Friday, December 21, 2018

London Intinerary

 Apa nak buat di London ?

Jalan jalan di London 

Mana tempat best di London ?



Sebenarnya sebelum pergi tu kemain cari web yang boleh buat intinerary sebab we ols kan ke sana around 9 - 10 days kan . Pastu tolak 2 hari kat paris so ada dlm 7 hari kat london .

Lepas tu tak pernah pergi . Semua based pada pengalaman org yang pernah pergi mcm Kak Nor la banyak share sebab dia mmg selalu sangat ke London hahahah  . Kak Moon rujuk blog Elly n blog Filla serta blog blog lain macam De-avonturen , Mat Salleh cari makan , modernmummy



Kak Moon nak share 1 web ni yang Kak Moon rasa bagus n sangat membantu . Sebab kita takut kita ikut plan mcm 10 places you must visit in London tu tapi takut mcm jauh n kita kena asyik naik train n tukar bus . So yg web ni siap dia buat laluan siap siap so kita jalan sekali harung

cam contoh kita ke Bukit Bintang Lot 10 misalnya ...terus boleh ke Pavillion  ke Low Yat ke Berjaya Time Square contohnya .

Bukan start di Bukit Bintang lepas tu dia suruh ke Mid Valley Megamall lepas tu suruh ke Sunway Pyramid pastu ke Sate Kajang contohnya . Kan jauh jauh tu kannnnn

Nama dia Visitacity


Boleh pilih city mana yang kita akan pergi lawati  

Kita boleh mintak dia buatkan intinerary utk 1 hari , 3 hari atau banyak hari . 

Kita jugak boleh add tempat tinggal kita dan juga tempat2 makan .

Boleh add tempat yang kita nak pergi . contohnya ada 1 hari tu kita nak ke market 

- Portobello Market 
- Borough Market 
- Camden Market 

Boleh add utk acara sopink sopink so boleh la add
- Oxford Street 
- St Regeant

ni contoh k . So u ols boleh la adjust ikut timing n kesesuaian percutian korang ye . Cam kita org tak ada buat intineray siap table ke apa sebab kita org cam tak letak timing . So just tulis je ok day 1 kita nak ke tempat ni tempat ni . Kalau tak sempat kita carry forward to the next day . 


Sebelum pergi tu Kak Moon mmg asyik tgk Google Maps aje . Yer la baru 1st time nak pergi kalau boleh tahu la arah tujuan tu nak ke mana hahahhaha. So Kak Moon list kan tempat mengikut kategori 

- Must Visit in London
- Shopping Streets
- Royal Parks
- Markets
- Stadiums 
 - Museum




Must Visit In London - Attraction 
1) Big Ben 
2) London Eye
3) Tower Bridge
4) Tower of London
5 ) Trafalgar Square
6) St Paul Cathederal


Related image 

1) Big Ben - ni tower yang ada jam tu . Masa kita org dtg tu tower tu under construction utk baik pulih . So nampak jam tu aje seketul hahahha . Entry akak ke Big Ben

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqcsool-3x6zQkIsSbjfQOhZfeed1Zhga0uIWrN1I9wf63Flv8is681xkIvYZPk3bpFj7qdz_mF7q-oEZ18ESLAErB3aOLBKwlnh1gzgx_Q-nZryK9AGd9X0nMQ5vNS0DWVzDLGg/s1600/14.jpg
 
2) London Eye - Dari Big Ben ni boleh nampak dah London Eye ni . So cross je jambatan n turun bawah . So kita jalan sepanjang Sungai Thames .


Related image

 Harga tiket nak naik London Eye adalah £25.20 seorang . Ni adalah harga utk beli online . Kalau walk in mahal sket .


3) Tower Bridge - ni la jambatan yg org duk nyanyi London bridge is falling down , falling down falling down . Nak bergambar atas jambatan pun boleh . Tapi kalau nak nampak keseluruhan tower bridge kena turun bawah n snap gambar . Tepi tu juga ada Tower of London



kat tepi sungai ni banyak tempat duduk n boleh jalan jalan . Hujung sana selepas Tower of London ada public toilet hahah n ada org jual fish n chips harga £10 .


4) Tower of London - ni adalah istana yang berusia 900 tahun . Dalam ni juga disimpan crown jewel . Kita org tak sempat masuk pun dalam ni . Lalu kot tepi aje .

Image result for tower of london

  • Adult (age 18+): £22.70
  • Seniors, full-time students, disabled visitors: £17.70
Tuesday-Saturday: 09:00-16:30
Sunday-Monday: 10:00-16:30
Last admission: 16:00


5) Trafalgar Square - ni macam dataran . Kita org tak sempat dtg sini . Sini la ada fountain yg org selalu bergambar kalau dtg London . Ada tugu singa yang besar tu . Dekat sini juga dekat ngan national museum .

Image result for trafalgar square


6) St Paul Cathederal - ni adalah gereja yang besar di London n sangat femes

Image result for st pauls cathedral



JALAN JALAN SHOPPING
1) Oxford Street
2) Regent Street
3) Bond Street
4) Westfield

1) Oxford Street - Sepanjang panjang jalan ni ada banyak tempat boleh shopping . Primark pun terletak kat Oxford Street ni . Ada lebih 300 kedai utk shopping . Selfridges pun ada sini. Debenhams , Topshop . 

Related image

Kedai depan Primark tu best sebab ada jual macam macam jenis perfume n gift set yang comel2 geram hokey . Kita org ke sini semata mata nak masuk Primark tu aje hahahha


2) Regeant Street

* image from here

3) Bond Street

*image from HERE


4) Westfields - Ni best sebab dia macam Shopping Mall yang besar . Dalam ni pun ada Primark juga . Jalan dalam Mall best sket sebab pusing2 dlm ni je kan n tandas bersepah hahahah . Highly reccomended utk dtg sini k . Kita org dua kali dtg sini hahhaha .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-WUlGiw09I1Eri695iraJUfyuOHetL2Zs15EcZqs29mVQWZPq8LHyiVQLeEW7C8F5vI-6KHDpfkRASOW0mX5GJo1spmxY7IJjFeyf89A0pZ43WKhDspLx4GRy_jk7sEui_IriKw/s1600/26.jpg    
* image from HERE


JALAN JALAN TAMAN
1) Hyde Park
2) Kensington Garden
3) St James Green Park

1) Hyde Park - Since kita org stay di area Bayswater , Grand Plaza n Holiday Villa maka Hyde Park ni sangat dekat . Mmg walking distance sahaja . Hyde Park ni sangat la besar . Masa ni hujung Autumn so daun daun kat pokok semer dah start nak kering n gugur . So semua dah jadi kuning and oren .Mmg cantek sangat .  

Hyde Park dibuka dari jam 5 pagi dan di tutup pada waktu malam . Park ni luas dalam 350 ekar . Utk cross Hyde Park ni lebih kurang 2km jugaks . Wiki ni kata 2 km dalam 25 min . Yer ka ...akak jalan cross ni pun rasa lama gilerssssssss hahahha .





2) Kensington Garden and Palace - ni pun sebelah2 je pun belah ni Kensington Garden n belah sana Hyde Park .Dlm Kensington Garden ni ada Kensington Palace tempat di mana mendiang Princess Diana pernah tinggal . Lepas tu sekarang anak dia plak duk situ . Pastu skrg konroversi Meghan tu kan ..sepatutnya dia pun duk situ tapi sebab tak ngam ngan Kate dia mintak pindah hahah . Eh terbawang plakkkkkkkkk . Tapi kat sini pun best . Ada tasik n ada istana pastu tepi istana tu ada garden . Mmg lawa la . 

 Kensington Palace 



3) St James Green Park  - Park ni kat dalam bandar . Ada tasik yang cantik kat dalam ni 

Image result for st james park london


Ada banyak lagi Park yang cantik cantik . So kalau u ols berpeluang n ada masa nak jalan jalan , boleh la singgah ke park ni . Boleh refer Royal Park




JALAN JALAN MARKET
1) Borough Market 
2) Camden 
3) Portobello 

 Ada banyak market . So u ols boleh pilih mana yang menarik . Dalam list akak nak pergi 3 ni

1) Borough Market - Di buka dari Isnin hingga Sabtu . Borough market sangat femes sebab ada banyak jual makanan makanan yang pelbagai . Dalam market pun cantek dan luas . Market ni berusia 1000 tahun .

Image result for borough market 

2) CamdenCamden ni ala ala hipster sket . Ada jual barang antik dan juga modern art serta craft . Bangunan kat sini warna warni dan sangat unik .

Image result for camden market 

3) Portobello Market - Ni market ala ala pasar malam sebab nanti peniaga akan kukak stall di tepi tepi jalan . Kat sini banyak jual makanan , barang antik dan mcm mcm . Tapi masa kita org pergi tu agak lewat . Di tambah pulak dengan hujan . Hari yang sama pulak pekerja tube buat mogok . So banyak jalan ditutup . 

 

 

 

JALAN JALAN STADIUM
1) Wembley Stadium 
2) Emirates
3) Stamford Bridge
4) Cravern Cottage
5) Loftus Road

1)  - Wembley Stadium - Wembley adalah largest fully covered stadium in the world ( source Wiki ). Tapi dia bukan la tertutup sepenuhnya . tapi atap dia kaver semua seat dalam stadium . Pak Sutan mmg nak pergi kat sini tapi hari yg kitaorg jalan jalan stadium tu . Malam tu kat Wembley tgh ada game apa ntah so kalau kita org pergi tak pasal pasal terperangkap dlm kesesakan . So tak sempat ke Wembley ni .

Kalau nak stadium tour harga dia £19 seorang 

Related image

2) Emirates Stadium - Arsenal 
Stadium ni mampu menempatkan 60,000 orang . Stadium ni adalah stadium ke 3 terbesar di London selepas Wembley dan Old Trafford. . Nak dtg ke sini pun senang . Just berhenti di stesen Arsenal dan jalan sket aje terus sampai .

Stadium Tour berharga £23 seorang utk 1.5 jam




Image result for emirates stadium

3) Stamford Bridges - Chelsea
Nak dtg ke sini pun sangat senang . Kita org dr stesen Queensway n stop kat Fullham Broadway . Stesen ni berada dlm shopping mall . Keluar Mall tu ke belah kiri n jalan dalam 100 meter je  dah sampai stadium.

Stadium Tour £23 untuk 1 jam

Image result for stamford bridge stadium 
*image from here 




4) Cravern Cottage - Fullham 
Ni jauh sket . Sebab kena naik bas n kena jalan jauh sket lalu tepi tepi rumah orang . Fullham stadium ni mampu menempatkan 25,700 orang pada satu masa . Lokasi dia betul2 tepi sungai Thames . 

Stadium tour berharga £15 seorang

Craven Cottage Stands Craven Cottag on Craven Cottage Section Putney End Home Of Fulham F
* image from HERE




5) Loftus Road - Queen Park Ranger 
Pak Sutan nak pergi juga yang ni tapi tak sempat . Loftus Road Stadium mampu menempatkan 20,000  . Loftus Road ni tak jauh dari Bayswater kalau naik train berhentu kat Shephard Bush yg dekat ngan mall Westfield tu and jalan dlm 15 min utk sampai .

Stadium tour berharga £15.00 seorang

© stadiumguide.com
* image from here


Ada banyak lagi stadium bola disekitar London ni tau . Kalau nak ke Old Trafford - Manchester United atau ke Anfield - Liverpool kena jalan jauh sket la . Mmg kena spend 1 hari ke sana . Nanti kak moon share gamba Wan ke Anfield . Sebab dia mmg awal awal dah plan nak ke stadium Liverpool . Kita org tak dpt follow sebab kita org kan balik awal kan

Ok nanti akak share harga harga bilik di Grand Plaza Serviced Apartment dan juga bilik hotel di Holiday Vila

Perbelanjaan dan berapa banyak duit poket yg diperlukan

ok u ols hope ini membantu 


Jalan Jalan London 2018

Thursday, December 20, 2018

Jalan jalan London 2018 - Speaker Corner, Lunch at Taza, Heathrow T4



Day 9 Last day in London
-------------------------------

Hari ni dah last day kat sini . Flight balik ke Malaysia adalah waktu malam . So siang dapat la meronda ronda dulu . Moon n Sutan balik awal sket . Kak Nor n anak anak menantu stay lagi kat sini 4 hari.



pagi pagi lepas makan kat bilik , terus pack barang siap siap . Sebab takut nanti kang terlambat nak check out kelam kabut plak kan . So pack barang n simpan luggage kat receptionist .


Pak Sutan mmg nak sangat g tengok speaker corner kat Hyde Park tu . Mmg sebelum2 ni dia mmg selalu tgk open debate kat taman tu di u tube. Mcm mana pendakwah Islam jawab persoalan mengenai Islam dan sebagainya . Tapi cam tak sure pagi2 cam ni ada tak

So kita org naik bas n gie tgk je . Kalau ada ok la kan . Kalau tak ada nak wat cam na sebab we ols pun lupa dia ada petang sahaja ke atau on weeken ke canner

 


dari hotel kita org jalan kaki je naik bas ke Hyde Park .

 
 Naik bas je n 3 4 stop dah sampai hahahahah . Tapi hujan cam renyai2 n angin sangat kuat pagi ni

 ok jom cross jalan utk masuk ke dalam Hyde Park . Ok tgk kanan u olsssssss


sunyi sepi aje area speaker corner ni ke kita sangat awal ni . Takpa la tak ada rezeki kan . Lain kali kita dtg lagi hahahhaha bunyi lain kali tu cam dekat je kan hahahhaha 

 

speaker corner ni adalah ruang dimana korang boleh berdebat tentang apa isu . Tak kisah la masalah negara ke apa semua boleh, pasal agama pun ada . Nko berdiri je tinggi sket pastuh ceramah la sorang2 lepas tu boleh open dialog lagi . Nak tanya soalan ke ...nak explain ke ...nak bertegang leher pun boleh . Kadang tgk kat u tube tu menakutkan pun ada .
Image result for speaker corner londonImage result for speaker corner london
Sangat dekat la ngan Primark Oxford Street tu . Hari tu masa ke Primark cam nak singgah tapi pikir banyak hari lagi . Tapi bila dah last day baru Pak Sutan kata ...eh lom ke speaker corner hahahahh. Since tak ada apa utk dilihat maka jom kita g makan la . 

Nampak dlm wallet ada lagi duit pound ni . So singgah makan kat Taza lagi la sebab tetiba tersuka plak kebab ni n ia sangat mengenyangkan

 ni harga dia . Kita org mkn yg size biasa je tu pun kenyang yg amats dah

 Free salad refill ya . 

Lepas makan kita org naik train ke Westfield balik sebab pak Sutan nak beli barang dia . So naik train n ke mall tu .Jalan jalan dlm tu kejap n beli apa yg patut . Lepas tuh balik ke area bayswater balik sebab dah janji ngan Kak Nor n Jo utk ke Airport . Tq u ols sebab siap teman kan kami sampai ke Terminal 4 . Susah2 aje tau .





Bayswater


SubwayDistrictWimbledon
6 min (3 stops)

Earl's Court


WalkWalk
About 1 min


Earl's Court


SubwayPiccadillyHeathrow Terminal 4
36 min (12 stops) ·

Heathrow Terminal 4





Nanti boleh dapatkan balik refund Oyster Card tu . Masa kita beli kan dia amik deposit £5  so bila kita pulangkan . Kita akan dpt balik deposit tu  .

Ada mesin tiket selepas kita kuar dari gate tu sebalah kanan . Masukkan kad dalam mesin n pilih option refund . Dia akan pulangkan deposit serta balance duit yang ada dlm card .

Since kami ada 3 card , maka dpt balik £13 . Kenapa tak dapat £15 ? Sebab masa nak ke airport baki kad akak tak mencukupi so dia tolak dr deposit tu . Sangat mudah so dont worry k . Kad tu akan keluar balik so boleh simpan dlm wallet buat kenangan terindah gitchuuuu .

Susah susah aja tau akak ngan Jo siap hantar kan kita org . Touching plak . Sepanjang kat sini mmg seronok . Cam dia org mmg selalu dtg sini so dia org dah biasa . Moon ngan Sutan la kadang cam tak percaya betul ke kita sampai ke London ni . Kak Nor mmg banyak kali dah ajak kali ni ada rezeki sampai ke London . Kalau tak kerana dia org mungkin kita org tak sampai sini kots . Kak Nor kata lepas ni Moon dah biasa , boleh dtg anytime la .

Siap pesan suruh asingkan barang2 dlm handbag masukkan dlm plastik semua . Tunggu kira org cek in masuk . Ok jumpa nanti kat Malaysia ya ...korang enjoy ya .


 Since ada lagi balance duit £ dalam wallet maka kita pun melepak la minum kopi . Moon bukan peminat kopi so amik hot choc sementara nak tunggu time naik kapal torbang .

 Perjalanan balik pendek sket dari perjalanan pergi . Lagi pun ni malam kan . Boleh la tidur n harap2 bukak mata dah tiba waktu mendarat hahahah .


bantal kecik , selimut dan earphone disediakan ye 


our dinner . Lepas makan je terus sambung tido hahahah



 selamat tiba di KLIA ngan selamat . Pak Sutan terus g tandas salin baju yg nipis sket ...rindu bahang n panas cuaca Malaysia . Ramai mat salleh dlm flight ....dia org semua lari dari cuaca sejuk winter n melancong ke negara panas cam Malaysia . Kita yg biasa panas ni plak teringin nak rasa sejuk tu mcm mana kan .

Umi dtg pickup we ols ....rindu wei kat anak anak .

Masuk masuk umah terus bau gulai mama masak sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.




Jalan Jalan London 2018

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...