
Ari tew pak sutan wat balik 2 ikat pegaga. Dia kata Mama kirim kat awak ..mama suh blend then minum ...


Antara khasiat pegaga ialah :
- membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir
- mengurangkan demam, batuk, asma dan tekanan darah tinggi
- melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid
- merawat masalah keputihan
- amat baik bagi mereka yang mengidap kencing manis kerana ia dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dengan cara meminum air rebusan akar pegaga
- membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.
- daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka
- pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku.
- boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain dan ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
- Mengamalkan meminum jus pegaga
- boleh menguruskan badan
- dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal
- boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah
- amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi