Wednesday, March 01, 2017

Bilik Sewa

beberapa hari lepas mmg hari yg sedikit bz dah full. Weeken hari tu gie kenduri kawen sepupu Pak Sutan. Pasal kenduri nanti akak citer next entry tau

my MIL and SIL Cikgu Aminah . Anjer anjer sangat tu kan. ...

So balik kenduri cepat2 gie pusing area Kinrara. Sebab Umi , adik Pak Sutan dapat praktikal kat skolah area tu. Jenuh mencari tapi tak jumpa. Yang jumpa pun cam horror je .

Umi dah stress dah . Sebab dia pun cuak kena mengajar budak sekolah menengah , lepas tuh bilik sewa apa pun tak ada lagi. Tu yg Moon duk up status cari bilik sewa tu. Siap mencari di sekitar area yg ada public transport. Siap kita org bawak mama n papa pusing area Giant Kinrara tu. Tgk tgk kawasan kat situ.

Tapi beberapa hari lepas dia dapat ditukarkan ke Putrajaya. Terus tersenyum je dia...so semalam sambung misi mencari bilik sewa area Putrajaya. Habis semua budak budak bujang yg Moon kenal...Moon msg tanya pasal bilik sewa. Nasib ada jumpa rumah yg sesuai n satu rumah 5 org aje.

Rupanya bilik sewa kat Putrajaya pun mahal ekkkkkkk pastu satu umah sumbat sampai 10 org. Omg

Lepas tu kan...akak ada jumpa sorang agent ni yg sangat baik n penerangan dia tip top n kampeni ni ada 31 umah sewa area Putrajaya. Tapi tak jadi amik ngan dia sebab berjaya dapat umah yang 5 org shj. Tapi kalau ada sesiapa nak bilik sewa mmg boleh call n cari dia org. Nanti akak bg k

Sebab masa dia explain sewa bilik dlm 300-350. Rumah wajib ada Unifi, dapur n tong gas...tv...mesin basuh n kelengkapan bilik tidur complete. Sabun basuh pun dia org bagi .. so for me ok la sangat kan.

Bilik Sewa Putrajaya : Facebook page
Atau office dia org at Precint 9, D1-1-1 depan tasik n depan pusat kitar semula.

So TQ u ols yang siap DM n PM bgtau maklumat mengenai umah umah sewa. U ols mmg terbaik


Bilik utk di Sewa Tmn LEP 3 Sri Kembangan

bilik nom 2 ada tilam siap
RM350
Rumah teres 2 tingkat fully furnish
Ruang tamu ada aircond
Boleh whatsapp Leya : 017-632 1689

share kalau ada sesiapa cari k



Tart Nenas Mama

Bila tengok balang tart nenas yang dah kosong tu, terus rasa nak order 2 3 balang lagi Tart Nenas Mama . Hari tu Moon ada order ngan Atie. Yer la ni semua salah Atie sebab dia sangat aktif lately duk upload gambar tart tart nenas dia yg gebu gebas inti tak kedekut.

So laju je msg Atie kata nak order tart. Since Atie dia busy maka dia suruh agent hantar kan terus ke opis Moon. Wowwwwwww  terus sampai opis. FYI agent Tart Nenas Mama ni ada serata Malaysia hokey. Mmg hebat la penangan Tart Nenas Mama si Atie ni

 Tart Nenas Mama ada 2 jenis

1 -  Tart Nenas gulung
2 - Tart Nenas Cheese

So sebab takley decide nak yang mana satu maka meh la kita ngan tamaknya order 2 jenis hahahhaha

 Gemuk gemuk kan Tart Nenas Gulung ni. Ni dah kategori TART OBES ni sebab gebu gebas inti boleh tutup kedai ni hahahhaha.

Ni masuk dlm mulut, korang takley cakap dah kalau tak bersembur2. So bila masuk mulut sila sandar kat kerusi, tutup mata n kemam hisap hisap hinga cair hahahhaha kalau rasa rajin boleh kunyah hahahha. Mmg melt in your mouth. Rasa ni la yang sama cam 3 4 thn lepas masa mula dia buat tart ni. Lepas tuh ada one time Atie ni sub kan tart ni....rasa dia lain.

Moon sebab dah biasa ngan dia mmg boleh tahu beza. Terus bagitau dia secara jujur n dia pun akui pasal tu . Biasala kan kadang air tangan org tak sama ngan air tangan kita kan. Kalau kita buat kita tak sayang bahan....kalau org mungkin la di kurangkan di sana n sini. Mujur la one time tu aje rasa lain ....lepas tu marvelous n meletop seperti biasa. Alamak terbabas cerita lain plak. Kalau nak tahu kena la tanya n follow si Atie, kisah penjual Tart

Moon rasa dia ni ada 4 kuda terperangkap dlm diri dia. Sebab dia punya ligat tu ibarat 4 horse power. Kecik kecik je org  nya tapi mmg hebat. 


Nampak tak betapa besarnya perasaan ingin tahu Kak Moon. Sebab curios berapa la size si debab ni. Kebetulan kat depan mata ada pembaris ....apa lagi . Tu dia lebar dekat 1 inch / 2 .5 cm 

Amboiiii laju je hangpa pun amik pembaris n tgk 1 inch tu besar mana kan . Tapi Moon letak cam tu je la ....tebal dia lupa plak nak ukur kan . 

Gelak je Atie tgk gambar ni yg Moon share kat IG . Memang tak pernah dibuat orang la....siap ukur bagai. Well Kak Moon awak ni mmg ada masa dtg sengal dia....mcm ni la hahhahaha 

Habis la nko Atie, nanti semua org ukur tart nko . Tapi idea original mengukur tart ni from Kak Moon kan kan kan ( nak jugaksssssssssssssss)

Kalau u ols suka Tart yg inti lebih n banyak ...u ols kena order yg roll ni sebab inti mmg meriah giler.

 Ni plak Tart Nenas Cheese....yg ni lagi bahaya dr yg roll sebab bentuk dia yang bulat akan membuatkan korang campak terus dlm mulut.

Ni rasa dia best sebab dia ada combination rasa masin dr cheese n pastry tu n selepas tu akan rasa manis bila dah sampai kat inti. Mmg best n sangat bahaya.....warning warning.....sebab korang takkan sedar tart cheese dalam tu dah tinggal separuh hahahahah.

Moon suka yg cheese ni . Ni bukak je balang kat opis mmg boleh buat member sebelah pandang u ols la . Buat muka kesian ngan harapan u ols akan bagi dia seketul dua hahahahha

ini la yang terjadi  bila 2 balang tart ada depan mata. Sambil buat kerja mata duk nampak balang tart. Lalu laju je tangan bukak balang n amik satu tart n sumbat dlm mulut. Lepas tu niat nak sambung kerja tapi sian plak satu balang tu takder orang buka hahhahahah . saiko sangat kannnnnnnnnnnnn

Ni la si Atie tu mmg kecik molek je...tambah plak duduk sebelah Kak Moon yg agam ni kan. Ni gambar masa Tart Nenas mama masuk Globe u ols . Siap Atie buatkan tart yg special request utk owner....eggless tart utk vegetarian. So , Kak Moon n Atie serta Tart Nenas Mama bukan kenal baru semalam atau 2 3 minggu lepas ya....kita org dah kenal lama dan Kak Moon adalah antara org terawal rasa Tart Nenas Mama ni ...auwwwww tetiba windu plak kat nko Atie ooooiiiiiiiii . Siap la nanti akak gie terjah KIP Mart Seremban tu .

Ohhh ya Atie dah bukak kedai khas utk jual tart aje u ols. Kalau korang masuk dlm KIP Mart Seremban tu ...n ikut je hidung korang sebab bau tart mmg harum semerbak kat dlm tu . Boleh singgah n beli dr Ati.



Harga RM 22 sebalang


Facebook Atie : Atie Baharain
Facebook Sweeto : Sweeto Pineapple Houz
ATI

📲 whatsapp 017 2011185
📲 whatsapp 017 2011185
📲 whatsapp 017 2011185


SWEETO SQUAD
Puchong - Hani Hamdan
Keramat - Azniza Ebiza
Rawang - Rozie Hamzah Hamzah
Hulu selangor - Azura Ali
Tg malim - Ct Fatiyma
Melaka - Hadijah Zainuddin
Senawang - Aqeela Sya
Johor bahru - nur Nur Faris
Putrajaya - Nor Azlin Alia
Bukit Jalil - Hazmira Omar



Thursday, February 23, 2017

Ilmu yg perlu di ajar pada anak anak

Moon simpan kat blog ni sebab senang nanti kalau nak refer. Sebab secara jujurnya, Moon sendiri pun tak tahu andai kata kalau ada kematian di rumah contohnya. Kalau kita ada org tua ngan kita senang, tapi kalau kita je.

Teringat masa arwah mak meninggal dulu mmg kami adik beradik tak tahu apa . Nangis je semua bila tgk mak dah tak bernyawa. Yer la masa tu kakak baru form 5 . Dia je duk ngan arwah mak kat rumah masa tu. Moon plak baru darjah 6, adik darjah 3 and adik paling kecik setahun lebih.

Meraung la kami adik beradik...terus lari gie umah jiran sebab tak tahu nak buat apa . Terus jiran jiran dtg dan bantu .

So kali ni mmg nak bgtau kat anak anak apa dia org perlu buat. Baru last week sembang ngan kakak Moon pasal kena ada kain batik lepas kat rumah . Kena standby sebab yer la kita tak tahu kan.

Moon plak semalam tetiba napa teringat sangat sangat kat arwah Mak . Terus tadah tangan sedekahkan Al-Fatihah. Tgk anak anak plak. ...

Arwah mak meninggal masa umur 37 atau 38 tahun. Sangat muda...tanpa tanda sakit atau apa...tiba tiba je dia diambil oleh Nya. Masa tu Moon darjah 6. Sama ngan umor Isk. Tetiba terpikir ...adakah dia org akan jadi terumbang ambing cam Moon masa dulu dulu ...

Kalau la Moon pergi masa ni ...mcm mana la Isk . Yaya , Sarah n Pak Sutan semua. Bukan kata kita tak pikir.....mmg kena pikir la kan. Mmg slalu doa agar dipanjangkan umur tapi siapa kita utk tahu semua tu kan,


So ni Moon copy and paste tau

Menurut perkongsian dari Heliza Helmi, yang mana dikongsikan akan ilmu yang seharusnya diketahui oleh kita, dalam memberi penghormatan buat mereka yang telah tiada, akan persiapan yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan.

*Ilmu yang perlu diajar pada anak-anak kita*

Lepas confirm takde nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:





Kain batik lepas adalah kain batik yang belum di jahit. Biasa nya kain batik panjang dia 2 meter. My sister dia ada pergi kelas pengurusan jenazah ni n dia kata ustazah tu kata atleast ada la 2 3 helai sebab nak tutup betul2 kan.  


1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan.

2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik.

3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yg diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.

4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.
Ni mmg nampak makcik makcik jiran tolong buatkan. Dia letak jenazah atas tilam n cepat2 baringkan. Dan letak tangan dikedudukan yg sepatutnya. Kaki pun dia org ikat

6. Ambik kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat.

7. Tutup rambut dengan selendang.

8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah.

9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan

10. Dimandikan

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. *Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir*.

- Siakap Keli

Cuma masa tu masih kecik n tak tahu apa sangat. Semua plak berjalan ngan pantas. Kita plak masih belum boleh terima betul ke Mak dah pergi.

walaupun dah lama , dah 25 tahun mak pergi. Rindu tu tetap ada sampai bila bila

Moon tulis entry ni pada 2009. Tapi kalau baca ayaq mata boleh turun meleley leley ... kalau hangpa masih ada mak ayah...jaga la dia org elok elok. Nikmati la masa ngan dia org dengan sebaik mungkin sebab bila dah tak ada baru hangpa tau . Sila sediakan tisu sebelum klik link tu k .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...