Monday, October 23, 2017

Lawatan ke Klinik Kesihatan ketika mengandung


Moon dr zaman mengandungkan abang Isk sampai la nak masuk anak nom 4 ni mmg g cek kat KK ( Klinik Kesihatan ) Dapat tahu je mengandung ....dalam 10  minggu mmg dah g buat buku pink. Biar awal tak apa . Nurse akan bagi date utk appointment.

Mmg renyah sket

Mmg ramai org sket

But somehow rasa mcm pemeriksaan tu sangat detail . Walaupun kadang mengeluh cam lama nak tunggu , tapi dlm masa yg sama rasa lega n puas hati hahahahha .

So kat sini nak share kan apa yang akan ibu mengandung lalui n jalani sepanjang pemeriksaan kesihatan kehamilan di Klinik Kesihatan masing-masing .

So boleh la dibuat rujukan utk ibu ibu muda diluar sana. Akak dah kategori ibu tua ahaks . Ni akak amik daripada belakang buku pink tau. So ni adalah fakta n akak tulis campo ngan ayat akak juga .

Mula mula lawatan sebulan sekali

Bila masuk 3 3rd trimester 2 minggu sekali

bila 34 minggu ke atas , seminggu sekali  sampai la koang beranak


1- Perbincangan Pertama

Pada lawatan pertama kita, nurse akan menyoal kita mengenai diri kita dan pasangan . Ini bukan sebab dia suka suka busy body, tetapi utk memastikan samada terdapat maklumat yang boleh mempengaruhi kehamilan kita dan bayi dalam kandungan . Pada umumnya kita akan disoal mengenai:


  • Butir Peribadi
  • Negara asal kerana beberapa jenis anemia diwarisi dan hanya mempengaruhi kaum tertentu.
  • Kesihatan puan : penyakit serius dan pembedahan yang pernah dilalui atau kita sedang mendapatkan rawatan bagi sebarang penyakit , alahan dan sebagainya atau mengambil dadah atau merokok. Ni mmg kena bagitau pihak klinik atau dokter . 
  • Sejarah perubatan keluarga seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya . Baik disebelah kita mahupun suami. 
  • Jenis pencegahan kehamilan yang digunakan. Sama ada pernah amik pil perancang sebelum ni atau paia implan org IUD. Bila amik dan bila stop amik. 
  • Kitaran haid : masa bermula, sama ada tetap atau tak, bila hari pertama, berapa lama period dan hari berakhir period. 
  • Pernah hamil atau keguguran sebelum ni. 

2- Ketinggian ( pada pemeriksaan pertama sahaja )

Ini dalah bertujuan utk dijadikan panduan pada size pelvic kita . Jika ketinggian melebihi 152cm mungkin takkan menghadapi kesukaran utk melahirkan, kecuali size baby dlm kandungan luar biasa besarnya :).


3- Berat badan ( pada setiap lawatan )

Ibu mengandung akan ditimbang pada setiap kali lawatan untuk memastikan berat badan bertambah dengan sempurna 

Jika kehilangan sedikit berat badan pada awal kehamilan sepanjang 3 bulan pertama disebabkan oleh mabuk hamil, ia merupakan perkara biasa. 

Jika berat badan badan bertambah dengan tiba-tiba pada waktu kehamilan, ia mungkin tanda pre eklampsia . Ni dokter akan nasihatkan kita n nasihatkan berpandu pada graf berat badan ibu hamil. 



so jgn risau kalau berat bertambah ...jangan nak diet diet time mengandung ni. Jentik karang ....as long as berat tu naik elok...maka jgn risau ok . Lepas bersalin karang nak diet ....diet la. Takdak siapa nak larang . 

Now akak dah 31w n total weight gain 3.5 kg . So under control . Hari tu berat kurang 2 kg...lepas tu dtg balik lepas 2 minggu naik 3 kg terus nko . Terus kena jeling je ngan dokter hahahahha. Walaupun under control tapi kita takmo naik terus mendadak cam tu ....naik sket sket takpa . Terus lepas tu insap n tak layan sangat nafsu makan ni . Sebab akak kan dah lanjut usia n jatuh under kategori overweight mom ( berat more than 80kg )


4 - Sampel urin ( pada setiap lawatan )

Sampek di ambil sebaik-baiknya pada aliran kencing pertenganhan. Maksudnya jgn tadah yg 1st kuar tu . Biar yg 1st kuar dulu baru korang tadah...gitewwwwww

Ini akan diuji untuk :

  • Mengesan gula , jika ditemui berulang kali ia menandakan kemungkinan diebetis semasa hamil
  • Mengesan protein yang mungkin menandakan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Jika protein dikesan diperingkat seterusnya, mungkin menandakan pre eklampsia . 

Ni org lab la akan kuar kan result . Nanti kalau ada gula, dia akan note kan la cam sugar 1+ atau 2+ ha cam tu . Ada org bagi petua kalau ada nak cek up hari tu jgn amik sugar langsung . Tapi akak amik je sebab kita nak tahu cam na badan kita tapis gula tu ngan betul ke tak. Kalau tak amik langsung mmg la gula tu NIL tappi besok g bantai makan ice cream mc d bagai ....milo dinasour bagai ....so masa tu kita tak tahu cam na gula kita. Ntah ntah naik sampai 4 ke ....kan . 

So kalau kita tgk badan kita tak tapis gula ngan elok maka elok la berpada pada ...jaga pemakanan . Ni apa yg dokter tu ckp la . 

contoh Sugar 1+
Protein 1+

atau kalau elok 
Sugar NIL
Protein NIL


Kak Moon mmg kena monitor gula . Setiap 2 minggu kena buat BSP . Gigih akak siap beli alat nak cek gula bagai kat Lazada hahahha . Tapi bagus la ada alat ni so kita boleh tahu tahap gula dalam darah kita macam mana .


5- Ujian darah 

Pengambilan sampel darah :

  • Kumpulan darah 
  • Penyakit seks berjangkit seperti HIV atau Siflis pada lawatan pertama yang jika ada maka ia perlu dirawat segera supaya tidak membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.
  • Kemerahan darah pada lawatan pertama dan pada lawatan seterusnya mengikut keperluan . 

6- Tekanan darah ( pada setiap lawatan )


Tekanan darah biasanya rendah sedikit pada waktu kehamilan. Ia diukur setiap kali lawatan bagi mengesan sebarang kenaikan yang tiba-tiba, supaya ianya dapat dikawal. Kenaikan tekanan darah boleh menandakan berbagai masalah. 


Ni dokter akan monitor n dia akan tgk trend BP kita macam mana. Kalau dlm buku pink ni kalau 140 ke atas dikira risiko . Tapi ada dokter klinik kata ibu mengandung kalau 130 ke atas dah tak beberapa cantik dah. 

Moon kena last  few weeks. Biasa BP semer below 130. Suddenly dia naik sampai 139 tetiba. Terus dokter suh cek BP selang 2 hari . Sebab tak pernah naik kan. Gigih g kinik amik bacaan BP sebab skali ngan cek protein dlm urine . Dia duk main 132 , 135 , 139  lepas tu dronpdrop balik 120 . Nasib dia drop ... 

Masa tu stress ke apa atau penat kot . Tu minggu yg Talib operate . Mungkin kami duk ulang alik g hosp kot. Moon plak jadi sakit pinggang tiba tiba . Mungkin lenguh ke apa . Tapi diam je la kan kang buat org lain risau plak. 

So ni dah normal balik BP tu ...Alhamdulillah. So Pak Sutan kata jgn stress stress, jangan paksa diri buat kerja penat penat .

Kadang kita kata kita tak stress tapi sebenarnta badan kita kemain la penat gilers . 



7- Pemeriksaan fizikal

Jururawat atau doktor akan memeriksa keadaan fizikal dan mendengar degupan jantung dan paru paru ibu mengandung. Payudara juga akan diperiksa kot ada sebarang ketulan atau etc . 

Ibu mengandung juga akan disoal mengenai kesihatan gigi . Ibu mengandung boleh dapatkan pemeriksaan pergigian percuma tau . 


8- Pemeriksaan pergigian 

Doktor pergigian akan memeriksa mulut ibu dan memberikan rawatan pergigian yang sewajarnya . Penangguhan masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi akan meningkatkan risiko masalah kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan .


9- Kaki, buku lalu dan tangan ( setiap kali lawatan )

Jururawat dan doktor akan memeriksa bahagian bawah kaki dan tangan untuk memastikan tidak terdapat bengkak adau edema, Sedikit bengkak pada hujung kehamilan adalah normal. Namun bengkak yang melampau perlula dipantau . 

Kaki ibu mengandung juga diperiksa samaadada terdapat vena verikos ( urat urat yg terang dan timbul di kaki )


10- Merasa abdomen ( setiap kali lawatan )

Abdomen akan dirasa dengan perlahan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim . Ini akan memberikan gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi.

Pada tempoh akhir kehamilan , pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi berpusing pada arah yang betul ( kepala dahulu / kepala dibawah ) . Ini utk memastikan agar kepala bayi menghala ke dalam ruang pelvic . 












11- Ujian tambahan - SCAN 


Ultrasound boleh digunakan utk memeriksa :
  • umur bayi dan jangkaan bersalin 
  • Kedudukan uri  serta kandungan air mentuban
  • bayi membesar secara normal
  • kemungkinan mengandung lebih dari satu



Kak Moon harap perkongsian ni berguna buat para ibu semua. Sebab akak selalu dengar orang mengeluh kalau gie kinik kesihatan ni kemain banyak prosedurnya ....cerewet n renyah . But kalau kita tahu n faham apa perlunya semua ni pasti kita tak mengeluh bukan. 

Sebab ni semua adalah yang terbaik utk kita dan bayi dlm kandungan kita . Apa la sangat tunggu tu kan . 

Tapi bermula dr tahun 2005 masa mengandungkan anak sulong sampai la sekarang 2017 rasanya perkhidmatan Klinik Kesihatan makin bertambah baik . Bertambah cepat jugak . 

Kadang bergantung pada volume pesakit dan org yg buat temujanji pada hari tersebut . 

Sekarang ni even kat specialist pun korang kena tunggu lama ....kan .





Friday, October 20, 2017

Hari kantin anak anak

Last week ada sambutan hari kantin anak anak . Yaya ngan Isk beria ia la ajak kita org pergi sekali . Ok la kan layan je la anak anak ...pagi pagi dah sampai kawasan sekolah . Mmg meriah la ada macam macam gerai n aktiviti .


Macam hari kantin biasa, semua urusniaga guna kopon . 1 buku kupon RM 10

Ada budak tu kan , sampai je terus cakap haus n nak air. Sambil beratur nak beli air pun sempat posing kaki terjungkit ... Air semua RM1



Lagi lama lagi ramai parents dan anak anak sampai . 


Main giant bubble ni kena RM3 . Nampak budak budak lain relax je main....Sarah gaks yg excited lebih hahahhaha. 

 Ada tempat untuk memanah ...naik kereta kuda ...tapi mmg kena bersabar la nak tunggu turn sebab orang memang ramai


Yang ni la barisan paling laju . Memula semua duduk atas alat tu ...lama lama semer main bantai terjun n buat macam swimming pool. Haru biru hahahhahah .

Sarah dah duk pujuk nak mandi swimming pool . Ni bukan swimming pool la Sarah oooiiii .



Ada gerai jualan barang barang juga .

Barang2 ni adalah hasil sumbangan parents dan pelajar . Setiap kelas dia ada bagi cadangan kena bawak apa . Tapi nilai barang semua kena dlm lingkungan RM10 .

Yaya darjah 3 , kelas dia kena bawak susu tin 4 untuk each pelajar

Abg Isk darjah 6, kelas dia kena bawak tepung gandum 4 paket utk each pelajar

Hasil jualan barang barang ni dan dari gerai lain akan disumbangkan bagi pembinaan dewan terbuka sekolah agama ni . I think this is a very good idea . Semua barang dijual lagi murah dr harga market ....bihun...gula semua tu lagi murah .

Pak Sutan kata kalau RM10 kupon tu macam macam boleh beli which is sangat betul ..dan apa yg kita belanjakan tu adalah utk tujuan yg baik kan .



Misti budak2 takut nak dtg gerai Ustazah garang ni hahhahaha . Nama pun kemain catchy ...Nasi lemak menangis tu sedap . Anak anak gie layan gerai2 n aktiviti, Moon ngan Pak Sutan serta Sarah cari port duduk n makan hahhahahah .

So far hari kantin ni la yg paling meriah n ada macam macam aktiviti . Syabas utk pihak sekolah .

Thursday, October 12, 2017

Nutox Renewing Treatment Meet & Greet with Nur Fazura

Last week Moon berpeluang ke Meet and Greet with Nur Fazura for Nutox Renewing Treatment di One Utama .




Meh akak share apa yang diterangkan pada hari itu dan sedikit sebanyak mengenai Nutox Renewing Treatment ni.

Selamat tinggal kulit kusam dan katakan hello kepada kulit cerah .

Nutox sedar bahawa kulit kusam merupakan masalah kulit biasa yang dihadapi oleh wanita Asia . Tahukah anda bahawa kulit kusam juga merupakans alah satu tanda awal penuan?

Fazura juga berkongsi pengalaman beliau menggunakan Nutox bertahun lamanya.

Apabila kulit kita meningkat, tanda-tanda seperti kekusaman, kedut dan kehilangan keanjalan akan mula kelihatan. Ia disebabkan oleh pengurangan keupayaann untuk memperbaharui kulit secara semulajadi. Oleh itu penggunaan penjagaan muka yang sesuai dapat membantu memperbaharui semula secara lembut tetapi berkesan .

Kitaran pembaharuan kulit secara semulajadi berlaku setiap 28 hari . Pada akhir tempoh kitaran, sel kulit yang lama atau yang telah mati akan beralih dan diganti dengan sel kulit yang baru.



Produk penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment, menampilkan teknologi proprietri yang dikenali sebagai LumiNes, menggabungkan dua ramuan utama - Lumiskin dan Actistem Gold Nest untuk hasil yang kelihatan berseri dari dalam.

Rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada 3 produk: Renewing Treatment Lotion , Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Creame.




Renewing Treatment Lotion ( 150ml , RM59.90 )


Mengandungi LumiNes, toner ini melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih bersih dan berseri.

Penggunaan : Letakkan ditapak tangan dan sapukan pada muka dan leher selepas mencuci muka .



Renewing Treatment Essence ( 30ml, RM 75.90 )


Esen ini membantu melindungi kulit daripada kekusaman akibat kerosakan UV dan pencemaran. Ia juga turut membantu mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit untuk seri wajah yang berkekalan

Pengunaan : pamkan 2 hingga 3 kali pada hujung jari dan sapu rata pada muka dan leher .



Renewing Treatment Creame ( 30ml, RM 49.90 )




Membantu memulihkan dan menyegarkan serta memperbaharui penampilan kulit . Teksturnya tidak melekit dan diserap pantas bagi memberikan kemasan semulajadi .

Pengunaan : Sapukan dengan rata pada seluruh wajah .




Ada kejutan juga buat Fazura pada hari tersebut ....ada cake cutting untuk birthday girl .


Ada juga meja meja disediakan untuk para pengunjung mencuba rangkaian Nutox Renewing Treatment ni



Mak Yong pun tak lepaskan peluang nak bergamba kat set yang cantik ni 




Tq Nutox . Nanti boleh cuba range ni ...mana tau bleh jadi cun cam Fazura ....ahakssss

Monday, October 09, 2017

Program Remaja - Sembelih Puyuh

Beberapa minggu lepas , taman ada anjurkan program untuk anak anak remaja taman kat Surau . Ada ceramah dan motivasi jugak. Lepas tu ada amali sembelih burung puyuh. Dia org boleh sembelih sendiri n cabut bulu puyuh semua n masak puyuh masing masing .

dalam 40 org peserta join . So for me program ni sangat bagus la kan . So dia org pun ley kenal antara satu sama lain . Ada belajar benda berfaedah jugak kan .

 
 Semua kena ada pasangan sebab sorang akan pegang n sorang kena sembelihkan. So dia org akan gilir gilir . Mana lagi nak dapat pengalaman mcm ni kan .

Ada ustadz juga yg terangkan rukun sembelihan dan cara cara menyembelih yang betul

A.    Rukun Sembelihan
Rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:
1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.
.
.
B.    Syarat-Syarat Sembelihan
.
1) Orang yang menyembelih
a) Hendaklah beragama Islam
b) Baligh dan mumayiz .
c) Berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.
.
.
2) Binatang Yang Disembelih
a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).
.
.
3) Alat Sembelihan
a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.
.




Para bapa semua duk siapkan bbq .


Hope anak anak dapat belajar sesuatu daripada program ni . Moon ngan Sutan asalnya nak hantar je dia org ...sudahnya kita org pun sangkut kat sini . Seronok dengar ceramah . Budak2 masa umor2 cam ni la kena bagi dia org kesedaran n motivasi .

Syabas utk persatuan Taman...program yg amat bagus .

Tuesday, October 03, 2017

Meizu Pro 7 Dan Pro 7 Plus Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM 1899

Jika anda mahukan telefon pintar yang jauh berbeza dari yang lain, maka Meizu PRO 7 dan PRO 7 Plus patut menjadi pilihan anda. Dari hadapan mungkin tidak berbeza, tetapi skrin kedua yang terletak di belakang pasti akan membuatkan rakan anda terpukau melihatnya.


Meizu Malaysia kini mengesahkan ketibaan PRO 7 dan PRO 7 Plus di Malaysia. Tempahan kedua-dua telefon pintar akan dibuka bermula 15 September sehingga 20 September 2017. Jualan di seluruh Malaysia boleh didapati bermula dari 21 September 2017.

Meizu PRO 7 akan dijual pada harga RM1,899 manakala PRO 7 Plus berharga RM2,799
Peranti ini unik kerana dilengkapi skrin mini sekunder AMOLED pada bahagian belakang.


Meizu PRO7 dan PRO7 Plus boleh dibeli secara offline di SINI 



PRO 7 menggunakan pemproses Mediatek Helio P25, 4GB RAM dan 64GB storan. Meizu PRO 7 akan ditawarkan dalam warna Merah, Emas dan Hitam. PRO 7 Plus pula 5.7-inci QuadHD.

Manakala PRO 7 Plus dilengkapi pemproses terbaik Mediatek, Helio X30 10-teras bersama 6GB RAM dan 128GB storan.PRO 7 Plus hanya disediakan dalam warna Hitam sahaja. Meizu PRO 7 memiliki skrin 5.2-inci HD Penuh,

Kedua-duanya menggunakan paparan Super AMOLED.




Bateri di dalam PRO 7 berkapasiti 3,000mAh dan PRO 7 Plus pula 3,500mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas Meizu mCharge 4.0 dengan kuasa pengecas 25W (5V/5A). Ia boleh mengecas sehingga 67% penuh dalam masa 30 minit.


Meizu menggunakan gandingan lensa RGB dan monokrom untuk kamera belakang. Ia menggunakan sensor Sony IMX386 12MP f/2.0, autofokus PDAF dan dwi tona LED Flash. Kamera hadapan pula dimuatkan sensor 16MP f/2.0. Tapi kalau ada previu di skrin belakang ni, boleh guna kamera belakang terus untuk swafoto.


Boleh menggunakan kamera belakang untuk berswafoto . Apa yang membuatkan ia berbeza adalah kerana kini anda boleh melihat gamba anda ketika swafoto dengan adanya skrin dibahagian belakang. 





Berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...