Wednesday, January 23, 2013

Sejarah ringkas nabi junjugan kita

Sempena Maulidur Rasul besok ..meh kita sama sama lebih mengenali  Nabi kita iaitu
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


"Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya."
 credit to Ahmad Sanusi Husain 
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.



Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.


BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)


3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah


4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf


6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)


7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)


8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

 

Monday, January 21, 2013

Hari nih Bday Rafiq

21 Jan .. Rafiq's 2nd Birthday

Happy Birthday to u ....
Happy birthday to u
Happy Birthday to Rafiq
Happy birthday to u


Sabtu , Mama n Papa ada kat umah Talib . Mama pun dah ckp nak suh kita org pegi umah Talib saja la kan makan makan kek tak pun kuar gie mana mana sambut bday Rafiq . Bday dia hari nih sebenarnya tapi sebab hr nih Mama ngan Papa dah balik Taiping so buat cepat sket .

Mama kemain la dah pesan .. yg mama tak masak apa . Nanti ptg pas talib balik kije kita kuar je pegi makan kat mana mana . So hasrat di hati tew kemain la nak wat nasik dagang tapi mengenang kan nak mengukus dlm keadaan sakit pinggang ...maka baik lupakan je la . So Sutan kata Rafiq kan suka nasik ayam ...apa kata wat nasik ayam je . So pg sabtu tew wat je nasik ayam ...ptg sket baru pegi Balakong . Sebab harus la pagi sabtu tew banyak kije nak kena buat ...urusan umah tangga pun banyak nak kena siap kan . So lepas dah setel terus pack2 makanan ...ngan periuk nasik sekalik bawak ...n off kita org gie Balakong

sebab makanan dah banyak so sila la sambut di umah hahahhahah sebab semer org perut dah penuh hahahhaha .

Talib belikan kek utk Rafiq . Masa semer nyanyi utk dia kemain malu la dak bam bam tew ...siap cium papa dia lagik ....

Ada banyak gamba tapi tak sempat nak upload lagi ...so kasik teaser dulu ya . Mlm kang ai upload lagi gamba bday boy tew .

Link masa majlis doa selamat n hari jadi rafiq 1 thn last year 

Pengumuman TSUGOI

Misti ramai dah baca kan kat blog Filla n Blog Elly


N ramai jugaks yg bijak pandai tahu ai jual kan shawl2 dr Tsugoi ...yer la kalau member tak support bisness member tak ley gelarkan diri sendiri member la kan . Lagi pun dah kenal pilla tew pun dah bertahun dah so bukan sehari 2 and i know dia nih mmg kuat kije punya olang . Pastuh dia plak kenal kan si elly 2 thn lepas kat Moon ...ha si pompuan cun nih lagi la ligat bisnes .

Masa Pilla bgtau dia org buat bisnes ai kemain la sonok ...pastu masa tew moon mmg tak amik apa apa job ke permintaan mintak amik gamba ke mmg ai tak amik . Tapi sebab Filla ......mak merelakan diri u ols pegi amik gamba ....sila la nyanyi ...untuk dia Hey ...untuk dia Hey . Fila kalau org lain merayu manja2 cam tew tak koser aku nak terima tp memandang nko mintak bantuan aku ...mak sanggup nyah .

Filla bgtau ..yg Di ada banyak komitmen lain n tak ley proceed dan telah secara rasmi nya menarik diri . Filla mintak ai sambung je jualan shawl2 since ai pun dah snap banyak gamba shawl2 tew semer . Plus Filla ngan Elly tew kemain la banyak plan utk project terbaru dia org .. so that is how ai jadi pengedar nya ...

Walaupun ai tak terlibat secara langsung dlm pembikinan pilem di atas tapi ai kena jugaks tempias nya . Ewah u olsssss tersedak sedak ai duk  minum n makan 2 3 hari nih tau ....bersangka baik la kowang semer ya . ...n sama sama la doakan kejayaan Tsugoi .

Kowang ley baca pengumuman cik puan Fillanie n cik puan Elly kat blog dia org kay . So pas nih ai jd agent 009 selaku penjual shawl ...kemain menimbun shawl kat umah hahhahah so tunggu yaaaaaaa

Sama sama la kita doakan kejayaan org n semoga kita pun peroleh kejayaan jugaks .....mula kan hari anda ngan pikiran +ve ....renung renungkan n selamat beramal ...... muahss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...