Wednesday, February 01, 2017

Surat beranak hilang

Surat beranak anak anak hilang, jadi kena la ke JPN buat baru / salinan surat beranak.

Berhari hari la Moon mencari mana perginya file tu . Tak jumpa jumpa....terus rasa diri ni sangat clumsy sebab mmg tak ingat langsung letak kat mana.

Since dah nak masuk sekolah, mmg perlu salinan maka gigih terus pergi ke JPN. Susah hati sangat bila tak ada surat beranak budak budak ni .

Moon ke JPN Putrajaya. Untuk surat beranak , terus naik ke aras 3 ya

Mmg besar la JPN Putrajaya ni

 Pergi ke kaunter Informasi untuk dapatkan borang

1 salinan surat beranak dikenakan caj RM5 sekeping. Since 3 surat beranak hilang, RM5 x 3 = RM15 akan dikenakan. Bayar masa submit form.


1 borang untuk setiap anak. Maka isi la 3 borang. Kalau kita ada simpan nom surat beranak anak, boleh isi terus . Tapi bila masuk nom IC pemohon, JPN boleh detect dah, nama ibu atau ayah.

Mmg cepat sangat dan mudah je. Kita org tak sempat isi form, nom dah kena panggil dah. Sebab ada banyak sangat kaunter. Nanti lepas dah submit form kat kaunter 1 atau 2, bayar RM5 sekeping salinan surat beranak. Nanti dia akan suruh tunggu kejap n panggil nom kita semula. 


Tunggu pun tak lama ...dalam 5-10 min kot . Lupa sebab mmg tak lama  hahahah terus kaunter 4 panggil balik untuk kita ambil salinan surat beranak. Sekarang kan pakai sistem je kan. So nampak cam mudah je dia org key in n print terus kat printer. 

So kalau surat beranak hilang atau musnah, dont worry sebab anda boleh dapatkan salinan dengan mudah kat JPN. 

Boleh refer ke laman web JPN

oh ya , yang boleh buat salinan ni adalah ibu atau ayah anak . Jika surat beranak tu hilang n anak dah ada IC sendiri, maka dia boleh pergi buat sendiri ( tapi mak ngan ayah juga kena bawak pergi JPN kan... hahah so baik mak ngan ayah je buatkan . Kecuali la kalau anak dah besor panjang )

Kalau buat salinan surat beranak untuk anak, tak perlu pun bawak anak ke JPN...mak atau ayah saja pun dah cukup.  

Charge sama je...kali pertama ke, atau keli kedua ke , caj nya tetap sama RM5. Bukan macam IC kalau hilang banyak kali, dendanya meningkat

15 comments:

mama tisya said...

tq for info...tgh cari juga ni..mana ntah letak surat beranak...adoi...kalo tk jumpa juga , jwbnye kena p JPN la nanti

Nur Shazura said...

tq sesangat kak moon...ni surat beranak safi ngan umar pun misplace tah memana.......syukur Allah detikkan kak moon buat posting ni

Unknown said...

bole dapat hari tu jugak ke?

Unknown said...

Sis thanks sesangat...lega rasanya selepas baca entri sis ni...saya sampai menangis sakan sebab cari surat beranak tak jumpa...thanks for the info sis....

Unknown said...

thank for info

Unknown said...

Tq sgt2.. puas da cri surat beranak .. dala nk intebiu.. esok kne la p jpn ..lahaii

Unknown said...

Thnkz sesangat..jpn la esok.

MISS CARISH said...

Thank you info

Unknown said...

Sy pun tgh cari srt beranak anak ni... tq info ye😘

Unknown said...

klau dah umur 18 . then nak p jpn nak buat surat brnak baru nak kena bawak mak ayah jgk ka

Unknown said...

klau dah umur 18 . then nak p jpn nak buat surat brnak baru nak kena bawak mak ayah jgk ka

Miss Moon said...

klau dah umur 18 . then nak p jpn nak buat surat brnak baru nak kena bawak mak ayah jgk ka


" tak perlu bawa ibu bapa dah . boleh pergi apply sendiri "

Unknown said...

Sya pn kehilngan surat beranak ank..x ingat dah hilang kat mana..mujur tbaca blog ni, rasa lega sikit..ingatkan nak buat laporan lagi kat balai polis..rupanya trus ke jpn je..

Unknown said...

Tq sis.. sngat membantu.. nak nangis cr surat banak anak... huhu

Unknown said...

kalau di uuutc jpn boleh buat x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...