Saturday, April 15, 2017

VEET Sensitive Touch

Dekat sebulan dah Moon mencuba Veet Sensitive Touch ni and  Moon memang suka sangat sangat sangat. Akhirnya ada alat yang best macam ni untuk kita orang perempuan. Biasa lelaki je ada trimmer bagai kan. Kali ni Veet dah keluarkan khas untuk kita kaum wanita....yeyyyyyyyyy

saya suka .....saya suka.....

Jom  Moon share ngan anda semua serbas edikit pasal Veet Sensitive Touch ni n pengalaman Moon sendiri menggunakannya.


Apa Veet Sensitive Touch ni ?

Veet Sensitive Touch ni membantu kita untuk menanggalkan bulu bulu halus di bahagian bahagian yang sensitif seperti kening, kawasan bikini  dan bawah lengan aka ketiak hiksss.  Ada setengah orang memang  tak boleh nak bercukup sebab takut luka dan kadang tu lepas shave kita akan naik razor bump dimana kulit kita naik merah merah kesan luka.
 

Veet Sensitive touch
  • Cepat dan lembut : sesuai dan mudah utk membuang unwanted hair tanpa perlu takut dan risau utk dpt luka 
  • Tepat: sebab aksesori khas memang disediakan utk kita membentuk dan merapikan
  • Kalau nak cepat pun senang
  • Boleh bilas dengan air . Sebab kepala dia boleh buka untuk memudahkan kita cuci




Apa ada dlm kotak VEET?

 


 Untuk bahagian wajah:
  • 1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
  • 1 x comb attachment (2mm & 4mm) to uniform hair lenth
  • 1 x Styler cap
Bahagian badan:
  • 1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
  • 1 x comb attachment to uniform hair length
Aksesori lain:
  • 1 x Cleaning brush
  • 1 x Beauty pouch to take it with you anywhere
  • 1 x AA Battery

Ni la yang kita akan dapat. Size dia sangat comel dan senang pegang and its white and pink ...
Kita boleh tukar kepala dia untuk keperluan dan kegunaan kita. Kalau nak trim kening je kita pakai kepala yang kecik dan halus tu. Kalau kita nak trim bahagian lain mcm ketiak atau mana mana yg lain kita tukar ke kepala yg besar sket.

Yang pink tu adalah cap yg kita boleh masukkan kat kepala trimmer tu. Macam kita boleh set panjang atau pendek mana kita nak trim. So boleh dapat panjang atau pendek yang seragam gitu.



Yg best Veet Sensitive Touch ni 


First of all rupa dia sangat comel. Mmg nampak trimmer ni mmg khas utk org perempuan. Its pink and white ....macam mana anda tak boleh jatuh hati ngan warna ni

Size dia pun sangat sesuai. Sedap dipegang dan senang kita nak gengam.
 
Kepala trimer boleh ditukar tukar. Kita boleh cuci kepala trimmer tu. Kebersihan harusla kena jaga sebab ianya khas utk bahagian sensitif dan lembut juga kan .

Moon suka sebab ada attachment head yang warna pink tu sebab kita boleh pilih nak pendekkan banyak mana

Trimmer dia cuts really well. Tak rasa sakit atau macam rasa tertarik atau apa . Mula mula Moon dapat tu . Terus try kat jari la ...kat lengan la ...kat kaki ...kat underarm semer . Mmg best sebab ia trim kan . So berbeza kalau pakai pisau cukur...kita akan rasa kering dan kadang ada luka. Lepas dah cukur mula la rasa gatal. Lepas gatal kita plak akan garu sampai merah. Besoknya akan naik bump bump merah kesan razor cuts. Lepas tu garu lagi sampai luka lepas tu tinggal parut.

 macam ni kan. Ni kalau kita shave..mmg akan naik razor bumps tu kan. Well this Veet Sensitive Touch ni mmg takkan bg razor bumps sebab ia bukan sejenis razor . So ia akan trim rapat ke kulit tanpa bagi kulit luka atau merah.

Trimmer adalah 2 consist of two blades which slides across each other and when the hair goes in between them then it gets cutted.

Lepas cuba tu , Moon mmg tunggu juga keesokkan harinya. Sama ada akan ada rasa gatal atau naik bump merah...tapi tak ada . So sebab tu la Moon suka.

Ia juga cordless sebab anda hanya pakai sebiji bateri 3A.  So senang kita nak letak dlm bilik air atau bawak pergi travel. Boleh campak masuk dlm handbag aje.

Ada free pouch bag untuk kita letak semua barang dlm 1 bekas .

Boleh juga nak pakai utk rapi kan anak anak rambut , sideburn ...misai misai halus ..bulu roma atas jari atau kat ibu jari kaki tu. Apa saja la unwanted hair .

Misti u ols kata takkan semua je best ...takkan tak ada apa yg tak best pun pasal ni

ada 1 je . Veet Sensitive Touch ni bunyi dia agak kuat . Hari tu test dlm bilik air, si Sarah dah ketuk ketuk pintu bilik air tanya mummy buat apa tu ........bunyi apa tuuuuuuuuu ....buat apa tu nak tengok .

Anak akak mmg cam tu ....sebab dia dengar bunyi kuat. Tambah plak dlm bilik air mmg bergema je hahahha . But akak tgk Pak Sutan punya trimer janggut n misai dia pun kuat juga.




Tips :

  • Veet Sensitive Touch Electric Trimmer hanya boleh digunakan pada kulit dlm keadaan kering
  • Alat ni mmg water resistant tapi jangan la pakai sambil mandi ya
  • Gunakan brush kecil yang disediakan utk cuci kepala trimer tu dr bulu buluan ( hiksss )
  • bilas kepala trimer dengan air selepas digunakan utk menjaga kebersihan
  • Jangan letak badan trimer ke dalam air ( badan yg ada beteri tu )
  • Jangan gunakan bersama shaving gel atau cream ya...dry skin only

Harga Veet Sensitive Touch:

Veet Sensitive Touch dijual pada harg RM 119.00 di kedai farmasi utama di seluruh negara serta penjual melalui dalam talian 

Untuk maklumat lanjut 
VEET Malaysia


 

Friday, April 14, 2017

Print Online di Gogoprint Malaysia

Next week Moon akan ada event kat Globe. Lepas tuh baru teringat name card semer dah habis. Gelabah jugak la memikirkannya. Pastu ada nampak Gogoprint ni. Apa lagi terus la gie usha . Lepas tgk tgk terus terplace order hahahhaha.

Gogoprint Malaysia 

Ada macam macam u ols boleh tempah utk di print kat sini . Antaranya adalahseperti kat bawah dan banyak lagi. U ols boleh refer di laman web Gogoprint ya

  • Bussiness Card 
  • Leaflets 
  • Presentation Folder
  • Gift Voucher
  • Tags
  • Flyers
  • Digital Booklets
  • Table Tents
  • Sticker
  • Greeting Cards


Dlm masa 48 jam kita akan dapat kad yang kita tempah. Ni Moon sendiri test n mmg cepat hokey. Pagi pagi lagi dah ada org call bgtau your card is on the way . Kagums hokey

Moon tempah ni last week sebab nak pakai utk event ni kan. So just nice je ia sampai. Sebab ni barui 1st time placed order ngan gogoprint, Moon tak letak hight expectation sangat. Tapi bila sampai akak sangat kagums ....wow not bad. Nanti kalau name card akak habis....mmg akak akan tempah kat sini je. Takyah pening pening.

 

Cara nak place your order 

 

1- Choose your Option

Format 

nak size apa . Standard bussiness card adalah 9cm  x 5.4cm

Print 1 side atau 2 side


Yang ni Moon pilih both side . Nampak comey sket depan belakang kan hiksss

Paper Type

260 g ArtCard
310 g Art Card

Finishing

  • None
  • Round corner
  • Laminate Matte
  • Laminate Glossy 
  • Laminate Matte with round corner
  • Laminate Glossy with round corner

 2- Choose Quantity and delivery Speed


masukkan poskod kita. Sebab ia akan kira delivery semua tu


 Ni adalah my actual order . Name card, 310 g Art Card , Print depan belakang , Lamination Matte & round corner.

Moon pilih utk deliver dlm masa 48 jam.

RM 40.59 utk 100 pcs ok la kan. Terus sampai pada anda

* kalau yg biasa dlm RM20 something aje utk 100 pcs

3- Finalise your option




Design card ni Moon reka sendiri kat photoshop . Save kan sebagai jpeg semua n convert pada pdf and upload ke gogoprint.


Moon ada buat 2 jenis sebenarnya ni. So total RM 81.18 utk 200pcs

Kat sini juga anda boleh download quotation quotation semer jika anda dari company kan.


Pastikan delivery address anda betul semua . Total bayaran n proceed payment ya




selesai ...n tgu sahaja utk kad u ols sampai


amik template dr internet sahaja n edit accordingly hahahha

yg paling simple muahahha

Apa pendapat Moon tentang print online di Gogoprint 

Ia nya mudah dan user friendly

Nak order pun senang . Kita nak pilih pun senang

Sangat mudah kalau kita dah ada design sendiri. Kalau tak ada just get one sama ada hire someone atau buat sendiri macam Moon buat. Make sure design dah cantek cantek utk printing terus . Sebab bila dah ada design n soft copy, kita boleh print anytime .

Penghantaran pun cepat. Sama seperti apa yang dia org nyatakan kat web. If its 48 hour mmg 2 hari sampai kat u ols .

So Moon sangat puas hati dan boleh repeat lagi print kat gogoprint ni. Lepas ni nak test benda lain plak .







Thursday, April 06, 2017

Awana Skyway Genting Highland

Ni aktiviti masa cuti sekolah baaru baru ni . 1 day before Sarah disahkan chicken pox. So naik atas duk dlm bilik aje,,,tak gie mana pun . Jiran Moon ada bagitau, dia kata Genting skrg bosan sket sebab indoor shj. Dia pun baru balik dr Genting. Tapi sebab dah janji ngan kids nak gie sana naik cable car...maka pergi la.

Ni adalah gamba tahun 2008. Lama sangat sangat kan. Skrg jaket tu Sarah plak pakai 

Last pergi Genting masa Isk kecik lagi n Yaya umor 4 bulan. Sekarang Yaya dah 9 thn .Kebetulan mama pun ada , maka kita paksa mama naik juga ....naik Genting naik cable car.

Drive kereta separuh ke tempat cable car. Kita org ikut je banner kat jalan tu. Tempat baru cable car pun masih dlm pembinaan. Tapi boleh park kereta kat situ. Masa kami masuk parking free. Tak tahu la in the future nanti kena bayar ke apa .

 Masa ni line amat panjang tapi bergerak la . Since area ni pun masih dlm construction, ianya sedikit berhabuk n panas.

What is the price of a ticket?
For the standard gondola, tickets are RM8 per person or 5GP for Genting Rewards Card members. An express boarding pass can be purchased for RM40. For the glass-floor gondola, tickets are RM50 per person or 40GP for Genting Rewards Card members.

Yang kami naik ni adalah yg baru . Awana Skyway

 Awana Skyway 


 Masa ni mama dah cuak sangat sangat . Sebelum naik cable car ni 2 3 kali mama gie tandas buang air. Dia punya nerves tu...bila kat dlm tu langsung dia tak bergerak. Muka je senyum tapi dlm kecuakkan.


 Lalu plak atas atas pokok ni...nampak plak jalan raya n kereta duk lalu kat bawah...mmg bagi sengal je tulang cinonot hahhaha

 Ni la keadaan outdoor park Genting Highland. Mmg ditutup betul n construction besar besaran. Masa org kata Genting wat renovation, ingatkan sikit sikit. Tapi dr rupa ni mmg buat baru terus semuanya . 

Kami ke First World hotel . 1 bilik masa tu sangat murah....dapat RM62 1 malam. So amik 2 bilik baru RM 124 cam tu. Ok la kan .

Check in at 3 pm . Kalau daftar masuk awal kena charge RM5

 Image di amik dr SINI

Semua guna self check in. Masukkan IC kita dlm mesin aje . Nanti dia akan auto detect reservation kita. Moon book under booking.com . Mungkin last minute booking dpt harga tu kot. Rezeki mama dpt ikut kita org naik Genting.

Sutan kata mama dr dulu lagi cakap nak naik Genting....dr belum kita org kawen lagi . La ni baru dpt naik

Dapat connecting room lvl 22 . Tapi bilik jauh la dr lift...jenuh nak jalan . Bilik pun ok walaupun tak la besar but sgt selesa compare ngan kita org dtg thn 2008 dulu . Puas hati la kan.

Tapi boleh plak tertinggal segala charger. Maka tak dapat la nak snap gambo semua sebab semua phone bateri dah weak.

Petang turun gi makan . Mmg makanan mahal kat sini . Kita org plak tak reti sangat nak cr makan ...so pusing je kat dlm mall tu n makan je. Nasik goreng RM 12.90 ....air gas RM 6 satu gelas kecik. Teh tarik pun RM6-RM7.

Dinner kita org beli Mary Brown aje hahah

Bila dah naik tinggi harga pun tinggi ....tapi kalau naik Cameron harga ok lagi kan bab bab makan ni


to be continue..baru nak update blog malam , si kecik dah panggil dah ajak tidur ngan dia . Nak kena tepuk2 sket nak kena garu garu belakang sket . Ok besok akak sambung k . 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...