ada 2 port kita org suka singgah sebenarnya . Ada satu kat pusat penjaja kat Seroja tu . Kedai akak tuh aje kita org pergi dah 5 tahun kot hahahhaha nampak tak trend kita org . Setia pada yg satu gitew muahahhaha . So kalau ada kadang kena lalu depan incase kena g training ke Damansara atau KL ke apa mmg kita org lalu depan. Akan singgah mkn kat seroja tu
Tapi daily kalau g opis mmg singgah Ummiza Cafe ni. Pagi pagi bangun dah bz siapkan anak anak ...sediakan breakfast light light je . Kadang kita pun mengah mengah terkejar ke sana ke sini . So lepas setel semer anta ke sekolah ....maka boleh la mummy n daddy mkn n minum ngan tenang
Sebab suka singgah Ummiza ni adalah sebab
Senang parking sebab senang nak masuk keluar semua.
Kedai dia bersih n selesa . So best la nak duduk lama lama sembang sembang ( ngan pak sutan je pun) sambil makan duk tgk pokok pokok . Udara bersih...sekarang umor dah cam ni mmg cari tempat yg relax relax aje . Tengok sana ada pokok petai ...tgk sini ada pokok jering bagai . Mmg kedai kampung tapi yg elok ha cam tu. Nak nampak lalat pun jarang...dapur dia lagi la ( sempat mengintai lagi kan ) mmg bersih .
Makanan dia best wo . Sebab feel dia ala kita balik rumah n pergi dapur, bukak tudung saji atas meja n tgk lauk apa mak masak hari ni . Amik pinggan letak nasik n cedok lauk n makan . Mmg tak rasa cam makan kat kedai sebab rasa mcm mak mak masak je . Betulllll ramai yg dah pergi n semer ckp mcm tu . Since dah selalu mkn kat situ kita org mmg kenal dah taste dia. One time ada tukang masak yg masakkan tapi kita org rasa lain. Terus tanya ni org lain masak kan.. bukan Mama yg masak kan .....see siap boleh tahu .
Terliur kan tgk gamba lauk ni kan ...geram tgk asam pedas ikan pari yg gebu gebas tu n sangat flacky
So sekarang mmg owner dia masak je sendiri . Kedai di uruskan oleh anak n menantu menantu yg masih muda muda . Mmg muda muda dah diberi pendedahan buat bisnes . Caya la
This is not a paid review ke apa ya. Sebab ada few yg tanya apa best kat situ sebab slalu nampak akak makan kat situ . Sebab nya seperti akak nyatakan kat atas. Satu lagi its really convenient for us sebab mmg lalu situ aje. Kita org pun bukan baru sebulan dua makan kat sini ....bertahun dah hokey ...so ni adalah sharing berdasarkan bertahun hahaha.
Lauk tengah hari dah ada di waktu pagi . Ni yg syiok sebab kadang duk konpius nak makan breakfast nasik lemak atau nak makan nasik putih n lauk terus . Yer la sebab kadang ada asam pedas la ...sayur lomak cili api la panas panas lagi ...tu yg konpius tu .. duk telan air liur laju laju. Kadang dah macam kerja kat sawah bendang dah sebab makan nasik putih di pagi hari hahhahaha . Perut kenyang suka hati ...masuk opis pun tak stress ( no wonder la nko giant Moon ooooiiii )
Moon perati mmg ramai org yg on d way gie kerja siap keluar n tapau makan kat Ummiza Cafe ni. Ada akak sorang ni siap bawak tupperware semer. Even jiran jiran kita org pun ramai dtg makan sini. Hari tu member opis yg duduk area BBST pun dtg sebab dia kata slalu nampak Moon up pasai Ummiza hahaha.
Biasa Moon ngan Pak Sutan kalau gie kedai makan nasik berlauk misti nak amik sambal belacan ke apa. Tapi kat sini kita org tak pernah amik kot....padahal ada je sambal belacan bagai. Tapi rasa lauk tu dah cukup rasa semer dah.
Yg best nya sebab semua cooked daily and habis hari tu jugak. Jarang la yg bawak ke besok. Kadang kalau u ols dtg lambat mmg lauk banyak dah habis sebab kedai ni dlm pukul 2 - 3 cam tu dah tutup dah ...lauk licin.
Sebab ramai yg dtg makan start pukul 12 . Kalau u ols nak try boleh la waze ke Ummiza Cafe . Kedai ni kat jenderam Hulu , landmark berdekatan adalah MIAT.
ok tu je ...siapa tetiba lapa lepas tgk gambo ni ...dah cepat cepat g makan .
Maaf sebab u ols terliur ....la la la la laaaaaaaaaaa
Ni tadi nampak Ina bawak raga berisi jering ...akak ala jakun sket sebab tak pernah nampak jering setangkai mcm ni . Rupanya pokok jering kat belakang aje ...petik dr belakang n kopek terus n hidangkan. Mmg jering muda yg rangup krup krap krup krap . Pastu sebelum tu dia bawak pucuk ubi kemain banyak ....pun petik kat belakang. Mmg fresh betul .
Waktu urusniaga
Isnin - Jumaat
7 30 pagi - 3 ptg