 

Tapi nasib ngan Inteemor ok ...terus setia sampai sekarang . Period pun datang ngan konsisten. Kita org pompuan kena tahu sebab ni mmg kesihatan kita utk setiap bulan kita kena tgk warna n keadaan period kita. Baca kat sini 6 perkara kita patut tahu pasal period kita . Lepas tuh kalau yg lom kawen kena sentiasa amik berat kalau ada masalah keputihan ke apa tau. Yang dah kawen lagi la kena amik berat kan. 

Inteemor adalah jamu moden yg mudah utk di makan


UNTUK SIAPA 

- ada masalah period. Period tak teratur, senggugut
- masalah keputihan
- utk wanita yg baru lepas bersalin. 
- wanita yg nak mantop hehehehhe ( yg dah kawen k )
- wanita yg mementingkan kesihatan dalaman 

* Pre-Caution : Ibu Mengandung DILARANG mengambil Inteemor
** Wanita bersalin selepas 5-7 hari BOLEH mengambil Inteemor



KANDUNGAN INTEEMOR



CARA PENGAMBILAN 


Moon minum 1 sudu pagi n 1 sudu sebelum tido

So kalau permulaan boleh mula ngan 1 sudu dulu ya. Make sure goncang sebelum minum n simpan dalam peti sejuk. 


HARGA

RM 49 

Sekarang tengah ada Promo Mega Raya tau ...so mmg jimats + ada free gift make up bag


Ramai yg dah beli n cuba n keep on reppeat order . Tq akak akak gorjes n adik adik gorjes yg beli ngan akan berkali kali....kita mmg geng la Inteemorlovers 

Grab offer ni sementara stok masih ada tau jimat banyak tu 

Email me at : moonpunyerblog@yahoo.com  
Subject : Inteemor



PROMO SEMPENA RAMADHAN 




Normal Price are as follows:

Ephyra 30 Sachet RM197
Ephyra Trial 10 sachet RM68

Ephyra Skin Bar RM 39
Ephyra Skin Nano Serum RM 68

Inteemor RM49 



Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum Cikgu ............

Cikgu , Ustazah , Sir , Madam ,

 Nak bgtau , selamat Hari Guru / Pengajar ye .

Moon mmg respek kat Cikgu cikgu dan pendidik semua. Sebab bukan mudah ya nak mengajar dari budak yg tak tahu apa sampai pandai baca and tulis.

Moon yg baru ngajor anak utk exam pun macam nak bertukar jadi Super Saya dah ....hakikatnya bukan mudah ya. Tambah plak bila kita ajor n lepas tuh tanya balik ....boleh plak dia buat mata terkebil kebil tak tahu .

Cikgu la yang banyak spend masa ngan anak anak kita. Kenal perangai baik buruk anak kita. Kadang ada cikgu terpaksa jaga anak murid jugak. Anak murid lupa bawak duit belanja kadang cikgu hulurkan dulu. Mak lambat amik cikgu juga tolong hantarkan.

Moon ingat lagi masa darjah 2. Dalam kelas mata pelajaran Bahasa Melayu kot....tetiba masa semua duduk khusyuk salin apa di papan hitam, tetiba bau busuk yang amats. Rupanya ada budak terberak dalam seluar. Bila cikgu tanya semua tak ngaku....tetiba ada sorang budak lelaki ni bangun nak keluar n terus tahi tergolek kuar dari seluar dia ....kemudian ada yg meleleh leleh kat kasut. Cepat2 cikgu gumpal gumpal kertas n kutip tahi tu n buang cepat2 n bawak budak tuh ke tandas. Dia tak marah tak apa pun ....cuma kita org la gelak bagai nak rak kan. Bila pikir balik sian plak budak tu . Tapi takley sebut nama la....kang malu plak dia hahahhaha walaupun dah lama sangat kan. Cikgu siap tolong cebokkan dia ...cuci bagi bersih2 seluar n kasut.

Kalau pikir balik, kita sanggup nak buat mcm tuh kat anak org. Kadang kat anak sendiri pun terbit rasa geli jugak sikit. Ini kan plak utk anak org. Ha cam tuh la cikgu. 

Sama jugak ngan cikgu nerseri..pun sama. Kita kadang duduk ngan anak Sabtu n Ahad seharian pun kadang kala menguji kesabaran. Agaknya boleh ke nak golek2 atas katil atau berguling2 atas karpet depan TV? Takder nya....kejap nak mandikan anak...nak masak..nak kemas...kejap dia plak berak..nak salin lampin bagai.

So bayangkan kat nerseri tuh di kali 20 ...sekejap budak tuh berak sekejap budak ni berak . ...pergggg tulis ni pun cam nak kuar dah peluh ni. So mmg salute kat semua cikgu . Sesungguhnya dia org nih mmg mempunyai tahap kesabaran setinggi gunung.

So semalam budak budak ni duk sibuk tanya taknak gie beli hadiah ke ...taknak beli hadiah ke. Dah la mummy cam tak beberapa sihat. Plan nak gi lawat kwn kwn bersalin pun kena postpone. Tapi sebab semua duk berzikir tepi telinga maka jom la pergi yg dekat2 aje

Rupanya semer barang banyak habis. Mr DIY kat Giant Nilai tuh penuh ngan org hahahhaha nak bayar pun kena beratur panjang. BAnyak barang semua habis....marker pen n pen merah sold out. Rak rak utk hadiah tinggal beberapa kerat je. So kena la intai apa yg ada je.

 Semalam sempat la bungkus bungkus adiah utk cikgu. Yg sangat simple aje ....Isk relax je. Bagi pen pun tak apa katanya. Tapi nampak ada tempat letak pen terus beli la sebab cikgu misti ada banyak pen kan atas meja. Si Yaya plak mcm mcm dia nak ...siap beli tong sampah lagi. Sebab dia kata cikgu boleh letak bawah meja cikgu.

So semalam kuar la kotak2 yg ada riben n renda bagai. So kita bungkus menggunakan apa yg ada. Kain kain net balance wat hantaran adik hari tuh pun semua Moon recycle je. So pagi ni semua benrbunga2 hati.

Senang plak tuh kejut tido hari ni. Biasa hari Isnin semua liat. Tapi sebab ada sambutan Hari Guru punya pasal....semer excited lebih. Dia org tambah happy sebab dlm surat kata TAKYAH BAWAK BUKU.....ambooooiiiiiiii


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...