Wednesday, November 21, 2018

Jalan Jalan London 2018 - Ke Paris

DAY 2 - Ke Paris
----------------------

Pagi ni kita org akan naik train Eurostar ke Paris . Mintak pihak hotel call kan teksi utk kami ber 6 + 2 kids utk hantar ke St Pancras International .

Teksi charge 35 pound

Sebelum gerak harus la breakfast dulu kat bilik . Buat sandwich telo dulu . Pastu ada org request tabur serunding hahahha sedap hokey .


Buat lebih sebab nanti boleh makan dlm train .

 Sementara tunggu teksi dtg mari la kita bergamba dulu depan ni . Kalau nak naik train pun boleh . Berhenti kat King Cross station .

 Sempat video call anak anak . Yaya siap tanya mummy tu bunga betul ke atau bunga tipu .

pagi pagi pun sejuks yang amats . Suka tengok bangunan dia semua warna putih . 


Kita org sampai awal . Biar awal jangan lambat kan . So sempat la nak snap snap gamba sket kat area ni .

Body guard ada 3 org utk trip ni . Bukan bidyguard from Beijing ni tapi semua bodyguard from Malaysia hahahahha





cantek sangat kat dalam stesen ni . Ada juga kedai2 boleh shopping .



kat belah luar ni cantek . Bangunan dia batu bata oren ni .


Beli tiket Eurostar dari London ke Paris di EuroStar  .Perjalanan dari London ke Paris mengambil masa 2 jam 15 minit.

Map dalam St Pancras International untuk rujukan u ols .


St Pancras International


Image result for eurostar train

laju hokey keretapi ni . dia boleh capai up to 300 km/h

https://www.seat61.com/images/london-to-paris-eurostar-map-large.jpg

Boleh refer video ni sebab Moon sebelum ke sana pun mmg duk tgk u tube . Bila sampai sana ok ket sebab kita tahu dah walaupun sikit tapi tahu la nak ke mana n buat apa.

Dalam 30 min juga kita akan lalu terowong dasar laut . 


Masa kita org nak pergi tu mmg penuh org .

Entrance to departure area at London St PancrasEurostar check-in gates
 credit to : Seat61 for this pic



Just scan je QR code di kertas yg dah print siap siap .Nanti kastam akan cek semua barang . So make sure bukak semua jaket n barang2 letak dlm tray utk di scan . Masa ni dia tak tanya banyak pun . 

Tunggu train kat sini dulu



selesa dalam train ni . Ada power socket juga kat tepi seat . Boleh la nak charge phone ( plug dia sama cam plug kita )


Sepanjang perjalanan , boleh la tengok permandangan . Mmg cantik sangat . Kebetulan cuaca pun cerah elok . Mmg biru langit . Dah macam wallpaper desktop kan .

Sampai sudah ke Paris . Paris lagi sejuk ...grrrrrrr

Image result for gare du nord taxi stand

Jom la mencari tempat teksi . Masa kita org turun tu dah ada pengemis datang serbu . Mmg dia akan ikut kita rapat rapat . Masa tu dah la tak ada small change . Tapi Kak Nor dah pesan hati2 ngan dia org ni sebab kadang ada kes org kuarkan duit , dia org akan rampas je semua yg ada kat tangan kita . Mmg kita org kena follow sampai la kat area teksi . So mmg tak sempat nak snap apa apa gambar pun masa sampai ni . 

** Hati hati ya sebab sini mmg ramai pengemis yg akan ikut rapat rapat ngan kita . Jaga jaga barang2 berharga anda ye . 

Related image 
Source : google


Perjalanan ke hotel tak lama sangat pun . Dalam 20 minit macam tu kita org sampai kat Tim Hotel


TIM HOTEL , PARIS

Gallery image of this property
Semua pun kepenatan n cepat2 nak chek in sekali ada masalah .

Kami semua 6 dewasa n 2 kanak kanak . Kanak-kanak pun umor 6 thn n 1 tahun lebih .  Sepatutnya 3 bilik ok la kan . Sekali kita org tak dibenarkan chek in sebab katanya melebihi had yg dibenarkan . Budak 2 thn keatas dah di kira ADULT and satu bilik boleh masuk 2 ADULT SAHAJA 

Kiranya kalau mak tu boleh duduk sebilik ngan sorang anak je . Tak ke kepelikan di situ, kalau ada 2 anak dah kena amik 2 bilik . Dah la nak ckp pun cam itik ngan ayam hahahha . Dah masalah plak . Kita org bgtau la tak boleh ke mak ayah n anak 1 bilik . Kata nya tak boleh . Its Paris Policy .

Kita org terus cam eh . Masa booking idak plak diberitahu pasal ni . Kak Nor sebelum ni pun masa check in tahun lepas takder plak rules cam ni ( hotel lain ) . Kita org siap ckp takpa tambah duit ke add extra bed ke apa . Pun dia org tak kasi hokey .

So malas la nak bertekak lama lama kan . So dia suruh cari 1 bilik lagi kat area dekat dekat ngan hotel ni . Nasib la dia tolong call kan jugak cari area berdekatan . Nasib ada 1 bilik available . Sian plak Kak Nor kena check in lain n tak sama hotel ngan kita org

Moon ada google juga mmg ada certain hotel ada rules dimana budak 2 thn ke atas dah dikira sebagai adult .

So korang kalau plan nak ke Paris please check hotel rules sama ya . Kalau Malaysia kita gaks yg senang kan ...nko sumbat selagi boleh sumbat muahahha .


ni la biliknya yg comel molek . Moon amik gamba ni berdiri betul2 rapat ngan pintu masuk . Mmg comel alahaiiii biliknya u ols. Lift dia lagi la comel boleh masuk 2 org ngam ngam . Nasib la bilik kita org lvl 1 so mmg naik tangga sahaja.


tapi overall ok . Bilik pun bersih elok . Ada semua n selesa . Mmg bilik2 hotel kat Paris comel comel cam ni semuanya . 





**sila bawak universal traveler adapter n converter ya . Kat Paris semua plug lubang 2

NASI AYAM PARIS

Dah la semua tengah stress sebab kena pecah pecah bilik . Perut pun dah lapar sebab dah tengahari kan . Jo dah order siap siap Nasi Ayam Paris . 

Ramai yang tanya Kak Moon dapat jumpa ngan Kak Light tak . Tak dapat la u ols sebab semua ni Jo yg amikkan n arrange kan . Tiba tiba Wawan ketuk bilik hantar nasik . Lepas makan nanti boleh kuar jalan jalan . Kak Nor siap makan Nasik Ayam kat taman sambil tgk Eiffel Tower . Ala jeles hokey sebab kita org makan kat bilik hahhaha . 

Tapi nasi ayam dia sedap hokey . Nasi pun banyak . Ayam tu besar dapat bahagian thigh , ada banyak isi n lembut . Rasa manis manis madu n ayam ni di masak dlm oven n bukan di goreng . Kalau peha dia akan letak 2 ketul . Ain siap boleh simpan separuh sebab banyak . So dia simpan utk dinner . 



Harga Nasi Ayam Paris : 10 Euro satu ( kalau convert RM50 )


sedap n cukup rasa . Makan dlm bilik hotel ..bukak plak tingkap bagi angin sejuk masuk ...pergggg mmg lega perut jumpa nasik hahahhaha . Sebab Paris ni kan susah sket nak cari makan kan . Akak makan hingga licin tak ada nasik seketul pun muahahahh ayam pun tinggal tulang licin hahhaha . 10 euro tu jg makan la ngan penuh penghargaan muahahah . 





ni utk rujukan u ols k . Nanti kalau jalan jalan Paris boleh la cuba Nasik Ayam Paris atau Nasi Lemak Paris . 


JALAN JALAN KE EIFFEL TOWER

Dari hotel ke Eiffel Tower tak jauh sangat . Dalam 10 min cam tu sampai dah . 





Dari jauh dah nampak dah Eiffel Tower ni . Cam tak caya je sampai kat sini . Orang mmg ramai sangat masa ni . Kami sampai kat Eiffel Tower ni dalam pukul 2 lebih .

  

Masa jalan ni mmg kita org guna Google Map semata mata . Kemain la lalu celah2 bangunan . Macam dah biasa jalan jalan kat Paris je hahahhaha . Masa nak bertolak tu Moon activate kan Roaming Celcom yang ada offer seminggu RM138 tu . Kalau nak daily pun boleh , dia akan charge Rm38 sehari .  Pak Sutan dia tumpang wifi Moon je . Sebab nanti balik ke London akan cari local sim kad . Nanti Moon akan citer ya mana best roaming atau local sim kad . 

 Kebanyakkan org kalau nak bergamba, dia org akan ke dataran atas tu kan . So kena cross jambatan ni . Tapi punya la ramai org .

 Kita org lepak dekat sini dulu . Tapi nak amik gamba pun susah juga sebab terlalu ramai orang . Tapi gamba ni akak suka hokey . Boleh print n gantung kat umah nanti letak dlm frame


Masa ni penat sangat sangat tak tahu napa . Macam mengigil pun ada . Duduk kejap kat bawah ni . Pak Sutan siap ejek awak lapar kot . Tapi seriously rasa seram sejuk yg amats . Nampak je panas terik, tapi sejuk nya la hai .

Moon duduk , letak kamera atas riba . Rehat la kejap kan . Minum n makan sket . Pastu bila dah  nak gerak tu terus laju je bangun ...jatuh bergolek kamera slr mak atas tangga tu . Nak nangis je rasa . Pak Sutan jeling je ...tu la ada gunanya tali utk sangkut . Aduh remuk hati mak . Nasib tak ada apa pecah tapi ada calar n terus dia cam majuk . Bateri cepat je habis . Kamera tu mmg dah lama  Moon mmg jaga elok elok . Banyak jasa kamera D200 ni tau . 


Snap gamba ni n hantar ke anak anak . Laju je Isk reply ...mummy napa tak amik gamba kat Bugati Veyron tu . Mana mummy tahu hahahha mummy tgh berdukacita n diselubungi rasa bersalah sebab terjatuhkan kamera hahahha . Patut la nampak ramai je org duk turun g amik gamba kat kereta kereta tu . Kita org sibuk nak amik gamba Eiffel Tower tu je hahah.

 Masa ni dah pukul 4 lebih . Orang tak nampak berkurang pun , makin ramai ada lah . Korang dah dah la tu balik la hahhahahah .

 Masa ni duk berkira kira masa nak tak ke The Lourve , museum 3 segi kaca tu . Tapi jam dah dekat pukul 5 . Matahari pun dah nak terbenam dah .


Kita org decide balik la dulu . Besok pagi2 kuar . Semua pun dah kepenatan . 



Bergamba ngan Ain dulu . Lagi petang lagi ramai penjual follow paksa beli souvenier . Kita plak naik rimas . Lepas sorang , sorang lagi dtg . Yang kagum nya siap pandai cakap melayu . 

** sini mmg akan kena follow ngan abang abang hitam manis yg pegang souvenier2 ye  . But rate dia org jual mmg murah habis. Cuma kena hati hati ye . Sebab sekali dia org serbu 2 3 seller terus ikut korang berjalan .

 
Gamba sopan cam ni ok la kan share kat blog . Kan share gamba leuk peluk shium shium ada yg muntah berdarah karang hahahah 


Balik bilik mandi2 . Masak nasi seperiuk hahhahah . Makan plak ngan daging Dendeng beli ngan Mek Non Kitchen . Sedapnya ngan daging pedas2 tu . Lepas makan konon nak baring la kejap . Ingat malam tu nak la kuar jalan jalan kononnya pekena kopi kat mana mana . Hai hai bai bai jawabnya sebab terus pengsan laki bini hahahhaha . Sedar2 dah pukul 2.30 pagi . Dua dua terjaga takley tido dah hahahhaha sebab masa tu kat Malaysia siang hahahahha . Badan tak reti bezakan masa lagi . Dah 2 hari sejak sampai sini mmg pukul 2.30am je terjaga .

Takpa la ...rehat2 dulu . Turun bawah apa kedai pun tak ada hahahha apa ingat ada kedai mamak 24jam ley pekena teh ke hahhahah .

Ok la . Aktiviti pagi besok nak ke The Lourve . Google Map je la cam na nak pergi . Jalan kaki 4km agaknya ok ke tak?




Jalan Jalan London 2018

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...