Monday, October 05, 2015

Meeting kat Globe

Ahad ke KL kejap sebab mmg dah buat appointment nak jumpa Ketan utk diskus few things. Antaranya adalah utk pilih 5 pemenang Like, Share n Win hari tuh.

Moon akan announcekan nama pemenang kat end of this entry ok.

Masa nak pergi tuh jerebu nampak mcm tak la seteruk hari Sabtu. Tapi mata sangat pedih. So Pak Sutan pilih parking yg paling hampir ngan Globe iaitu kat tepi Semua House tuh. So jalan pun sket aje n terus masuk dlm bangunan.

Tetiba macam meeting formal plak kan dengan projector n laptop bagai. Moon cuma tunjukkan kat dia org pasal feedback korang. Andai kata korang ada cadangan atau komplen boleh bagitau Moon. Insyaallah, akan Moon sampaikan pada pihak management.

So semalam Moon cadangkan agar tambahkan bilangan kain katun sebab last time mmg semua orang beli kain tuh. So sesiapa yg tak sempat beli kain katun hari tuh mmg frust sangat sangat. Bayangkan, that day sahaja beratus ratus meter kain kartun habis dalam masa 1 hari sale. Moon pun tak sempat nak beli utk diri sendiri. Tuh la duk nanti kejap nanti kejap. Sudahnya gondol sudah rail langsir.


Kita org pun tgh bincang utk next VIP sale utk blog readers n follower Moonpunyerblog. So korang jangan lupa utk sentiasa masuk blog Moon yer ...sebab Moon akan announce kan tarikhnya kat Blog n kat FB

Nanti akan ada 2 floor utk kain langsir. Lvl 7 yg biasa korang dtg tuh kan plus lvl 8 yg bakal menempatkan high end fabric.
 turun ke lvl 7 jap tgk kain kain kejap n amik kain langsir yg Moon tempah dah siap.

 kebetulan plak ada org pm nak tgk kain belang. Maka mmg moon pusing n snap gambo kain belang2 hahah

maaflah kalau gambar senget2...sebab 2 gambar kat atas ni Yaya yg ambilkan. Ok la kan, boleh harap jugaklah utk snap beberapa keping gambar mummy dia hahah

Untuk peraduan yg sangat simple hari tuh ........ini adalah bantal yg dijanjikan tu ya




PEMENANGNYA ADALAH:

5 Pemenang yg akan memenangi 2 bantal yg sweet n comel tu serta sepasang towel yg tebal




 


 Nanti sila PM alamat pada Moon ya. Untuk pos hadiah anda...tq sebab sudi join


Ummiza Cafe, kedai makan best di Jenderam

Pejam celik pejam celik nih dah masuk 6 tahun dah bergelar warga Sepang. Dulu masa mula mula beli umah area sini cuak gaks sebab nampak cam sunyi je. Pastuh kedai kat depan2 sana semua mcm kosong je. Lama lama tetiba je terus kawasan nih jadi penuh. Dulu pasar malam yg senang je nak dpt parking, skrg dah susah dah. Kadang tak jadi singgah ke pasar malam sebab parking tak ada.

Rupanya dah ramai dah beralih ke arah sepang nih. Kebanyakkan yg kije Putrajaya beli umah area sini. Ada jugak yg kije KL.

So selama 6 tahun lebih jugak la kita org mmg guna jalan belakang nih...lalu kot Jenderam Hulu ke Jenderam Hilir, masuk putrajaya n kuar ke Cyberjaya. Kalau dayung sampan mmg dari hulu ke hilir la ahaks.

Ada satu kedai nih mmg Moon ngan Sutan mmg slalu singgah. Kadang kalau time cuti sekolah misti bawak anak anak dtg sini. Sebab tempatnya bersih n selesa. Kedai tu nama dia Ummiza Cafe



Kadang tuh on the way nak gie kije singgah jap makan ke, minum ke atau tapau makan sesiap.
 
Breakfast standard la kan, ada nasik lemak n bihun serta kueh mueh. Kadang tuh pagi pun dah ada dah lauk utk tengahari yg di masak. Fav Moon harus la ayam masak merah dia. Sedap..harga pun ok tak la mahal, kira mmg standard kedai nasik berlauk. Yg penting, tempatnya sangat selesa


 Kadang tuh kalau lambat sket mmg kuar dah lauk tengahari. Mana boleh nak makan bihun je kan, Terus mintak nasik putih hahahha sebab tergoda ngan lauk pauk. Lauk pauk dia simple tapi mmg best, Rasa cam balik umah n bukak tudung saji tgk lauk apa mak masak hari nih. Ha cam tuh la feel dia hahahha

Makan plak ngan tenang....sambil hirup udara segar kampung. Tgk plak kiri kanan depan semuanya hijau n banyak pokok. Kalau musim durian tuh mmg Moon duk mengintai berapa biji durian ada atas pokok org hahhaha.

Alamak ter excited plak cerita kan. Kita org mmg jarang dah breakfast kat Cyberjaya sebab stress kadang susah nak parking. Kita org neh ala org prg tua sket. Suka relax...takmo serabut2 kepala. So ada tempat best, makanan best dan tak mahal sangat. So baik singgah je makan sesiap. Kadang tuh tapau terus makanan so lunch takyah sibuk2 nak kuar dah.

ok back to the story

weekend hari tuh join KKBA utk makan makan kat sana. Mana boleh tak join, kedai fav tuh n pastinya makanan mmg sedap sedap semua.


mmg meriah sgt.  kedai ni pulak besar n open

2 kemah di sediakan utk menyambut kedatangan semua .

 Kueh mueh juga di sediakan utk sesiapa yg masih belum bersarapan.


17 Lauk pauk Ummiza Cafe antaranya ialah:
  1. Ayam masak merah
  2. Ayam kicap berlada
  3. Ayam masak lemak cili api
  4. Ikan kembung berlada 
  5. Ikan keli berlada
  6. Asam pedas ikan 
  7. Udang sambal
  8. Sup cendawan
  9. Gulai ayam kampung campur kentang
  10. Gulai rebung
  11. Gulai pucuk ubi
  12. Kari daging campur kentang
  13. Gulai siput sedut
  14. Ayam goreng
  15. Sambal ikan bilis
  16. Sayur campur
  17. ulam ulaman 
Wow...banyak nyer. Semua pun sedap sedap. Untuk hari biasa, menu nya akan ikut turutan.

 
  
  
 
 
 Lauk semua sedap sedap..org kata kalau makan tuh mmg 'berasa' la semua.

Semua lauk pauk di masak oleh seorang ibu. Tu la kan air tangan ibu nih mmg sedap...nak nak plak ibu yg mmg suka masak. Bila makan tuh mmg terasa la ..bak mat salleh kata cooking with love.

Hai Nadia


 Ni la owner Ummiza Cafe ni. Usahawan melayu muda yang muda muda dah pandai mulakan perniagaan sendiri.Tahniah..

Ummiza Cafe ni adalah perniagaan keluarga yang di usahakan oleh anak anak muda di atas dengan ibu dia org. Semua tugas2 membeli bahan, memasak dan mengemas mmg dilakukan oleh mereka anak beranak.

 Semua pun makan ngan berselera la hahha. Sempat bergamba ngan blogger lain Rara n Julia

perhatikan sign board ni ya. kalau dari jenderan hilir ke jenderam hulu, MIAT akan berada sebelah kanan korang. depan je sikit lepas surau belah kiri korang akan nampak kedai ni di sebelah kiri.

Kalau dari Salak Tinggi atau Nilai plak, kedai nih akan berada belah kanan

Nanti boleh la datang cuba mkn kat sini utk sarapan atau makan tengahari. Insyaallah puas hati.

Waktu urusniaga


Sebab lauk dia sedap, kalau dtg lambat mmg habis. Kalau org yg slalu lunch lambat cam kak moon nih mmg nangis la kan kalau dtg kedai dekat2 pukul 3. Tapi kalau ada rezeki adalah kan.

Bila tgk balik gambar siput sedut nih terus rasa nak nangis sebab tak sempat rasa. Semua duk puji n menambah siput sedut nih. Tapi tak apa sebab dapat makan lauk lain yg sedap sedap. Walaupun masa berdiri nak amik lauk tuh, duk tergaru kepala....nak amik mana dulu nih

Teampahan

Ummiza Cafe juga ada menerima tempahan tau. Max order adalah untuk 300 org untuk majlis seperti majlis makan keluarga/pejabat atau harijadi ke...majlis doa selamat.

Namun demikian peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan atas faktor kekurangan kakitangan. So kalau sesiapa yg nak pempah tu boleh dtg ambil di kedai


Ummizacafe
No 229 Batu 29, Kampung Jenderam Hulu Dengkil

Instagram: UmmizaCafe
Waktu operasi:
Isnin sehingga Sabtu
Jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja.
Hubungi:
Puan Nor - 0196682069
Ain - 011-10602569

Sunday, October 04, 2015

Jerebu, sekolah ditutup besok dan lusa


Kerana jerebu teruk, sekolah akan di tutup besok dan lusa

Whats app sekolah n nerseri semer tak berenti bunyi la sebab semua taknak sesapa pun missed out news nih.

Hope jerebu cepat la hilang

sumber dari ASTRO AWANI

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada Isnin dan Selasa ini ekoran keadaan jerebu yang semakin merosot.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu dinyatakan oleh Mahdzir melalui laman Facebook dan Twitternya hari ini.

Tambah beliau, selain murid, guru-guru juga tidak perlu hadir ke sekolah.

"Sekolah-sekolah terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual.

"Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu," katanya.

Situasi jerebu pada pagi Ahad semakin kritikal dengan lima kawasan setakat jam 11 pagi tadi mencatat bacaan IPU yang sangat tidak sihat.

Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tengah hari Ahad mendapati Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan tertinggi dengan ipu 308, iaitu bacaan IPU berbahaya.

Sebelum ini, Mahdzir berkata, sekolah akan ditutup apabila IPU mencecah 200.

Kementerian Pendidikan dalam pada itu juga tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa pihak termasuk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Menurut Mahdzir, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan kesihatan serta JAS.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 ditarifkan baik, 51 hingga 100, sederhana, 101 hingga 200, tidak sihat, 201 hingga 300, sangat tidak sihat dan 300 ke atas ditarifkan sebagai berbahaya.

Bacaan terbaharu IPU boleh didapati di laman web apims.doe.gov.my.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...