Wednesday, December 08, 2010

Ke Kuala Pilah utk kenduri

Kali nih Mummy ngan Daddy je dating gie kenduri Bamie ...anak anak sila kasik can mak pak berdua duaan kay ...perjalanan ke Pilah so menyeronokkan setelah menempuh jam nak ke kenduri umah panten nearly 2 hrs....Ami nko la penyebab jam nih ...mengalah kan kenduri anak menteri besar dah ghupernya ...
sengal time ...sonok rasa nya jd tetamu ...ley berjimba2 ...makan dengan tenang ....besh la kalau tak time nih la mak duk nonggek nonggek ..
apa ke hal nya Bamie gelak besar cam tew ...happy bebenor la panten nih
hujan sepanjang kenduri ..habis becak ....sejuk je suasana ... Nasib ada papan2 niih ....baru la semer berjalan ala ala tarian tanggo ....eeeaaahhhhh kiri kanan kiri kanan
ada 2 pasangan panten
antara kenkawan Cyber yg dtg
pasttuh semer pun blk ....kenkunun la balik kan ...skalik semer bertemu di satu tempat hahhaha mana tempat nya nanti ek next entry ....dah rupa lawatan geng bas skola dah rasanya


Thursday, December 02, 2010

Stop Child Abuse


Based on 2008 reported figures, neglect is the most common form of child abuse in Malaysia. The breakdown of the three key forms of abuse are as follows:

  • 952 child victims experienced neglect, meaning a caretaker failed to provide for the child’s basic needs.
  • 863 child victims were physically abused.
  • 733 child victims were sexually abused, 72% were incest.
  • 58 child victims were abandoned babies.
  • Failure to provide care and supervision has become the most frequent
So korang lepas tgk fugure neh kowang rasa tahun 2010 berapa la agaknya .....misti angka nih meningkat kan ..

Child abuse ada banyak jenis bukan setakat pukul sahaja ...ada penderaan fizikal , mental n sexual . Part sexual tew la yg buat haku geram giler bila baca hal hal cam nih kat paper . Rasa cam nak kelar2 je org yg buat salah laku tew pastuh ikat letak kerengga kan ...pastuh perah limo nipis kat luka yg dikelar tew ...hahah kijam kan . Yes i know tp kalau nak compare apa yg dia org buat pada kanak2 yg tak bersalah mana lagi kejam .

Siapa yg kiter ley panggil sebagai kanak2 ?

Anak anak yg berumur bawah 12 thn and mereka di lindungi oleh akta kanak kanak malaysia 2001 ( Convention on the Right of the Child ( CRC) and Malaysia's Children Act 2001
Apa itew penderaan kanak?

Menurut United Nation penderaan tew bermaksud apa bila seseorang itew mencederakan atau berisiko utk mencederakan kanak kanak oleh ibu bapa kanak kanak itew sendiri , penjaga atau org lain .

Ada 3 kategori penderaan kanak2 :
  1. Neglect - Apabila segala keperluan asas kanak kanak tidak di penuhi ( so kalau tak kasik adiah PSP bukan la bentuk penderaan kay )
  2. Physical Abuse - Tumbuk , pukul , sepak , gigit , membakar , mengoncang , stabbing , chocking or apa apa je yg mencederakan anak anak
  3. Sexual Abuse - memegang kemaluan kanak kanak , penetration , rape ,indecent exposure , prostitution.
Apa kiter boley lakukan utk melindungi kanak kanak dr di dera ?
Children rely on adults to protect them. As adults, we must:

• Be aware of the possible signs of abuse.
• Learn to recognise the warning signs of abuse: parents under chronic stress, children exhibiting negative and anxious behaviours, signs of physical abuse.
• Encourage families under stress to seek out support services.
• Take action when there is suspicion that a child is being abused. .
• Listen to the child and take what they say seriously.
Kiter semua dah ada anak anak . Kiter tahu cam na rasanya kalau nampak anak anak di sakiti kan . Even kalau anak anak kiter demam tak lalu makan kiter pun punya nak nanges kan ...tak sanggup nak tgk .
Ini kan plak bila nampak tubuh kecik di sepak di terajang ....tambah plak bila dengar budak kecik di perkosa ...ya allahhhhh tak sanggup la dengar .

So meh la kiter join kempen hentikan penderaan kanak kanak ...meh kiter bersama sama raised our hand and say no to child abuse ....
Stop it now before its getting worst ....ai tak nak anak anak ai nanti membesar ngan dunia penuh ngan penderaan
tunjuk kan sokongan anda menentang penderaan kanak kanak . Be one of the 100,000 to say you care enough to put an end to child abuse. Fill in your details to get on board HERE

Get on Board is a "peoples' campaign" by UNICEF to provide the Malaysian public with the knowledge, insights and resources to stop child abuse. The digitally-driven campaign, a first by UNICEF in the region, aims to unite 100,000 supporters to raise their hand in support of children. We hope the Malaysian public will embrace this campaign as their own, and support and promote it in their own unique ways to ensure a safe and protected childhood for every child in Malaysia.


unicef
CLICK IMAGE TO JOIN

Sayangi la anak anak kita . Jikalau kiter dapat tahu ada kanak kanak di dera jangan berdiam diri ....ambil la tindakan sebelum ia nya terlambat ....angkat tepon anda and dial


Wednesday, December 01, 2010

Panduan Proses Sendiri Permit Maid

November 2010


Ini adalah panduan bg sesiapa yg nak buat sendiri n bukan melalui agent . I hope this helps ....janji helper tew ada passport yg masih valid ya...and masuk sebagai pelancong ....pastuh kiter tukar status dia ke pembantu umah

Permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengambilan pembantu rumah asing boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan...cam Moon , Moon pegi kat Putrajaya . Dgr kata JP Visa hanya boleh di buat kat Pej Imigresen Putrajaya ..kat shah alam tak pasti ...kowang kena call dulu ek


Dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) Pembantu Rumah Warga Asing:
  1. Borang permohonan baru (PRA1
  2. Borang Permohonan Gantian PRA (PRA2)
  3. Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
  4. Borang IM 38. (Permohonan Visa)
  5. Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
  6. Perjanjian Pekerjaan oleh pembantu rumah asing yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal dan 2 set salinan) so total is RM 40
  7. Salinan Pasport pembantu rumah asing
  8. Laporan Perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( pegawai imigresen tew kata tak payah )
  9. Borang perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama Islam dan borang perakuan pembantu rumah asing beragama Islam bagi majikan yang menggaji PRA beragama Islam. (Bagi majikan bukan beragama Islam sahaja)
  10. Borang perakuan daripada majikan yang tidak menggunakan agensi berdaftar bagi majikan yang mengemukakan permohonan secara individu
  11. Bukti pendapatan tetap suami isteri:
    • Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
    • e-BE/ Penyata LHDN yang disahterima beserta slip bayaran
  12. Salinan kad pengenalan suami isteri
  13. Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA (Seperti sijil kelahiran anak, pengesahan pegawai perubatan mengenai keluarga sakit)
  14. Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
PS : Start Jan 2011 ..pihak imi suh attached kan surat ...so sample surat tew ada kat blog lenny


Boley refer kat sini ---> http://www.imi.gov.my/index.php/en/foreign-domestic-helper

So anda harus la ke kaunter Imigresen n mintak form nih . Form di beri percuma ye tuan tuan . Selesai selesai isi isi borang hantar kan balik ke Imigresen . Mereka akan kuar kan surat yg menyatakan anda tgh mohon JP Visa . Hubungi pihak Imigresen dalam masa 7 - 14 hari utk tahu keputusan sama ada di luluskan atau tidak .

Selepas di luluskan ....anda kena la ke imigresen balik ...utk bayar la kan ....so kena buat bank Draft atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA sebanyak RM 960

Levi : RM 360 .00
PL(KS) : RM 60.00

Proses : RM 10.00
JP Visa : RM 15.00

Proses JP Visa : RM 500 .00

MEV : RM 15.00


So anda akan di beri surat Permohonan Pas Lawatan Sementara . So Surat nih kena di kemuka kan ke FOMEMA .

Sila la ke FOMEMA yg berkenaan ....Ai pegi kat PKNS Shah Alam . Borang daftar FOMEMA ley di print online .
Sediakan Bank Draft atas nama FOMEMA SDN BHD . So pegi kat FOMEMA amik nom ..borang yg siap di isi di attached kan sama :

1 ) Borang pendaftaran Fomema
2) Bank Draft RiM 190
3 ) Salinan Passport
4 ) Salinan Surat Kelulusan dr imigresen .
5 ) Isi kan sama klinik pilihan anda . Ada kat web ...kat fomema pun ada

Bawak pembantu umah anda ke Klinik yg anda pilih / yg berhampiran ngan umah anda . Dia org akan di periksa n x - ray bagai ...result akan di hantar terus ke fomema / imigresen . Result boley di lihat di laman web fomema .

Pergi balik ke Imigresen utk dapat kan sticker jp visa yg akan di tampal kat passport maid anda

selesai ....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...