Ha ha tetiba semalam kena pening kepala yg amats sangat . Ai masuk bab bab kepala nih riso sket . After lunch selasa tew tetiba kepala pusing2 ...nak muntah pun ada ...badan seram sejuk ...kepala pusing2 cam org pusing kan kiter pastuh lepas utk kita jalan .
Ai pegi baring japs before Asar ...bangun japs sekalik sakit tew kemain makin kuat ...pegi tandas basuh2 muka siap ley berkampung dlm toilet sebab tak ley angkat kepala punya pasal ...mata pun denyut2 cam kena tumbuk je .
Balik umah suh sutan tapaukan makanan je utk bebudak n me terus pegi tido .....
Bangun pagi lagi kuat sakit kepala siap nak muntah2 bagai ...lain macam je . Terus pak sutan ajak gie kinik ....doc kata kalau sakit sebelah kepala maknanya migraine ...tak pa cek je urine tkt preggy ke hapa ...so resultnya -ve ...kalau +ve misti bagus kan akakakkakak
So dpt ubat utk kasik tido ......so semalam MC hammer la ...1 hr mmg duk diam2 je kat atas gelap kan bilik pasang aircond n tido ,.....sampai kena paksa tido la ....ada baca kat internet dia suh lompat2 kasik drah jalan ....lagi lompat lagi nak pecah kepala ada la
ha nih gambar yg kiter ley jadi kan rujukan kalau pening .......so semalam sebelah kepala belah kiri sangat sakit ...........aiyarsss tak pernah2 migraine tetiba laks ...
mlm tadik lagi teroks ...siap basuh kepala ngan air ice ......baru la lega . Dah lega tew kemain poyo siap pegi bersila dpn kain baju n nak lipat kain ...terus kena sound ngan pak sutan ....ewahhh tak reti2 nak rehat ke ...dah pegi naik tido sekarang ....siap kasik makan ...siap wat naik air bagai tetiba cam rasa caring2 laks pak sutan pada bini nya muahahhahahah ... taching2 plakssssssssss
so nih ada few tips ai cilok kat internet ...kalau tak jalan jugaks telan je ubat doc kasik ,...mmg laloq la pas tuh .....n rehat ....zzzzzzz
tips.
1. Rehat / baring di dalam tempat yang gelap dan sunyi.
2. Mandi. Dengan basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki membawa ke atas badan dan ke kepala)
3. Amalkan sujud setiap pagi. Memang la kan sebab solat subuh
4. Baring atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah. Untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.
5. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
6. Urut bahagian atas mata. Atas kening tu. Urut sampai ko rasa migraine ko lega sikit
7. Banyakkan minum air
8. Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang
9. Amalkan pemakanan buah epal hijau. Beserta kulit ok. kalau rajin buat jus epal.
10. Letak ice atas dahi
Di amik dr blog Dr Zubaidi
APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan
berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan
pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat,
migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan
oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran
darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala
yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan.
Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami
migrain.
APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit
kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan
rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala.
Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan
bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu
boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik,
gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu
dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau
mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata,
stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya
migraine jika :
-
Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
-
Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
-
Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.