Thursday, February 23, 2017

Ilmu yg perlu di ajar pada anak anak

Moon simpan kat blog ni sebab senang nanti kalau nak refer. Sebab secara jujurnya, Moon sendiri pun tak tahu andai kata kalau ada kematian di rumah contohnya. Kalau kita ada org tua ngan kita senang, tapi kalau kita je.

Teringat masa arwah mak meninggal dulu mmg kami adik beradik tak tahu apa . Nangis je semua bila tgk mak dah tak bernyawa. Yer la masa tu kakak baru form 5 . Dia je duk ngan arwah mak kat rumah masa tu. Moon plak baru darjah 6, adik darjah 3 and adik paling kecik setahun lebih.

Meraung la kami adik beradik...terus lari gie umah jiran sebab tak tahu nak buat apa . Terus jiran jiran dtg dan bantu .

So kali ni mmg nak bgtau kat anak anak apa dia org perlu buat. Baru last week sembang ngan kakak Moon pasal kena ada kain batik lepas kat rumah . Kena standby sebab yer la kita tak tahu kan.

Moon plak semalam tetiba napa teringat sangat sangat kat arwah Mak . Terus tadah tangan sedekahkan Al-Fatihah. Tgk anak anak plak. ...

Arwah mak meninggal masa umur 37 atau 38 tahun. Sangat muda...tanpa tanda sakit atau apa...tiba tiba je dia diambil oleh Nya. Masa tu Moon darjah 6. Sama ngan umor Isk. Tetiba terpikir ...adakah dia org akan jadi terumbang ambing cam Moon masa dulu dulu ...

Kalau la Moon pergi masa ni ...mcm mana la Isk . Yaya , Sarah n Pak Sutan semua. Bukan kata kita tak pikir.....mmg kena pikir la kan. Mmg slalu doa agar dipanjangkan umur tapi siapa kita utk tahu semua tu kan,


So ni Moon copy and paste tau

Menurut perkongsian dari Heliza Helmi, yang mana dikongsikan akan ilmu yang seharusnya diketahui oleh kita, dalam memberi penghormatan buat mereka yang telah tiada, akan persiapan yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan.

*Ilmu yang perlu diajar pada anak-anak kita*

Lepas confirm takde nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:





Kain batik lepas adalah kain batik yang belum di jahit. Biasa nya kain batik panjang dia 2 meter. My sister dia ada pergi kelas pengurusan jenazah ni n dia kata ustazah tu kata atleast ada la 2 3 helai sebab nak tutup betul2 kan.  


1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan.

2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik.

3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yg diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.

4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.
Ni mmg nampak makcik makcik jiran tolong buatkan. Dia letak jenazah atas tilam n cepat2 baringkan. Dan letak tangan dikedudukan yg sepatutnya. Kaki pun dia org ikat

6. Ambik kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat.

7. Tutup rambut dengan selendang.

8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah.

9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan

10. Dimandikan

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. *Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir*.

- Siakap Keli

Cuma masa tu masih kecik n tak tahu apa sangat. Semua plak berjalan ngan pantas. Kita plak masih belum boleh terima betul ke Mak dah pergi.

walaupun dah lama , dah 25 tahun mak pergi. Rindu tu tetap ada sampai bila bila

Moon tulis entry ni pada 2009. Tapi kalau baca ayaq mata boleh turun meleley leley ... kalau hangpa masih ada mak ayah...jaga la dia org elok elok. Nikmati la masa ngan dia org dengan sebaik mungkin sebab bila dah tak ada baru hangpa tau . Sila sediakan tisu sebelum klik link tu k .

3 comments:

Nasa Mulia said...

KIta yang baca pun meleleh air mata...berita yang tak mampu untuk didengar tapi kena bersedia..

Nurul Aziz said...

Thanks akak share ni. Tak pernah terfikir pun. Nanti nak share jugak lah

Anis Azalea said...

Thanks for sharing moon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...