Thursday, September 10, 2015

Kena mummy jugak

Malam tadik rasa cam pendek aje masa. Masak masak lauk simple utk budak budak. Sarah makan menambah 4 pinggan. Terkejut Moon tgk dia makan. Rasanya sebelum makan tadik semua dah Bismillah n siap baca doa makan. Apa kena plak tetiba dia makan berselera semacam ni. Tapi Moon happy je dia berselera sebab last week dia demam n mmg tak makan sangat. Mungkin selera dia dah dtg balik. 


Budak comot. Kerusi Sarah la paling win hahahhaha takyah susah susah beli highchair. Atas kerusi nih juga senang mueheheh. Anak ke 3 cam nih la jadinya

Yang bagus nyer, lepas makan mmg without fail misti dia berak punya hahahah. Lepas dah salin baju semer terus la mata dia mengantuk. Perut dah kenyang....apa lagi. Tido la kan. Rupanya dia nak ajak naik atas utk tido. Since mummy ada kije sket...apa kata korang naik dulu ngan daddy k.


Moon plak malam tadik sibuk sket ngan order org n nak update page kain langsir. Sebenarnya ada banyak kain langsir kat lvl 7 tuh. Tak dapat la Moon nak upload semua. So Moon pilih jer yg mana top seller utk bantu mereka yg duduk luar dari KL utk beli secara online. So semua urusan penghantaran mmg Moon buat sendiri. Tapi utk bulan 9 je la sebab mmg once upload je mmg tak berenti la phone tuh duk bagi notification. Rupanya ramai juga yg tak tahu macam mana nak guna kupon n macam mana sale ni berjalan n etc. Tapi mana yg mmg dah selalu pergi kemain ya korang gumbira yaaaaaaa.

Baru tgh duk layan n reply email org tetiba dengar " mummy sarah nak susu ' 

So naik la atas dulu utk layan si kecik ni. Dia org kalau ngan Pak Sutan mmg payah nak lena...kalau sejam mmg sejam la dia org duk bergumbira n bergurau senda. Siap Isk yg besar tuh boleh main panjat2 bapak dia...Yaya pun sama. Korang buat daddy macam playground korang kan. Cuba kalau ngan Moon ....dah takyah nak main main geletek2 bagai. Tido cepat


Harapkan Pak Sutan tido kan budak2 sekali bila Moon naik je, dia plak yg terus lena. Misti dia lega sebab Moon dah naik hahahahha.

Sarah dpt je upah dia mmg lena terus la....di iringi dengkuran Pak Sutan yg merdu itu hahahah. Pak Sutan kata budak2 nih kalau ngan dia mmg payah nak tido. Kalau ngan mummy cepat je tido. 

Maybe sebab Moon ni bosan sket kot. Kalau ngan daddy dia org boleh main main lagi kan, siap boleh main teka teki, Sapa jawab salah akan kena geletek. Mmg menjerit2 la Yaya n Isk bila kena geletek ketiak. Silap2 Isk ngan Yaya suruh pak sutan geletek Moon jugak. Bila Moon marah n suruh tido cepat boleh plak dia org kata  ala tak sporting la mummy nih. Masalahnya besok sekolah yang oooiiiiiiiiiiiii

Tuesday, September 08, 2015

Pejabat Pos Cyberjaya di Shaftsbury Square

Dah lama tak pergi ke pejabat pos utk ngepos barang. Since Moon ada nak kena pos few langsir org maka gigih pergi cari pejabat pos. Dulu, pejabat pos cyberjaya ada di terminal bas kan. Tapi comey sungguh la pejabat pos tuh. Kadang pergi nak pos barang pun ngeri. Sebab nya barisan mmg panjang. Masa tuh mula la terpikir dengan semakin padatnya Cyberjaya nih kenapa la pejabat pos comey la sangat.

pic google

So tadik pergi la ke pejabat pos baru yg terletak di Shaftsbury Square yg terletak di P5

pic credit to Cyberjayacity

wahhh nampak sangat best kan. Bagus gaks dia pindah ke sini sebab ada banyak parking, Tak lah macam dulu masa kat terminal tuh. Asyik nak menyirap je darah bila pergi tapi tak ada parking. Bukan org parking kereta sebab pergi lunch ke hapa tapi org letak kereta kat situ sebab dia org nak pergi kerja. So sepatutnya ada la parking utk kita gie makan...tapi disebab kan dia org park kat situ...parking mmg penuh je manjang. Dengarlah luahan hati org yg dah dekat 12 thn kat Cyberjaya nih.

Rasanya kalau park kat tepi MCMC pun ok sebab dia ada laluan terus dari parking atas ke pejabat pos. So mmg mudah la kan

tetapi

tetapi

punya la syok tgk kat luar lawa kan....hairan gaks napa ramai org duduk tunggu kat luar. Rupanya dalam tu comey aje n penuh. Ada 2 row kerusi kat dalam mengadap kaunter. Sempit aje....so kalau org berdiri kat kaunter mmg ngam ngam je bun bun kita ngadap muka org duduk. Kalau org yg tgh deal kat kaunter tuh melepaskan angin ....mmg terus kena muka hahahhaha. Itu la perumpaan nya.

I think pejabat pos cyberjaya kena la luas sket kan....sebab kalau peratikan load n bilangan org yg mengunjungi pejabat pos nih mmg la banyak dah. Jumlah org di Cyberjaya 10 tahun dulu mmg la berbeza ngan Cyberjaya sekarang.

Pejabat Pos Cyberjaya sekarang mmg di kedudukan yg strategik dah n banyak parking, cuma kalau ia luas sket kan elok n selesa.

Sistem dah bernombor n ada kerusi utk pelanggan duduk ...tak mcm dulu kita kena berdiri n beratur kan which is sangat bagus..

Since nombor saya sangat jauh lagi kena tunggu 34 org lagi baru sampai turn....maka marilah kita angkat kotak n balik ke opis sahaja. Takkan nak berkampung tunggu kat situ plak kan.

Nanti korang pergi tgk sendiri la n jangan plak pergi bayangkan kalau org terlepas angin  kena tak muka org yg tgh duduk hahahhaha. Itu perumpamaan yg Pak Sutan sebut secara spontan hahahhahah mebi ok je kan tapi kalau org besar sket berdiri kat kaunter n org besar sket duduk kat kerusi mmg rasa cam mintak lalu di dalam panggung wayang la.

saya yg frust sebab takley pos barang....skali terus ke pej pos dengkil aje.selesai........ataupun mingkin saya dtg pada waktu yg salah

buoh bom Terengganu

sebab ini adalah kueh fav maka akan di buat satu entry khas utk simpan resepi. Nanti bila bila senang n ada masa boleh bukak balik blog n cari resepi hahhaha

Last week kakak Moon ada dtg dari Terengganu. Sebab dia naik flight je maka boleh la kirim kueh2. So dia belikan buah bom dalam rm5 ke Moon.

Moon makan sorang je hahahah ...temolok sungguh la weiiii

macam lamer sangat dok makang kueh neh. Rasa nye sedak n nyuk nyuk sket...isi ikang pung sedap. Moon kalau balik Terengganu mmg misi mencari kueh Bom, nasik dagang, nasik lemok ikang n nasik minyok....pergggggggg. Petang2 plop gie kat org jual kueh dekat gong kapas tuh....mau pitam nok pilih kueh. Macang macang ader....sedia duit je nok beli




Credit picture n recipe to Tahrunnisah Jali  yg share resepi nih kat FB
Resepinya
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tpung gandum
sedikit garam
2 sudu kelapa parut/kering terpulang nak isi pun boleh tak isi pun boleh
1 cawan air - jgn curah sampai habis nanti lembik..agak2 kalau tak lekat kat tangan tu ok
caranya
dlm satu bekas, campurkan tpg pulut dan tpg gandum, kelapa parut/kering dan garam...sebatikan
kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak lekat kat tangan.. adunan ni tak keras dan tak lembik..mcm nak buat onde2.. tutup kejap adunan ni ngan kain tau plastik elak dia keras..
inti sambal ikan + kelapa
3 ekor ikan kembung
2 biji bwang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1cawan santan cair
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
garam, gula
1/2cawan kelapa parut -
kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan
ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja
Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar
kemudian menggunakan kuali.. panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula.masukkan kelapa tadi .. kemudian rasa dah ok.kacau sebati sehingga agak kering..siap
bulatkan2 doh sebesar kuih onde2/kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh...leperkan diatas tpak tangan..kemudian taruk inti ikan..tutup balik dan bulatkan balik...buat sampai abis adunan..
lebihan serunding ikan ni bolehla di simpan freezer utk kegunaan akan dtg..nak buat pulut serunding ikan ke..nak buat nasi kerabu ke..nak buat pulut panggang ke dll
panaskan minyak dlm periuk /kuali ..minyak tu kalau boleh biarlah banyak mcm nak mcm cucur pisang tu... panaskan minyak..dah panas. nak tau minyak tu panas atau tidak..cuba letakkan sikit aje (secoet)adunan..kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas .tutup api/alihkan sebelah yang takde api ..biar sekejap dlm 2 minit..masukkan doh2 tersebut dlm minyak tadi..jgn dekat2 kan ye sbb ia melekat nanti..dlm 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api ... buka api perlahan ye..
goreng dlm 3 minit api perlahan kacau2 la kuih tersebut... kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning..angkat... kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...