Mula mula nak ucapkan jutaan tahniah buat Fillanie,Elly n Peej utk new baby dia org neh. Penat tunggu. Duk asyik teaser teaser je. Orang dah mengeletis nak beli dan nak pakai. Tapi Filla kejam suh I tunggu sampai Jan. Penat pujuk ...nyampah tau u ni Pillanie
So ni tak sabar nak gie amik. Katanya suh dtg amik kat dia je. Takyah posto2 bagai . Boleh la jumpa n hughs hugs sket kan ..
Moon order 2 , Nude n Fuschia
Tak sabar nak gie amik nih n nak try juga. Nanti Moon share mcm mana rasa n feel pakai
Yg klaka nyer, Filla siap whats app suh jgn share atau pomot kat mana mana. Sebab stok habis licin n yg order masuk waiting list. Nasib yg Moon punya ada kalau tak pasti Moon akan majuk hahahha.
Masalahnya mak tak tolong pomot pun. Baru je share 1 gambar kat IG...rupanya ramai sangat org order. Hebat la Fame ni.
Agaknya kalau tolong pomot ley dapat tak 2 3 batang lagi free hahahahh cabutsssssssss. Harus Filla petirkan aku nanti.
Kecoh la kan semua org duk bercakap pasal 3 ikon yg cukup glamer di negara kita. Siapa lagi kalau bukan
Dato Aliff Shukri Terlajak Laris
Dato Seri Vida Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh...mmmuah
Rita Dato' Sosilawati Nampak cantek nampak lawa, dia pakai NV
Mmg syiok tgk rancangan ni. Tambahan pula ianya dihoskan oleh pengacara yang hebat seberti Pak Nil. Mmg best la tgk Pak Nil bawak kita masuk meronda rumah jutawan jutawan nih.
Sebab kadang malas nak cari 3 episod nih kat u tube. Maka Moon letak je semua kat sini. Senang nanti bila bila nak tgk
Terlajak Putih Nampak Part 1 - Dato Aliff Shukri
Bila tgk kolam ikan talapia Dato ni teringat IG post dia. Masa barang makanan dalam peti dah habis. Dia pergi ke kolam tuh tangkap ikan talapia dia n persiang ikan...kagums ok.
Pergi hotel pun bawak periuk nasik ekekek
Terlajak Putih Nampak Part 2 - Rita Dato Sosilawati
Moon paling enjoy tgk Rita nih sebab dia kaki gelak. Sikit sikit dia gelak
Bak kata Pak Nil...ooooo orang kaya pun makan sambal belacan hahahhaha itu klaka hokey. Moon pun sama, duk bayangkan org kaya nih makan guna sudu garpu bagai. Makan pun ala western, Pengaruh TV kuat sangat Moon ni. Rupanya dia org sama aje cam kita kita nih
Rita nih plak pergi wat rambut kat saloon dekat umah je hahah sempoiii
Terlajak Putih Nampak Part 3 - Dato Seri Vida
Kagum ngan umah 22 juta dia tuh....siap bilik ada panic room. Ibu nih plak dah siap kan terus 4 biji umah fully furnish utk anak anak dia. WWahhhhh
Crown dia toksah ceritalah. Korang ada tgk tak parodi Miss Colombia tuh...yg Dato Vida konon kata jgn sedih,,,nah amik crown lain saya buwi hahahha
Apa pendapat Moon mengenai rancangan ni
For me, ianya sangat bagus . Kita tgk rancangan kejayaan mat mat saleh atau bangsa lain kita akan rasa bangga. Rasa macam sangat kagum sebab kerana usaha dan kerajinan mereka, mereka mampu cari duit yang banyak serta sangat berjaya. Kalau la bangsa kita ada macam ni juga...
Well, sekarang dah ada. Mereka mereka ini sangat berjaya dan saya sangat kagum sebenarnya. Wah bangsa ku ada yg berjaya tahap ni....wah wah wah.
Rasanya tak perlu la nak kutuk kata dia org nih riak ke...berlagak sebab tunjuk kemewahan. Sebab mmg tuh apa yg dia ada . Yang kita nak sibuk2 sakit hati n dengki serta menyampah tu kenapa. Ada mendatangkan kudis gatal kat kita ke. Ha macam tuh la Moon rasa.
Rasanya kita patut berbangga dan patut jadikan mereka ini contoh. Betapa mereka gigih berusaha dan melalui pelbagai rintangan dan cobaan. Namun begitu mereka sangat berjaya. Apa yg baik dari mereka kita amik contoh ..mana yg buruk kita jauhkan.
Barang2 tu semua dia org mampu beli...beli la kan. Rasanya kalau kita pun sama kot. Even dapat duit lebih sket pun macam macam kita teringin nak beli. Cuba kalau duit dah banyak sampai berapa balance dlm bank pun kita tak tahu, maybe kita sama juga,
Kita kena cuba tanamkan dalam diri jgn berburuk sangka dan ada hasad dengki pada org.
Moon pernah kenal sorang nih. Dia sewa umah pada harga RM6000 sebulan. Memula tuh rasa cam eh napa dia sewa. RM6000 tuh boleh bayar umah sendiri tuh
so macam sama je sebenarnya skala nya betul tak. RM6000 tuh mungkin ibarat RM600 kita. Dah rezeki dia kan. Kita pun kena la rajin usaha kalau nak mcm dia juga. betul tak
Sebelum buka sekolah hari tu, Moon ada tanya siapa kenalan di Facebook Moon yang buat bussiness keperluan sekolah anak anak. Tak kisah la apa apa pun. Janji related ngan sekolah.
So topik tuh sangat hangat
Jadi Moon nak share ngan korang juga. Moon harap ianya berguna buat semua. Ni mmg perkongsian dari ibu ke ibu ...auwww
Badge Nama Sulam
Kadang kita boleh tempah dengan pihak sekolah. Biasanya 3 keping je kan. So kalau nak extra kita boleh tempah sendiri. Macam Moon, baju anak 5 pasang. So mmg kena order extra juga...kadang nak tunggu yg sekolah lambat juga nak dapat.
Moon dah beli n order size M utk cik Yaya. Kain cantik dan kemas je kat muka. Yaya skrg nih tetiba nak tudung 2 lapis. Sebab dia nampak kawan kawan dah pakai tudung 2 lapis. Hari pertama kemain serabai ...kejap kejap betulkan tudung. Lepas tuh suh je pakai tudung ni. Baru la ada nampak rupa sket. Terus kata senang la pakai tudung ni. Tu la ...mummy cakap tak mo dengar.
siap print rm15/pc Sticker Nama http://dinigifts.com/sticker-nama/
Beg Sekolah
Saya ade menjual beg sekolah Dari saiz s sampai xl.harga cukup murah.design terkini 3d Dan 5d.harga saya lebih murah Dari kedai..yang rase nak berjimat belanja beg sekolah ank2 boleh wassap saya 0107976278. Harga Dari rm20-rm40 jerk..confirm cun