Tuesday, July 12, 2016

mana entry raya

Assalamualaikum

Napa pagi pagi dah ngantuk tu .....hahahhahah

U ols harap bersabar ya. Akan Akak update cerita Raya...ni baru je terhegeh hegeh nak upload gambo ke laptop. Lepas tuh baru perasan napa tak banyak gambar hahahha

Im so busy tau u ols. Tak sempat nak pegang kamera bagai. Dah balik ke rumah dah busy nak kosongkan beg, basuh baju kotor n siapkan baju baju sekolah anak anak plak ...phewww lap peluh yg menitik nitik .

Moon beraya kat Taiping...tapi kita org malam Jumaat dah balik Taiping. So sempat la berbuka puasa 4 hari kat sana. Awal kan balik sana hahahhaha

Nanti akak citer ya u olsssssss sementara tu ley la jenguk blog blog lain dulu....lepas tuh petang2 atau malam malam sket ley jenguk blog akak k

hiksssssssss

Tuesday, June 28, 2016

Pasang katil

Hari tu ada ke IKEA. Asalnya nak beli rak utk letak kat dapur je. Tapi ternampak plak katil single ni offer so terus bgtau Pak Sutan. Alih2 dia kata beli je la ...kalau tak dlm bilik Yaya ada 1 katil aje. Sarah tidur atas tilam kat lantai

Masa mula mula kita org masuk umah kan...kat area Salak Tinggi ni ada 1 kedai barang 2nd hand tau. Masa tu murah sangat...katil single dalam RM50 je 1. So kita org beli la 2 konon 1 Isk 1 utk Yaya. Tilam pun beli tilam 2nd hand yg hostel tu. Weyyy sedap tau tilam hostel sebab dia ala latex...cam tilam hosp pun sedap juga kan. Kita org beli 5 kot tilam tu hahahah. Masa tuh satu RM20 je pitam tgk harga. Terus sawan nak membeli kat situ. TAPI kedai tu dah tak ada dah.......kita org beli pun 6 thn lepas hahahha

Yer la dah masuk umah banyak pakai duit. Bila dah masuk umah nampak gondol2 plak kan. So brg 2nd hand pun ok apa. Tilam tu kita org pilih yg nampak elok n bersih. Owner tu kata ni tilam asrama yg ditutup. Since nampak baru maka kita org beli la ....la la la la


Lama kayu katil ni duk tersadai kat bawah tak pasang2 lagi. Nak cakap banyak banyak kali kat Pak Sutan nanti kang dia tak suka plak. Hari tuh pun dia dah pasangkan side table n rak kat dapur. So ni Moon pasang sendiri slow slow. Barang IKEA ni kalau ikut step dlm buku dia mmg tak ada masalah. So pasang pelan2.


So katil ni akan ada 2. 1 utk Cik Yaya n 1 utk Cik Sarah


ni la rupanya bila dah siap pasang. Moon pasang 1...n 1 lagi Pak Sutan pasangkan. Dia kata Moon neh tak nyempat nyempat ....hikssssssssssss

Since Cik Sarah tu tido kemain la berpusing 360 darjah...maka kena letak tilam kat tengah2 tu. So kalau dia lasak sangat tido , jatuh pun atas tilam kan.

Jap ....nak cari mana gambo harga katil ni...hari tuh ada snap. Jap ekkkk, dalam RM149 satu kalau tak silap

kekembungan

Ada ke ayat kekembungan ni ek hahahah

Semalam mmg sakit yg amat perut ni. Alhamdulillah hari ni ok sket tapi still duk rasa senak senak. Semalam dah macam ngandung 5 bulan. Pergi klinik pun misti org ingat nih dia dtg utk checkup ibu mengandung ni hahahah. Dengan jayanya la doc ketuk2 n tekan tekan perut...nasib la masa dia tekan tak sendawa atau teruk lagi....terkentut

Tq semua yg share mcm mcm petua. Akan akak simpan ketat ketat petua tu semua

Moon start kembung n tak sedap perut since Jumaat. Mungkin sebab minum jus tembikai waktu berbuka dengan jayanya. Air tembikai blend sejuk sejuk mmg sedap hokey.........lepas tuh mmg 'sedap' betul la perut ni kan

Yg menarik perhatiaon sgt adalah bila ramai tag suh tgk iklan kat bawah ni...tergelak besar akak tgk u ols


semalam akak kena gastrik u ols 
Tapi doc mmg siap tanya ...kentut tak. Berak macam mana. Najis pejal ke cair semua dia tanya u ols 
...akak bgtau la...saya macam cerry berry doc. 
Tapi mmg prune ni bagus hokey...kalau makan mmg besok terus ke jamban
Tq semua sebab caring sgt ,,,,mmuah. Love u ols
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...