Wednesday, December 01, 2010

Panduan Proses Sendiri Permit Maid

November 2010


Ini adalah panduan bg sesiapa yg nak buat sendiri n bukan melalui agent . I hope this helps ....janji helper tew ada passport yg masih valid ya...and masuk sebagai pelancong ....pastuh kiter tukar status dia ke pembantu umah

Permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengambilan pembantu rumah asing boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan...cam Moon , Moon pegi kat Putrajaya . Dgr kata JP Visa hanya boleh di buat kat Pej Imigresen Putrajaya ..kat shah alam tak pasti ...kowang kena call dulu ek


Dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) Pembantu Rumah Warga Asing:
  1. Borang permohonan baru (PRA1
  2. Borang Permohonan Gantian PRA (PRA2)
  3. Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
  4. Borang IM 38. (Permohonan Visa)
  5. Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
  6. Perjanjian Pekerjaan oleh pembantu rumah asing yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal dan 2 set salinan) so total is RM 40
  7. Salinan Pasport pembantu rumah asing
  8. Laporan Perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( pegawai imigresen tew kata tak payah )
  9. Borang perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama Islam dan borang perakuan pembantu rumah asing beragama Islam bagi majikan yang menggaji PRA beragama Islam. (Bagi majikan bukan beragama Islam sahaja)
  10. Borang perakuan daripada majikan yang tidak menggunakan agensi berdaftar bagi majikan yang mengemukakan permohonan secara individu
  11. Bukti pendapatan tetap suami isteri:
    • Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
    • e-BE/ Penyata LHDN yang disahterima beserta slip bayaran
  12. Salinan kad pengenalan suami isteri
  13. Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA (Seperti sijil kelahiran anak, pengesahan pegawai perubatan mengenai keluarga sakit)
  14. Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
PS : Start Jan 2011 ..pihak imi suh attached kan surat ...so sample surat tew ada kat blog lenny


Boley refer kat sini ---> http://www.imi.gov.my/index.php/en/foreign-domestic-helper

So anda harus la ke kaunter Imigresen n mintak form nih . Form di beri percuma ye tuan tuan . Selesai selesai isi isi borang hantar kan balik ke Imigresen . Mereka akan kuar kan surat yg menyatakan anda tgh mohon JP Visa . Hubungi pihak Imigresen dalam masa 7 - 14 hari utk tahu keputusan sama ada di luluskan atau tidak .

Selepas di luluskan ....anda kena la ke imigresen balik ...utk bayar la kan ....so kena buat bank Draft atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA sebanyak RM 960

Levi : RM 360 .00
PL(KS) : RM 60.00

Proses : RM 10.00
JP Visa : RM 15.00

Proses JP Visa : RM 500 .00

MEV : RM 15.00


So anda akan di beri surat Permohonan Pas Lawatan Sementara . So Surat nih kena di kemuka kan ke FOMEMA .

Sila la ke FOMEMA yg berkenaan ....Ai pegi kat PKNS Shah Alam . Borang daftar FOMEMA ley di print online .
Sediakan Bank Draft atas nama FOMEMA SDN BHD . So pegi kat FOMEMA amik nom ..borang yg siap di isi di attached kan sama :

1 ) Borang pendaftaran Fomema
2) Bank Draft RiM 190
3 ) Salinan Passport
4 ) Salinan Surat Kelulusan dr imigresen .
5 ) Isi kan sama klinik pilihan anda . Ada kat web ...kat fomema pun ada

Bawak pembantu umah anda ke Klinik yg anda pilih / yg berhampiran ngan umah anda . Dia org akan di periksa n x - ray bagai ...result akan di hantar terus ke fomema / imigresen . Result boley di lihat di laman web fomema .

Pergi balik ke Imigresen utk dapat kan sticker jp visa yg akan di tampal kat passport maid anda

selesai ....




12 comments:

happy2gether said...

perghh moon bagus ni..pasni sesiapa yg amik maid bole mai suruh diaorg refer blog Moon :-) tq

Miss Moon said...

nih pun kena banyak blajar ngan pak jemy ...dia lg terrer bab bab nih ..

Minami said...

terbaekkk!!...10 bintang utk Buk Moon

A m m i said...

very helpful..
thanks moon.......tapi en. hubby sangat takut nak amik maid. dia takut anak2 dia kene cubit, kene rotan huhuhu

Anonymous said...

Terima kasih untuk ini post.Admiring indah waktu dan usaha yang Anda lakukan ke dalam blog Anda dan informasi rinci yang Anda tawarkan.

myee said...

salam moon,

nak confirm..kalau dalam web imigration kata pembantu mestilah berada di negara asal ketika memohon VDR? betul?

Miss Moon said...

myee, moon tak pasti plak tapi JP Visa nih ley di apply dalam tempoh sebulan maid dtg pakai pas pelancong .

Anonymous said...

salam.. nak tnya dah alang2 awk tau cara2 ni bole ke sya tnya? bukan ke lpas buat dpat jp visa tu majikan kena hantar visa tu utk rujukan kat kedutaan indonesia di jakarta? lpas dpt suras VDR baru maid bole masuk malaysia kan? harap btul laa susah jugak nak apply ni hihihi.. anyway thanks yee ms moon sangat membantu..

Miss Moon said...

Proses JP visa adalah utk maid yg ada passport

JP visa adalah utk masa tempoh setahun

lepas dpt jp visa n sticker maka kiter tak perlu hantar apa apa ke kedutaan n maid tew ley kije ngan kita dengan sah .

Skrg dah di permudahkan proses nya cuma kena ada passport ( hidup )

~dYaHaHa~ said...

Salam kak moon..

kite xpyh bawk maid sama dgn kite masa g submit borang, collect surat kelulusab n g daftar fomema kan..cuma maid perlu ikot masa buat fomema cek up kt klinik and masa tampal sticker je kan?betol ke x..sbb maid da anta kg..ku kt kl kna uruskan urusan visa dia...huuu..pening....

NaniRostam said...

Salam moon...moon ada contact maid agency tak...nak cari pembantu rumah laa..kalau ada boleh call kak nani.tq dear

Unknown said...

Salam moon. Kalau visa maid baru tamat tempoh, boleh teruskan permohonan permit maid x.? T.kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...