Ari tew pak sutan wat balik 2 ikat pegaga. Dia kata Mama kirim kat awak ..mama suh blend then minum ...
So apa lagi kiter blend la ...cuci bersih2 blend skalik ngan akar akar dia . Campurkan dengan sedikit gula atau madu ...blend sampai lumat n tapis...n sedia di minum . Di sejuk kan pun sedap ...rasanya ? ermmmm rasa pegaga laaaaaaaaaaaaaaaaaaa akakakkaka
Setiap 100g bahagian pegaga yg blh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg
Antara khasiat pegaga ialah :
- membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir
- mengurangkan demam, batuk, asma dan tekanan darah tinggi
- melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid
- merawat masalah keputihan
- amat baik bagi mereka yang mengidap kencing manis kerana ia dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dengan cara meminum air rebusan akar pegaga
- membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.
- daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka
- pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku.
- boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain dan ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
- Mengamalkan meminum jus pegaga
- boleh menguruskan badan
- dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal
- boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah
- amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi