Wednesday, April 26, 2017

Sale Langsir 4 hari

Hari ni dtg kerja , kaki mcm cramp sebab 3 hari ni mmg berjalan jalan je kat lvl 7 tu . Org yg kerja nya banyak duduk kat opis , bila kena jalan jalan ni mmg la anjer anjer sket kan . Denyut denyut tapak kaki .

Tq semua yang dtg yg sempat sembang2 dan amik gamba. Tq semua . Hope semua puas hati , kalau ada sebarang kekurangan harap maafkan ya. Do please let me know so that Moon boleh sampaikan pada pihak Sarah Hughes Globe. Moga dari komen anda , we can improve more and make our customer more happy and enjoy the moment everytime they visit Lvl 7 .

Ramai yg dtg pada hari Jumaat dan Sabtu . Ahad pun ramai tapi manageable ..duk ada je org non stop. Isnin lebih santai mungkin sebab hujan lebat but still ada org dtg n pusing2 dlm tu pilih kain dgn tenang 2 3 jam .


Moon ada kat sana Sabtu hingga Isnin. Tapi, sale langsir dah bermula dr hari Jumaat. Staff bgtau, Jumaat penuh org dtg borong langsir . Lagi ramai dr hari Sabtu ....wowww semua pun nak dtg cepat cepat beli sebab takut disambar org. Sebab konsep kat sini siapa cepat dia dapat 

Setiap design pun tak banyak roll so kalau habis mmg habis terus . Tak ada nak simpan sampai bertahun . Sebab tu kain kat sini sentiasa ada yg baru sebab cycle dia pendek. 


Kali ni top seller adalah kain day curtain bidang 110 sebab tgk la harga tu . Ni harga masa VIP sale shj tau. Jgn pelak besok besok u ols dtg nak harga ni mmg tak dpt. According pada owner ....harga ni dpt diberi kalau Moon ada sahaja. Harga ni boleh bg pada jemputan Moonpunyerblog shj ....gitew

 
 
 
 


Kat atas ni selesa dan luas. Boleh pusing 4 5 6 kali nak tgk kain. Pilih sampai berkenan betul betul. Staff mmg takkan kacau u ols n ikut ke sana kemari. Once dah decide just panggil utk potong n dia org akan potongkan atau nak mintak tolong kirakan pun boleh. 

 
 

Upholstery Fabric pun menjadi star of the day. Semua ni adalah baru masuk . Kain ni sangat mahal tau sebab tgk la kualiti dia . Harga RM 114 semeter u olsssssss tp harga VIP Kak Moon harus la sangat special . Sebab bos kasik harga borong aje ....tak kisah la u ols nak beli 1 meter ke ....2 3 meter ke harga tetap harga kasih sayang peluk ketat ketat. Ramai sangat beli kain upholstery ....dia org punya berkenan, siap beli buat langsir. Curlassss sangat . Mmg meletop rumah korang time raya nanti. Semua berebut nak selfie berlatar belakangkan langsir cantik 


ada light refreshment juga disediakan. Tapi Isnin tak ada sebab caterer tak dpt buat on that day .

 
 
 
 
 Moon pergi sorang je kali ni . So tak ada org nak amikkan gamba . So bila org ramai , mmg Moon bz pergi jumpa dia org sembang2 n tolong dia org pilihkan kain. Bila dah lega sket baru dpt snap gambo hahaha

 
 Mmg semua org sangat bz pada hari tu . Ada dalam 7 org staff bantu potong kain ....semua pun fully occupied . Teringat zaman dulu masa Moon pernah buat 1 hari aje . Sian , sebab besoknya staff ramai mc ....boleh demam urat kalau Moonpunyerblog buat sale. Bayangkan dia org nak kena lipat kain langsir puluh2 meter ....kalau yang ringan tak apa. Buat kena yg berat ....mmg tertarik urat bahu semua.

Tapi ni sekarang dah tarik jadi 3 atau 4 hari lega la sikit kan. So org boleh plan nak dtg hari apa ....so tak sekali gus

 
 
 
 gamba adalah random ye sebab ni adalah campo campo dari hari Sabtu ke Isnin.

Geram betul la kat baby tu ....sedap je dukung n peluk dia . Patut la masa dukung dia ....dia melekat je ngan Moon ....rupanya .... muahahhahahah . Tu adalah yg pikir macam macam tu ....rupanya sebab sama montel ...ala bantal empuk je auntie Moon ni kan adik ...

dengan ini tempahan RAYA DITUTUP sebab masa Moon buat sale aje pun berlambak order sampai melimpah ruah ...tu pun ada yg frust sebab kami dah tak mampu nak amik dah . Kalau nak kira untung mmg amik je apa apa tempahan masuk tapi kalau nanti lambat atau tak elok mcm mana. Betul tak ....so Moon mohon maaf sangat pada mereka yg tak dpt nak tempah dah utk 1 umah. 

 Banyak rail yang gondol gondol sebab mmg semua sapu bersih . Kain banyak yang habis ....even dlm stok pun licin

 
 
 Tq dear, sudi dtg awal awal n borong kain kat Sarah Hughes Globe 

 Hari Isnin , banyak kain nak kena top up kan balik . Mostly adalah kain blackout n kain upholstery n velvet


Akhir kata , TQ buat semua yg datang selama sale langsir 4 hari ni .


Moon mohon maaf jika ada sebarang kekurangan . Tapi kalau suka n puas hati boleh share ngan kawan kawan ya .

Moga kita berjumpa lagi next sale yang tak tahu bila lagi hahahhaha. Rajin rajin jenguk blog ni k

FACEBOOK PAGE : miera301 at Sarah Hughes Globe
INSTAGRAM : www.instagram.com/moonpunyerblog

TQ semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Thursday, April 20, 2017

Sale langsir di Sarah Hughes Globe

Langsir murah , Langsir murah ....ingat , kalau nak beli langsir pada harga kebabom u ols kena rajin follow blog ni n Facebook page Miera301 at Sarah Hughes Globe.

Since ni pun dah dekat nak puasa , ramai yang dah mula buat persiapa sikit sikit . Yer la kalau nak buat sekali gus tu mmg terasa rabak poket kan. So start bulan ni kasi settle langsir dulu ...nanti baju plak ...

Moon pernah ke umah sedara n dia kata langsir dia sahaja RM12k u ols . Tapi mmg cantik la berlapis lapis n scallop scallop bagai n dia kata dia beli kain tu RM80 semeter . Telan air liur japs ......sebab kain yg sama tuh boleh dpt dlm rm25-rm30 kat Globe tu kalau time sale. So imagine I can help u to cut the cost hampir separuh. Tambah plak kalau baru masuk umah baru ...terus tepuk dahi bila ukur tingkap n stress tgk banyak sliding door....sebab u ols mmg tahu harga langsir mcm mana kan.


So ni meh akak nak ajak dtg Sarah Hughes Globe, Jalan TAR KL ni . Akak nak bantu u ols berjimat n dapat show off langsir u ols yg cantik tu time raya ni .

Ni kalau u ols nak berjimat la ......siapa nak cepat baca sampai habis


MOONPUNYERBLOG VIP Sale

Sale ni adalah khas utk follower blog Moon dan FB page serta IG. Moon adalah satu satu nya blogger yg ada privilege ni. Tq Sarah Hughes Globe sebab percaya pada Moon. So kalau u ols nak dpt harga VIP, u ols kena dtg la masa tarikh yg akak buat sale ni tau .


Sale ini akan berlangsung selama 4 hari sebab Isnin kan public holiday. So u ols boleh plan hari apa nak dtg. Kalau Kebetulan Ahad tu nak blk kampung, Sabtu mai la singgah dulu beli kain langsir utk umah mak.....misti mak suka nanti sebab anak dia hadiahkan langsir raya .


Nanti pada tarikh kat atas, u ols boleh naik terus ke Lvl 7 Sarah Hughes Globe ke bahagian langsir . Boleh naik lift dan escalator

Nanti we ols akan sediakan meja pendaftaran utk u ols register k


Skrg mmg ramai dah org datang beli langsir kat sini. Sekali datang nak dtg lagi sebab kat atas ni 

Banyak pilihan 

Ada pelbagai jenis kain sesuai ngan budget anda

tempat selesa dan luas






Nanti bila dah naik kat Lvl 7 sila cari Kak Moon ya . Nanti kita posing2 kat langsir ahaks



 


Kadang kita tgk mcm ni kita tak nampak sangat hasil dia kan. Kat bawah ni Moon share sket  blog n hasil dr mereka yg pernah dtg tau 


Mama Kembar 3, Kak Nani 

pilih kain yg berkenan 

 Tempah n siap jahit dah . Ni adalah french pleat tau. So bila tempah kat sini mmg Sarah Hughes Globe akan pasangkan terus hook tu siap siap. So u ols balik terus gantung aje 





pilih kain 

Tempah 


Siap 


Fillanie , mama the Kasih's

 Pilih punya pilih ...maka Filla berkenan yg ni 

Place order ...bagi ukuran semua . Filla tempah eyelet


Ni la Eyelet, dia bentuk ring masukkan kayu . 


Julia Johari , ni kali ke 3 Julia dtg shopping kat sini. Dia kata dia mmg suka kat Sarah Hughes Globe ni. Tapi yang tak best nya adalah, kalau dah pusing lama lama pilih kain ...kepala boleh pening sebab susah nak buat keputusan hahahah

Pilih kain .  Masa Moon upload gamba Julia ni ...terus semua duk aim kain ni. Sampai gondol rail kain biru ni. Corak dia cantek, ala mini tapestry

Masa Julia datang ni, Moon mmg ada ...so Moon jadi puan penasihat gitew .

 Hasilnya, Julia dia nak tutup laluan ke dapur umah dia . Dia kata tak syiok la nampak dapur . So ni dah tutup dah ngan langsir cun melecun ni. Terus nampak cerah n fresh je kan.


Korang pun misti suka jugak corak ni kan ...



Atie, Aku Bukan Bidadari. Moon mmg suka gie intai blog Atie sebab umah dia sangat lawa n dia sgt hebab bab deko deko ni. U ols mmg kena jenguk blog dia ..





 entry bila langsir dah siap pasang di SINI 


ada banyakkkkkkkkkk lagi tau tapi akak tak sempat nak letak kat sini tapi u ols jgn risau . u ols boleh dtg je lvl 7 n tgk tgk dulu. Ada banyak juga sampel langsir kat situ incase la u ols tetiba blur ke apa kan. Sebab Akak mmg slalu cam tu. Bila time org mintak tolong senang je kita pilihkan. Tapi bila time utk kita sendiri pilih utk rumah sendiri....mmg jeng otak. Tetiba jadi blur n keliru tak tahu nak pilih mana satu hahahhahaha .


Ok semua ....jemput datang tau . 4 hari tu tau . Ada yg dr Sabah pun nak dtg beli langsir tau 

**Harga dan offer ni hanyalah valid utk walk in customer shj 
** Harga yg bakal dipaparkan pada hari sale juga hanya valid masa sale sahaja 


KINDLY FILL IN THE RVSP FORM YA ....TQ TQ . Jumpa anda di sana





Wednesday, April 19, 2017

Selalu singgah Ummiza Cafe

Moon sejak pindah ke Salak Tinggi ni jarang dah pergi kerja kat Cyberjaya lalu kot jalan depan. Sebab skrg jalan kat situ kemain la jem. Even jalan belakang sekarang pun jem terus juga . Tambah plak kalau kuar awal pagi sebelum jam 8. Rasanya sebab sekarang ramai org Putrajaya beli umah area Salak Tinggi .

ada 2 port kita org suka singgah sebenarnya . Ada satu kat pusat penjaja kat Seroja tu . Kedai akak tuh aje kita org pergi dah 5 tahun kot hahahhaha nampak tak trend kita org . Setia pada yg satu gitew muahahhaha . So kalau ada kadang kena lalu depan incase kena g training ke Damansara atau KL ke apa mmg kita org lalu depan. Akan singgah mkn kat seroja tu



Tapi daily kalau g opis mmg singgah Ummiza Cafe ni. Pagi pagi bangun dah bz siapkan anak anak ...sediakan breakfast light light je . Kadang kita pun mengah mengah terkejar ke sana ke sini . So lepas setel semer anta ke sekolah ....maka boleh la mummy n daddy mkn n minum ngan tenang

Sebab suka singgah Ummiza ni adalah sebab

Senang parking sebab senang nak masuk keluar semua.

Kedai dia bersih n selesa . So best la nak duduk lama lama sembang sembang ( ngan pak sutan je pun) sambil makan duk tgk pokok pokok . Udara bersih...sekarang umor dah cam ni mmg cari tempat yg relax relax aje . Tengok sana ada pokok petai ...tgk sini ada pokok jering bagai . Mmg kedai kampung tapi yg elok ha cam tu. Nak nampak lalat pun jarang...dapur dia lagi la ( sempat mengintai lagi kan ) mmg bersih .

Makanan dia best wo . Sebab feel dia ala kita balik rumah n pergi dapur, bukak tudung saji atas meja n tgk lauk apa mak masak hari ni .  Amik pinggan letak nasik n cedok lauk n makan . Mmg tak rasa cam makan kat kedai sebab rasa mcm mak mak masak je . Betulllll ramai yg dah pergi n semer ckp mcm tu . Since dah selalu mkn kat situ kita org mmg kenal dah taste dia. One time ada tukang masak yg masakkan tapi kita org rasa lain. Terus tanya ni org lain masak kan.. bukan Mama yg masak kan .....see siap boleh tahu .



Terliur kan tgk gamba lauk ni kan ...geram tgk asam pedas ikan pari yg gebu gebas tu n sangat flacky


So sekarang mmg owner dia masak je sendiri . Kedai di uruskan oleh anak n menantu menantu yg masih muda muda . Mmg muda muda dah diberi pendedahan buat bisnes . Caya la

This is not a paid review ke apa ya. Sebab ada few yg tanya apa best kat situ sebab slalu nampak akak makan kat situ . Sebab nya seperti akak nyatakan kat atas. Satu lagi its really convenient for us sebab mmg lalu situ aje. Kita org pun bukan baru sebulan dua makan kat sini ....bertahun dah hokey ...so ni adalah sharing berdasarkan bertahun hahaha.

Lauk tengah hari dah ada di waktu pagi . Ni yg syiok sebab kadang duk konpius nak makan breakfast nasik lemak atau nak makan nasik putih n lauk terus . Yer la sebab kadang ada asam pedas la ...sayur lomak cili api la panas panas lagi ...tu yg konpius tu .. duk telan air liur laju laju. Kadang dah macam kerja  kat sawah bendang dah sebab makan nasik putih di pagi hari hahhahaha . Perut kenyang suka hati ...masuk opis pun tak stress ( no wonder la nko giant Moon ooooiiii )



Sekarang kat Cyberjaya mmg ada banyakkkkkkkkkk tempat makan tapi parking yilek . Geram betullllll . Kadang kita org gie makan sama ada extra awal atau extra lambat . Pastuh skrg solutionnya tapau je siap siap ...lunch hour bukak n makan je kat opis . Takder nak berpanas panas ke hapa .

Moon perati mmg ramai org yg on d way gie kerja siap keluar n tapau makan kat Ummiza Cafe ni. Ada akak sorang ni siap bawak tupperware semer. Even jiran jiran kita org pun ramai dtg makan sini. Hari tu member opis yg duduk area BBST pun dtg sebab dia kata slalu nampak Moon up pasai Ummiza hahaha.


Moon siap ajak Umi n Mama dtg makan sini. Dia pun kata asam pedas Ummiza best ...sebab mmg cukup rasa la ...mmg masakan mak mak sangat.

Biasa Moon ngan Pak Sutan kalau gie kedai makan nasik berlauk misti nak amik sambal belacan ke apa. Tapi kat sini kita org tak pernah amik kot....padahal ada je sambal belacan bagai. Tapi rasa lauk tu dah cukup rasa semer dah.

Yg best nya sebab semua cooked daily and habis hari tu jugak. Jarang la yg bawak ke besok. Kadang kalau u ols dtg lambat mmg lauk banyak dah habis sebab kedai ni dlm pukul 2 - 3 cam tu dah tutup dah ...lauk licin.

Sebab ramai yg dtg makan start pukul 12 . Kalau u ols nak try boleh la waze ke Ummiza Cafe . Kedai ni kat jenderam Hulu , landmark berdekatan adalah MIAT.

ok tu je ...siapa tetiba lapa lepas tgk gambo ni ...dah cepat cepat g makan .
Maaf sebab u ols terliur ....la la la la laaaaaaaaaaa


Ni tadi nampak Ina bawak raga berisi jering ...akak ala jakun sket sebab tak pernah nampak jering setangkai mcm ni . Rupanya pokok jering kat belakang aje ...petik dr belakang n kopek terus n hidangkan. Mmg jering muda yg rangup krup krap krup krap . Pastu sebelum tu dia bawak pucuk ubi kemain banyak ....pun petik kat belakang. Mmg fresh betul .

Waktu urusniaga 

Isnin - Jumaat 
7 30 pagi - 3 ptg


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...