Tuesday, January 17, 2012

Makan makan time

Kami terjah ke umah puan Ila the cake maker hahahhaha ...sonok dpt jumpa kenkawan yg lain .Bebudak nih lagi la dapat jumpa geng kemain la kan ( walhal mak mak lagi xcited jumpa geng)

Ila , Me , Lenny , Mai n Azie

kami parking baik punya ...betul betul depan .............

meja yg penuh makanan ..hu huuuuuuuuuuuu

pulut kuning di tabur serunding ...pergggggggg

bread pudding by Ila yg kaya ngan Hersheys choc chip ...dap dap hokey

sambil makan makan ....bila dtg umah cake maker harus la kena ada kek kan ...so skali la makan makan n cake cutting urtk dak Hafiz yg sudah 3 tawun umor nya .

cake lightning McQueen

a small celebration tp sangat meriah ...Happy birthday Hafiz



Hafiz yg manja ngan daddy dia

mak yong Azie

2 ibu mengandung yg berseri2

love this pic



Cik Yaya ngan Syasya yg asek berkepit je ...suka sangat tgk





fun time

abg isk yg nak bergamba ngan cars ....dah besar anak teruna omak ( yg 1st day sekola KAFA ...amik ptg tew siap kuar dr nursery nangis ngan penuh kesedihan . Bila tanya asal nanges terus jawab mummy ISk penat sangat tauuuuuuuuuuu ....oloooooo kasik cium sket anak omak sorang neh ...tahan sket ya Abg ...nanti ok la sebab nih 1st day skola pagi petang ...mmg la penat ....anak teruna ai sorang neh mmg lenja nya lebey sket harap maklum ...tp hati mummy dia sedikit saya bila dia hug n merengek cam tew ...tp nak kasik anak jd org pandai punya pasal kan tahan je )

walaupun kami tak cukup korum ...but still kita org enjoy ...yg tak reti reti nak balik .....bila salam nak balik stop kejap sembang lagi ...nak masuk kereta sembang lagi ...cam dah setahun tak jumpa kekdahnya ....Filla ...rugi nko tak dpt dtg la la la .....









Friday, January 13, 2012

Adab melawat org sakit

Assalamualaikum ...sempena hari Jumaat yg mulia ini Moon nak share few info ...moga ia memberi manafaat kepada kiter semua n moga membukak pintu hati org org yg ada saudara sakit tp tak terlintas nak pergi melawat ...moga Allah melembutkan hati kalian semua ..


Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.

Sabda Nabi S.A.W.

Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).

Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”

3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:

“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas

8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Sunat:

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.

Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.

Doa mendoakan orang sakit:-

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.

Kelebihan menziarahi orang sakit.

Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).

Thursday, January 12, 2012

Brg untuk anak di JuaiMurah


Sticky post for 48 hour
scroll bawah utk entry baru


As a parent misti kiter nak beli toys nak beli buku n etc utk anak anak kan . Cam Moon pun sama ...nak jugak buku yg best2 supaya anak anak dpt la gilir2 baca kalau tak takkan nak lenjan 1 2 buku tew kan ...hahahah so ai slalu beli dr blog Juai Murah . Best giler blog nih ...ada banyak sangat barang2 yg i found very usefull and kiter as parent sooner or later misti nak jugaks pakai benda2 tew such as highchair baby ke ...stroller ke ..baby carrier ke ..learning device for kids ...books n etc . Juai Murah adalah tempat utk kowang cari benda2 tew . Ai mula mula jumpa Juai Murah nih cam jakun jap ....wahhhhh brg mahal tp dapat beli ngan harga murah . Ai kan pantang dengar murah2 nih kan ekekkeke

So kat bawah nih adalah few item yg ai beli dr Juai Murah ...and Rafiq pun banyak dapat toys dr Juai Murah ...thanks alot Kak Ros sebab sangat baik hati beli 1 dapat banyak free gift khas utk anak Norma .


Yaya suka sangat la dapat buku nih ...ai pun tak yah risau kertas kemek ke renyuk ke hapa sebab buku buku nih semer hardboard



see asyik berkepit je ngan buku tew ..



kekonon terer la baca kannnnnnnnn .

ai pernah nampak benda alah nih kat JJ ..kalau lalu kat bahagian nih misti Isk ngan yaya tersangkut nak beli ...so i ingat ...jgn berharap la mummy nak beli mahal cam tew ...tp sian sangat tgk bebudak tew kemain nak ...nak beli psp pun mummy berkira2 hahhahah ...kedek punya mak

so bila nampak kat juai murah ada jual n ia masih elok ai pun terus contact Kak Ros n harga nyer sangat la jauh murah dr baru ...n sama je bebudak nih main . Cam ai nih ...ai bukan fussy buyer janji benda elok n ley pakai ...ai tak kesah ...u kesah ?

and my kids ...suka sangat main game neh ...thanks Juai Murah ...

ermmm agaknya apa lagi yg mummy berkenan kat juai murah tew yer......adakah mummy akan beli yg neh ?

rak pink .....

buku yg banyak supaya Yaya kurang bercakap tp lebihkan membaca ...

atau kerusi makan nih utk si Rafiq ...Rafiq skrg neh kan dah tak duk diam ...kalau ada tempat makan cam nih misti memudahkan kije Nani .

So ai tak mo cakap banyak ...kowang gie usha sendiri n tgk apa yg kowang berkenan and contact Kak Ros terus ya ..ada brg baru and ada preloved so pandai2 pilih ya ...ai banyak kali beli brg ngan dia n sangat berpuas hati . Senang je deal ngan Kak Ros n barang pun cepat je sampai .

Ai tak kesah pun org kata brg 2nd hand ke hapa ...actually kita panggil ia preloved item ya ...and fyi katil anak ai tew adalah di beli kat 2nd hand shop ...plus meja study pun beli kat 2nd hand shop ...kalau ai tak bagitau misti u ols tak tahu ...sometimes brg yg masih elok org sayang nak buang ley di trade kan kat kedai2 ....cam ada pepatah mengatakan sometimes other people junk can be others people treasure kan . Cam katil tew owner dia pindah umah and anak anak dah besar ...n katil tew masih cantek maka di tulak la ke 2nd hand shop ...hiksssssss ...rejeki ai la tewww

Get all the baby needs and toys for huge discounts from this shop that offers new and used toys from all the favourite popular brands for your prince and princessess... We'll ensure all the promised are delivered... Enjoy shopping! Brand available (Little Tikes, Step 2, Vtech, Fisher Price, Graco, Quinny, Maclaren, Ikea, Bruin, Leap Frog, Combi, Chicco)

Juai Murah

and u ols pun ley like

Juaimurah Preloved kat FB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...