Tuesday, June 21, 2016

menu berbuka

Moon mmg jarang nak share menu berbuka ( tapi suka tgk menu berbuka orang sebab nak jadikan sumber inspirasi chewahhh ) hahahahh kali ni nak share juga sebab ni la lauk fav kids kat umah ni. Kalau masak ni memang menambah la nasik ( tapi kalau masak lain pun menambah juga ahaks )


ni bukan gulai atau rendang ye. Tiada sebarang rempah kat dalam ni n nak masak pun senang. Nampak macam misti cerewet nak masak ni....padahal main campak campak aje.

Akak ibu bekerja...balik kije amik anak anak kat nerseri lepas tuh balik nak berkung fu kat dapur lagi...so kita pilih menu simple n campak campak. Siap masak awal n hidang awal atas meja, boleh la duduk hilangkan lenguh sementara nak berbuka puasa.

Tak tahu apa nama masakan ayam ni hahahha sebab biasa anak anak mmg suka ayam masak merah, tapi ni campo santan.

Ayam masak merah bersantan la kiranya

Ayam
Bawang merah blend
cili boh
serai 2 btg
halia sket
halba
asam keping

Cara Cara

1- tumis bawang blend agak agak 1 senduk ngan cili boh setengah senduk. Kalau nak pedas boleh letak lebih. Moon suka letak lebih sket sebab nak ada kuah2

2- masukkan serai yg dah dititik bersama halia sket. ( boleh juga nak letak daun limau purut kalau suka. Kadang kadang Moon letak...kadang kadang tak. Kali ni tak letak sebab malas nak keluar kat belakang amik daun limau purut )

3- bila semua dah pecah minyak masukkan ayam. Biar ayam masak n mesra gitu

4- lepas tu masukkan santan , biar mendidih . masukkan halba sket nak bagi wangi semerbak dan jgn lupa asam keping

5- masukkan garam n gula. Rasa dia akan masam, manis, masin n lemak lemak. Since lidah ni nak gaks pedas, maka Moon campakkan sekali cili padi 4 5 biji. So bila makan nanti ley kenyek cili tuh hhahhahaha alamak tetiba basah plak mulut ni


makan ngan nasik panas panas, lembek lembek sket mmg makan pejam mata u ols. Mek Sarah kalau suap nasik lauk ni memang 2 kali la dia menambah.

makan ulam ngan kacang botol pun sedap ni ...tapi kacang botol kat kedai tu kemain la tua...rasanya kalau gigit...serat / sabut dia je yg banyak. Kacang botol ni kalau dapat yg baby n halus halus tuh baru la sedap kan.



Ni saja buat tambahan lauk. Tauhu lembut  goreng lepas tuh gaul ngan sambal. Sambal ni adalah stok last dalam peti ais. Moon mmg buat lebih n simpan 2 3 bekas dlm peti. Kalau nak cepat panaskan sambal tuh n campak je udang ke....sotong ke...atau goreng ayam je . Ada sikit je balance ....so gaul je la semua sekali n habis kan baki terung dlm peti. Asalnya beli terung bulat tuh konon nak masak kari la apa. Sudahnya terlupa sampai ke sudah. Bila selongkar peti nampak ada 3 biji tersorok belakang plastik. Apa lagi potong2 n goreng kejap bagi layu n gaul je sekali

tu je la menu berbuka yg simple. So far masih belum ke bazaar ramadhan yg besar tu. Takat beli nasik kerabu kat tempat penjaja dekat umah ni je. Tu pun sebab sampai umah dah 6 30. Ngan nasik belum masak,,,,ikan keras kelengkung kelengkung dlm peti.

Skrg dah kurang minat nak berjalan sepanjang bazar Ramadhan. Sebab dah tahu diri ini akan terjebak membeli macam macam sudahnya membazir tak habis mkn .

So u ols boleh la cuba masak ayam santan tuh ...kalau dlm peti ice korang ada ayam ada santan. Ha menu malam ni boleh masak




suka makan biskut Mak Andak


Seperti tahun tahun yang lepas, kali ni order lagi biskut ngan Haizan. So order nya kena banyak kali sebab sekali harus la sebelum raya utk buat kunyah kunyah waktu malam atau masa sahur hahah.

 Order tart nenas n biskut fav ...biskut coklat by Mak Andak

 Sonok duk tgk TV sambil kunyah kunyah ...krup krap krup krap

bahaya kalau duk pegang balang ni sebab kadang tak sedar berapa keping biskut masuk dalam mulut . So sahur pagi tadi sempat la makan biskut coklat ni.

Memang balang tuh ada atas meja n tak simpan kat dapur

 Masa semua duk siap siap nak angkut beg masuk dalam kereta semua...si kecik ni nangis. Suh Abg Isk je gie amik dia kat atas. Mata duk pejam lagi tapi mulut duk cakap nak ikut abang gie sekolah.

Skali dia nampak balang biskut coklat ni atas meja. Apa lagi ...terus cakap nak

Adik ............apa ni , muka lom basuh terus makan biskut. 

Pegang 2 keping terus biskut kat tangan. Amboiiiii

masuk kereta pun ada lagi 2 keping dia pegang. Haizan oooh Haizan....anak anak suka benor biskut ni. Tahun ni akak kena order lebih la nampaknya

Haizan kata sebab anak Kak Moon suka sangat , jadi dia nak bagi diskaun khas buat reader blog ni. U ols happy tak

 Chocolate Chip RM20 (+/- 50pcs)

Khas utk reader Moonpunyerblog ianya RM16 only 
(diskaun RM4)
make sure utk mention kat Haizan , u ols dari Moonpunyerblog tau. Baru la dpt harga special


CARA MEMBUAT ORDER



1) BUAT PESANAN :-



SMS/Whatsapp No. - 0193920057

FB/IG : Haizan Qaseh

Email : zara.haizan@gmail.com



inform Jenis Cookies dan Kuantiti
MAKLUMKAN TARIKH PENGAMBILAN COOKIES -  SELF PICK UP 


LOBI MENARA TM  



ATAU



SEKSYEN 19 SHAH ALAM (BERDEKATAN DENGAN SEKOLAH RENDAH)



ATAU 



BANDAR PUTERA 2, KLANG
Ada juga biskut lain yg menarik, antaranya :
  Sampan Traditional Cookies RM 25 (+/- 45pcs)

  Popia Simpul RM 23 (+/- 500gram)

  Flower Tart RM 28 (+/- 50pcs)
Tart ni Moon dah rasa juga. Memang melts in your mouth n jem tuh pun tak terlalu manis. Kawan kawan yg kat Menara Rebung, ley order n COD je ngan Haizan


Friday, June 17, 2016

Tarikh tukar duit raya 2016

Kebiasaan nya Moon slalu terlepas tukar duit raya hahahah. So kali ni nak prepare sket ...

Ni adalah tarikh tukar duit raya utk area Putrajaya dan Cyberjaya. Tq and credit to Ima sebab Moon amik ni dari blog dia

So boleh la buat rujukan k u ols

Bank di Putrajaya n Cyberjaya


Bil.
Bank
Tarikh Mula Pertukaran
Duit Raya
1.     
BIMB Putrajaya
20 Jun 2016 ( 9.00am – 2.00pm)
2.     
BIMB Cyberjaya
16 Jun 2016
3.     
Bank Muamalat
13 Jun 2016 (pemegang acc sahaja)
4.     
Maybank Berhad
20 Jun 2016
5.     
AMBank
21 Jun 2016
6.     
CIMB
20 Jun 2016
7.     
Public Bank
20 Jun 2016
8.     
Bank Rakyat P.8
………………..
9.     
Bank Rakyat P.15
20 Jun 2016
10.  
Bank RHB
………………..
11.  
BSN
Belum ada info
12.  
Hong Leong Bank
24 Jun 2016
13.  
Affin bank
20 Jun 2016































Cepat nye la kan. Ni dah masuk minggu ke dua. Baju raya apa semua lom cari lai lai lai lai 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...