Thursday, August 22, 2013

Posisi tidur yg betol masa hamil






Sumber : Pa & Ma here

Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik.
Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.

Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.

Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.

Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.

Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.

Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.

12 Panduan Atasi Masalah Tidur

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.

2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.

3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.

4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.

5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.

6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.

7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.

10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.

11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.

12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.



Wednesday, August 21, 2013

Ke Cameron Highland

Last minute nyer planning .

Call Sri Intan skalik ada 1 apartment kosong ...mmg rezeki la tew kan . Memula tew dah set ...kalau ada kosong baru kita naik ...kalau tak der kita cancel ..Apa lagi terus sutan propose kat mama ngan Talib n dia org setuju ...Umi pun yg sepatutnya kena balik Uitm pun kami paksa dia ikut hahahha tak mo ikut pun tak pa ...lalallalala

Papa tak der sebab balik ke Kelantan . Tempat yg paling dkt ngan Taiping pun selain Bukit Merah atau Ipoh ...Cameron Highland je la kan . Bebudak pun duk excited nak pegi ..sebab ley bawak Rafiq  jalan jalan . At the same time ley la mama rehat  n berubah angin japs

 Mama ngan 3 org cucu ...baru 3 . Nanti bertambah lagi ekekek

 tq Umi ...snap kan gamba akak ngan abg ... Tew dia Uncle Talib aka Adi Putra la konon kennnnnnnn hahahhahahah ...
 Sangat mencabar la nak amik gamba 3 org neh sekali gus . Rafiq duk geram kat tangga tew . Pantang lepas je terus zass dia naik atas laju laju hahhahah . Nasib la papa dia fit nak kejar Rafiq

Banyak kali cuba amik gamba hahahah ...Saya nak main tangga la Papa ...apa duk main amik gamba lagi nehhhhhhhhh lepas kan sayaaaaaaaaaaaa
 Posing sopan lagi manja n ayu dari Rafiq hahahha . Walaweiii geram nye pipi pau kamu tew Rafiq oooi

Jom kita cuba cari mana leher diaaaaa hahahhah

 
 
 Acara lebih pada rehat2 je ...makan makan dlm bilik . Memandang kan nih planning mengejut , sampai kat sana pun dah senja ...mlm pegi jalan kat pasar mlm je beli ubi panas panas ...jagung n mkanan je . Mama duk kat bilik sebab dia nak rehat ...so anak anak n cucu je pegi jln kat pasar mlm

Besok nya dah check out ...so jalan jalan kejap je .


Pantang nampak makanan kannnnnnnnn
 
    
 Skalik tgk cactus ...anak anak plak yg geram nak beli ...RM 10 6 ketul ...ok la abg isk pilih 3 , yaya pilih 3

pilih jgn tak pilih 

 
       

  Org tew pun kan ....sibuk nak beli cactus jugak ...ngeh ngeh ngeh ..pastuh lama plak tew nak pilih


 Rafiq kena duduk tinggi2 kalau tak habis semer cactus di capai nya ...dah la tajam2 

 
 Minum white coffee panas panas di kala sejuk amat la bestttttt 



Bebudak  nih kalau sampai sini misti nak masuk taman rama rama neh . Pak sutan je bawak Isk n Yaya masuk ...mak tak larat la

Lepas lunch ...semer balik ...Talib bawak mama n Rafiq turun kot Simpang Pulai n kami turun kot Tapah balik KL

Percutian ad hoc n singkat tapi sonok jugers .

Happy Birthday - Sutan Iskandar ( 8 thn )

 My anak teruna ...hari nih sudah umor 8 thn



Masa Isk nak kuar , mummy ngan daddy sambut 1st anniversary kat hosp sebab malam ptg tew dah kuar tanda nak bersalin . Cuak jugaks bila ingat time nak bersalin kan Isk

Yer la anak sulong kan . Mana reti nak push2 bagai ...org pesan apa pun dgr je tapi tak tahu what to expect ...baru tahu kan betapa susah nya nak kuar kan sorang anak ..pas beranak terus cramp kaki ...hahhaha

Alhamdulillah ...Isk kuar sihat n cukup sifat nya . Walaupun masa preggy tew banyak kali jugaks gie scan tapi sampai sudah tak nampak baby dlm perut tew boy ke girl . Skalik kuar boy ...

Nanti jadi abg yg baik tau Isk ..



Bila anak dah skolah nih mmg masa tew la baru rasa eh cepat nya anak aku besar ...rasa cam baru je beranak kan dia neh ...duk dukung2 cium2 bagai skalik skrg dah besar dah .

 Masa nih ai preggy kan Yaya ..dia umor 3 thn lebey dpt adik .  

moon ada tanya dia , masa teman kan dia tido ( manja kededek hokey )

Isk nak apa adia bday 

ermmmm ...Isk tak tahu . Ikut mummy la 

Yer la ...Isk kena la bgtau Isk nak apa 

Isk nak peluk mummy je 

Ala peluk mummy anytime je Isk ley peluk 

Isk nak Bakugan je la yg ley tembak2 guli tew 

Eleh Bakugan tew bukan bday pun vley beli 

Ermmm apa apa je la mummy . Apa yg mummy ngan daddy nak belikan kan isk , asal kan tak mahal 




Semalam tanya dia nak mkn apa .. sebab sok kan bday dia . Nak tahu dia kata apa

Kita gie makan roti canai je la 

Senang idop mak pak kalau semer anak nak mkn yg simple cenggitu .

Ala ...roti canai je ...meh la mkn sedap sket ...

Isk tak tahu ...mummy bawak la . Haaaaaaa Isk nak kek 

ok la jom gie Secret Recipe je la vley ?

ok ..........

skali ngan Cik Yaya pun excited ....Yaya nak makan tom yam pedas tew ...Yaya suka sangattttttt

Balik mkn ajak dia gie usha basikal ...sian dia basikal yg lama tew dah tak lepas kaki dah . Kemain melonjong kan . Nanti mummy gie beli kay ...sebab dia pun tak tahu nak pilih . Skalik daddy dia yg excited tgk basikal .........adeh ...tak pa la mana ada lelaki tak suka tgk basikal kannnnnnnnn

Tapi yg pening nya bila si Yaya plak yg mengeletis nak basikal yg ada rambu ramba bagai ...siap bakul pink semer ...OMG ....saba ya Cik Yaya ...

Mummy ngan daddy doakan agar Abg Isk sihat sentiasa 
menjadi anak yg soleh yg taat pada Allah dan ibubapa
mummy sentiasa doakan yg baik baik utk anak mummy 
kalau mummy slalu marah pun sebab mummy nak Isk jadi budak yg baik 
sopan santun n berbudi bahasa 
moga Abg Isk bertambah rajin belajar ..jgn asek main je 
jangan suka usik adik ...silap2 adik yg kenakan awak 
sebab awak neh mana pukul adik ...adik je pukul awak 
love u Iskandar 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...