So masa training 3 hari kat Infotrek Amcorp Mall tew kebetulan nampak org duk derma2 darah ...so apa lagi terus ckp pak sutan ...saya nak derma darah jugaks ....tak kira . Ha hha lawaks plak cam nak pegi sopink je kekdahnya .
Tapi training kat sini best sebab dlm sopink complex hahahha terus mood belajar on terus hahhahah . Last weeknya plak 2 minggu training kat subang ...tepu kepala hotak den .
pastu depan tew plak ada kedai buku Book Access tew kan ....nih 1st time ai masuk n buku2 nya ya ampun murah murah hokeyyyyy.
tetiba nampak buku Game Of Thrones nih kan ...terus rasa nak beli tapi pak sutan kata ...mummy baik awak tgk citer nih besttttttt ada dalam laptop saya ...tapi tak ley tgk ngan bebudak sebab ada banyak sensored ......terus tettttt di sitew . Tp tgk la dr 62 jadi 19 hengget ......pitam terussssssssss
Pastuh ada member opis kata kalau nak beli tunggu time sale lagi la jadi insanely cheap ...time bad wolf ke hapa hahahahah ai nih suka pegi kedai buku tapi membeli nya kadang2 hahahahha
so dah pusing2 gie makan ...then terus pegi derma darah hahahha
memula isi borang dulu .....timbang berat....test darah ....and ai darah B ya ..dah selalu pegi hosp n dah beranak pun asek lupa jenis darah sendiri ....pastuh dia interview dulu then doc check tekanan darah n etc then baru ley derma ....terus jadi kepochi gie tgk nurse cucuk tangan org hahahah ......tetiba tingin nak tahu besar mana jarum nya .....knowing that ai nih mmg susah nak kena cucuk . Tak tahu la sebab bam bam sangat ke ...isi banyak sangat ke mmg susah nak nampak urat tew .
sekalik .....1 kalik je nurse tew cucuk ......zasss terus melimpah ruah darah aiiiiiii cam paip bocor pun ada . Sutan duk tgk kat sitew dia kata laju je darah awak masuk .....jap je dah penuh beg .....wellllllll ai nih kan pemurah org nya ( wallhal darah tew dah berlebih2 ) ...tak sangka plak darah hitam cam tew .
Tanya pak sutan ....eh awak tak nak derma ke . Hish tak ley sebab drh saya kan ada canser ...sian org kang . Lagi pun dia mmg tak lepas kan sebab undergo major operation .
So kowang jgn takut kay .......tak sakit pun ..........and rasa cam happy je dapat derma darah
lepas tew dia suh rehat jap 10 minit then siap bagi air milo , 100 plus roti n biskut bagai kay .....vitamin pun bagi acid folic pun bagi ,.....pastuh baru tahu ada goodie bag bagai . Dapat vitamin utk mata n sendi tulang ....wah gitewwwwwwwwww dpt benda free kan harus la bahagia japs .........tetibaaaaaa
JOM MENDERMA DARAH .........sebab darah kita dpt membantu mereka yg memerlukan . Masa Sutan operate dulu dia pakai dalam 5 ke 6 pain darah doc bgtau ........andai la tak der darah maka susah la kan ...so kalau kita sihat tubuh badan jom derma darah n membantu mereka yg memerlukan .
So anda ley pegi ke Laman Web Tabung Darah Negara sebab dalam tew semer ada ....n kat mana lokasi dia org seterus nya
Masa ai kat sana nurse tew kata target dia org utk collect 100 org and and ptg tew saja nyebuk gie tanya kan n lebih dari 100 org menderma ....wahhhhhh bagus la cam tew kan .
So ai nak share ngan u ols info nih
Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
- Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
- Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
- Mengambil dadah secara suntikan
- Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
10.Untuk penderma wanita:
- Tidak mengandung.
- Tidak datang haid.
- Tidak menyusukan anak.
- Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
- Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
lepas dah settle semer boleh plak la ternampak org duk menjual pinggan2 putih nih ..............alamaksssssssss amat la bahaya nehhhhhhhhhhh terus senyap2 gie usha pinggan mangkuks ekekke
nih pun comey ........sesuai letak nasik goreng ...........tetiba terbayang2 plak...yg bawah tew pun comey ......