Friday, February 10, 2017

Homestay Dungun

Nak share something ngan u ols pasal 1 homestay yang best kat area Dungun . Hari tu ada balik ke Terengganu jap kan. So on the way back cam penat plak so singgah la kat homestay Studio Yad. Last time kita org stay kat Studio 1, lepas tu dia ada buat studio 2 plak . Kali ni Yad dah ada Studio 3 plak. Rumah yang sangat besar ngan 4 bilik.

So Yad ni sangat baik sebab dia sentiasa update kat Moon sebab katanya ramai yg baca blog Moon dtg singgah n book homestay ngan dia


Studio 1 - 1 ruang yg ada katil king, ruang tamu
Studio 2 - 1 ruang ada katil king, ruang tamu
Studio 3 - Rumah sebiji 4 bilik tidur 3 bilik air.

 Pandangan dr pintu masuk



sangat luas dan lapang...sonok budak budak ni berlari lari

 Ruang makan ada kipas, ruang tamu pun ada kipas. Budak budak ni suka duk kat kerusi tinggi ni .


Amboi ...kemain lagi Abg Isk posing ke tu . Semua nak makan duduk kat kerusi tinggi tu


Ni ruang fav mak mak la kan. Sebab bila bawak anak anak ni memang semua akan lapar aje manjang. Bila ada dapur n lengkap ngan segala periuk belanga, harus la dapat masak masak. Nak goreng apa apa pun senang. Garam gula n minyak bagai semua ada. 

Microvawe , periuk nasik n kettle semua ada. Tinggal u ols bawak bahan nak masak sahaja. Peti ice pun ada ...so boleh pergi je mana mana kedai runcit nak beli nugget ke ...ayam ke sayur ke hahahah. Mmg buat macam umah sendiri la kan hahahha.

 part ni akak suka. Sebab ada mesin basuh. tahu tahu aje la bila travel ngan anak anak, kain baju kemain berlambak. Tetiba Yaya kata suar kecik bersih dah tak ada. Apa lagi laju je mummy dia bagitau suh bawak plastik baju koto datang sini . Sempat la membasuh 1 trip. Asal nya nak membasuh suar anak aje, sudahnya membasuh macam macam. Siap pergi jemur kain ngan riang hahhaha vley...sebab masa tu panas terik. Pasti baju akan garing auw.

Bilik 1


Master Bedroom sangat la luas. Ada katil King and katil single tapi still ada ruang yg amat luas lagi kat sini . Bilik ni ada aircond dan kipas serta bilik air yang lengkap dengan water heater semua.

 bilik air master bedroom 

Bilik 2 

Bilik 2 ada katil queen dan bilik air

Bilik 3 dan 4


Bilik 3 ada 1 katil queen , Bilik 4 ada 2 katil single. Ada 1 tandas di luar


gambar dr luar rumah 


Ni alamat homestay Studio 3 tu ya 

Lot 16701 Lorong 4,
Jalan Bunga Raya Batu 48
23000 Dungun Terengganu

Boleh hubungi Yad : 019-9707878 utk booking dan pertanyaan

Facebook Page : Homestay Studio Dungun


Rate Homestay Studio 3 :

4 Bedroom
3 bathroom

Rate :
RM150 for whole house with 2 bedroom. Add RM50 for additional room
mcm family kecik kami, kami amik 2 bilik aje...tu pun dah rasa luas yg amat.


Tapi kalau u ols rasa cam besar sangat homestay ni utk 2 org aje misal nya. U ols boleh go for Homestay Studio 1 and 2. Studio 1 dan 2 ni attach ngan umah owner dan dlm pagar.


Studio 1


Boleh baca pengalaman kita org stay kat Studio 1 , boleh klik link di bawah ya. Sebab Moon ada share banyak gambar gambar 

1st time di SINI 
2nd time di SINI 

RM120 semalam


Studio 2


Studio 2 RM 110 semalam
Few gambar Studio 2 di SINI


Bagi sesiapa yang ada kenduri kat Dungun , boleh la stay kat sini
Atau sesiapa yg hantar anak masuk Uitm, Sek Sains dungun n etc pun boleh
atau yg ada urusan kerja atau jalan jalan pun boleh duk sini


2 comments:

diana aziz said...

Macam menarik je Kak Moon... Dulu sy membesar kat Dungun jugak. Rindunya dengan Pantai Teluk Lipat tu...

intanrh said...

Assalam.
Berbaloi kalau homestay macam ni, kemudahan semua ada. Puashati la. harga pun tak mahal. Dekat ke dengan UiTM Dungun tu? Tanya ni sebab senang akak nak pegi jenguk anak kat situ :)

Thx for sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...