Showing posts sorted by date for query pembedahan talib. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query pembedahan talib. Sort by relevance Show all posts

Tuesday, July 24, 2018

Kisah Chemo

Assalamualaikum semua . Misti yang follow IG Kak Moon mmg tau pasal Talib kan. Dia undergo chemo session sekarang . Selepas pembedahan buang colon last year , dokter rekemen utk undergo chemo.

So dia kena 8 session . So buat kat Institut Kanser Negara Putrajaya .

So ni dah 3 session dia buat kena masuk wad . Kena duduk wat 3 hari 2 malam . Alhamdulillah Talib ok n dia pun sgt strong . Kadang kalau tgk dia cam tak caya dia tgh Chemo sebab dia makin bam bam hahahahha ampun Lib akak kutuk depan depan hahahah .

 

Kita org biasa during lunch hour akan gie lawat dia . Lagi pun session dia ada banyak kali . Tiap kali kami pergi misti bawak nasi Arab kat dia . Sebab kami kije Cyberjaya kan tak jauh pun ngan Putrajaya ni . Turun tapau n terus ke hosp . Sonok tgk dia makan hahahhaha . Hari tu pergi dia tengah tido . Pak Sutan kejut dia ...tanya 

" Hang nak makan dak ...abg bawak nasik Arab ni "

Terlebil2 dia bukak mata n bangun . Terus duduk n bukak bekas nasik hahahha lawak la hang ni Lib . 

1 session 3 hari 2 malam . Rehat 2 minggu 

baru next session . Cam tu la cycle dia . Sebelum ni ada yg makan ubat oral Xeloda , ubat pil . Makan ubat utk 4 session cam tu selama 2 minggu . Tapi Talib kata kesan yg telan ubat tu lagi kuat . Tangan n kaki dia jadi hitam sket . Kulit kering . Dia rasa payau dalam mulut . Pastu kulit dia kering n mcm surnburn mandi pantai tu . Tapi yg masuk drip ni nampak dia ok n kemain rambut belah tepi hahahhaha . 



Amboi Lib , kemain hang salam Papa lagu tu . Cam salam ngan Agong je . Dalam drip bag purple tu la ubat chemo dia . 


 Ni session dia ke berapa ntah . Mama n Papa kebetulan mmg ada sini sebab papa kena minor operation ( ha yang tu nanti akak citer entry lain . Mmg bulan ni penuh ativiti hospital ) . Habih waktu melawat at 2 terus la kena masuk opis u ols .

Waktu melawat adalah 12.30 tghari - 2 tengahari , petang plak 4 petang hingga 7 mlm kalau tak silap

Baqis akan dtg lepas kerja . Lagi pun dia kena nak amik Rafiq lagi . Dont worry Baqis, we ols ada ley belikan makan utk dia hahahha ( lauk hospital dia usik skettttt je hahahhaha kemain la tak lalu ) . Akak kalau masuk hosp akak plak paling tak sabar nak makan makanan hospital hahhaha pelik je kan.


Ni ada 1 lagi last session kot lepas tuh takyah buat dah . Nampak dia cam ok kan .. dia pun kata badan dia tak rasa apa sangat . Siap rehat 2 3 hari pastu masuk kerja selamba je dia ni . 

Tq semua yg bg ucapan selamat . Insyaallah dia ok ni . U ols jgn risau k . Hari tu siap ada yg follow IG akak cam Talib sebab kebetulan husband dia pun tgh chemo jugak hari yg sama . Siap ley duduk bersembang lagi hahhahah 2 org pesakit ni kad wad hahah . Rupanya sama jugak kes Talib , colon cancer stage 3 , chemo 8 session . Nanti mana tahu next session ley jumpa lagi . 


Monday, October 23, 2017

Lawatan ke Klinik Kesihatan ketika mengandung


Moon dr zaman mengandungkan abang Isk sampai la nak masuk anak nom 4 ni mmg g cek kat KK ( Klinik Kesihatan ) Dapat tahu je mengandung ....dalam 10  minggu mmg dah g buat buku pink. Biar awal tak apa . Nurse akan bagi date utk appointment.

Mmg renyah sket

Mmg ramai org sket

But somehow rasa mcm pemeriksaan tu sangat detail . Walaupun kadang mengeluh cam lama nak tunggu , tapi dlm masa yg sama rasa lega n puas hati hahahahha .

So kat sini nak share kan apa yang akan ibu mengandung lalui n jalani sepanjang pemeriksaan kesihatan kehamilan di Klinik Kesihatan masing-masing .

So boleh la dibuat rujukan utk ibu ibu muda diluar sana. Akak dah kategori ibu tua ahaks . Ni akak amik daripada belakang buku pink tau. So ni adalah fakta n akak tulis campo ngan ayat akak juga .

Mula mula lawatan sebulan sekali

Bila masuk 3 3rd trimester 2 minggu sekali

bila 34 minggu ke atas , seminggu sekali  sampai la koang beranak


1- Perbincangan Pertama

Pada lawatan pertama kita, nurse akan menyoal kita mengenai diri kita dan pasangan . Ini bukan sebab dia suka suka busy body, tetapi utk memastikan samada terdapat maklumat yang boleh mempengaruhi kehamilan kita dan bayi dalam kandungan . Pada umumnya kita akan disoal mengenai:


  • Butir Peribadi
  • Negara asal kerana beberapa jenis anemia diwarisi dan hanya mempengaruhi kaum tertentu.
  • Kesihatan puan : penyakit serius dan pembedahan yang pernah dilalui atau kita sedang mendapatkan rawatan bagi sebarang penyakit , alahan dan sebagainya atau mengambil dadah atau merokok. Ni mmg kena bagitau pihak klinik atau dokter . 
  • Sejarah perubatan keluarga seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya . Baik disebelah kita mahupun suami. 
  • Jenis pencegahan kehamilan yang digunakan. Sama ada pernah amik pil perancang sebelum ni atau paia implan org IUD. Bila amik dan bila stop amik. 
  • Kitaran haid : masa bermula, sama ada tetap atau tak, bila hari pertama, berapa lama period dan hari berakhir period. 
  • Pernah hamil atau keguguran sebelum ni. 

2- Ketinggian ( pada pemeriksaan pertama sahaja )

Ini dalah bertujuan utk dijadikan panduan pada size pelvic kita . Jika ketinggian melebihi 152cm mungkin takkan menghadapi kesukaran utk melahirkan, kecuali size baby dlm kandungan luar biasa besarnya :).


3- Berat badan ( pada setiap lawatan )

Ibu mengandung akan ditimbang pada setiap kali lawatan untuk memastikan berat badan bertambah dengan sempurna 

Jika kehilangan sedikit berat badan pada awal kehamilan sepanjang 3 bulan pertama disebabkan oleh mabuk hamil, ia merupakan perkara biasa. 

Jika berat badan badan bertambah dengan tiba-tiba pada waktu kehamilan, ia mungkin tanda pre eklampsia . Ni dokter akan nasihatkan kita n nasihatkan berpandu pada graf berat badan ibu hamil. 



so jgn risau kalau berat bertambah ...jangan nak diet diet time mengandung ni. Jentik karang ....as long as berat tu naik elok...maka jgn risau ok . Lepas bersalin karang nak diet ....diet la. Takdak siapa nak larang . 

Now akak dah 31w n total weight gain 3.5 kg . So under control . Hari tu berat kurang 2 kg...lepas tu dtg balik lepas 2 minggu naik 3 kg terus nko . Terus kena jeling je ngan dokter hahahahha. Walaupun under control tapi kita takmo naik terus mendadak cam tu ....naik sket sket takpa . Terus lepas tu insap n tak layan sangat nafsu makan ni . Sebab akak kan dah lanjut usia n jatuh under kategori overweight mom ( berat more than 80kg )


4 - Sampel urin ( pada setiap lawatan )

Sampek di ambil sebaik-baiknya pada aliran kencing pertenganhan. Maksudnya jgn tadah yg 1st kuar tu . Biar yg 1st kuar dulu baru korang tadah...gitewwwwww

Ini akan diuji untuk :

  • Mengesan gula , jika ditemui berulang kali ia menandakan kemungkinan diebetis semasa hamil
  • Mengesan protein yang mungkin menandakan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Jika protein dikesan diperingkat seterusnya, mungkin menandakan pre eklampsia . 

Ni org lab la akan kuar kan result . Nanti kalau ada gula, dia akan note kan la cam sugar 1+ atau 2+ ha cam tu . Ada org bagi petua kalau ada nak cek up hari tu jgn amik sugar langsung . Tapi akak amik je sebab kita nak tahu cam na badan kita tapis gula tu ngan betul ke tak. Kalau tak amik langsung mmg la gula tu NIL tappi besok g bantai makan ice cream mc d bagai ....milo dinasour bagai ....so masa tu kita tak tahu cam na gula kita. Ntah ntah naik sampai 4 ke ....kan . 

So kalau kita tgk badan kita tak tapis gula ngan elok maka elok la berpada pada ...jaga pemakanan . Ni apa yg dokter tu ckp la . 

contoh Sugar 1+
Protein 1+

atau kalau elok 
Sugar NIL
Protein NIL


Kak Moon mmg kena monitor gula . Setiap 2 minggu kena buat BSP . Gigih akak siap beli alat nak cek gula bagai kat Lazada hahahha . Tapi bagus la ada alat ni so kita boleh tahu tahap gula dalam darah kita macam mana .


5- Ujian darah 

Pengambilan sampel darah :

  • Kumpulan darah 
  • Penyakit seks berjangkit seperti HIV atau Siflis pada lawatan pertama yang jika ada maka ia perlu dirawat segera supaya tidak membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.
  • Kemerahan darah pada lawatan pertama dan pada lawatan seterusnya mengikut keperluan . 

6- Tekanan darah ( pada setiap lawatan )


Tekanan darah biasanya rendah sedikit pada waktu kehamilan. Ia diukur setiap kali lawatan bagi mengesan sebarang kenaikan yang tiba-tiba, supaya ianya dapat dikawal. Kenaikan tekanan darah boleh menandakan berbagai masalah. 


Ni dokter akan monitor n dia akan tgk trend BP kita macam mana. Kalau dlm buku pink ni kalau 140 ke atas dikira risiko . Tapi ada dokter klinik kata ibu mengandung kalau 130 ke atas dah tak beberapa cantik dah. 

Moon kena last  few weeks. Biasa BP semer below 130. Suddenly dia naik sampai 139 tetiba. Terus dokter suh cek BP selang 2 hari . Sebab tak pernah naik kan. Gigih g kinik amik bacaan BP sebab skali ngan cek protein dlm urine . Dia duk main 132 , 135 , 139  lepas tu dronpdrop balik 120 . Nasib dia drop ... 

Masa tu stress ke apa atau penat kot . Tu minggu yg Talib operate . Mungkin kami duk ulang alik g hosp kot. Moon plak jadi sakit pinggang tiba tiba . Mungkin lenguh ke apa . Tapi diam je la kan kang buat org lain risau plak. 

So ni dah normal balik BP tu ...Alhamdulillah. So Pak Sutan kata jgn stress stress, jangan paksa diri buat kerja penat penat .

Kadang kita kata kita tak stress tapi sebenarnta badan kita kemain la penat gilers . 



7- Pemeriksaan fizikal

Jururawat atau doktor akan memeriksa keadaan fizikal dan mendengar degupan jantung dan paru paru ibu mengandung. Payudara juga akan diperiksa kot ada sebarang ketulan atau etc . 

Ibu mengandung juga akan disoal mengenai kesihatan gigi . Ibu mengandung boleh dapatkan pemeriksaan pergigian percuma tau . 


8- Pemeriksaan pergigian 

Doktor pergigian akan memeriksa mulut ibu dan memberikan rawatan pergigian yang sewajarnya . Penangguhan masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi akan meningkatkan risiko masalah kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan .


9- Kaki, buku lalu dan tangan ( setiap kali lawatan )

Jururawat dan doktor akan memeriksa bahagian bawah kaki dan tangan untuk memastikan tidak terdapat bengkak adau edema, Sedikit bengkak pada hujung kehamilan adalah normal. Namun bengkak yang melampau perlula dipantau . 

Kaki ibu mengandung juga diperiksa samaadada terdapat vena verikos ( urat urat yg terang dan timbul di kaki )


10- Merasa abdomen ( setiap kali lawatan )

Abdomen akan dirasa dengan perlahan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim . Ini akan memberikan gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi.

Pada tempoh akhir kehamilan , pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi berpusing pada arah yang betul ( kepala dahulu / kepala dibawah ) . Ini utk memastikan agar kepala bayi menghala ke dalam ruang pelvic . 












11- Ujian tambahan - SCAN 


Ultrasound boleh digunakan utk memeriksa :
  • umur bayi dan jangkaan bersalin 
  • Kedudukan uri  serta kandungan air mentuban
  • bayi membesar secara normal
  • kemungkinan mengandung lebih dari satu



Kak Moon harap perkongsian ni berguna buat para ibu semua. Sebab akak selalu dengar orang mengeluh kalau gie kinik kesihatan ni kemain banyak prosedurnya ....cerewet n renyah . But kalau kita tahu n faham apa perlunya semua ni pasti kita tak mengeluh bukan. 

Sebab ni semua adalah yang terbaik utk kita dan bayi dlm kandungan kita . Apa la sangat tunggu tu kan . 

Tapi bermula dr tahun 2005 masa mengandungkan anak sulong sampai la sekarang 2017 rasanya perkhidmatan Klinik Kesihatan makin bertambah baik . Bertambah cepat jugak . 

Kadang bergantung pada volume pesakit dan org yg buat temujanji pada hari tersebut . 

Sekarang ni even kat specialist pun korang kena tunggu lama ....kan .





Thursday, September 28, 2017

Pembedahan Talib

Moon ada update pasal pembedahan Talib ( adik Pak Sutan aka my BIL ) semalam kat FB n IG .  Tak sempat nak update berita sepenuhnya kat blog . Ni buat entry utk kenangan sendiri dan juga boleh dijadikan rujukan buat masa depan . 5 thn lepas Moon ada buat entry Kisah Pembedahan Pak Sutan . Yesterday kita org mmg bukak balik entry tu n tgk balik lepas operation semua cam na . Dua dua pun dah lupa dah hahahha .

Since kita org dah tahu pasal colon ni dari kes pembedahan papa 13 tahun lepas n pembedahan Pak Sutan 5 tahun lepas , kita org cam mentally prepare sket sebab we know what to expect n tahu apa procedure n recovery process lepas operation semua . 

Semalam Talib buat pembedahan buang usus besar . Alhamdulillah semua berjalan lancar . Dia masuk Operation Room at 11.20 dan keluar pada jam 5 petang .


3 minggu lepas , dia ada buat colonoscopy sebab dia ada notice dia duk cirit birit on n off utk beberapa minggu. Jadi dia tak sedap hati dia g kinik n mintak surat refer ke hosp utk Colonoscopy . Doc mmg bagi terus sebab dia ada citer pasal strong family history belah Papa . Papa n Abg pun dah buat pembedahan buang usus semua .

colonoscopy : masuk kamera kot bawah utk teropong dalam usus besar . Ini utk tgk keadaan colon kita macam mana

 Colonoscopy adalah kamera masuk kot bawah 
Endoscopy adalah kamera masuk kot atas / mulut 

 Area usus besar kita . Doc jumpa tumor tu di ascending colon . Belah usus besar belah kanan near apendik .


Apa dokter jumpa ?

Masa dia gie colonoscopy ni kita org ada pergi jugak sebab cam tak sedap hati je. Pak Sutan pun dia mmg rasa nak pergi sangat sangat sebab dia pun risau kot Talib ada macam dia n Papa . Sebab Talib pun badan dia susut.

Pagi dia colonoscopy n endoscopy serta ultrasound semua  . Tghari dokter dtg bagitau finding. Unfortunately dokter jumpa tumor di sebelah usus besar belah kanan berhampiran apendik. 

Gambar tuh adalah gamba tumor tu dari pandangan depan dan belakang.  Dalam 3x4cm cam tu . 

Tumor ni adalah berasal dari polyp . Bila besar / jenis aktif, dia akan membesar atau berakar kuar dari usus. Since a very strong family history kita a bit prepare juga. Walaupun sedikit cam terkejut jugak but Papa n Pak Sutan pun ok sampai sekarang...Insyaallah. Ni semua kuasa Allah kan. But mmg kena pergi periksa secara berkala every year.

Pak Sutan bgtau Talib jgn risau apa sebab dia kena buang usus belah kanan je. Nasib tak buang semua sama macam Papa n Abg. 

Dokter terus bg appointment operate minggu hadapannya.



weekend tu mmg kita org g umah Talib n Baqis sebab mama pun ada kat sana. Mmg standby dtg siap siap utk operation yg dijadualkan Selasa 

Pak Sutan diap gie ikut Talib potong rambut bagai sebab Abang ngan Adik rambut dah panjang cam sabut kelapa dah . Tetiba si Abg pun masuk saloon rambut bagai. Biasa potong kat mamak je kan . Terus rambut ada style gitew hahahah . Muda seposen Pak Sutan.

Selasa lepas sepatutnya dia akan masuk operation room pukul 12 . Kami pagi2 mmg dah sampai tunggu dia . Masa ni dia pun dah siap puasa dr malam . 

Masa ni dia ok lagi walaupun muka dia nampak cuak sket kan . Sebab ni kan major operation kan 

 Masa ni tunggu utk nurse dtg amik dia ...dah pukul 11 am ni .  Tetiba Nurse kata tunggu dulu sebab dokter bius n dokter bedah nak jumpa dulu . Pagi pagi dia buat Ct Scan  . So dokter nak explain pasal CT scan pagi tadik 

 Sempat la Pak Sutan kacau kacau Talib . Yer la, mama dah sedey sedey dah tu . Kang Talib jadi makin risau plak kan . Sutan kata mmg nerves tau sebab dia tau la kan dia pernah lalui semua tu dulu.

Dokter dtg kata tak dpt buat hari ni sebab atas sebab sebab yg tak dpt di elakkan . Dianyer bacaan pun tinggi so tak dpt buat lagi utk elak risiko kan .  Sempat dokter explain apa dia jumpa dlm CT scan semer.


 Teleng teleng support team tgk apa yg dokter tunjuk. Walaupun tak reti tgk tapi dokter mmg explain detail . So dia suh Talib discharge dulu n dtg next week. Dia bagi few medication dulu utk Talib ...terus Talib tarik napas lega n terus makan bukak puasa . Sebab tak jadi operate kan

Jumaat sampai Isnin, mama n Papa serta Rafiq dtg umah kita org . Sebab mama nak bagi Talib relax n bertenang.

26 September 2017

Talib warded balik utk operation. Isnin malam dokter amik bacaan dia semua dah dlm keadaan normal n optimal. So konpom pembedahan akan dijalankan Selasa 12 tghari. 


Masa ni awal awal pagi lagi ni . Masih ada senyuman di wajah 

 Katil dewan bedah dah sampai dah . Kena masuk awal. Pukul 11 dewan bedah dah panggil

 Masa ni mama duk kat tepi Moon duk baca mcm mcm doa ...Ya Allah selamatkan la anak ku Ya Allah. Boleh nampak mata mama berkaca je . Yer la mak mana tak risau kan


Masa ni dah kena tolak dah .

 Kita org semua kena tunggu kat luar . Mama ngan Papa susah hati . Pembedahan akan berjalan selama 5 jam.

 Pukul 5 , Talib dah ditolak masuk ke wad. Masa ni dia mamai mamai lagi maybe due to ubat bius tu kan.


Masa dia sedar dia duk aduuuuuuuu aduuuuuu perut Lib ...awat rasa cam ni . Dia dah start rasa sakit dah . Yer la dia bukak dr abdomen hingga bawah pusat . 


Open surgery ni biasanya panjang dia dlm 12-16 inch. Yg Talib ni tak sure sebab Pak Sutan tgk, dia kata sama mcm dia tapi still ditutupkan . So kita tak sure sangat berapa panjang . 

Operation ni walaupun remove Ascending Colon sahaja , tapi still jugak kena open surgery besar .

 Masa ni dia dah start rasa perit n sakit semua . Laju je tangan dia tekan pain killer . Masuk pain killer dia lena sat ...dalam 5 min je lena siap dengkoq . Lepas tu terjaga duk adu adu ...tekan lagi lena balik. Cam tu la . Tgk dia cam tu mmg flash back balik zaman jaga Pak Sutan dulu . Cam ni la keadaannya ngan wayar berselirat sana sini  . Urin bag ...bag keluar cecair lepas operation , drip ..pain kiler mmg penuh bdn ngan wayar . But cam ni 2 3 hr lepas tu dah boleh gerak gerak dah sket .

Malam tu Baqis jaga ...ni taken from her IG - Night 1

  • bqsrhm Cepat sembuh bang Mut. Siapa lagi nak gaduh dgn kita. So far keadaan bang Mut stabil. Dah start berpeluh, dah boleh tidur. Dah makan ubat, dah drip antibiotik, dah boleh bercakap. Doc bius dah prepared kan 80ml morphine kalau-kalau ubat bius dari doc bedah dah habis kesannya. Morphine sblm ni habis dlm masa sejam, doc bius pun terkejut sbb cpt sgt habis. But tak boleh makan lagi, cuma drip air shj. Tidur dia tak lena, selang 2 saat terjaga. “Umi mana?”, “B baca apa?”, “sekarang pukul berapa?”, “tak tidoq ka?”, “ni boleh cabut ka?”, “kerongkong sakit”, “awat panas?”, “bila boleh makan?”, “dengkuq kuat ka?”. Lels, tidoq la bang Mut 😌.
 Get well soon ya Lib . Dont worry, kami semua ada duk tgk Lib ni

Terima kasih untuk doa kalian . Tetiba ramai yg PM tanya macam mana boleh detect apa simtom nyer . Saya pun duk cirit dekat sebulan ni n etc . Suddenly semer jd susah hati

Simptom 

Lain org lain simptomnya 

Papa : Dia duk kembung perut. Everynight mmg dia kembung na kan sapu minyak. Mama kata najis papa berbau busuk n jadi hitam. Tu yg Papa g hosp request utk colonoscopy .

Pak Sutan : Dia takder simptom sangat. Masa tu dia 31 thn which is sangat muda utk pemeriksaan colon n etc ni but sebab papa n belah papa sangat kuat sejarah ngan sakit cam ni . Dia pun takmo tunggu lama , dia serah diri je sebab dia perasan ada darah kat najis dia . Bukan fresh blood but darah yg melekat pada najis tu pun bukan banyak. Mungkin tuhan gerakkan hati dia utk tertengok that day. Itu sahaja....tu yg terus ajak dia g hosp . 

Sebab lepas papa dah operate mmg dokter pesan ...ask your children to come over and see me. Ask them to do a colonoscopy . Its better early than late .  

Talib : Dia duk cirit dalam 2 minggu . Dia ingat dia salah makan ke apa tapi dia rasa cam tak sedap hati . Dia gie kinik n mintak refer letter terus . Memula dokter taknak bagi sebab ingat dia cirit biasa je kan. Tpi lepas dia citer family history mmg dokter bagi refer letter terus utk colonoscopy n masa tu la jumpa .


Jika ada sebarang perubahan pada badan anda ...segera pergi utk pemeriksaan ok . Kadang ada simptom macam ni tak bermakna anda ada kanser usus atau sakit dlm perut. Mungkin ada punca lain . Talk to your doctor k. 


Tanda-Tanda Kanser Usus
  • Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.
  • Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
  • Najis bercampur dengan darah.
  • Najis berwarna kehitaman
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper daripada biasa.
  • Perut rasa memulas.
  • Terasa asyik hendak buang air besar walaupun sebenarnya tidak perlu.
  • Perut rasa tidak selesa seperti senak,sakit atau kembung.
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun tanpa sebab.
  • Kerap penat dan letih lesu.

Faktor Kanser Usus

1. Umur
Warga emas mempunyai risiko yang tinggi kerana 90% kes kanser usus di negara kita membabitkan golongan berumur 50 tahun ke atas.

2. Kehadiran Polip Dalam Usus
Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser.

3. Keturunan
Sekiranya terdapat ahli keluargaa anda yang mempunyai sejarah menghidap kanser usus,maka anda juga berisiko untuk mendapat penyakit ini.

4. Menghidap Kanser
Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko untuk mendapat kanser usus.

5. Pemakanan
Pemakanan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada terjadinya kanser usus. makanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat meningkatkan lagi risiko diserang kanser usus.

6. Merokok
Asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Oleh itu,golongan perokok mempunyai 30-40% risiko untuk menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

7. Minum Alkohol
Terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

8. Berat Badan Obesiti
Individu obesiti serta tidak mengamalkan gaya hidup aktif mempunyai peluang tinggi untuk menghidapi kanser usus.


Wednesday, March 25, 2015

minor operation

Last week blog sunyi sket sebab masa tuh bz . My FIL kena minor operation sebab ada polyp baru tumbuh kat colon .



10 tahun lepas , my FIL dah remove dah colon dia sebab ada polyp besar dan atas sebab strong family history maka dc suh remove . Masa tuh stage 2 ke 3 moon ingat2 lupa tapi tak perlu kimo atau apa la . Nasib baik papa detect awal dan terus pegi jumpa doc

Simpton colon cancer nih kadang tak nampak sangat . My FIL cerita masa tuh dia slalu kembung perut dan najis dia kaler hitam . Pastu ada sekali dia nampak cam ada darah kat stool .  Tuh yg dia pegi hosp utk colonoscopy n doc detect ada polyp yg sangat besar di usus besar belah kanan n kiri ( sebijik cam gambar kat atas ) ...so doc decide utk remove kan semua nya n tinggal baki dalam sekaki je usus besar mcm tuh .

Masa Papa 1st operate tuh Moon duk ngandungkan Isk 8 bulan kot ...ingat lagi masa tuh kat Hosp Kajang , Kita org tunggu kat luar operation theater tuh lama sampai tak tahu nak buat apa la . Masa tuh plak lama papa nak recover dari pembedahan . Mmg tiap2 hari pegi hosp ....sian my MIL masa tuh kena jaga papa yg lepas operate n jaga menantu yg beranak anak sulong plak . 

Atas sebab yg sama jugak Pak Sutan operate buang colon in 2011 jugaks ....doc kata u exactly photocopy colon father u . So tak pa ...remove je . Better detect awal daripada terlambat . So sekarang mmg setiap tahun dia kena pegi cek colon n cek darah . Doc pun mmg nasihat kan semer adik beradik dia utk pegi cek colon jugak ....n termasuk la Isk , Yaya n Sara bila dia org besar nanti . Tapi masa cek kat Hosp Kajang , Moon tak sanggup la tgk kalau pak sutan lepas operate nak duk dalam wad kat sana ....terus mintak refer letter n refer ke Hosp Serdang utk keselesaan bersama .

image sebenar polyp dalam usus pak sutan

Walaupun doc pakar bedah yg bedah papa dulu duk advice pak sutan ...' u choose the surgeon and dont choose the hosp ' tapi kita org tetap ke serdang . Yer la masa mama jaga papa kat hosp kajang dulu kemain sedih . Dah la sempit pastuh crowded betol ....tak sampai hati la moon nak tgk pak sutan utk recover dari operation mcm tuh . Moon siap nangis2 lagi ke pak sutan ajak pegi serdang ...yer la kat hosp kajang tuh banduan pun duk situ ...sian la dia kan . Org dah sakit bertambah sakit jadinya . Even tengok papa baru2 nih pun kita org sedey ...sebab tepi katil tuh ngam ngam je boleh masuk 1 kerusi pastuh dah berlaga ngan katil patient sebelah .

Tapi papa tetap sayang kan pakar bedah dia Mr Daz hahahha ajak la ke lain pun dia tetap setia ngan Mr Daz kawan sekolah dia dulu hahahha .  Lagi pun mmg setiap tahun Mr Daz yg monitor papa .

 memandang kan bebudak tak ley masuk kat dalam ...kita tunggu kat luar je la ek . Masa nih datang teman kan papa ...papa operate besok pagi ...org pertama plak yg akan masuk dewan bedah . So moon duk kat luar n teman kan bebudak ..

 Pak Sutan kata masa dia masuk tgk papa , papa sedih je . Yer la walaupun duk selalu dah dtg tapi bila kena operate gugup tuh dtg jugak ...bila tgk cucu2 kat luar baru dia cam senyum n happy . Plus ley sembang ngan warden2 penjara yg bertugas jaga banduan sakit kat situ lagi la dia happy ...maklum la dah pencen kan . Bila jumpa geng 1 uniform harus la rancak bersembang .

Besok nya kami semer pegi tunggu papa operation . Moon tak bawak la bebudak ..so dia org duk nerseri je .


Papa masuk kol 8 cam tuh n siap dalam pukul 11 lebey . Kali nih doc cuba remove kan dulu polyp yg naik betul2 kat 'pintu keluar ' . ..dalam masa yg sama amik sample anta ke lab . Kalau sel tuh ada cancer cell maka akan di buang la colon yg sekaki tuh n papa mungkin kena pakai bag kat perut tuh . Tapi doc kata takpa kita buat yg nih dulu n kita tgk balik selepas tuh .

ni la polyp yg naik betul2 kat hujung colon . Masa memula kita org tgk mmg doa sangat harap ianya cam hemorrhoids ( buasir ) ...tapi lepas result lab mmg konpom ianya adalah polyp . Terus doc arrange utk operation utk buang semer tuh .

 Papa pun nampak ok n dia pun cam happy sebab anak dia semer ada ...Umi tak dpt dtg sebab ada kuliah ...tapi kita org dah bgtau dia dont worry ....abg Mahmood n Abg Talib ada ....Kak Munirah n Kak Baqis pun ada ...mama pun ada . Umi jgn risau


sian papa ...lepas operate tuh dia cam khayal lagi kesan bius tapi duk asek rasa nak terkencing . ..mmg Sutan n Talib la bawak pegi tandas ...Mama pun dah tak larat dah . Mama duduk kejap pun kaki dia bengkak . Lepas solat Zohor kat surau ...suh je mama baring kejap . Sebab kita org pun ada ley tgkkan papa . Papa pun dia tido sebab doc bagi pain killer ....dia duk ngadu dia nyer 'pintu belakang' sakit .

Tapi petang tuh papa dah ok sket sebab kapas yg ala tampon tuh dah kuar dari anus dia ...siap kuar tandas tuh ngan senyuman di muka ....sebab baru rasa selesa kapas tuh dah tak der ...

Besok nya tuh papa dah discharge ..n semer ke umah Talib sebab dekat sket Kajang ke Balakong .

Alhamdulillah , hope papa cepat recover n di permudahkan segalanya .

This is the reason y moon tak apdate blog lama sebab mmg fully occupied ....nanti ai citer plak pasal pak sutan ...sebab 2 hari lepas dia kena operate buang gigi bongsu yg tumbuh senget hahahha . Olo shian nya dia .........skrg dia tgh berpantang kat umah hahahhahah

Tq for those yg order SkinBar last week .. ada yg moon sempat process pada hari yg sama n pada hari papa operate moon tpaksa delay n process besok hari nya . Tq pada korang yg sangat memahami n tak kisah bila moon reply lambat sket hantar ...tq semua ....Ha sapa nak free postage ...cepat cepat order EPhyra SkinBar anda sekarang ....RM 39 only u ols . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...