Monday, February 06, 2017

Balik Terengganu adik kawen

CNY baru ni balik ke Terengganu sebab adik pompuan Moon kawen. Dia ni la yg patah tulang kaki masa bulan puasa hari tu. Alhamdulillah cepat baik kaki dia. Moon suka usik , dlm patah patah kaki tup tup dah nak kawen dah ...hahhahhaha

Tapi dia mmg cepat dpt jalan balik , sampai dokter pun terkejut.


Masa ni , Mek Sarah duk sibuk makan telor rebuih. Dia mmg pantang sket nampak telor rebus, kadang 3 4 biji pun dia boleh makan sorang. Lepas tu kalau dlm kereta dengar bunyi kentut bau telor, kita tahu la siapa yer ahahhahahah .

 Pak Sutan siap jumpa kawan sekolah dia lagi kat sini . Dia kata last jumpa thn 1997 hahahhaha lama sangat tu kan.

 Ni la Abah akak ...kecik je org nya. Anak anak semua gergasi hahhahahah. Semua ikut Arwah Mak.

 Ngan Kakak Moon dan adik lelaki Moon yg tinggal kat Terengganu.

  Bergambar ngan ibu penganten.


Ni adik Moon yg last n paling bongsu. Lepas ni turn Nisha plaks.

Sarah plak banyak kali masuk nak tgk penganten. Sebab dia kata tu princess. Dia kan pantang tgk baju kembang kembang ni. Masa ni dia dah pakai baju ala princess dah...sekali dia tgk baju pengantin lagi kembang, terus berubah muka dia hahahhaha . Siap dia request nak amik gambar ngan princess lagi hahahhaha.





Wednesday, February 01, 2017

Surat beranak hilang

Surat beranak anak anak hilang, jadi kena la ke JPN buat baru / salinan surat beranak.

Berhari hari la Moon mencari mana perginya file tu . Tak jumpa jumpa....terus rasa diri ni sangat clumsy sebab mmg tak ingat langsung letak kat mana.

Since dah nak masuk sekolah, mmg perlu salinan maka gigih terus pergi ke JPN. Susah hati sangat bila tak ada surat beranak budak budak ni .

Moon ke JPN Putrajaya. Untuk surat beranak , terus naik ke aras 3 ya

Mmg besar la JPN Putrajaya ni

 Pergi ke kaunter Informasi untuk dapatkan borang

1 salinan surat beranak dikenakan caj RM5 sekeping. Since 3 surat beranak hilang, RM5 x 3 = RM15 akan dikenakan. Bayar masa submit form.


1 borang untuk setiap anak. Maka isi la 3 borang. Kalau kita ada simpan nom surat beranak anak, boleh isi terus . Tapi bila masuk nom IC pemohon, JPN boleh detect dah, nama ibu atau ayah.

Mmg cepat sangat dan mudah je. Kita org tak sempat isi form, nom dah kena panggil dah. Sebab ada banyak sangat kaunter. Nanti lepas dah submit form kat kaunter 1 atau 2, bayar RM5 sekeping salinan surat beranak. Nanti dia akan suruh tunggu kejap n panggil nom kita semula. 


Tunggu pun tak lama ...dalam 5-10 min kot . Lupa sebab mmg tak lama  hahahah terus kaunter 4 panggil balik untuk kita ambil salinan surat beranak. Sekarang kan pakai sistem je kan. So nampak cam mudah je dia org key in n print terus kat printer. 

So kalau surat beranak hilang atau musnah, dont worry sebab anda boleh dapatkan salinan dengan mudah kat JPN. 

Boleh refer ke laman web JPN

oh ya , yang boleh buat salinan ni adalah ibu atau ayah anak . Jika surat beranak tu hilang n anak dah ada IC sendiri, maka dia boleh pergi buat sendiri ( tapi mak ngan ayah juga kena bawak pergi JPN kan... hahah so baik mak ngan ayah je buatkan . Kecuali la kalau anak dah besor panjang )

Kalau buat salinan surat beranak untuk anak, tak perlu pun bawak anak ke JPN...mak atau ayah saja pun dah cukup.  

Charge sama je...kali pertama ke, atau keli kedua ke , caj nya tetap sama RM5. Bukan macam IC kalau hilang banyak kali, dendanya meningkat

Friday, January 20, 2017

Sale Langsir di Sarah Hughes Globe

Assalamualaikum ,

Bagi yg follow page Miera301 at Sarah Hughes Globe pasti dah tahu pasal tarikh sale ni kan. Ni nak share kat blog plak. Dah draft n schedule tappi tak kuar plak sebab akak silap letak tarikh hahahah.

ok akak ketuk ketampi 10 kali

ok ni posternya ya u ols


merah menyala gitew poster akak kali ni sempena nak sambut Chinese New Year kan ....hikssssss


Naik terus ke Lvl 7 kay.


 Sale ni 3 hari sahaja tau u ols. Boleh datang bawak kawan kawan n sedara mara dtg intai intai kain. Kalau ada yang berkenan boleh terus beli ...

Harga kain bermula dari RM 5 ya u ols . Ada pilihan utk semua budget anda .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...