Wednesday, February 01, 2017

Surat beranak hilang

Surat beranak anak anak hilang, jadi kena la ke JPN buat baru / salinan surat beranak.

Berhari hari la Moon mencari mana perginya file tu . Tak jumpa jumpa....terus rasa diri ni sangat clumsy sebab mmg tak ingat langsung letak kat mana.

Since dah nak masuk sekolah, mmg perlu salinan maka gigih terus pergi ke JPN. Susah hati sangat bila tak ada surat beranak budak budak ni .

Moon ke JPN Putrajaya. Untuk surat beranak , terus naik ke aras 3 ya

Mmg besar la JPN Putrajaya ni

 Pergi ke kaunter Informasi untuk dapatkan borang

1 salinan surat beranak dikenakan caj RM5 sekeping. Since 3 surat beranak hilang, RM5 x 3 = RM15 akan dikenakan. Bayar masa submit form.


1 borang untuk setiap anak. Maka isi la 3 borang. Kalau kita ada simpan nom surat beranak anak, boleh isi terus . Tapi bila masuk nom IC pemohon, JPN boleh detect dah, nama ibu atau ayah.

Mmg cepat sangat dan mudah je. Kita org tak sempat isi form, nom dah kena panggil dah. Sebab ada banyak sangat kaunter. Nanti lepas dah submit form kat kaunter 1 atau 2, bayar RM5 sekeping salinan surat beranak. Nanti dia akan suruh tunggu kejap n panggil nom kita semula. 


Tunggu pun tak lama ...dalam 5-10 min kot . Lupa sebab mmg tak lama  hahahah terus kaunter 4 panggil balik untuk kita ambil salinan surat beranak. Sekarang kan pakai sistem je kan. So nampak cam mudah je dia org key in n print terus kat printer. 

So kalau surat beranak hilang atau musnah, dont worry sebab anda boleh dapatkan salinan dengan mudah kat JPN. 

Boleh refer ke laman web JPN

oh ya , yang boleh buat salinan ni adalah ibu atau ayah anak . Jika surat beranak tu hilang n anak dah ada IC sendiri, maka dia boleh pergi buat sendiri ( tapi mak ngan ayah juga kena bawak pergi JPN kan... hahah so baik mak ngan ayah je buatkan . Kecuali la kalau anak dah besor panjang )

Kalau buat salinan surat beranak untuk anak, tak perlu pun bawak anak ke JPN...mak atau ayah saja pun dah cukup.  

Charge sama je...kali pertama ke, atau keli kedua ke , caj nya tetap sama RM5. Bukan macam IC kalau hilang banyak kali, dendanya meningkat

Friday, January 20, 2017

Sale Langsir di Sarah Hughes Globe

Assalamualaikum ,

Bagi yg follow page Miera301 at Sarah Hughes Globe pasti dah tahu pasal tarikh sale ni kan. Ni nak share kat blog plak. Dah draft n schedule tappi tak kuar plak sebab akak silap letak tarikh hahahah.

ok akak ketuk ketampi 10 kali

ok ni posternya ya u ols


merah menyala gitew poster akak kali ni sempena nak sambut Chinese New Year kan ....hikssssss


Naik terus ke Lvl 7 kay.


 Sale ni 3 hari sahaja tau u ols. Boleh datang bawak kawan kawan n sedara mara dtg intai intai kain. Kalau ada yang berkenan boleh terus beli ...

Harga kain bermula dari RM 5 ya u ols . Ada pilihan utk semua budget anda .



Tuesday, January 17, 2017

soalan mengenai suami anda

Nampak adik ipar kiter Baqis buat ni . Rasa cam menarik je kan . So nak buat jugers la  . Kalau kat FB cam kena tulis pendek je kan. Kita buat kat blog sedap sket nak menulis panjang panjang.

Sejauh mana anda kenal suami anda? Copy, paste dan jawab semua soalan.
Tag nama suami dan biar dia nilaikan jawapan anda

1. Dia duduk di depan tv, apa yang ditonton?

Bukak channel sukan . Lepas tuh bukak channel movie . 


2. Korang keluar makan, dia order makanan apa?
Ada musim juga ni. Ada tiba musim dia akan order nasik goreng pataya je . Ada musim nasik goreng USA je ...ada musim nasik goreng patani je. 

Kalau kat kedai mamak, misti order roti banjir 1, dal kari sambal takmau

Kalau kat kedai Ummiza, mmg dia akan amik ikan keli sambal hijau aje manjang. 


3. Makanan yang dia tak suka.
Susah nak jumpa yang dia tak suka ni . Haaaaa makanan atau apa apa sambal yang ada letak belacan. Satu lagi kalau inti karipap ada letak udang kering . Tu dia mmg sakit hati kalau gigit gigit karipap rasa udang kering. 

4. Korang keluar makan, dia order minuman apa?
Kopi ais atau teh ice. Tapi mmg akan 2 gelas punya. Sebab 1st minum masa makan ...segelas lagi lepas dah siap makan .
 
5. Jenis muzik kegemaran.
Ni mmg dari couple sampai la sekarang mmg lagu hindustan la . Kalau time dia drive mmg layan je apa lagu dia nak dengar. Siap download apps lagu lagu hit Bollywood lepas tu sambil drive, sambil layan lagu n sambil nyanyi sekali. Ada hari mood dia bagus siap goyang2 bahu hokey. 

Radio fav dia Light n Easy. Lagu lama lama oldskool

6. Hobi atau dia suka mengumpul apa?
apa ek hobi dia. Yang perasan , dia suka kumpul cawan kat luar umah aje hahhahahah ( sebab dia suka lepak kat kerusi di luar...sambil minum air . Lepas tu dia je masuk dlm umah n cawan semer duk kat luar. Hahhahah )

Dia suka kumpul movie kot
 
7. Makanan yang dia sanggup makan hari2.
My cooking ( matiklaaaaa org nyampah la kat akak ) sebab dia mmg kena makan la apa bini dia masak kan . 

Masakakkan mama dia yg sangat best n power. Kalau kari tu mmg tangan berbau kari sepanjang hari 

Ikan keli....ni dpt nampak pattern dia . N makanan kena ada kuah

9. Jenis pakaian yang dia takkan pakai.
seluar slack tak ada pleat ( sebab biasa budak budak body slim je pakai ) . Dia juga takkan pakai baju kemeja corak bunga bunga

10. Pasukan bola kegemaran?
Ni dari dulu sampai sekarang ...Real Madrid . Kadang Moon acah acah juga kata nak belikan Isk jersi MU ke , Liverpool ke ...Chelsea ke. Mmg dia akan reject awal awal. Anak saya pakai baju Real Madrid aje hokey . Siap kata nanti kita gi Stadium Bernabeu.

12. Sukan kegemaran?
Badmintonuntuk dia main , Bola utk dia tgk
 
13. Kamu nak buat kek harijadi untuk dia, kek apa yang kamu akan buat?
Apa apa kek pun dia makan . 

14. Apa yang dia buat sepanjang hari?
Tengok TV , tgk phone n main game tempak tembak dlm phone. Biasa kalau dia dah tahu nak buat apa dia akan buat buat tido tapi tertido sungguh sungguh ahakssssss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...