Saturday, February 02, 2013

Fenriz Ultra Birthday Party

Punya la lewat nak apdate . Dah ke laut dah entry2 nih hahahhaha . Majlis nih kat KFC Wangsa Maju

 Me , Teacher Mai n Ila Rizqcake .. Im wearing full embroidery silk shawl from Tsugoi 

Tema majlis adalah red n grey .
 

 

 Allah selamat kan kamu 
Allah selamat kan kamu 
Allah selamat kan Fenriz 
Allah selamat kan kamu 


 mentang la bergamba ngan ZZ kan ...harus la ada tangan cenggitu ...sah2 nampak sangat ai tak pandai buat pun tak betol hahahhaha  nampak sangat ai rock tipu akakkakak so bukan rock kapak dah tew tapi jadi rock minyak angin cap kapak

  wah jumpa balik semer kawan kawan lama zaman fotopages dulu ...
 Watie , Me , Azie n Ann
  
wah gitew ....mesyuarat tingkap terus 

tetiba laki mak plak sesat kat sitew .....Mai asal tido dah ...2 keping gamba 2 2 teacher tido la teacher 
  
Tanpa hubby2 yg sporting nih maka tak der la para bini ley bersembang .... tq 
 
 
 bebudak pas makan ayam terus je duk main kat dalam playground tew ...sebab tew la banyak gamba mak mak je hahhahahahha .

 Me , Ila . Azie , Rose , Gee , Mai n Watie

 Kenkonon nak bergamba ngan artis ....ekekkkekekek

 Kak Yanie TV 3

Thanks to Zizie n Joe n family sebab invite kita org semer . Happy bday Fenriz ...moga Fenriz membesar menjadi budak yg bijak pandai dan hormati ibu bapa . Auntie doakan yg baik baik saja utk Fenriz ...muahs





Friday, February 01, 2013

Doa Ibu Bapa utk anak anak

Sempena Jumaat yang mulia nih Moon nak share kan ngan kowang ...and as a reminder for my self jugaks utk sentiasa doakan kebaikan n kesejahteraan anak anak ...sesungguhnya doa ibu bapa adalah yg paling mustajab

Credit to this blog


Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Surah Al Imran ayat 8
Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya


doa ibubapa kepada anak
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

doa dapat zuriat baik
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan


Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).

doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41


Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

doa minta keturunan yang baik
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128


Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

al furqan 25 : 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74


Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79


Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).

sura al hashr ayat 22
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22

surah al hashr ayat 23
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24


Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Taha
surah Taha ayat 2, doa pada anak
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
doa ibu pada anaknya
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
doa bapa pada anak
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
doa ibubapa pada anaknya


 Masa kita org bawak Allahyarhamah jumpa Ustadz Lokman utk rawatan last time ,  Masa tew Moon pun masuk sekalik n alang alang jumpa la . Masa tew kita org dpt Ashraf Muslim  .. masa tew Moon pun tanya la ada tak apa apa yg saya boleh bacakan utk anak n dia pun bagi ayat Taha nih ayat 1 - 5  , ayat dr surah Al- Baqarah ayat 128 dan ada satu lagi ayat dr surah Yassin . Nanti moon share kan sebab lupa ayat berapa sampai ayat berapa . 

Then moon adalah mintak air penerang hati utk anak n dia kata tak apa . Puan baca kan ayat2 tadi lepas solat hembus dlm air kerana doa dr ibu adalah doa yg paling hebat . ..baca kan utk anak hembus kan kat kepala dia masa dia tidur ...Insyaallah .

hope info nih berguna utk kita semua ...n la ni jugaks kita doakan agar anak anak kita menjadi insan yg berguna dunia dan akhirat ...








Syok nya org blanja

Semalam tepon bunyi tret tret ....tret trettt

Moon nko free tak tghari nanti ...jom lunch sama sama . Fara pun ada dtg ...jumpa kat alamanda nanti ya

i pun ok la ...cyberjaya ngan putrajaya tak jauh pun kan . Sampai2 tew pegi mothercare cari Filla ngan Fara . Biasa la mak yong kan dah nak branaks kan maka kena la cari apa apa yg patut .

 Nunggu mak yong ngetest ...alahai Fara jauh tew dtg dr Temerloh pagi tadi gie submit kije then ptg nak balik temerloh plaks ....giler kentang la . Fara nih pantang kalau dia dtg kl mmg jadi rebutan la .......fara nko dtg tido umah aku ....pastuh Ila plak ajak ...Azie plak ajak then Filla plak ajak . Giler cam retis nko Fara ....hari tew siap cam madu 3 plak ..1 mlm umah pilla , 1 mlm umah moon , 1 mlm umah Ila hahahhahah

Pastuh Filla ajak gie makan Madam Kwan ....vley ai tak tahu kat mana madam kwan hahahhahahahha . Ok la tempat nya cozy makan pun best .


berseri2 la buk pilla ....yer Fara nko mmg kan ....suka sangat wat muker cenggitu kan kan kan ...
auw ...cantek tak shawl ai pakai ...senin nanti baru utk di jual ya ...harus la shawl dari TSUGOI ....

masa nak amik gamba nih kemain lagi ..........

kak filaaaaaa ai minat la blog u .... nak amik gamba ngan kak fila vley .. ( nada gedik kay )

ooo ya ka dik ......jap ek ..... ( libasrambutlajulaju ) 

hahhahahhahahahha tetiba terlebey makan ke hapa .........hahahhahahhahahahha walaupun ai yg paling beso namun ai la paling muda di sitew muahahhahahhaha .........
 

 makan best ...hahahhahah Tq Fillanie belanja Moonie mkn .....kata nya sempena bday . Auw terharu ai Fillanie belanja ......sok sok belanja lagi vley hahahhahahah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...