Thursday, November 05, 2009

Jus Pegaga



Ari tew pak sutan wat balik 2 ikat pegaga. Dia kata Mama kirim kat awak ..mama suh blend then minum ...
So apa lagi kiter blend la ...cuci bersih2 blend skalik ngan akar akar dia . Campurkan dengan sedikit gula atau madu ...blend sampai lumat n tapis...n sedia di minum . Di sejuk kan pun sedap ...rasanya ? ermmmm rasa pegaga laaaaaaaaaaaaaaaaaaa akakakkaka


Setiap 100g bahagian pegaga yg blh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg

Antara khasiat pegaga ialah :

  1. membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir
  2. mengurangkan demam, batuk, asma dan tekanan darah tinggi
  3. melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid
  4. merawat masalah keputihan
  5. amat baik bagi mereka yang mengidap kencing manis kerana ia dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dengan cara meminum air rebusan akar pegaga
  6. membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.
  7. daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka
  8. pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku.
  9. boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain dan ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
  10. Mengamalkan meminum jus pegaga
  • boleh menguruskan badan
  • dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal
  • boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah
  • amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi
Ha pas nih gie pasar malam beli pegaga banyak banyak yer ...nanti masak tak yah susah2 nak goreng sayur ke hapa ...ulam je ...hahhahah senang kije hua hua hua

8 comments:

Byzura Mj (By) said...

yup memang elok!! sy selalu buat ulam..dengan akar2 skali makan.. awek muda kata mak =P

Mummy_Fuzz said...

moon kalau wat ulam sedaplah daun pegaga ni...tp kena wat air tu...cam uwekkk...x leh telan. sya pernah kena minum sbb doktor suspect denggi...minum sekali je pastu x leh minum lagi nk muntah plak.

notti netti said...

my mom selalu gak minum...kata nya bagus....

Mrs.Nury said...

yess memang baik sgt2...kite suker mkn buat ulam.Masa confinement pun kite mkn sayur ni.

mOmmy of Triplets plus One said...

i dulu pun mase prob period org recommend amiq ni. tapi tak mungkin lah tekak sanggup nak minum. so last2 gi pharmacy beli yg capsule form of pegaga...hihi

♥My Perfect High Heels ♥ said...

hye.. salam perkenalan..

betul2 minum jus pegaga leh menguruskan badan... awet muda.. blend skali ngan akar2 dia.. mmg minum tetiap hr tk kire waktu

azdra-azdra said...

owh mek..

aku dlm pantangkan izzah.. MIL aku suh aku mkn menate pegaga nih.. takder gula atau madu.. kelat2 gitu.. dpt laks yang tua dan yg jenis pahit tuh.. mampuih kelat nak marti!!!

lum lagi kena minum air akar kayu yang pahit meletum tuh.. huhuhuhuh tp skang aku makan sesuatu yang membuatkan masalah keputihan dan lain2 bhgn peranakan aku nih..alhamdulillah recovering..

genny da bomb said...

hahah moon..disebabkan mak pening2 lalat masa jumaat tu..tingat baca post moon ni terus la ai gi cari daun pegaga..blend minum gak..ermm...takde la teruk rasa dia..leh je lagi nk telan hihi..

selalu wat ulam je pegaga ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...