Wednesday, September 20, 2017

Baju baby RM1

Kita time malam malam mmg akan jadi habit sambil baring, sambil tgk phone . Pastu nampak plak iklan best best terus gie cuci mata kan ...

Hari tu ( dlm bulan lepas )  ada nampak 1 iklan ni katanya baju baby semua akan jadi RM1 . Tgk tempat plak area umah Moon je ...kat area Taman Seroja BBST . Selama ni tak pernah perasan pun ada kedai baju bundle budak ke apa . Kedai baju bundle org besar ada lah beberapa tempat kan .

Gigih ajak Pak Sutan g tgk sebab kata iklan kat FB tu 2 hari aje dia buat promo baju jadi singgit selai . Ada new dan ada bundle n second hand . Masa tu tak der la expect apa apa sangat . Mmg pergi just nak tgk tgk je . Takder niat nak beli langsung  . Dalam wallet ada RM 50 je ...malas nak gie Atm withdraw duit .

So masa sampai tu tgk baju berlonggok atas lantai je . So kalau org cerewet tak dinasihatkan dtg . But utk org dah biasa ngan bundle n pantang tgk benda murah ...ni perkara biasa aje . Tapi terus duduk n selak2 longgokkan baju . Tuan kedai tu kata semalam ok dah asing ikut size ....tapi org dah serang mmg dia org campo kan semua dah . Moon pergi day 2 .  Masa ni tak ramai org ..tapi dalam 10 min tu terus ramai org dtg n join bersila n pilih hahahha .

Ha longgok cam ni je u ols ....yg atas lantai ni semua singgit . Bukan sebarang longgok . Memula Moon ingat baju apa la dia lelong singgit ni tapi banyak yg elok rupanya . Brand Bonds , Mothercare n Carter pun ada ...size newborn banyak la sangat .

Masa ni tak tahu baby boy ke girl so cakap kat Yaya n Isk ...bantu mummy cari baju 3-6 months warna putih je . Nak elok tak buruk atau berbulu , tak ada kotor atau lubang. Kalau dapat yg ada tag baru lagi mummy suka .

Sekali banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk hokey bebudak ni jumpa . Moon parking tepi je ...anak anak selongkar dan pas kan pada Mummy utk QC.

Kebetulan baju baby kat umah mmg tak ada dah . Sebab dah bagi kat adik adik semuanya yg dapat baby . Kalau ada pun simpan sket je  . So baju baby mmg tarak ...so mmg plan bulan ni atau bulan depan la gie cari dulu sket sket kan .Skali terdatang kat sini plak ...

Pak Sutan tanya awak nak beli berapa ni ...elok ke tu . Sambil tangan dia laju je campak mana dia nampak elok .

Konpiden je bini dia jawab ...saya nak amik 10 lai je. ( boleh caya ke )

mmg kena selongkar 1 1 . Nasib la ada Isk n Yaya tolong hahahhahaha . 

hahhahahah hasilnya . 

asalnya yang nak gie tengok tengok je . 

Kemudian nak beli 10 lai je 

sekalik ...42 lai muahahhahah
12 baju tidur
15 baju lengan panjang 
15 jumper baju lengan pendek 

Mmg elok elok semua . Most yg Moon beli tu ada lah New . Ada yg masih ada tanda harga . Semua adalah brand oversea . Yg merah tu Sarah yg pilih hokey . Katanya Sarah pilih utk adik ...Sarah suka . Ok la Sarah ...tetiba ada merah di situ kan .  Lagi pun baby cepat je beso. Ni semua size newborn - 6 month shj.

Nanti kita cuci bersih2 kasik basuh air panas sekali ngan saki baki baju Sarah masa baby yg Moon masih simpan sket . 

Mana nak dapat singgit kannnnnnn so rezeki jgn di tolak . Kita amik je mana yg elok . Ni kalau kat FOS pun paling kurang RM8-RM10 jugak selai ni.


Rasanya skrg dah tak der dah clearance RM1 tu tapi korang ley la try intai intai kat FB page dia org ....jap Moon cari . 

Nama dia EYDraki Bundle . Nanti korang search je la kat FBmana tahu kot kot akan ada clearance lagi ke apa in the future .

* Ini bukan iklan ke apa ya ....akak share je .

Walaupun akak tau ada yg akan kutuk apa la beli baju bundle . Akak tak kesah pun sebab baju mmg semua elok je . Org kata dok doser pung ... ramai je org pakai baju mahal tapi nampak murah n ramai je org pakai baju murah tapi nampak mahal....gitewwwww siapa kah kita utk judge betul tak. Kalah membeli , menang memakai auwwww takat duk salin2 duk umah kannn.

Sharing is caring kan .



Potong rambut di Mesa Mall Nilai

Ada mall baru bukak area Nilai. Nama dia Mesa Mall, kita org baru je berpeluang pergi beberapa minggu lepas . Saja nak jalan jalan dalam tu sebab ramai kata best .

Dia cam ke dalam sket tau Mesa Mall ni . Masuk simpang cam nak gie NCI Nilai . Mesa Mall ni adalah bangunan rumah kat atas n mall dia bawah .

Surprisingly tempat dia macam kedalam sket tapi mall dia sangat lawa n macam high class . Mmg cantik sangat, rasa macam pusing2 dalam Sunway Pyramid je gitew . Tapi lom banyak kedai yg bukak lagi.

Masa duk pusing2 tu nampak plak banner Pro Cut ni. Kebetulan Yaya nak potong rambut. Sebab dia ni pemalas sangat nak ikat rambut kan...apa kata kita zass je rambut dia tu


Cam ok gaks kan RM 12 . Kita potong pendek sket . Pro cut ni atas Jaya Grocer ...naik escalotor ke tingkat 1 sebelah ngan food court n dalam kedai baju . 

 Kecik je kedai gunting rambut tu , tapi selesa kat dalam . Nampak dia potong rambut Yaya pun elok je . 1 rambut pun tak jatuh kat baju ...kat leher semer clear . Yang potong tu pun cermat je buat kerja .


 Kemain lagi ...siap dapat blow rambut bagai ..

Lepas siap potong rambut gie ronda dalam Jaya Grocer tu n makan kat Subway di bawah tu . Nanti next month ley pergi lagi sebab masa tu misti dah banyak kedai bukak .

By the way Mr Diy kat dalam ni sangat best n sangat besarrrrrrrrrrrrrrr


Monday, September 11, 2017

UPSR 2017

Hari ni hari pertama UPSR 2017 . Selaku mak harus la akak nervous u ols . Tahun lepas tgk org update pasal anak periksa semua akak masih lom paham tahap nervous tu macam mana. Tapi bila skrg tiba giliran akak, anak masuk periksa baru la akak mengerti level nervous tu macam mana .



Dr malam tadi duk doakan dia. Nak tido pun asyik terjaga jaga . Mak mengalahkan anak plak kan hahahhaha . Biasa la ...mak mana tak sayangkan anak woooo .


Ni jadual peperiksaan


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 
 UPSR 2017 Exam Date Calendar

Akak harap Isk mampu menjawab dengan tenang . Dr awal tahun agi akak mmg dah pesan kat dia . Mummy tak harap pun Isk dpt 6A ke apa . Janji Isk lulus semua pun cukup la . Tak kisah la A ke B ke apa janji lulus . Sebab apa yg Isk dapat adalah utk masa depan Isk jugak. Mummy ngan Daddy akan sentiasa support Isk walau apa pun keputusan Isk 

Sebab kita tahu level anak kita macam mana kan . Bila nampak peningkatan tu , tu pun dah cukup membuatkan kita rasa bangga . Janji buat sebaik mungkin . 

Kita usaha , doa n tawakal . 

Akak pun puas hati dapat ajar dia dr awal tahun hari tu . Duduk sebelah dia saat dia buat latihan . So kalau dia ada apa apa soalan dia akan tanya . Itu je yg akak mampu buat sebagai tanda sokongan buat dia . Semalam suh dia tido awal ...dia takmo ....nak jugak suh explain kat dia cara buat karangan n etc.

Pagi tadi kejutkan dia bangun tido pun senang, laju je dia g masuk bilik air . Baru nak suh dia solat Subuh, dah nampak dia bentang kan sejadah n solat . Kita ni pun risau ni kan plak tuan punya badan kan . 

Semoga berjaya buat anak anak kita semua . Yakinla bahawa mereka sudah buat yg terbaik . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...