Thursday, August 18, 2016

Badminton Olimpik Rio

Semalam mcm nak sesak napas tgk badminton. Mmg duk tunggu dari game Dato Lee Chong Wei. Lepas tu hampir nak terlena dah tunggu...tapi gigih la tahan mata. Pergi sapu dapur semua sebab nak bagi hilang ngantuk.



Beregu Campuran Malaysia iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang dapat pingat Perak. Tahniah buat anda sebab membuat 1 Malaysia berasa happy dan bangga dengan anda. 

Mmg pasangan Indonesia bermain dengan amat baik sekali dan terus menyerang sehinggakan pasangan bergu negara kita agak sukar nak dpt mata. 

Moon bila  Indonesia dpt point cam org gila jap ckp sorang sorang ...its ok its ok Malaysia .  Lepas tu tgk Liliyana Natsir tu Moon plak yg takut. Mmg nampak mata dia membara u ols. Pantang bola sampai kat net je terus dia zassss pukul bola. 

Kita tak tahu mcm mana pressure nya Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying masa tu. Nak kumpulkan balik kekuatan dia org.

Dia org masuk Final pun kita dah kemain happy. Tak kisah la dapat perak ke emas ke....Malaysia, standing in the eyes of the world 

Semua org pun tak sangka dia org boleh pergi sejauh ni.

Ok , selepas ni kita tunggu game Goh V Shem dan Tan Wee Kiong serta Dato' Lee Chong Wei plak. Dah la bertemu ngan musuh tradisi...nerves plop tgk game ni 


Sama sama kita teruskan memberi sokongan buat atlet atlet kita.

tapi sedikit hampa bila tgk paper hari ni , bukan hampa ngan pemain tau

 tajuk sangat gempak hahahhaha tapi mcm ...ermmmmmmmm

Dia org bukan kalah pun...


oleh sebab tu, saya gi baca paper yg tajuk positif sket supaya aura positif masuk hahahaha







Tapi bila Moon peratikan ramai yg membela atlit kita di Rio kerana tajuk mcm ni. Ia menunjukkan kita sangat bersatu hati n masih membela antara satu sama lain. Semangat cintakan negara n kekitaan itu masih wujud menebal dlm diri masing masing tanpa mengira bangsa. Ini lah hikmah dari tajuk yg kita nampak tidak sedikit cantik dari Kosmo. Sukan menyatukan kita semua

Tahniah Kosmo sebab anda berjaya buat rakyat Malaysia bangkit n pertahankan nama Malaysia

Ayuh Malaysia...sempena bulan kemerdekaan ini. Pupuk la rasa cintakan negara dan banggalah dengan bumi Malaysia ini

Tuesday, August 16, 2016

Bawal Power Sempoi Cyberjaya

Ni la antara port makan best di Cyberjaya. Mmg dari dulu sampai skrg mmg sama je rasa dia ...skrg makin femes n ramai org dtg sini semata mata nak makan ikan bawal goreng ni.

Ada macam macam....ada ikan keli, ikan siakap dan ikan talapia goreng. Pair plak ngan air asam, sambal belacan n kicap cili....serta ulam ulaman....mmg lepas mkn tu, u ols bawak kereta balik opis tangan kiri je pegang stereng. Sebab tangan kanan duk melekat kat hidung hahahhahahah

 Nangis kalau ada sesiapa terlanggar susunan ni ...harus kena sumpah 3 keturunan hahhahah

tgk la ....mmg termenung kejap tgk ikan ikan ni semua. Konpius kejap nak amik ikan apa ...

Ikan keli set RM7 - 8
Ikan Siakap set RM 15

Ikan Talapia ( lupa nak tanya )

Sotong set RM 13

harga kalau ada +  - tu maafkan akak yer sebab akak hanya tanya sekali lalu dan tak kuarkan buku n pen utk catit harga muahahahhah

Ni menu minggu bila tah...masa ni amik sotong goreng. Pun sedap juga u olssssssss .



Tadi pergi lunch awal sket sebab perut dah berkeroncong. Pagi tadik makan kemain la awal sekali ngan anak anak nak gie sekolah.

Tapi kat opis pukul 12 l dah lapar sangat dah....telan air setengah liter pun masih lapar acaner. Terus kenyit kenyit mata kat Pak Sutan ajak pergi makan. 

Sampai kat Sport Arena Cyberjaya ni terus bau sotong bakar. Akak perati je abg tu panggang sotong ni hahahhaha. Lepas tu blur kejap sebab tak dapat nak decide nak makan sotong yg tgh bergolek atas pemanggang tu atau nak amik ikan goreng krup krap krup krap tu .

Tapi u ols tgk la sotong tu gebu gebas u ols....siap ada sos plak disiram atas sotong. Terus akak decide amik sotong la

nindiaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sotong bakar gebu dengan air asam banjir satuuuuuuuuuuuuuu

Letak plak ulam daun selom , daun salad n pucuk ubi rebuih...nangis hokey. Nangis sebab pedas pun ada ...habih merah muka ....berair mata n pakej nak meleleh air hidung makan ni. Lom lagi ambil kira peluh yg mengalir kat belakang kepala ni u olsssssss mmg nikmat

Kalau u ols still tertanya tanya kat mana tempat ni just type je Sport Arena Cyberjaya kat WAZE mmg ley jumpa. Atau google pun boleh nampak



Nak masuk dlm ni kena bayar parking RM1 ok

Waktu operasi : Isnin sampai Jumaat
Facebook : Bawal Sempoi Cyberjaya 

Ni dah balik opis dah 3 kali cuci tangan ngan sabun....still duk bau air asam ni kat tangan....aduiiiiiiiiiiii

So tadi makan ikan keli set dan set sotong = RM 20
Air Teh ice and teh o ais limau = RM 3.70
+ tudung bau asap
+ bau kat tangan susah nak hilang
= semuanya PRICELESS sebab mmg berbaloiiiiiii


Friday, August 12, 2016

Lunch di Saaba with Talib n Baqis

2 hari lepas keluar lunch lambar sket. So mcm blur tak tahu nak makan apa. Macam ni la kalau dah lama sangat kat Cyberjaya ni. Walaupun kedai makan merata rata kadang tiba masanya tak tahu nak decide nak makan apa.

So rasa mcm nak makan kat Saba. Pak Sutan kata, kalau ada parking, kita makan kat situ. Kalau tak ada, kita pergi kat lain je. Ok set la

So nasib baik ada parking tak jauh dari Saba....so kita lunch Saba la ya

 Moon order chicken shawarma sebab konon nak makan yg light light...konon la kan. Padahal kalau dtg Saba, yg ni je Moon selalu order. Sebab rasa puas je. Skrg dah RM16.90 sepinggan ni.

Moon paling suka makan ni sebab boleh koyakkan roti n celup dalam sos putih rasa bawang putih tu n makan sekali ngan ayam yg juicy tu n amik sayur sket....sos cili dilupa jangan. Hahhahah kita ni pantang nampak fries misti nak cicah ngan sos cili kan ( akak la tu hahahha )

Kalau ada tomato yg blend ngan cili  tu pun best . Since Pak Sutan makan Chicken Kabsah, maka boleh la paw dia nyer tomato tu hahahha. Best sebab ada rasa pedas pedas cili padi. Very the fusion sgt hahahhah ikut selera tekak sendiri.

Masa baru duk makan ni tetiba nampak 2 wajah yg sangat dikenali ....duk berjalan nak dtg ke arah Saba. Muka kemain berkerut sebab panas. Rupanya ia adalah Talib n Baqis hahahhaha tak sangka dapat jumpa

Baqis gie buat IC kat Putrajaya. So sementara nak tunggu IC siap dalam masa 2 jam, dia org dtg ke Cyber utk makan kat Saba. Mmg rezeki la dapat jumpa dia org. Terus la lunch sekalik

 Sempat la sembang2 n borak borak tanya pasal Rafiq. Hari tu dia org bawak Apik g berubat kat Melaka.

Rasanya Moon lom cerita lagi kot pasal Rafiq. Rafiq acctually di diagnose ada Autism. Mild Autisme....more on speach. Sebab tu dia lom boleh bercakap sangat lagi n apik dah umor 5 tahun. But lately Apik dah start cakap dah sket ....good job Apik and good job mama n papa Apik.

Yes its not easy after yg Talib had gone thru kan. Even kami yg perasan condition Apik ni pun amik masa juga utk convince kan Talib serta Mama utk terima keadaan Apik. Umi la yg perasan dulu pasal keadaan Apik. Dia nampak Apik main tak macam anak anak lain. Dia suka susun barang sebaris je...kalau kita panggil dia langsung tak pandang. Dia tak suka bergaul sgt ngan org n banyak lagi Umi perasan.

Masa Apik umor setahun lebih n masa tu mama yg jaga. Mmg mama bawak Rafiq gie speach theraphy . Sebab kalau kita perasan skrg ni dalam buku pink kita kena monitor perkembangan anak anak . Kalau ada delay ke apa kita kena cepat2 mention pada doc kita.

Cousin kita org mmg guru sekolah khas. So masa sembang ngan dia kita org bgtau la Rafiq ni mcm mana. Dia mcm lain sket ...n mostly org kita akan kata dia ni a bit "nakal" but he is not, dia cuma tak paham apa yg kita ckp kat dia . Moon pun duk follow cerita anak Fyn Jamal n nampak banyak persamaan Rafiq ngan Arjuna. Moon start la cari Syeerah mama Lana. Sebab Syeerah mmg rajin share pasal perkembangan Lana. Takyah Moon bg penerangan apa pun, Syeerah terus boleh tangkap apa yg Moon nak tanya. Syeerah la yg suh Moon cepat2 bgtau Mama n Talib utk bawak Rafiq utk di diagnos kat NASOM. But belive me its not easy utk convicekan someone yg baru je kehilangan isteri utk terima pasal anak pula ya....kita tak tahu betapa geloranya dalam dada dia.

Alhamdulillah rupanya perancangan Allah tu sangat cantik . Lepas Talib kahwin, Baqis banyak terima pasal ni. Mama banyak ckp ngan Baqis utk Baqis talk to Talib. Lama kelamaan dia org manage utk bawak Rafiq ke Nasom...masukkan dia ke theraphy and many more . Apik sgt sgt boleh terima Baqis n lagi dengar arahan ya. Good job Mama Baqis.

So bila tgk Rafiq mmg dia banyak sgt improve. Kalau tak dulu mmg dia tak duduk diam...lari sana sini...lompat lompat n steaming. Tiba tiba dia gelak happy semacam..kalau Isk Yaya ajak main sama sama pun dia tak mo. Tapi dia mmg suka kena geletek.

Now dia lagi calm...kalau panggil dia pun dia dah berpaling...ada good eye contact. Pandai mintak apa apa dia nak . Dah boleh salam ngan kita boleh kiss. Takda dah lompat2 n ketawa tiba tiba...wow mmg nampak perkembangan dia

But usaha ni kena berterusan. Biasanya Baqis akan bagi update kat group apa Apik buat kat sekolah. Dia manage utk buat aktiviti yg cikgu bagi. No more tantrum....and update dr Baqis sgt detail sampai lepas kita baca tu kita puas...ok tak ada soalan. Kalau tanya kat Talib ...jawapan dia pendek je....ok je. Kita plak yg apa ni ...apa terjadi ...hahahhahah biasala lelaki malas nak citer panjang2.

Sebenarnya ada banyak sangat benda Moon nak share tapi nanti nanti la. Kang panjang berjela plak entry ...So kalau ada u ols yg ada anak condition sama macam Apik. ..please do share with us ya. Semua recomendation n sharing adalah amat amat membantu. 

Baqis wrote such a beautiful entry ...boleh baca kat Blog Baqis. Baqis hi 5 sket sebab Baqis dah create blog....akak peminat blog Baqis tau

Entry utk Abdul Rafiq 

Org misti kata mana mungkin anda boleh menyayangi anak org lain...anak yg bukan anda lahirkan pun. But believe me ...jgn kita duk amik kesah cerita pasal mak tiri anak tiri bagai yg few cases shj.... sebab ada beratus lagi yg ok yg kita tak minat nak amik tahu ....betul tak. Saya membesar dlm family yg campur campur n I know how my mom layan anak anak dia tak kira anak betul atau anak tiri....so yeahhhh think +ve people.

Ooooo panjang nye cerita hahahhahahha asal wat entry makan je kan but ....siapa boleh tahan once jari nak menaip ( sila bayangkan mulut akak muncung2 sambil geleng2 kepala sambil bercerita kat u ols k ) So hari Jumaat yg mulia ni sama sama la kita doakan agar dipermudahkan utk Rafiq ya....nama glamer dia Apik Boccehh

ok satu pose menggoda dari Rafiq satu...apik bam bam masih maintain ke bam bam dia .. menjaga budak mmg susah but I know Talib n Baqis adalah gabungan yg mantap utk bantu Rafiq...kita org semua get ready utk u ols k. We did it once and Im sure this time will be easy. Dont give up ya 

Acara disudahi dengan Talib ajar abg dia install Pokemon Go hahhahahahah. Dia org pun nak cepat sebab nak g amik IC yg dah siap tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...