Monday, February 08, 2016

Langsir murah KL

Assalamualaikum n Hai semua.

Jualan kembali lagi. For those yang mmg tengah mencari langsir utk Raya, untuk kenduri, untuk masuk rumah baru atau just untuk tukar langsir lama yg dah berubah warna n dah ada koyak koyak....ini la masa nya utk membeli u ols


Moon mmg selalu dapat email n pm tanya pasal bila sale langsir

Ok ni akak nak share ngan anda semua. Sebenarnya sale ni bermula akhir bulan Jan hari tu. Tapi di sebab kan ada hal hal yg tak dapat dielakkan, Moon tak sempat nak share kat blog. Sebenarnya ada banyak sangat benda nak share ni. I will try my very best utk update waktu cuti panjang ni.


Jualan ni mmg khas sempena cuti panjang dan juga sambutan Tahun Baru Cina. Kita bagi lama sket kali ni sampai 28 Feb 2016 tau. So anda semua boleh plan bila nak dtg ke Jalan Tar


Tunjuk entry ni pun boleh

nak save siap siap dalam phone pun boleh ( just tekan lama lama imej ni n save k ). dah sampai kat lvl 7 just bukak gallery n tunjuk pada staff.



Ni adalah antara harga harga nya u olsssssss. Siapa yg pernah pergi n mmg selalu pergi repeat beli kat Lvl 7 Sarah Hughes Globe ni mmg tahu dah kan. Kain langsir kat atas ni memang murah n cantik serta berkualiti.

Kadang kain yg anda nampak 2 3 bulan lepas mungkin tak ada kali ni sebab sold out. So kalau ada yg berkenan tu mmg kena cepat cepat grab...kalau tak melepas u


Ada juga yang berkenan kat kain yg dah habis hahahhahah tapi jgn risau sebab ada few fabric masih boleh di order. Tiada charge tambahan, cuma anda kena sabar sket utk tunggu kain sampai sebab kain ni bukan dari Malaysia.

Kalau ada penjual kain....u ols pun boleh dtg n amik kain kat Globe. Ada diskaun juga utk designer n pembelian pukal ( kenyit mata sket )

Anda seorang interior designer...boleh juga beli kain dari kami

Baru2 nih ada arkitek yg bina rumah rumah bangalow pun amik kain dari kami. Yes, kami pun boleh pergi utk amik ukuran n pasang ( ada charges mengikut lokasi ) . Last week arkitek tu msg bagitau langsir dah siap pasang kat umah client dia . Client suka sangat n Sarah Hughes Globe did such a good job.  Mmg seronok bila dengar feedback mcm ni. Moon pun seronok sebab blog yg merapu ni berguna juga utk org lain. It makes me feel so good .

Sesiapa yg mmg biasa tgk tgk kain misti tahu kain kat sini mmg cantik2 dan berkualiti.

So sekarang anda tak perlu nak tgk je n makan hati sebab sekarang u ols pun boleh memiliki langsir yang cantik n meletop kebabom...

 
Moon mmg sangat sangat rekemenkan kain kain kusyen atau upholstery. Sebab kualiti kain nya sangat bagus. Jenis baldu rapat2 yg takkan tercabut punya. Boleh refer gambar di atas. Moon mmg sengaja zoom in rapat supaya anda boleh nampak

Kain baldu ni mmg mahal kalau nak beli kat lain. Tapi kalau time sale mmg u ols patut beli sebab kami akan jual only at RM25 per meter. Kain ni sebenarnya RM 80 per meter n ada juga yg RM100 per meter.

Kalau kita pergi hotel2 n rasa sofa2 kat hotel, kain kain mcm ni la dia org pakai.

Ada reader Moon beli kain ni n dia pergi tempah balut kusyen kat area umah dia. Org kedai tuh siap tanya u beli kat mana ni....harga berapa nih ...berapa ratus semeter ni. Sebab org balut kusyen mmg dia tahu la mutu n kualiti kain kain ni semua kan.

So kalau plan nak balut kusyen yg lama atau sofa lama...u ols boleh consider kain upholstery ni semua. Ada juga upholstery fabric yg kita nak clear and selling at RM10 per meter. Ada juga yg buat langsir...semua pun boleh

Ada plain

Ada corak bunga n belang2 n abstrak

Ada yg tebal n nipis

Ada yg baldu n ada yg tak baldu

So pendek kata semuanya ada. Boleh dtg ke lvl 7 n tgk tgk kalau berkenan boleh beli...


Pasti nya ada banyak pilihan untuk memenuhi citarasa semua

Anda minat abstrak

Anda minat bunga bunga

Anda minat ala vintage

pun ada 

 

Ramai yg dah nikmati diskaun yg best n beli langsir murah murah....anda bila lagi . Jom dtg ke Lvl 7 Sarah Hughes Globe n tunjukkan VIP Pass kat atas tu ya

Ada juga yg dtg n nak jumpa Moon. Moon tak kije kat sana tau. Globe mmg bagi special offer nih khas untuk pembaca n follower blog Moon sahaja.

 Boleh baca entry mengenai langsir Globe di Blog Julia Johari. Entry 1, di Lvl 7Entry 2, langsir yg di pilih dan Entry 3, hasil tukar day curtain 

Blog Fillanie hasil langsir Globe

Blog Peej hasil sopink langsir

 Dia org pun dah dtg sopink juga... Neena Anuar, Ina Achik, Dya PinkMomma n Mimy

 With  Kak Ai Entry kunjungan dia di sini  

 with adik manis Yaya Natsumi yg masa ni 1st time dtg ...lepas tuh next sale Moon buat dia pun dtg juga ngan mak dia hahah nanti kalau akak buat sale lagi Yaya datang k

Langsir murah, Langsir murah, Langsir murah, langsir murah



Tuesday, February 02, 2016

30 Jan

Ada 2 peristiwa yg berlaku pada 30 Jan 2016

1 - Ia adalah birthday Moon yg ke 36. Yer akak dah tua u ols ...

Pagi2 anak anak dah dtg peluk cium wish happy birthday. Pak Sutan pun dah bangun pergi belikan breakfast.

Lepas tuh dia bgtau jom kita kuar hari nih bawak anak anak semua, kita gie celebrate birthday awak.

Hati dah berbunga2 hahahha tapi sempat lagi pergi startkan mesin basuh. Tak kira la birthday ke apa...mount kinabaju tetap kena dibasuh hahah

dalam pukul 10 lebih telefon berbunyi ....my causin dah nangis2 bagitau pakcik kat Trg meninggal baru je kejap tadi

terus pack2 baju .. Pak Sutan pun ajak balik.


2- My uncle meninggal dunia

Moon terus call Yad homestay tu tanya ada kosong tak. Sebab nak tido je pun kan. Alhamdulillah mmg rezeki kita org ada kosong sebab org akan cek out petang.

Sepatutnya minggu ni di org akan berangkat ke tanah suci utk umrah. Moon pun dah plan nanti nak hantar dia org ke airport semua.

My auntie cerita, masa subuh tuh dia dah ckp suh my auntie pergi je umrah. Jgn tunggu abg. Abg mungkin tak dapat pergi sekali. Mcm dia tahu je kan. Masa duk pack pack brg nak bawak pergi umrah dia rebah dlm bilik. Terus bawak ke hosp...masa tu dia dah tak ada dah.

Moga Allah mencucuri rahmat buat Che Zul dan moga Che Yah n keluarga tabah

Buat Mak Tam di Kedah dan anak anak yg kehilangan Pak Tam akhir thn lepas moga terus tabah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.



Nanti Moon update lagi kay

dan

31 Jan 1992 adalah hari Arwah mak di jemput Ilahi. Al Fatihah





Friday, January 29, 2016

Soft matte lip cream by FAME

Ni dah masuk 2 minggu Moon pakai FAME lip cream. Ni mcm lipstik la tapi nih dlm bentuk cecair. Mula mula kita pakai dia macam basah n berkrim ( mcm explain pasal cupcake plak ) tapi lepas tuh dia akan jadi kering n matte. Ramai yg tanya apa ke benda matte tu

Matte tuh tak kilat n dia kering. Biasanya yg jenis matte ni agak kering n ia lagi long lasting dari jenis kilat ala watershine atau gloss

Apa di dalam bag?

Biasanya ni la yg ada dlm beg. Dah tak pakai dah bag make up sebab slalu je tertinggal dlm kereta la ...terjatuh la...tertinggal kat opis la. So sekarang konsepnya lambak je semer dalam beg. Baru la bila phone bunyi terus gelabah celup cari phone...kadang rasa cam nak curah je semua isi perut bag tuh atas meja hahahahha

Tapi sebab brg Moon pun tak banyak ...so ok la kan .

Cuba tgk eyeshadow tuh siap ada lubang kat tengah. Tanya anak anak sorang pun tak ngaku siapa yg cucuk ngan jarum peniti .........sabarrrrrrrrrr sabarrrrrrrrrr dah terus eyeshadow mak ada fesyen lubang di tengah...abaikan yer. Bedak pun yg paling kecik n mini hahahah...sebab dah pakai BB cream si sepet kan .

Rasanya lip cream macam ni lagi selamat bagi org ada anak anak kecik nih. Sebab kalau lipstik biasa tuh mmg kadang nak nangis pun ada. Bukak bukak tgk ada kesan org cucuk jari dalam tuh. Kadang ada yg tutup terus n jadi penyek lipstik.  Ngadu kat laki..sekali laki kata napa tak simpan elok elok . So tell me nak nangis ke nak gelak je. Nih dah pakai yg cam ni senang tutup je ketat2. Kiranya selamat la dari si kecik Sarah tu

Buat masa sekarang baru ada 2...Fuschia n Nude . Rasanya lepas nih kena beli yg Party plak. Tak berani nak cuba candy sebab cam pink sangat n mak yg tak beberapa nak cerah ni mmg tak pernah pakai pink. Nanti kalau jumpa 3 org tuh nak try la test pakai ipink tgk elok ke tak hahahha.

Fame ni baru keluarkan 5 warna tapi dia punya laju jual tuh mmg kalau goreng pisang Kak Jah . Baru stok terus besok sold out...amboiiii laju bebenor. Moon beli 2 pun dah gelabah up kat FB bagai kan....ada org beli semua kaler hahhaha rilex je. Ramai make up artist yang beli lip cream by fame ni. Sebab mmg tahan lama n senang nak pakai.


Ha ni la 5 warna tu .. Moon tak berani nak amik gambo bibir aja. Bukan apa kang nampak segala misai misai manja makkkkkkkkk auwww

Kalau korang berminat ke atau nak order ke ...just pergi kat page dia org kay. Jangan order ngan Kak Moon plak. Last time ada 2 3 org pm nak beli ...hai awak awak .

Kalau ada rezeki korang sempat la order. Kalau habis better pre order terus sebab mmg laju sangat matte lip cream by FAME ni habis.

Facebook : Fame Cosmetic HQ 
atau kacau je Filla , Elly atau Peej

 Nak pakai ikut korang la ya, Nak pakai tebal atau nak pakai nipis...sebab warna dia sangat terang n pekat so dengan harga tuh mmg berbaloi baloi n mampu milik.

Matte ni lama lama dia akan jadi kering tau

So kalau sesiapa yg bibir selalu kering n kuping2 tuh better sapu lip balm dulu  bagi lembut n moist dulu...lepas tuh baru sapu lip cream ni

kalau nak sapu lip glos kot atas pun boleh jugak. Ikut kegemaran masing masing

Tapi jgn pakai banyak2 kang senyum terus semua gigi depan jadi merah hahahahhahahah jenuh la nak jilat gigi ekekekkeke

Walaupun ia matte n tahan lama, kalau nak sapu buang pun ok n tak susah sangat. Kalau cuci muka n basuh ngan air , lepas tu lap ngan tisu mmg semua keluar. So far Moon pakai ok n senang je tanggal kalau kita nak solat.


Ni je gamba yg ada n snap sendiri. Masa ni pakai Fuschia. Overall puas hati n suka ngan matte lip cream by Fame ni.


ni gamba yg jelas sket tunjuk perbezaan matte n cream biasa



gloss n lipstik kilat

lip tint

Lip Balm


wahhhh terus semua jadi pandai pasal lipstik ...syabasssssssssss hahahahhaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...